Mereka Yang Terbaik..!

11/30/2010

Saya rasa sangat sakit hati..!

Hari ni mood macam biskut masuk angin..lemau kalau biskut lemau orang buang ke makan ekk..biasanya saya buang je eheh sebab bagi saya makanan yang masuk angin ni sama macam nasi yang dah lama terbiar sejuk orang tua-tua cakap tak elok makan makanan yang dah masuk angin nanti sakit-sakit badan lebih -lebih lagi sangat tak elok untuk wanita yang dah beranak-pinak ye takk..-mukadimah sikit punye panjang

Sebenarnya bengang ni mujur tak call Hot Fm je kuikui..geram sebab akhir-akhir ni macam-macam la kes berkaitan dengan pengasuh aka babysitter nih..what the fish la dengan diorang kalau memang ada masalah gen binatang dalam tubuh tu elok jangan paksa diri jadi pengasuh..tugas mengasuh bebudak bukan kerja senang perlukan kesabaran yang tinggi idak takda la yang dikatakan sorga di bawah telapak kaki ibu tuh..

Bebudak memang nakal dan suka buat huru hara tidak bukan bebudak la namanya..eh apasal saya meroyan tetiba nih yela hari ni saya terbaca pasal kes kat Putrajaya tentang pengasuh taska umur 20-an yang tampal pelekat dekat mulut dan tangan budak umur 18 bulan sebab budak tu tak nak diam(ada berita ni kat Kosmo)..gilo apooo tau tak budak tu buleh mati kalo tetiba dia termuntah lalu tercekik muntah sendiri..

Saya tak pasti mereka yang berkerjaya sebagai pengasuh ni memang terlatih atau memang sesape je boleh jadi pengasuh sebab saya ada kenalan seorang pengusaha taska dia juga terlibat dalam memberi kursus untuk mereka yang ingin mengusahakan taska..lupa plak nak tanya dia tentang ini cuma dia beritahu kalau saya nak mengasuh anak orang dirumah saya pun kena ada sijil kelulusan dari JKM(kalau tak salah betul ke..?ke jabatan lain yang uruskan) tapi kena jaga sekurang-kurangnya 4 orang la..

Hurm tapi memang takmola..tak sanggup nak pikul tanggungjawab dan amanah yang sangat besar saya kira cukupla menjaga anak sendiri..

Sepatutnya pengasuh ni kena rajin tengok rancangan realiti tv Nanny 911..sebelum ni rancangan ni ditayangkan kat NTV7 pukul 9pm setiap Isnin kendian tukar lak hari Jumaat pukul 8.30pm tapi kalau tak salah dah habis dah untuk season ni..apapun rancangan ni sangat bagus untuk ibubapa atau pengasuh dalam menguruskan anak-anak dan juga rumah tangga.

Barisan 'nanny-nanny'yang akan bergilir la datang ke rumah famili bermasalah yang call diorang.Nanny nih akan tinggal di rumah tu lebih kurang seminggu sampai masalah tu selesaila.Antara masalah yang dihadapi famili diorang ni macam kurangnya komunikasi ibubapa ngan anak-anak,anak-anak yang degil,ganas suka pukul atau lawan cakap ibubapa,yang punyai tabiat hisap puting,taktahu guna tandas takpun ibubapa yang punyai hobi atau susah nak tinggalkan hobi yang pelik sehingga mengabaikan hal anak-anak.Bagus rancangan ni banyak ilmu keibubapaan yang boleh diperolehi.Antara yang saya pernah ikuti seperti takboleh tinggikan suara atau marah anak-anak termasukla memukulnya walau sedegil mana pun anak tu,kena bersabar dan tegas contohnya sekarang ni saya cuba untuk melatih Qaseh suka gosok gigi sebab sebelum nih puas sudah dicuba macam cara dia memang nak gosok tapi dia nak buat sendiri dah tu gosok kat gigi geraham je gigi depan langsung tak bagi sentuh.Walaupon rasa cam geram je macam nak marah-marah je dia tapi saya elakkan daripada rasa nak marah dan cuba bersabar dan beri dia masa..lambat laun Insyaallah saya pasti dia akan buat jugak kan..

Banyak lagi ilmu keibubapaan yang boleh diperolehi dari rancangan ni so kalau ade peluang elok menonotonnya daripada duk layan sinetron..

Rasanya memang ada orang yang sememangnya baik dan sukakan kanak-kanak so diorang ni memang akan mengasuh dengan baikla biasanya diorang memang ikhlas bukan sebab duit sangat..memang malang bagi ibubapa yang mendapat 'Babysitter from The Hell'
ni..kesian pada ibubapa yang tak senang duduk kerja takbleh nak fokus sebab memikirkan anak dirumah pengasuh sedangkan kalau boleh pastinya si ibu ni mahu jaga sendiri je anak-anak tapi mungkin banyak hutang-piutang yang perlu dilunaskan maka kena keluar bekerja dan terpaksa tinggalkan anak-anak dengan pengasuh..

Moga-moga anak-anak kalians yang dijaga pengasuh dijauhi dari kezaliman manusia yang tersembunyi disebalik wajah manis dan kemesraan purak-purak ini..amin


Psst..maapla emo skit entri nih tapi saya rasa sebak sangat bila tengok bebudak kecik ni didera oleh pengasuh diorang ni..haishhh

11/29/2010

Anak dara sekarang memang pemalas ke..?

Anak dara sekarang memang pemalas,dari duduk kat dapur baik depa hadap facebook 24jam..betoiii kaa?malam tadi hakak bermalas-malasan sambil melayan drama pencalonan anugerah skrin ala cerita Dalil Cinta..lagi pun ade abang Pahrin yang segak bergaya tu..awww

cerekarama nih dah ditayangkan awal tahun ni tapi time tu tengok kat kampung tak berapa fokus sangat tengok..encik suami je pon yang tengok sampai abiss..bagus cerita ni terutama untuk para gadis yang suka melawakan diri tapi tidak rumah sendiri huhuhu..daku terasa tempiasnye tau..sebab hakak pon kahwen pada usia muda(muda..kerr?kira muda la sebab zaman ni umur 40 tahun ke atas pon tak dikira andartu tau masih dikira anak dara sunti gituuu..katanyaa)

Wahai anak dara yang cun-melecun jangan ingat dengan kerjaya kita yang tersangat hebat itu sudah cukup untuk menyedapkan hati suami atau mentua jawapannya tidakkkkk...biasanya orang memberi alasan kesibukan belajar dan bekerja sebagai sebab utama tak perlu pandai masak kedai kan banyak selagik ada duit beli jelaa..

