Mereka Yang Terbaik..!

5/13/2010

Selamatkah buaian untuk bayi?

Kalians suka tidurkan anak dalam buai?..sile renungkan sikit petikan dibawah..

Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkan anak kecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepala jika si bayi terjatuh?
Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaian sememangnya tidak digalakkan.
"Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yang dimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian serta penggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi," katanya.
Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding, gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutan buaian terlalu kuat
Jelas Zulkifli, sindrom gegaran bayi yang lazimnya berlaku pada bayi yang digoncang kuat turut ditemui pada bayi yang ditidurkan di dalam buaian.

"Hayunan dan henjutan buaian sudah cukup untuk mendedahkan bayi kepada kecederaan otak, termasuklah terhantuk pada dinding atau terhempas ke lantai.
"Perkara ini memang amat mudah berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya.
Tambahnya, meskipun tiada kecederaan fizikal atau mental yang boleh berlaku pada masa hadapan akibat terjatuh daripada buaian, namun ia menjadi parah jika berlaku pendarahan dalam otak.
"Benjolan atau lebam (hematoma) yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan.
"Keadaan tersebut menandakan kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak," katanya.
Menyentuh mengenai mudahnya bayi mendapat kecederaan kepala, Zulkifli menjelaskan ia bergantung kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian anak itu jatuh.
Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh.

"Yang menjadikan keadaan bayi tersebut parah adalah apabila dia berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut. Justeru, risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar," jelasnya.
Di samping itu, keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana tidak dapat mengimbangi badan.
Jelas Zulkifli, bayi yang mula berjalan akan lebih banyak terjatuh. Ibu bapa harus memberi perhatian yang lebih pada peringkat ini.
"Bukan saja lebam disebabkan terhantuk malah tangan dan kaki mereka juga boleh patah dan terseliuh," katanya.
Menurut beliau, andaian yang mengatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh ibu-ibu.

Ujarnya, jangan kerana tidak mahu diganggu ketika membuat kerja rumah, ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menidurkan bayi di dalam buaian.
"Tali pengikat, spring serta kain penyokong buai amat berbahaya. Andai salah satu tidak berfungsi, kebarangkalian bayi anda terjatuh atau dihempap spring atau besi sangat tinggi," katanya.


sumber :Petikan artikel 'Sindrom Otak Bayi Bergegar,Buaian Paling Kerap Menyebabkan Kecederaan Bayi' dari Berita Harian Online.

Kalau tadi aku cite pasal walker ni plak pasal buai..dulu aku beli buai pon bile orang kata kalau guna buai anak tido lagik lama so senang nak wat kerja tapi kita tak sedar bahaya yang akan menimpa pada anak kita..sebenarnya Qaseh pon dah lama tak tido berbuai sejak puasa lepas kot..sekali sehari je pon guna lagi pon memang aku takut nak gunakannye..sekarang nih buai pon dah tak guna lagi..


Pernah tengok tak orang Banjar tidokan anak depa lam buai..depa panggil 'Pokong' iaitu bayi tido dalam keadaan duduk lam buaian.Aku selalu tengok masa kecik2 dulu jiran aku tidokan anak dia.Seluruh badan baby depa balut kemas ngan kain batik yang kat buai tu kepala je tak balut.Depa cakap baby tido lagi lena sebab keadaan tu sama macam kedudukan baby lam rahim..
Pastu relaks je jiran aku tu sesekali sambil sapu sampah ayun baby dia..tapi aku rasa macam sian lak tengok..Huhu..

8 ulasan:

anin berkata...

heii seram...

tak nah tgk lak ponkong tu..tak lenguh ke bb

Cik Puan Nurul berkata...

@anin
haha tak tau lak lenguh ke tak.tgk baby tu tido molek je..cuba la kot tgk anak2 member kot ade wat cr macam tu.biasa kat kampong la

Elly Emmy berkata...

anak-anak uda semuanya tidur tak pakai buaian .. main hampar tilam jer.. mujur diorang okay.. senang tak payah nak dodoi.. kenyang susu.. perut ok.. diorang terus lena...

Cik Puan Nurul berkata...

@Uda

yelaa senangkan nak gi mane2 takyah ssh2 nk angkut buai ke ape.blk kg pon xyah rebut ngn org lain

OneSimpleMother berkata...

salam jelajah dari blog ben.. jemputlah ke rumah saya pula.. :) nk share artikel ni dlm blog akak boley..?

Cik Puan Nurul berkata...

@kak mas

buleh..memberi keizinan stelah diminta izin

Tanpa Nama berkata...

saya copy artikelnie tuk blohg saya k..tq

Cik Puan Nurul berkata...

wan:
ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...