Mereka Yang Terbaik..!

6/22/2010

Semua ibu boleh menyusukan bayinya?

Salam..artikel ini telah mengundang pelbagai persepsi..saya letak artikel tuh bukanlah untuk menghentam mana mana pihak ia sekadar berkongsi apa yang saya baca lagi pula jelas saya letak tanda soal dihujungnya nilai la dengan akal fikiran bukan emosi semata mata..
saya penah dengar macam-macam cerita tentang pengalaman ibu-bu yang gagal menyusukan anaknye sehingga usia 2 tahun dan kebanyakkan sebab dan alasannye hampir sama..


Bolehkah wanita menyusukan bayinya..??


Secara lumrahnya setiap wanita dikurniakan dengan kebolehan untuk menyusui bayinya. Dengan adanya keyakinan dan pengetahuan setiap wanita boleh melakukannya.
Saiz payudara tidak boleh dijadikan ukuran sebanyak mana susu akan dihasilkan. Kekerapan bayi menghisap akan merangsang penghasilan susu ibu yang banyak, mengikut permintaan bayi. Masalah puting susu yang leper atau tenggelam juga tidak sepatutnya menjadi halangan. Mereka yang menghadapi masalah sebegini sebaiknya mendapatkan bantuan profesional yang boleh membantu mereka.




Persediaan Semasa Hamil

Tempoh kehamilan sebaiknya dipenuhi dengan aktiviti untuk mempelajari ilmu keibubapaan. Dapatkanlah dan baca sebanyak mungkin mengenai penyusuan susu ibu serta lain-lain aspek penjagaan anak. Jika berpeluang, hadiri kelas-kelas ibu mengandung bersama suami anda. Payudara anda biasanya membesar sedikit semasa hamil kerana pembesaran kelenjar-kelenjar susu. Untuk menampung payudara, baju dalam yang berukuran satu saiz lebih besar biasanya diperlukan. Gunakan air biasa sahaja untuk mencuci payudara. Elakkan penggunaan sabun kerana ianya boleh mengeringkan kulit payudara.
Pastikan payudara diperiksa oleh doktor untuk memastikan anda tidak mempunyai masalah di payudara.
Ikuti kelas atau ceramah mengenai penyusuan susu ibu yang terdapat di tempat anda. Ini boleh membantu anda mengetahui lebih mendalam mengenai penyusuan dengan susu ibu.
Pada bulan-bulan akhir, pelajari cara-cara memerah susu. Pengetahuan ini akan membantu anda selepas kelahiran bayi, sekiranya perlu.

Selepas Melahirkan Bayi

Hari-hari pertama selepas kelahiran memang meletihkan. Kuatkan semangat dan susui bayi anda secepat mungkin selepas dilahirkan. Pengalaman menyusui bayi yang baru lahir adalah satu pengalaman indah bagi seorang ibu.
Susui bayi anda dengan kerap mengikut permintaannya dan bukan mengikut jadual yang tertentu. Jika bayi anda lebih suka tidur, bangunkan dan galakkan dia menyusu lebih kurang setiap 2 jam.
Hari-hari pertama merupakan waktu-waktu yang penting. Payudara mungkin belum dipenuhi susu, namun susu ini sangat penting. Susu awal ibu tidak banyak tetapi ianya pekat dan berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolosterum dan kaya dengan protein serta antibodi yang boleh melindungi bayi dari penyakit. Kolosterum ini sudah cukup untuk mengenyangkan bayi anda. Bayi tidak perlu diberi susu botol atau air masak.
Buat permulaan, bayi anda mungkin akan menghisap selama beberapa minit sahaja. Biarkan dia menghisap lebih lama jika mahu. Keperluan seseorang bayi adalah berlainan daripada bayi yang lain.
Susui bayi anda dengan kedudukan yang selesa samada duduk atau berbaring. Gunakan bantal untuk mengampu tangan atau belakang jika perlu. Pastikan bayi mengiring rapat menghadap anda agar dia dapat memasukkan sebanyak mungkin kawasan areola (tampuk hitam disekitar puting) ke dalam mulutnya. Posisi penyusuan yang baik akan dapat mengelakkan masalah seperti sakit puting atau kurang susu.
Jika anda menghadapi masalah, di syorkan anda mendapat bantuan dari mereka yang mahir.

Petua Penyusuan Yang Berjaya


Amalan positif:

  • Persediaan mental sebelum kelahiran adalah penting. Dapatkan maklumat-maklumat berguna mengenai penyusuan susu ibu semasa hamil.
  • Yakinkan diri yang susu anda mencukupi untuk bayi anda.
    Susui bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu-minggu awal selepas kelahiran bayi.

  • Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang baik dan selesa supaya tidak terasa lenguh dan mengelakkan masalah seperti sakit puting.

  • Makan makanan yang seimbang dan minum air yang mencukupi.
    Perlu diingatkan bahawa bekalan susu ibu bergantung kepada rangsangan. Lagi kerap bayi menyusu, semakin banyak susu akan dihasilkan.

Amalan negatif:

  • Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda. Jika anda berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia ini, anda sudah pasti mampu memberikannya susu yang terbaik.

  • Jangan berikan bayi anda susu botol tambahan atau air masak. Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu sehingga berusia 4 hingga 6 bulan.

  • Cara menghisap puting botol dan puting payudara adalah berbeza. Ini boleh mengelirukan bayi dan ibu tidak akan berjaya untuk menyusukan bayi.

  • Jangan menyusu dalam keadaan terburu-buru. Masa 6 minggu pertama adalah masa 'latihan' untuk ibu dan bayi. Ketenangan dan kesabaran akan menyelesaikan banyak masalah.

  • Jangan risaukan kekerapan bayi membuang air besar . Ini merupakan perkara biasa bagi bayi yang diberi susu ibu. Najis biasanya cair sedikit dan berwarna kekuningan. Adakalanya bayi tidak membuang air besar beberapa hari lamanya. Ini juga perkara biasa.
Sumber dari Persatuan Penasihat Penyusuan Ibu Malaysia (PPPIM)

Saya pernah mendengar kisah seorang ibu yang mempunyai anak kembar ingin menyusui bayinya dengan susu ibu meskipun beliau hanya mempunyai sebelah sahaja payudara..kekuatan dan semangat itu lah yang paling penting daripada kita hanya tahu memberi seribu alasan contohnye tiada sokongan percaya orang lain pon bukanlah mendapat sokongan saya sendiri terasa seperti alien..tapi pernahkah saya berputus asa..tentulah tidak Allah Taala juga tidak sukakan hambanya berputus asa seharusnya kita tabah dan terus berusaha kesabaran la tonggak sesuatu kejayaan itu seorang pemenang adalah seorang yang tak penah mengalah..

PENTING!!

So saya sangat berharap jika ada ibu ibu diluar sana yang mempunyai pengalaman di mana beliau gagal meneruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berusia 2 tahun sile tinggalkan komen di blog ini..sila nyatakan sebab dan alasan kalian..kalo rasa panjang sangat boleh emailkan kepada wan_nur31@yahoo.com

1 ulasan:

belogpizet berkata...

mahu seribu daya bila x nak memang la byk dalihnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...