Kalau mak bising-bising kat dapur suruh kalians masak baik jangan bagi alasan tinggalkan kerja sekolah aka fesbuk kalians seketika bantula sekejapan ibu didapur..ini tidak asal mak panggil terus buat alasan nak siapkan itu ini la padahal korang layan menda lain..ini penting tau demi kebahagiaan rumah tangga korang gak nanti..besok dah kahwen bukannya mentua kalians nak tanya tentang fesbuk bagai sebab orang pompuan kalau balik umah mentua tempatnya di dapur yea adik-adik..

Sebenarnya hakak pon rasa anak dara sekarang nih tak ramai yang tahu uruskan rumahtangga ini berdasarkan pengalaman hakak sendirila..biasanya kenkawan hakak yang masih dara cakap nanti dah kahwin baru diorang nak belajar..adoooiiiila kalau camtu teruk la suami korang nanti.Macammana nak jadi menantu pilihan weh kalau nak tunggu kahwin baru nak belajar semua tu padahal bila dah kahwen la masanya untuk kita praktikkan segala ilmu-ilmu yang ada bukannya masa ni baru nak belajar sebab perkahwinan itulah ujian sebenar kalians hahahaha..

Serius tau hakak dulu memang tak pandai masak..suka sangat bagi alasan sibuk dengan sekolah time cuti je hakak tolong mak gitu-gitu je dan hakak sangat menyesal sebab tak belajar memasak masa time sekolah dulu..bayangkanla ada suatu ketika tu(masa ni umur belasan tahunla) hakak datang umah member dia nak goreng sayur kangkung sebelum tuh dia nak keringkan air dalam kuali dulu so hakak yang memang zero bab memasak ni nampak ade buih-buih dalam kuali hakak pon terus masukkan bawang dan cili tuk menumis sebab hakak ingat minyak yang berbuih tuh..tak pasal-pasal kena marah ngan member..bayangkanla punya sengalnya air disangka minyak..peristiwa tu menyedarkan hakak, itu kat rumah member kalau kat umah bakal mentua camtu agak-agak camnerr.

So perlahan -lahan hakak belajar sendiri kat rumah beli buku masakan dan selalu mencuba time cuti kalau tak kerja mesti masak.Selama ni hakak pikir hakak memang takda bakat memasak sebenarnya bakat itu tak diasah dan tidak ditonjolkan..dan memasak haruslah dilakukan selalu agar tidak hilang ditelan zaman kehkehkeh.. Ingat try and error jangan putus asa,hakak belajar sendiri-sendiri je tengok kat tv rasa rugi sangat kalau mak ada depan mata senang sikit nak belajar..so ketika zaman bercinta dulu masak lemak ketam cilipadi sering menjadi hidangan untuk boipren aka suami hakak sekarang.

Sedihnya bila dah kahwin ramai yang tak yakin dengan kemampuan hakak bolehkah menguruskan rumahtangga memandangkan famili hakak tak pernah rasa pon air tangan hakak.Terutamanya kakakku yang sulong selalu dia tanya pada adik beradik yang lain yang pernah datang kerumah hakak sedap ke masakan hakak,boleh masak ke..?memacam la yang ditanya..perit bukan..?

Walaupon hakak tak kerja canggih cam kalians tup-tup jadi surirumah hakak bersyukur sangat sebab hakak dapat peluang untuk mengasahkan lagi bakat memasak dengan lebih baik,menguruskan rumah tangga meskipun tak sempurna mana..memangla hakak takda kerjaya yang boleh di riakkan atau buat orang kampung kagum kalau balik kampung tapi orang tau anak dan suami hakak sekurang-kurang dijaga makan minum dengan baik.Bukan masakan yang hebat atau canggih-canggih yang suami kita harapkan tapi yang penting air tangan kita yang memasaknya.Dalam banyak-banyak masakan hakak nasi goreng simple dan jemput bilis hakak gak yang jadi kesukaan anak dan suami..

Hakak tau ramai yang cakap pada zaman ni orang perempuan tak pandai masak pon takpa boleh beli je kat mana-mana..memang betul itu kalau ade duit kalau tetiba jatuh miskin camna..tahu tak kalo kita tahu memasak pucuk-pucuk kayu yang tumbuh melata kat belakang rumah boleh jadi lauk yang sedap dan mahal.Tapi bayangkan kita tak tahu memasak dah tu duit takda memang kalutlaa tak tau nak buat apa padahal banyak sumber disekeliling yang boleh dijadikan makanan tanpa perlu keluarkan duit.

So adek-adek yang manis masih belum terlambat jika kalians mahu mengubah diri..kalo rasa macam tak tahu elokla belajar dari sekarang persiapkan diri memasing..bukan nak kena terer macam chef atleast takda hancur bawang kalau bertandang ke rumah bakal mentua dan disuruhnya kupas bawang hahaha..Tapi bukan semua tau anak dara sekarang yan cuma lawa semata-mata ada anak jiran hakak kat kampung muka lawa,bijak dan kerja bagus tau tak sejak dia sekolah menengah lagik arwah mak dia dulu dah pencen masak semua dia buat termasuk hidangan hari raya dari ketupat rendang sampai la puding dan kuih raya bagai semuanya dia yang masak.So walaupon jiran hakak tu kini dah meninggal hari raya tetap disambut dan meriah dengan hidangan yang sedap-sedap sebab anak-anak perempuannya semua pandai menguruskan rumah tangga meskipun memasing belum kahwin dan sibuk bekerja sebab memang dah dari kecik membawak ke anak dara memasing memang rajin membantu mak diorang kat dapur..so kalians takmo jadi camtukah semua orang berkenan nak buat menantu.


P/S:Eh panjang lebar lak karangan hakak kali ni,cekgu suh tulis 350 patah perkataan je habislah kena potong markah nanti..

11/26/2010

Dari mana dia masuk kat situla dia keluar..!

