Di atas itu antara contoh buku atau risalah yang boleh dijadikan panduan la bagi ibu bapa..
Makanan pelengkap
- bermula apabila bayi berusia 6 bulan
- selain susu ibu,bayi yang membesar memerlukan makanan pelengkap
- penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan mengikut kehendak bayi sehingga berumur 2 tahun
- makanan pelengkap adalah makanan tambahan selain daripada susu ibu.
Kesan jika terlalu lewat memperkenalkan makanan pelengkap
- tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien
- penyusuan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dan berkembang.
- semakin lambat memperkenalkan makanan pelengkap,bayi tersebut berkemungkinan mengalami masalah apabila dewasa seperi cerewet makan,taknak makan sayur hanya nak makan makanan yang dia suka saja.
Mengapa bermula pada umur 6 bulan ke atas
- jika diberi terlalu awal ia boleh menyebabkan bayi kurang menyusu kerana ia sudah berasa kenyang
- bayi akan terdedah kepada risiko jangkitan alahan dan cirit birit kerana sistem penghadaman dan ginjal bayi masih belum matang dan enzim penghadaman yang terlibat belum tersedia.
Tekstur makanan
- 6-8bulan -puri,dilecek atau makanan separuh pejal
- 9-11bulan -makanan yang dicincang atau dipotong kecil,makanan jejari seperti biskut lembut dan buah-buahan
- >12 bulan - makanan keluarga
Kekerapan makanan
- 6-8 bulan - 1/2 cawan bubur nasi,2-3 kali sehari ,diselangi snek 1-2 kali sehari
- 9-11 bulan -1/2 cawan bubur nasi pekat,3-4 kali sehari,diselangi snek 1-2 kali
- 1-3 tahun -1/2 cawan nasi atau sekeping roti,4-5 kali sehari,diselangi snek 1-2 kali
Makanan yang kanak- kanak tidak berminat untuk makan
- makanan yang melekit pada mulut atau tangan seperti kuih koci,kuih lapis,kuih kasui dan sewaktu dengannya
- makanan yang sangat kering dan keras.
- makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk.kanak -kanak lebih suka makanan pada suhu biasa
- makanan yang berbau kuat seperti rempah ratus.
~sumber: Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia~
2 ulasan:
good info.. tq gasehadam. sesuai utk akak.. )
@kak mas
sama2 kak mas..ade anak kecik ek
Catat Ulasan