Mereka Yang Terbaik..!

11/13/2010

Selepas 2 tahun si kecil minum apa pula..

Salam..sibuk saya akhir-akhir ini agak sekali sekala menjenguk blog kenkawan je yang sempat nak update blog ada sahaja halangan..time tula si kecik saya ni mengganggu..saya sengaja tulis tentang isu ini sebab selalu gak terbaca tentang persoalan ini..ada sesetengah ibu diluar sana mungkin risau dan pening memikirkan apa pula yang harus diberikan kepada si anak bila sudah bercerai susu..huhu sebenarnya saya sudah pernah menyentuh hal ini tidak lama dulu tapi tak mengapala memandangkan anak saya juga sudah berusia lebih dua tahun jadi rasanya ini masa yang sesuai untuk bicara lebih lagi tentang isu ini..sebelum itu saya ingin ceritakan sedikt tentang anak buah saya dan juga suami,


  • Sepupu Qaseh anak buah suami minum susu ibu sejak lahir bila habis cuti bersalin biras saya hanya menyusukannya sebelah malam dan juga ketika dia cuti..kalau balik kampung atau pergi jalan-jalan memang dia tidak minum susu formula dia cuma minum bila berada dirumah pengasuh malah saya sendiri tidak pernah nampak dia minum susu melalui botol dan sebagainya dia juga tidak ada masalah untuk makan makanan lain seperti orang dewasa.Tetapi apabila dia sudah berusia 2 tahun,dia berhenti menyusu badan dengan sendirinya sebelum beberapa bulan kemudian biras saya ni disahkan mengandung anak yang kedua.Sepupu Qaseh ni masih terus minum susu formula malah dengan kuantiti yang lebih banyak disebabkan dia ni selalu sembelit maka biras saya terpaksa belikan susu formula yang berjenama dan mahal harganya,peliknya apa yang saya perasan dia kini lebih banyak minum susu formula berbanding makan makanan lain berbanding dulu ketika dia tidak bergantung sangat pada susu formula.

Inilah yang kita tak mahu terjadi seolah-olah selepas 2 tahun kita merasakan makanan yang anak kita makan masih tidak lengkap sebenarnya susu hanyala pelengkap bukan sebagai ganti atau solusi bila anak-anak menunjukkan sikap memilih makanan.Sama juga terjadi dengan anak buah saya Fifi yang sememangnya cerewet untuk makan dia hanya lebih suka minum susu formula meskipun usianya sudah melebihi 3tahun.Apabila dia cerewet makan,kakak saya bertindak dengan memberi susu formula disebabkan kesibukannya berkerja,sebenarnya Fifi mahu makan tapi mungkin apa yang dimasak ibunya tidak menepati citarasanya ingat lagi dengan kisah memori bubur ikan tenggiri.Sebenarnya sebagai ibu kita haruslah bersabar dan cuba gunakan kreativiti kita dalam menyediakan makanan untuk si kecil..rasanya banyak buku atau panduan tentang pemakanan anak-anak boleh didapati,memang pada awalnya ia agak sukar tapi saya percaya lama-kelamaan ia akan membuahkan hasil juga jangan terlampau cepat putus asa dan merasakan apabila anak cerewet makan maka kita biarkan susu formula menjadi pengganti seperti mana yang sering di iklankan di televisyen.Sebenarnya mana -mana susu sama sahaja yang membezakan hanyala jenama dan harga.


Jadi apa susu yang sesuai untuk anak berusia lebih dua tahun ini..?pendapat saya sebenarnya kalsium juga boleh didapati dari banyak sumber makanan yang lain .Contohnya Qaseh juga minum susu lembu tapi bukan dalam bentuk susu formula saya berikannya susu segar di dalam kotak,contohnya jika saya buatkannya minuman coklat maka saya campurkan dengan sedikit susu segar ia lebih baik dari guna susu pekat manis.Tetapi tidakla setiap masa dia minum sekurang-kurangnya sekali sehari ketika sarapan atau seminggu dua tiga kali.Selain itu dia juga mengambil yogurt dan keju yang dimakan bersama roti.Bak kata rakan PC saya Nurshazura


''Allah juga telah memberikan kita terlalu banyak pilhan sehingga tak terpilih dek kita dalam usaha untuk memberi anak kita makan ....mana satu pilihan anda kalau mahu juga mengambil susu sebagai salah satu sajian untuk keluarga: susu formula diproses dari cecair hingga menjadi tepung ..bayangkan proses ini pasti membabitkan pelbagai bahan kimia...tarikh luputnya pun lama bermakna kandungan pengawetnya adalah tinggi berbanding susu freshmilk yang juga melalui pelbagai proses tetapi pastinya tidak sebanyak susu formula serta tarikh luputnya lebih cepat bermakna bahan pengawetnya tidak sebanyak susu formula..nah...Allah SWT telah memberikan kita pilihan ...tinggal untuk kita melihat dan mempelajarinya sahaja..''