Mari melucah di hari Jumaat yang sangat indah ni..what..?melucah takde keje dah ke..?oh tidak jangan cepat menghukumku atas penulisan ini..korang ada anak-anak yang banyak soal tak,atau bahasa yang lebih manis mulut murai..eh jap sebelum cerita lucah 18sx ni melalut lebih jauh..kalians nampak tak perubahan dramatik terhadap belog kesayanganku ini huehue..(macamla orang perasan sangat)saja nak tukar imej kan tak lama lagi nak masuk tahun baru emm..ingat nak tukar header gak tapi takda masa dan kudrat nak create header baru..tengokla nanti-nanti emm designer kat luar sana ada masa tak..huehue..
Cukopp...orang nak cerita kisah lucah lak ni(lucah sangatkahhh..)
Pada suatu masa dahulu ketika lagu rock 90an jugak rock leleh sedang berada dizaman kegemilangan ada empat orang budak sekolah rendah yang takde keja berborak sesama sendiri
''pe nak jadi ngan kita ni sampai bila nak hidup gini..duit takda kerja malas..''salah sorang  yang berkulit putih bersuara..eh silap dialog daa dialog yang sebetulnya..
''eh korang tau kat mana baby keluar..''nah ambikk ko selamba badak keluar dari mulut budak belum cukup umur datang bulan pun belum.
Kenkawan yang lain berpandangan sesama sendiri sambil memikirkan persoalan yang sekian lama membelenggu pemikiran mereka mana taknya..selama ni kalau main 'kahwin-kahwin' terus je anak patung takpun kucing belaan mereka jadi baby..tapi cemana baby tuh terhasil atau keluar dari badan sungguh mereka keliru dan tak tahu menahu.
''ha..aku tau rasanya keluar ikut mulut kot..''jawab sorang budak yang tak berapa nak cerah kulitnya sebab tak pakai fair and lovely.Motif jawapannya sebab teringat cerita hantu tahun 80an hok NorKumalasari berlakon tuh kan baby keluar ikut mulut..sereeemmmmm.
Disebabkan tak mahu pecah otak memikirkan jawapannya masing-masing ambik keputusan drastik untuk merujuk soalan perah otak itu kepada ibu memasing sambil menyerah nasib kalau kena sound memang nasibla paling tidak kena piat kat telinga je pun..
Beberapa hari kemudian masing berjumpa..semua orang dah tak sabar nak tahu jawapan yang sebenar..rata-rata mak memasing memberikan jawapan yang selamat seperti...
''keluar kat situlaa..ala kat situla..''takpun ''nanti dah kahwin taula..'' jawapan yang langsung tak menarik malah tak meyakinkan langsung kecuali jawapan yang diberi oleh mak si budak yang kulit hitam manis.

''kat mana dia masuk,kat situ la dia keluar...''jawapan yang ringkas penuh bermakna..
adakah jawapan itu memuaskan hati semua bebudak yang sangat ingin tahu tu..tidaakkkkk
sebab jawapan tu menimbulkan soalan perah otak yang lain plak
''abis tuu kat mana lak dia masukkkk......?huwaaaaaaa sila jawabbbb ibuk-ibuk bapak-bapak sekeliann

Cerita di atas adalah kisah benar yang pernah berlaku..nama-nama bebudak yang terlibat tak dapat disiarkan berikutan memasing dah beranak pinak  so memasing sudah tentula  sudah mendapatkan jawapan yang tepat lagi meyakinkan..motif cerita ni diriwayatkan semula sebab baru-baru ni ada beberapa kenkawanku yang anak memasing yang dah mula bertanya dari mana datangnya baby..soalan yang biasanya agak sukar tuk dijawab mak bapak..tul tak..agak-agak apakah jawapan yang paling sesuai untuk diberikan kepada anak-anak paling tidak dapat menutupi mulut mereka daripada bertanya soalan berbangkit pulak..huehuehue

psst tak lucah sangatkan cerita ni harap lembaga penapisan memberi kelepasan ...

11/22/2010

Pulut Kuning Microwave

Pertama kali saya masak pulut kuning kesnya saya sangat kempunan nak makan pulut kuning ngan rendang daging dahla tak dapek balik kampung dah tu takda sapa ngajak beraya ke rumah..so jemaat aritu adik saya balik bawa daging yang mak kirimkan ade 2 kg lebih gitu je nak bagi banyak adik saya tuh naik bas huhu je so malam tu tak sempat-sempat saya ke rumah dia ambik daging hihik..so Sabtu lepas terjadikla pulut kuning yang di makan dengan rendang daging.Pulut kuning yang baru kuar panas-panas dari microwave sebenarnya saja ja nak try masak guna microwave padahal periuk kukus ada,boleh gak pulut nih di masak guna rice cooker ya hakak-hakak sekelian..mudah dan cepat je masaknye yang penting takyah nak basuh periuk kukus yang besar kedabak tuh..senang je jom layan resepi mudah ini..

Resepi Pulut Kuning Microwave

Bahan-bahan

2 cawan beras pulut dibasuh bersih

2 cawan air

sehelai daun pandan

sekeping asam keping/gelugor

secawan santan

lebih kurang 2 sudu serbuk kunyit boleh gak guna kunyit hidup

sedikit garam dan gula(sikit je tau)

Cara memasaknya
-rendam beras dalam bekas berisi air selama sejam dan masukkan bancuhan serbuk kunyit yang ditapis dan asam keping.

-kendian tapis beras pulut masukkan kedalam bekas yang boleh dimicrowave beserta air.Kuantiti air mesti sama banyak dengan beras pulut tadi.Masukkan sekali daun pandan.

-tutup bekas dan masukkan kedalam microwave setting high selama 5 minit.

-setelah 5 minit keluarkan dan masukkan santan yang dicampur dengan sedikit garam dan gula.Gaulkan serata dengan garpu dan masukkan semula ke dalam microwave setting medium high selama 5 minit.

-dah siap boleh keluarkan dan boleh dimakan dengan rendang,telur dadar juga sambal tumis dan sebagainya.




rendang daging dimasak guna resepi CMG..aduii lama tau nunggu kering ada 2jam lebih gitu..ok ke gini rupanya sebab tengok orang lain masak kering kontang nampak daging je..




Ni puding trifle ekpress dibuat masa hari raya haji hari tu..bahan-bahan guna apa yang ada dirumah je..asalnya nak buh buah strawberi dan creamm tapi cream yang adoo dah expired lakk huhuhu..



dulu masa raya kiwi kan ni oren plakk






Buat dalam bekas tupperware gini je hahaha..tak buh dalam kaserol kaca lagik lawa dan mahal itu..janji sedap dan boleh dimakan kehkehkehkeh..





11/19/2010

Di jauhi kawan sebab bisnes??

