Mereka Yang Terbaik..!

5/30/2011

Mengidam sup urat keting lagi..

Mood suam-suam bahasa pagik ni ..gusi masih bengkak sejak hari sabtu seksa nak makan,orang kata selain sakit nak beranak,kesakitan yang paling perit bila sakit gigi..tapi saya bukan sakit gigi tapi gusi bengak macam nak tumbuh gigi baru lak..nak tumbuh gigi bongsu gamaknya.
sakit pada bahagian gusi juga boleh mencetuskan amarah pada orang di sekeliling huehuehue..hati-hati jangan bikin gua panas hati hokay..kikikiki
Malam jumaat last week kebetulan kiteorang ade urusan kat Bangi pastu ajak la encik suami yang time tu demam pi makan kat Restoran Sup Urat Keting UK kat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi sebelum ni sokmo je lalu-lalang kat restoran tapi tak pernah singgah maklumla kalau sup-sup daging ke tulang apatah lagi keting ni bukan peberet encik suami kalau dia makan pun sup daging jela atau sup ayam katanya tak biasa makan sejak kecik berbeza dengan saya yang memang tak pernah double standard terhadap makanan apatah lagi nak cerewet bagai nak-nak kalau jenis yang berkuah..huiiissss my feveret tuhhhh.
Restoran ni manjang penuh orang tapi ternampak lak kat belakang restoran ade satu lagi restoran yang sama hehe wahh dah bukak lagi besar siap tambah lagi satu..so kiteorang pergi yang baru tu la sebab tak ramai sangat orang lagi pun memang dah parking kereta depan tu kan.So kami masuk dan pilih meja bebetul depan kaunter malas dah nak cari port lain lagi pulak Qaseh tidur time tu.memula ingat nak tapau je bungkus takmau makan situ last-last encik suami kata makan kat situ jelaa dia tak kisah pangku qaseh yang sedang tidor tu sambil makan(kekdahnya bergilir-gilir le makan sorang pegang anak sorang makan hehe)
Servis ok je kat restoran ni takdela lama mana menunggu,makanan pun sedap la meskipun tak puas hati dengan kangkung yang dipotong agak panjang untuk kangkung belacan susah pulak nak makan muehehe..dan yang paling mabeless dah tentula sup urat ketingnyaa Gambar ehsan Google..lupa nak bawak kamera hari tu..sup urat keting ni yang paling mahal diantara sup yang lelain..RM7 semangkuk kalau tak silap laa..sedap dan pedas sup ni.Meskipun bagi sesetengah orang komen harga kat restoran ni agak mahal bagi saya kalau sedap dan puas hati takpe jangan udahlaa mahal tak sedap pulak pastu tak abis hahaha sangat tak berbaloi ok..sebelum ni pernah dengar servis waiter kat sini kureng mesra pelanggan la bla-bla tapi masa saya gik baru ni ok je..baru duduk diorang dah tanya nak makan apa.
so saya tekan button 'like' untuk restoran ni boleh la masuk list sama macam restoran kegemaran kami Village View..boleh la kalau nak bawak orang kampung datang makan situ..pada saya la kan kalau kita order makanan tu kalau tak mau lambat better order makanan yang boleh di masak sekali maksudnya kalau makanan tu berbeza-beza contohnya ada 7 orang makan semua makan makanan yang berbeza konpemlaa lambat skitkan hanya orang yang tak reti masak atau tak pernah memasak memangla tak faham yang mana la boleh nak masak semua makanan dalam masa 5-6 minit..ko nak cepat gikla makan kat restoran fastfood ye dakk.
Kadang-kadang pelik gak orang kita suka komplen itu ini pada restoran melayu dan lebih suka melantak kat kopitiam/mamak yang belum tentu halal haramnyaa..pastu bila orang kecoh tak halal bagai barulaa sedar diri muehehhehe..

Nota CPN:Keting ialah urat kaki lembu berwarna putih dan disaluti lemak. Ia perlu direbus untuk mengasingkan lemaknya. Menu ini amat popular di negeri Kelantan dan Terengganu terutama pada Hari Raya Haji.Malah keting juga boleh dimasak gulai lemak, kerabu dan goreng.

5 ulasan:

ceksumolek's berkata...

SUK memang bestt! last year masa bulan puasa tiap2 hari pergi.. skrg kedai dia pun makin besar.. alamakk, teringin laaa..

Cik Puan Nurul berkata...

Aisumi
khennn..sedappp khennnn hehhe sampai licin hirup nyesal plak tak beli tapau wat blk umh..udah teringat2.

TopsyTurvyMum berkata...

Kedai ni aku pergi dah balik yang tahun lepas..memang best. Sate dia pun sedappp! sup tu aku makan, keting tu tak hehehe

Cik Puan Nurul berkata...

TTM,
tak rasa lagik sate nya nnt leh la terai kot..maklumlaa dok kajang ni sate bersepah2 aku ni kira dh jemu dahhh wakakakaka

Eida elHakim berkata...

Duk lalu jer kat situ...tapi tak pernah singgah..apa2 sup pun..klu kuah dia kauwww..mmg sedap..licin hirup. Lps tu esk lusa duk mengidam lagik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...