Mereka Yang Terbaik..!

12/01/2010

Mencedok ilmu sambil mencedok makanan

Kebiasaan hari minggu setiap hujung bulan aktiviti sesama keluarga kena paksa rela bangun pepagik berkongsi ilmu dengan para ibuk-ibuk juga bapak-bapak yang sporting kat Tasik Chempaka Bandar Baru Bangi..kali ni dengan topik yang sangat menarik 'Weaning Process-Baby Led Weaning atau pun bercerai susu.Kali ni kehadiran memberansangkan di kalangan ibu-ibu yang baru pestime join bagusla kalau lagik ramai lagik baguss.


sebelum makan kami berposing maut reramai..menu potluck saya cam biasa bubur lambuk Santai timur gigih tu redah hujan mencari bahan-bahan maklumla kang kempunan mak buyung yang request mintak masakkan bubur lambuk huhu..saya memang takleh kalo ibu mengandung yang mengidam lajuuu je saya tunaikan ecehh-pasnih mesti ramai ngaku peknen kan..kan.
Jom kita share ilmu saya dapati ketika support group meeting tempohari
  • Proses cerai susu sebenarnya berlaku secara berperingkat-peringkat takboleh secara drastik dan ianya bermula sejak usia bayi 6 bulan dimana bayi sudah mula diperkenalkan dengan makanan pejal.Ketika ini bayi sudah mula makan bubur nasi yang ditapis atau dilecek,puri buah dan sebagainya.bayi juga telah mula merasa dan mengenal tekstur makanan secara perlahan-lahan.
  • Keperluan makanan yang seimbang menjadi keutamaan apabila bayi berusia setahun dan keatas manakala susu ibu sebagai pelengkapnya.Proses inilah yang dinamakan cerai susu ye bukan putus susu.Walaupun bayi telah mula mengambil makanan yang seimbang penyusuan susu ibu tetap diteruskan.

Jika proses cerai susu ni dilakukan secara drastik pastinya memberi kesan yang tidak baik pada emosi anak dan juga si ibu.Anak pasti merasa kehilangan..beri mereka peluang untuk merasa kehangatan didalam pelukan si ibu sebab pada fikiran si anak bila mereka sudah jarang melekap dengan ibu bermakna ibu mereka dah tak sayangkan mereka..so teruskan memberi pelukan dan sentuhan kepada si kecil kalian meskipun sudah bercerai susu atau putus susu.

Bagaimana proses cerai susu ini boleh dilakukan secara berperingkat?

  • Iaitu dengan mengurangkan kekerapan menyusu kebiasaannya apabila bayi sudah mula mangambil makanan seimbang lain kekerapan menyusu akan berkurang.Mungkin boleh kurangkan kekerapan menyusu pada sebelah siang diikuti sebelah malam pula.
  • Jika biasanya sehari 8-9 kali si kecil menyusu boleh kurangkan kepada 5 kali .Lakukan secara perlahan-lahan sehingga ke minggu-minggu yang seterusnya.Gantikan sesi penyusuan itu kepada memberi si kecil makan makanan kegemarannya.
  • Apabila bayi semakin menginjak usia pastinya keperluan nutrien dan kalori semakin meningkat maka susu ibu tidak cukup untuk mengenyangkannya jadi sentiasa tawarkan makanan apabila bayi menginginkannya.
  • Bagi ibu yang mengepam susu sesetengah mereka memberitahu apabila anak sudah berumur 2 tahun keatas mereka sudah mula berhenti mengepam hanya menyusukan anak secara direct apabila pulang bekerja maknanya anaknya hanya menyusu disebelah malam sahaja so inipun salah satu cara untuk mengurangkan kekerapan menyusu.Disebelah siang anak mengambil makanan seimbang seperti biasa.

Kalian juga boleh rujuk pada video rakaman pakar laktasi iaitu Puan Kamariah dan Puan Rita Rahayu dalam segmen cerai susu menerusi rancangan Si Kecil Ku Chak yang ditayangkan setiap hari Selasa jam 11 pagi di TV3 .Mujur ade rakaman nya di youtube boleh di kongsikan dengan kalians.






P/S:Kebiasaan bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kesihatan atau yang terikat dengan komitmen pekerjaan yang memerlukan ke luar negara dan sebagainya mungkin terpaksa ambil penyelesaian yang agak drastik bercerai susu dengan cara yang agak sukar diterima oleh anak-anak contohnya secara mendadak,sapukan sesuatu pada payudara.Tetapi sebaiknya lakukanlah dengan cara yang perlahan-lahan biarkan si kecil sendiri memilih saat perpisahannya huhu.

2 ulasan:

Elly Emmy berkata...

bagus info ni.. adoii mesti rasa sedih kan .. nak ceraikan susu ngan diorg.. sebab setiap hari duk berkepit.. tiba2.. emmm.. rasa hilang satu tugas yg penting.

Cik Puan Nurul berkata...

eida:yup biasanya ramai ibu2 yg masih belum sedia untuk berpisah anak pulak ade yg dah sedia tapi still belum ilang gian lagi..betul tu indahnya dapat memeluk anak2 dan memandang matanya yg bersinar2 ketika menyusukan..so bila anak makin besar si ibu lak berasa makin sayu.ikatan si ibu dan anak mmg kuat..daku sendiri pon xsedia lagi huhu..sedih je kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...