Dah lama saya nak cerita pasal nih,masalah yang bukan saja membelenggu diri saya tetapi kenkawan yang lain yang rasa terganggu,sakit hati dan bengang yang amat sangat apabila sahabat yang selama ini kita hormati tetapi dah jadik orang lain bile sibuk berbisnes tak kira la skim cepat kaya ke,cepat muflis ke atau MLM dan sebagainya..kawan yang selama ini boleh duk berborak sesama,bergosip bagai hanya nak borak ngan kita tentang bisnes dia..kalau hantar sms sekadar tanya khabar jangan harap nak jawab tapi kalo tentang bisnes dia hambikk ko panjang lebar dia balass.
Rupanya kawan kita yang selama ini manis orangnya,bahasa yang bagus..kawan kita yang rajin mengomen kat blog kita yang suka tegur kita kat FB dah jadik orang yang gila duit hari-hari update status kat FB semua tentang duit..mana kawan kita yang manis tu..beberapa kawan saya sering mengadu tentang hal ni,tau tak apa yang sebenarnya menjengkelkan kenkawan bila kalians terlalu taksub sangat dengan bisnes korang tuh..:
  • Tiada lagi kawan yang suka bergurau senda,asal jumpa kat mana-mana takda lain dah cerita nak bukak..gik mengeteh kat kedai mamak je sibuk buka laptop,tayang henpon canggih dengan kereta mewah nya sekali..orang nak bercerita hal lain awak sibuk ngan bisnes..bisnes dan bisnes lagik..langsung tak fikir apa perasaan kenkawan.
  • Memperlekeh pekerjaan orang lain,yang ni memang amat menjengkelkan ade seorang kenalan saya yang kerja kat stesen tv dia cakap dia memang bengang gila la sebab kawan dia yang buat bisnes MLM ni tak abis-abis nak sindir pekerjaan dia.."sampai bila ko nak kerja makan gaji gini,taknak hidup mewah macam aku ke.." takpun ''korang mesti banyak tanggung hutang kan tengok aku..nak beli apa nak gik mana pon dah tak kisah pon takyah pikir apa-apa'' dan banyak lagikla.Kenapa mesti merendah-rendahkan pekerjaan orang lain bukan tak halal pon malahan dengan duit hasil gaji itulah kawan kita tu tanggung famili dia tak kisah la macam mana susah pon dia kerja jadi kuli batak ke sekurangnya dia tetap bekerja dan tahu tanggungjawab dia bukan nak kerja senang je pastu nak hidup bermewah-mewah.
  • Bongkak,riak dan suka menunjuk-nunjuk..kat status FB hari-hari tulis ''hari ni shopping RM5 riban je abiss..rugilak sikit je belanja'' takpon ''baru tukar sportrim kereta terkejut murah tul satu sportrim baru RM15 riban'' atau ''mana ok ye semi D kat Bukit Jelutong ke Penthouse kat KLCC ke nak beli banglo kat Country Height mana satu ni''..tu baru camtu belum dia sebut nak tukar kereta bagai lagik takpun gi melancong sana sini.Sikit pon tak sedar ade kawan yang hanya mampu sewa umah kos rendah,apa perasaan dia baca status kita camtu...takpon kalo ade kawan yang baru balik berkelah kat Bagan Lalang nak tayang gambo kat FB pon jadi segan mana taknya member dia ni duk tayang gambo gik Paris laa..London la .
  • Kalau kawan ni tak beli barang yang dia jual atau tak join bisnes yang dia buat dia dah taknak melayan sangat..kalo member tu tegur kat FB pon dia buat tak layan je.Adakah fungsi seorang sahabat tu untuk meraih kesenangan semata-mata,so kalo kawan kita tu tak beri keuntungan kat kita tak perlu kawan ngan dia camtu ke..?sebenarnya saya sendiri tak kisah nak kawan ngan sapa pun cuma sebagai sahabat tak perlu la kita memaksa kawan kita kalo dia taknak join bisnes ke takmo beli barang kita biarlah kita hormatila pendirian dia mungkin dia tak perlukan menda tuh ke ,takde duit ke betul tak?biarlah dia dengan ikhlas hati yang bertanya pada kita,kalo kita asyik duk mengendeng-ngendeng kat dia lama-lama dia rasa rimas dan mula menjauhi kita.
  • Berselindung dan hipokrit..haha add kenkawan sebab nak tag barang yang kita jual takpon nak suh PM inbox tuk bisnes cepat kaya dia..ade sorang kawan dah terkena disebabkan seorang hamba Allah ni hari-hari update status FB dia tentang kekayaan yang dia perolehi kawan saya ni pon try la PM dia..kelakarnya dia takmo bagitau pon bisnes apa yang dibuatnya kecuali kalo kawan saya ni serius dan konpem join.Dah tentunya orang nak tau dulu menda yang dijualnya,lepastu kena la diskus dengan famili dulu baru la decide nak join ke tak tapi member ni takmo bagi peluang langsung orang nak berfikir dulu.lebih-lebih lagi kalo bisnes tu perlukan modal puluhan ribu kena buat loan bagai bukan semua orang ada backup yang bleh bantu kita kalo jadik apa-apa.kawan saya tu siap copy paste semua ayat yang si member ni tadi..siap member tuh marah-marah bebel buang masa dia melayan kawan saya nih..sungguh tak disangka seorang yang lemah lembut camtu bila cakap tentang bisnes dia seolah-olah bukan sahabat yang pernah kita kenal dulu..siap kawan saya tuh remove member tuh daripada friendlist kehkehkeh..
  • Asyik fikir orang lain dengki kan kejayaan kita..hurmm payah ni kalo asyik negatif je kawan nak dekat pon tak berani dah tu langsung taknak terima kritikan orang dengan hati yang terbuka..sebenarnya kenkawan tak dengki pon dengan kejayaan kalians malah mereka tumpang gembira cuma mungkin sikap kalian yang terlalu obses dengan bisnes buat kenkawan berjauh hati rasa tak selesa nak rapat..rasa segan yela tak beli barang kat kalians kan pastu kalians lak duk sindir-sindir..paling penting hormati pendirian orang lain terutama kenkawan dan adik beradik kita sama macam saya meskipon memperjuangkan kepentingan susu ibu tapi yang pasti dan jelas tak da sorang pon di kalangan ahli keluarga atau sanak saudara saya yang memberi susu ibu sepenuhnya pada anak mereka,takdela saya kondem depa tuh malah saya selalu ditanya susu formula jenama apa yang sesuai tuk anak-anak depa..bagi saya biarlah kesedaran tuk datang daripada diri mereka sendiri saya percaya mereka pun sedang cuba berusaha memberi yang terbaik tuk anak-anak beri masa dan jangan membuatkan mereka rasa tertekan lak ngan kita.