Ini pula pendapat Pakar Laktasi Puan Kamariah dari susuibu.com yang telah membuat kajian dahulu sebelum menulis artikel ini



Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ’sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:
1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang – bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.
2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.
3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.
Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.
Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.
Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!Perkara ini akan saya kupas lanjut di dalam Majalah Pa&Ma pada bulan Ogos ini. Sila dapatkan naskah anda masing-masing.


Pilihan terletak pada ibubapa itu sendiri,terpulang pada anggapan mereka mana yang terbaik untuk anak-anak mereka..yang penting kita cari jalan untuk mengatasi sesuatu keadaan itu bukan memberi alasan semata-mata.


9 ulasan:

NaniRostam berkata...

Salam.

Sebagai ibu kepada anak yang penuh gerabak....semua biarlah berlaku secara semula jadi....anak-anak saya kurang minum susu bila berhenti minum botol. Selepas itu barulah dia makan apa-apa yang kita makan dan minum. Minum susu baik untuk anak-anak membesar diselang seli dengan jus buah atau buah-buahan.

Selagi anak itu mahu minum botol saya tidak akan ada usaha untuk menghentikannya. Biarlah dia berhenti sendiri kerana setelah berhenti botol secara semulajadi dia akan kurang minum susu bila menggunakan cawan.

Cik Puan Nurul berkata...

@NaniRostam
salam kak nani..huhu tabik spring dengan akak sbb ade anak yg penuh gerabak..dah tu bijak pandai belaka..terima kasih atas pendapat akak

Elly Emmy berkata...

bagus info dan penerangan ini.. sebab kadang2 perasaan was2 tu ada... takut anak2 tak cukup minum susu kalau bergantung pada susu ibu sepenuhnya... walaupun hakikatnya saya sendiri tahu bahawa susu ibu adalah yang terbaik.. tiada tandingan.. bila dah baca info2 macam ni.. dapat menjanakan balik semangat yang naik turun tu.. apa2 pun memang tak terfikir nak susukan budak berdua ni dengan fm.. kesian sebab diorang ni tak reti nak mengisap dari botol.. isap direct dari mama diorang jer..

::Kak Sambal:: berkata...

tq nurul, sangat bagus info nie..
tetiba rasa sedih sebab tak susu lyna ngan susu badan dalam tempoh yang lama...

Cik Puan Nurul berkata...

emmy n elly:
bagusnye tak bergantung pd botol,qaseh ni minum air lain guna botol puas ajar guna cawan dia xmo huhu kalo straw tu dia nak gakla..kadang tuh rasa nyesal gak xajar dr dulu guna cawan je huuhu..takpela belajar dr kesilapankan

Cik Puan Nurul berkata...

@::Mamalyna::
takpe yang penting kita ade kesedaran nnt kalu lyna ade adik bleh la susukan lebih lamakan..qaseh dulu pon penah mixed ngan susu formula masa dlm pantang lagi mase tu ilmu xbyk dan xde supporting dr org lain..sykur cepat sy sedarinya..sbb mase tu semua org kata susu sy xbyk padahal ok je..jgn sedih2 tau ramai kenkawan sy mule menyusukan ank sepenuhnya setelah ank dah 2-3 org setelah baru tersedar n dapat sokongan dr femili

ZERO VENDETTA berkata...

Salam

tumpang lalu, sukalah info ni. ilmu baru as a preparation utk my Bb nnt

Unknown berkata...

Anak sy dh msuk umt 2 thun msh myusu bdan...tpi sy pla yg nk ajr dia mnum susu fm..mcm mna tu..btol ke cra sya tu

Unknown berkata...

Ank sy nk umr2thun msh myusu bdan.sy pla yg nk ajr dia mnum susu fm mcm mna tu btol ke x cra sy tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...