Kita semua ada kawan baik dan kalau boleh kita nak bersahabat dengan dia tuk selama-lamanya,gaduh-gaduh manja tu perkara biasa tapi jangan sampai kenkawan berjauh hati sebab rimas dengan kita yang obses dengan sesuatu perkara tuh..mungkin itu strategi perniagaan kita,tetapi sesekali cuba peka dengan keadaan sekeliling selesakah kenkawan kita dengan cara kita nih..kadang-kadang kenkawan tak sampai hati nak cakap kat kita tapi bila depa dah tak tahan secara perlahan-lahan depa akan mula menjauhi kita..tak kisah apa pekerjaan kawan kita kalau dia belum bersedia jangan paksa jangan sindir-sindir saya sendiri pernah disindir sebab harapkan duit suami saya tak rasa salah atau berdosa pon lagik berdosa kalau suami yang macam biawak hidup makan duit bini..bini daripada seorang suri rumah tak pasal-pasal kena kuar bekerja teruk-teruk apabila si suami tetiba malas nak kerja kalo jadik Mr Mama jaga anak-anak takpela jugak ni anak still hantar kat pengasuh ini bukan cerita rekaan terjadi dikalangan keluarga saya sendiri..so fikirkanlah.
Maafkan saya kalau ade yang tersinggung dengan entri kali ini..sebab ini adalah pengalaman beberapa rakan tak salah nak bisnes bagai cuma jangan sampai hilang kawan udah..bisnes la cara orang profesional jangan campur adukkan peribadi dan kerjaya kita..kalo kawan kita tuh taknak beli barang kita jangan la kita takmo la kawan ngan dia plakkan..Dan kenkawan plak janganla dengki lak ngan kejayaan kenkawan yang lain jadikan mereka sebagai inspirasi paling penting jangan tikam member lak, saya sendiri telah alaminya..


11/16/2010

Tak jadik balik kampung

Di saat ni hakak tau ramai yang duk tahan nak membuang sebab terperangkap kat atas jalan raya..betui..tak teringat lak masa tengah mabuk peknen kan si Qaseh hakak duk atas jalan raya sebelum sampai Genting Sempah kemain lama tau sebab semua orang pakat balik kampung time tu kan pilihanraya umum..sebab boring tahap gaban sempat gak hakak call Hot Fm buat ucapan tak sangka lak first time call terus dapat masa tuh deejay Fikry kalu tak salah..huhu

Malam ni hakak tak jadik balik kampung sebab tetiba coti encik suami dibekukan dan dapat sehari je coti..dah tu beliau lak tak sihat kalu balik hari pon wat penat je katanyaa laa..
punya la hakak kemas segala cuma tak packing bajula tapi dah siap iron baju raya..udahla beliau balik lambat pehtu dia relaks je dah lama baru dia bagitau tak jadik balik kampung..huwaa dah lewat gini baru bagitau nak masak hape esokkk wehh kedai pon dah habih gamaknya barang..
ingatkan tak perlu kotorkan tangan memasak hahah..tengokla apa yang akan hakak masak bergantung kepada apa yang adoo kat umah nih

Ini kali kedua tak beraya di kampung sejak kahwin la,memula dulu masa gik Vietnam nih tak dapek coti lak..takpela berkorban apa saja, esokkk nak terjah umah sapa ekkk..?

11/15/2010

Laksa Johor dan Aidiladha

Salam..semua orang dah balik ke yea..huhu saya tak balik lagik tak pastila balik malam raya or pagik raya keh..sebab encik suami tak banyak coti ..coti yang ade pon dah -ve hahahaha..sesiapa yang dah raya dulu esok tu selamat menyambut hari raya Qurban yeaa..apekah pengorbanan kalians kali ini..

Nah nikmati laksa Johor ini..hihihi ni menu semalam tetiba saya terajin masak laksa Johor pepagik dah bangun orang lain hari minggu bangun lambat saya kul 5.30 am dah bangun lepas solat bagai tercongok depan tv sambil nyapu sampah..bengang tau cerita Filipina peberet saya tu ditayangkan kul 6 am kat Astro Prima ala cite The Two of Us dulu kul 2pm pastu tuko kul 5.30 pm setiap Senin sampai Rabu,pehtu tuko lagik setiap Sabtu dan Ahad plak kul 5.30 pm pastu tuko lagik kul 7 am Sabtu dan Ahad pehtu start minggu lepas tuko plak kul 6am..hisssshh geram tul laa dah;a takde ulangan..gigih saya kan bangun pepagi nengok tv yela..saya ni tak selalu sangat ngadap tv kecuali cite yang bess ajee..huahua

Resepi laksa Johor ni saya ikut dari Kzai..pi terjah belog beliau tuk mencoba resepi yang mabeless ni..semalam saya siap tapau bawak ke Gombak melawat anak buah kawan saya yang baru lahir sebab saya tau kawan saya ni suka makan laksa Johor..huhu sampai menjilat pinggan katanya siap sms tak cukop huhu..agak leceh sikit nak masak laksa johor nih sebab kena ade udang kisar sekali dan kene tumis dulu bawang dan rempah ratusnya tapi rasanya amat berbaloi tu saya guna ikan kembong je kalo guna ikan tenggiri taktaulaa cemana lagikk mebeless gaknya
saya guna sikit je rempah kari dan cili kisar sebab Qaseh pon nak makan gak kan..so saya buat sambal belacan yang super powerr pedasnya la huhu..spagetthi pon guna yang jenis halus skit tuh ..abah Qaseh yang biasanya tak suke makan laksa johor pon makan gak haha..
kalo sesapa rajin singgah kat Foodcourt Sungai Ramal Junction pon ade laksa johor nih saya makan tak pandang kiri kanan dah tau-tau dah abis semangkuk huhu..

11/13/2010

Selepas 2 tahun si kecil minum apa pula..

Salam..sibuk saya akhir-akhir ini agak sekali sekala menjenguk blog kenkawan je yang sempat nak update blog ada sahaja halangan..time tula si kecik saya ni mengganggu..saya sengaja tulis tentang isu ini sebab selalu gak terbaca tentang persoalan ini..ada sesetengah ibu diluar sana mungkin risau dan pening memikirkan apa pula yang harus diberikan kepada si anak bila sudah bercerai susu..huhu sebenarnya saya sudah pernah menyentuh hal ini tidak lama dulu tapi tak mengapala memandangkan anak saya juga sudah berusia lebih dua tahun jadi rasanya ini masa yang sesuai untuk bicara lebih lagi tentang isu ini..sebelum itu saya ingin ceritakan sedikt tentang anak buah saya dan juga suami,


  • Sepupu Qaseh anak buah suami minum susu ibu sejak lahir bila habis cuti bersalin biras saya hanya menyusukannya sebelah malam dan juga ketika dia cuti..kalau balik kampung atau pergi jalan-jalan memang dia tidak minum susu formula dia cuma minum bila berada dirumah pengasuh malah saya sendiri tidak pernah nampak dia minum susu melalui botol dan sebagainya dia juga tidak ada masalah untuk makan makanan lain seperti orang dewasa.Tetapi apabila dia sudah berusia 2 tahun,dia berhenti menyusu badan dengan sendirinya sebelum beberapa bulan kemudian biras saya ni disahkan mengandung anak yang kedua.Sepupu Qaseh ni masih terus minum susu formula malah dengan kuantiti yang lebih banyak disebabkan dia ni selalu sembelit maka biras saya terpaksa belikan susu formula yang berjenama dan mahal harganya,peliknya apa yang saya perasan dia kini lebih banyak minum susu formula berbanding makan makanan lain berbanding dulu ketika dia tidak bergantung sangat pada susu formula.

Inilah yang kita tak mahu terjadi seolah-olah selepas 2 tahun kita merasakan makanan yang anak kita makan masih tidak lengkap sebenarnya susu hanyala pelengkap bukan sebagai ganti atau solusi bila anak-anak menunjukkan sikap memilih makanan.Sama juga terjadi dengan anak buah saya Fifi yang sememangnya cerewet untuk makan dia hanya lebih suka minum susu formula meskipun usianya sudah melebihi 3tahun.Apabila dia cerewet makan,kakak saya bertindak dengan memberi susu formula disebabkan kesibukannya berkerja,sebenarnya Fifi mahu makan tapi mungkin apa yang dimasak ibunya tidak menepati citarasanya ingat lagi dengan kisah memori bubur ikan tenggiri.Sebenarnya sebagai ibu kita haruslah bersabar dan cuba gunakan kreativiti kita dalam menyediakan makanan untuk si kecil..rasanya banyak buku atau panduan tentang pemakanan anak-anak boleh didapati,memang pada awalnya ia agak sukar tapi saya percaya lama-kelamaan ia akan membuahkan hasil juga jangan terlampau cepat putus asa dan merasakan apabila anak cerewet makan maka kita biarkan susu formula menjadi pengganti seperti mana yang sering di iklankan di televisyen.Sebenarnya mana -mana susu sama sahaja yang membezakan hanyala jenama dan harga.


Jadi apa susu yang sesuai untuk anak berusia lebih dua tahun ini..?pendapat saya sebenarnya kalsium juga boleh didapati dari banyak sumber makanan yang lain .Contohnya Qaseh juga minum susu lembu tapi bukan dalam bentuk susu formula saya berikannya susu segar di dalam kotak,contohnya jika saya buatkannya minuman coklat maka saya campurkan dengan sedikit susu segar ia lebih baik dari guna susu pekat manis.Tetapi tidakla setiap masa dia minum sekurang-kurangnya sekali sehari ketika sarapan atau seminggu dua tiga kali.Selain itu dia juga mengambil yogurt dan keju yang dimakan bersama roti.Bak kata rakan PC saya Nurshazura


''Allah juga telah memberikan kita terlalu banyak pilhan sehingga tak terpilih dek kita dalam usaha untuk memberi anak kita makan ....mana satu pilihan anda kalau mahu juga mengambil susu sebagai salah satu sajian untuk keluarga: susu formula diproses dari cecair hingga menjadi tepung ..bayangkan proses ini pasti membabitkan pelbagai bahan kimia...tarikh luputnya pun lama bermakna kandungan pengawetnya adalah tinggi berbanding susu freshmilk yang juga melalui pelbagai proses tetapi pastinya tidak sebanyak susu formula serta tarikh luputnya lebih cepat bermakna bahan pengawetnya tidak sebanyak susu formula..nah...Allah SWT telah memberikan kita pilihan ...tinggal untuk kita melihat dan mempelajarinya sahaja..''



Ini pula pendapat Pakar Laktasi Puan Kamariah dari susuibu.com yang telah membuat kajian dahulu sebelum menulis artikel ini



Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ’sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:
1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang – bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.
2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.
3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.
Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.
Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.
Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!Perkara ini akan saya kupas lanjut di dalam Majalah Pa&Ma pada bulan Ogos ini. Sila dapatkan naskah anda masing-masing.


Pilihan terletak pada ibubapa itu sendiri,terpulang pada anggapan mereka mana yang terbaik untuk anak-anak mereka..yang penting kita cari jalan untuk mengatasi sesuatu keadaan itu bukan memberi alasan semata-mata.


11/10/2010

Kemboja..perjalanan yang menyentuh hati

Baru-baru ini encik suami mengikuti rombongan yang ditaja company bos dia ke Kemboja..encik suami pergi selama 5 hari 4 malam dan Ahad malam baru ni baru la depa semua selamat sampai ke Malaysia..saya tak ikut sebab tak sanggup nak tinggalkan Qaseh kat sini kalo bawak pon nanti susah jugak tak pasal-pasal menyusahkan orang lain plak jadi lebih baik takyah ikut..lagipun cuaca yang panas serta jalan raya yang berdebu amatla tak sesuai nak bawa anak travel lagi pun saya pasti ianya perjalanan yang memenatkan sama seperti ketika saya ke Vietnam 3 tahun yang lepas..

Sebenarnya tak banyak gambar yang encik suami snap memandangkan dia tak bawak kamera cuma snap melalui henpon saja dah tu takleh nak transfer lak ade masalah ngan USB haishhh..

macam biasa Kemboja sinonim dengan sejarah kekejaman rejim Khmer Rouge dibawah pimpinan Pol Pot..siapa Pol Pot kalians leh google cari tak sanggup rasanya nak tulis satu persatu tentang setiap kekejaman terkeji yang paling biadap oleh beliau dalam sejarah tragedi kemanusiaan di benua Asia. Kenangan pilu dan gambaran kekejaman Pol Pot yang berkuasa di Kemboja dari tahun 1975-1979 boleh dilihat di Museum Genosida Tuolsleng di Phnomh Penh..bayangkan dari 8 juta penduduk waktu itu 2 juta darinya dibunuh dengan kejam dari bayi yang masih merah sampaila orang tua..tidak dapat dibayangkan kehidupan mereka waktu itu semua yang cerdik pandai akan dibunuh termasuk bayi yang dilahirkan dari pasangan yang berpendidikan..supaya tidak mewarisi kepandaian ibu bapa masing-masing.(Mangsa dihempas ke pokok dan sisa darah masih jelas kelihatan sehingga hari ini)

Gambar-gambar dibawah lukisan yang terdapat di Museum Tuolsleng..encik suami tak sanggup nak snap gambar sebab tersangatla pilu so ni gambar ehsan dari google..lihat saja kejam tak kejam..saya tak sanggup nak tayang gambar lelain..terkeduuu anak kecil,wanita semua jadi mangsa....

lemah kaki ini melihat kejadian ini...Menderitanya mereka ini..sebab tu penduduk Kemboja tidak pernah memaafkan Pol Pot yang telah meninggalkan kenangan paling kejam dalam sejarah kehidupan mereka..

selain tu encik suami sempat gak melihat tasik terbesar di Asia Tenggara iaitu Tonle Sap,juga tak sah kalo tak jejak Angkor Wat salah satu keajaiban dunia..menurut encik suami nama Angelina Jolie banyak kali disebut oleh pemandu pelancong bukan sekadar sebab beliau shooting filem Tomb Raider kat sini jer tapi juga atas bantuan kemanusiaan yang diberikan..malah anak angkatnya Maddox berasal dari Kemboja..





Antara buah tangan yang encik suami belikan..banyak la shawl yang comel-comel lak tu warnanye semua ceria..tapi ingat buleh dibuat alas meja sekali kot huhu..serunai kat atas tu encik suami beli dengan harga satu dolar US dari kanak-kanak yang tak berhenti-henti mengendengnya masa kat Angkor Wat bila encik suami hulurkan duit sebagai sedekah budak tu takmo tapi nak encik suami beli barang yang dijualnya.




Sebahagian barang yang dibeli encik suami adalah atas dasar simpati yela mana taknya bilangan pengemis disana amatla ramai.Malah masa awal-awal sampai sebelum memulakan lawatan bos encik suami beli kek yang banyak untuk disedekah sepanjang lawatan nanti..
Realiti kehidupan disana ibarat Malaysia 30-40 thn yg lalu..kedaifan mereka sangat menyentuh hati , penduduk Islam disana hidup diatas kaki sendiri tiada subsidi seperti kita disini hanya ehsan dari negara jiran seagama terutama Malaysia yang banyak memberi sumbangan..bayangkan mereka masih tinggal di atas perahu usang,kalo ade umah pon beratapkan rumbia,jalan raya yang sempit dan berdebu..maseh gunakan kerbau tuk membajak sawah juga kayu api tuk memasak..

Malah ketika encik suami dan ahli rombongan yang lain diatas bot pelancong ketika menyusuri Sungai Mekong yang airnya seperti teh tarik banyak anak-anak kecil baya Qaseh yang hanya duk lam besen terapung-apung di atas sungai cuba meraih simpati para pelancong dan pelancong tidak dibenarkan berada terlalu dekat dengan mereka..sangat menyedihkan bohongla kalo tidak menangis melihat keadaan itu..ketika saya ke Vietnam dulu saya rasa dah mundur dah Vietnam tu tapi kata encik suami Kemboja jauh lebih menyedihkan..
Jikalau kalians rasa tidak puas hati dengan semua yang kita ada di Malaysia ini cuba kalians sesekali melawat ke negara dunia ketiga..barulah kita tahu bahawa kita jauh lebih beruntung kita masih boleh menyimpan cita-cita sedangkan mereka disana hanya memikirkan tentang hari esok masihkah ada sesuap nasi untuk mereka..


11/09/2010

Cerita nih belum basi lagik

Salam kejadian nih berlaku ketika hujan turun renyai-renyai pagi Ahad 24 Oktober 2010 yang lepas..hampir lupe plak nak kisah kan kat kalian..seperti biasa Perjumpaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu(SGM) kali ni dah masuk kali ketujuh untuk tahun 2010 nih..sepatutnya diadakan di Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi tetapi atas faktor cuaca kami berkumpul di susuibu.com huhu..kali ni tajuk yang dibincangkan cabaran penyusuan pada usia kanak-kanak..sesuaila topik kali ini sebab si kenit saya pon telah memasuki era toddler bukan baby lagik haha.. Antara juadah yang turut serta dalam perbincangan itu..kaum bapa awal-awal lagi mengeteh kat kedai mamak sebelah haha..kami lak sambil bincangkan topik sambil mengunyah..


turut diadakan acara sambutan harijadi bagi anak-anak yang menyambut ulangtahun pada bulan Oktober..kek di sponsor oleh Puan Hanidah yang baik hati huhu..



tak ramai yang menghadirkan diri kali ini..saya meskipun sakit kepala gagahkan jua tuk hadirinya huhu..






hohoho..acara menikam kek..comel melihat kelatah anak-anak ini..

Disebabkan sakit kepala saya tak berapa nak fokus tapi adalah sikit-sikit yang masuk lam kepala otak nih ahakss

Cabaran penyusuan pada usia kanak-kanak

- puting sakit atau luka dan melecet sebab anak sudah tumbuh gigi

-pelbagai aksi dan gaya menyusu si kecil yang boleh menyebabkan ibu merasa letih kerana menampung badan anak.

-biasanya anak-anak sudah pandai berkata-kata maka dah pandai la nak mintak nenen dan sebagainya walopun di tempat awam.

-malahan anak juga dah pandai nak menyelak baju si ibu tanpa sempat si ibu menyelak sendiri huhu..

Meskipun gitu ada kebaikannya juga menyusu anak pada usia begini dimana hubungan anak dengan ibu lebih erat,anak dapat mempelajari tentang kepentingan payudara sebagai tempat menyusukan bukan sekadar organ seks semata-mata..

Seperti biasa hujung bulan ni juga akan diadakan perjumpaan lagik meskipun kalian tidak menyusukan anak jangan segan-segan meh kite bersuai kenal..meh kite borak-borak santai tidak semestinya kita hanya bincangkan tentang topik pada hari itu tetapi andainya ibi-ibu ada persoalan yang membelenggu fikiran buleh gak diutarakan..jangan risau semuanya di bincangkan secara santai..bawakla anak-anak,suami atau bibik kalian..


-Saya nak ceritakan pengalaman menyentuh hati encik suami yang melawat bumi Kemboja baru-baru ini tapi takleh nak upload gambar plak huhu..





11/06/2010

Saya masih menyusukan..

Gambar ketika saya hadiri kursus Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBfPC) mei lalu di Kuantan,tengok Qaseh yang kerjenye mencekik je huhu



Si kecil saya telah berusia lebih 2 tahun dan masih menyusui pada waktu tertentu seperti bila hendak bermanja ataupon ketika mahu tidur..saya hampir pernah ingin menceraikan susu tuk selamanya dengannya namun akhirnya saya merasakan ia tindakan yang agak drastik dan mungkin akan mengganggu emosi si kecil yang masih belum bersedia untuk berpisah dengan nenennya..saya biarkan si kecil membuat keputusannya sendiri lagipon pada ketika ini susu ibu bukan lagi menjadi makanan utamanya jadi saya tak perlu risau sebab walaupon dia maseh sekali sekala mengempeng tapi dia tetap hadap makanan berkali-kali sehari bukannya menjadikan susu ibu itu sebagai makanan utama sampai takmo sentuh makanan yang lain dah..

tambahan plak saya tidak mempunyai halangan dari kesihatan jika anak saya still menyusu jadi saya biarkan si kecil membuat pilihannya sendiri,saya pasti lambat atau cepat dia dengan sendirinya akan memutuskan bila dia mahu berhenti.

Hanya yang menjadi halangan adalah tanggapan sesetengah orang yang terganggu apabila melihat anak yang dah berumur 2 tahun masih menyusui..pelik bukan teringat akan kata -kata seorang teman kenapa anak yang menyusu susu ibu lebih 2 tahun orang bising dan suruh wean off sedangkan yang minum susu formula sampai dah sekolah pon orang tak kata apa..

Sama juga dengan mereka yang mengamalkan konsep tanderm nursing iaitu menyusukan dua orang anak yang berlainan usia pada masa yang sama sering juga mendapat pandangan yang negatif sedangkan ia tidak salah..biarkan si ibu membuat keputusan sendiri mana yang lebih baik tuk si kecil mereka selagi ianya tidak mendatangkan mudarat.

Saya sendiri tetap menghormati ibu-ibu yang mungkin tidak dapat menyempurnakan penyusuan ibu sehingga 2 tahun atas sebab tertentu mungkin kurangnya info dan juga sokongan kerana saya percaya kegagalan yang lalu pastinya menjadi pengajaran yang berguna kelak..mana tahu ia akan berjaya pada anak yang seterusnya betul tak..?


Menyusu anak lebih 2 tahun


Soalan:
APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?
Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?
Jawapan:
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.
Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.
Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.
Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.
Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.
Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.
Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

Sumber Utusan Malaysia

11/05/2010

Gundah Gulana

Arghhh tak sukanya dengan perasaan yang satu ini..rasa gundah gulana sedang bersarang dalam hati..kalau dah memang jenis suka membayangkan yang bukan-bukan memang parah..
tulah mudah sangat berfantasi perkara yang burukla..kalau ade tragedi yang berlaku kat sesuatu tempat tu dah mula rasa takmo jejak tempat tuh..kadang-kadang nak keluar umah pon dah rasa takut ..rasa cam tak selamat..
padahal nak buang sampah je,mule la pikir camna kalo tetiba pengsan time buang sampah,takpon tetiba lif rosak dan kendian..argghhhh macamla hanya dalam rumah je tempat yang selamat gilooo tul..
bila call orang tak angkat dah mula bayangkan yang bukan bukan terjadi,bila tangan luka time potong bawang jerr dah berderau darah mula imejin yang bukan-bukan..waaa tak suke ..tak suke..
bila tak dapat bantu orang dah mula rasa bersalah yang amat sangat sampai tak lena tidooooo..taknak itu ini
mudah rasa serik dan trauma bila mengalami sesuatu tragedi dan bimbang ianya akan berulang kembali,kalau naik kereta sebagai penumpang takkan sesekali melelapkan mata meskipon teramat mengantuk sebab bimbang terjadi sesuatu..sentiasa nak pantau tahap pemanduan si pemandu..rasa macam malaysia ni je muka bumi paling selamat kat tempat lain semuanya tak berapa selamat
uwaa apapun daku memang sedang gundah gulana saat ini namun tidak dapat memberi tahu kalian demi keselamatan..
adakah apa yang kualami ini sebahagian dari gejala Obsessive-Compulsive Personality Disorder(OCPD)eceh..

11/04/2010

Etok vs Mentarang

Dah lama saya mengidam nak makan menatang bercengkerang nih..kali terakhir saya menikmatinya beberapa tahun yang lepas tu pon sikit je ..pertama kali merasanya masa kecik-kecik kalau balik Temerloh kampung abah saya memang ada orang jual jenis yang salai tu Arwah tok cik saya pon dulu rajin cari menatang ni kat sungai..inilah dia etok sedap juga kalau dimasak gulai lemak buh serai tuh..teringin nak makan lagik dengar cerita kat Temerloh banyak sekarang nih bila la daku dapat makan lagik..dulu masa peknen pun ade gak teringin tapi tak berani nak cakap kat orang takut menyusahkan plak..
pic google
Ni plak namanya mentarang..tak penah makan pon lagi kat Sabak Bernam banyak orang jual tepi jalan..teringin gak nak rasa tapi bila la boleh sampai kat sana..nak kirim kat orang taktau sapa yang dok Sabak Bernam..

pic google
Ada sapa-sapa penah makan mentarang ni...sedap takk sebab nampak macam sedap je dalam tv orang makan..

11/02/2010

Belajar buat air berkarbonat

Jika tekak kalian tetiba rasa nak minum air bergas tetapi tidak mampu untuk membeli minuman yang mengandungi gula berlebihan itu di kedai..meh saya tunjukkan ade cara mudah untuk membikinnya sendiri di rumah.. gigih saya perah buah oren menggunakan pemerah buah oren yang mudah didapati di kedai..nah buh separuh gelas je..
serbuk bikarbonat,ada yang memanggilnya serbuk penaik eh entahalah kat kedai bakeri berlambak ye dijual..untuk makluman saya telah masukkan sedikit pemanis iaitu gula ke dalam jus oren itu..

kendian masukkan sesudu kecil serbuk putih tadikkk..bikarbonat tuhla..eh dah macam wat ekperimen kimia time sekolah lak tetiba teringat...


lihat buih-buih cinta semakin berbuih...



taraaaaaaaa...erkkk megiknyee tetiba keluar kaler pink..agagagaga salah plak air pink ni dinamakan pink laici ye rasanye sangat mabelesss





jengg..jenggg...nilah dia lihat buih-buih dia semakin meninggi..apabila serbuk bikarbonat bercampur dengan jus oren maka ia akan bertindak balas menghasilkan gas eheks jadila air gas..ku terpengaruh dengan rancangan Backyard Science di saluran tv IQ..(kalo la dulu masa kecik-kecik dah ada astro mesti rancangan ni ku layan) hahaha..rasa minuman ni ade rasa sikit-sikit cam panadol soluble pon ade(betui kaa ejaan ni cam salah je)






nah tu diaaa..buih-buihnye.....selamat mencoba tak jadik jangan salahkan acik yoo..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...