Mereka Yang Terbaik..!

12/27/2010

Anak asyik nak mengempeng..



Salam Senin..bizi saya tak sempat nak menitipkan sepatah dua kata ni pun berlumba eceh..lumba siapkan kerja rumah cecepat bimbang kalo si kenit bangun awal maka semua kerjaan jadi terhenti sebab kena melayan dia plak.semalam je dia bangun kul 6 pagi adeh sibuk dia mengganggu saya di dapur ajak layan dia main haisssshhh..so hari ni saya nak kongsi tentang masalah(sebenarnya ia bukanla sesuatu masalah yang besooo sangat)seorang ibu muda yang rasa tekanan,stress dan penat apabila anak yang baru lahir asyik nak mengempeng atau melekap je setiap masa.

Sebenarnya bayi yang baru lahir atau berusia sebulan ke bawah memang normal la kalau kerap menyusu.Purata kekerapan bayi yang baru lahir menyusu ialah 8-12 kali sehari.

Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima positif oleh ibu kerana ini menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan.Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam.

Sesetengah ibu yang baru melahirkan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi sebab itu anak asyik melekap lebih-lebih lagi apabila orang di sekeliling pun sentiasa bertanya soalan seperti itu.kita harus tahu tentang konsep demand on supply dalam proses menghasilkan susu.Jangan risau selagi anak menyusu susu akan tetap terhasil,abaikan sahaja soalan-soalan sebegini dan tak perlu nak stress untuk berhujah panjang lebar untuk meyakinkan pendapat orang lain bahawa kononnya susu kita tidak cukup(seperti pernah saya alami).Paling penting kita yakinkan diri bahawa kita mampu menyusukan anak kita sepenuhnya dan susu yang terhasil mencukupi.

Saya akui kebiasaannya si ibu akan mula terasa sakit badan disebabkan keletihan dan sebagainya.So pastikan si ibu dapat rehat yang secukupnya,pastikan suami atau ahli keluarga yang lain membantu melakukan perkerjaan lain dirumah biarkan si ibu dapat tidur dengan secukupnya.tanpa rehat yang secukupnya akan mengundang stress dan tekanan lantas mengganggu proses penghasilan susu. Disini la suami dan keluarga yang lain harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain sementara si ibu menumpukan kepada menguruskan bayi.

Pastikan juga si ibu memperbanyakkan minum air masak dan makan makanan yang berkhasiat untuk menampung keperluan kalori yang hilang semasa proses penyusuan.pengambilan vitamin,kalsium dan zat besi seperti waktu hamil juga digalakkan.


Sebenarnya sebagai ibu jika kita sudah berniat dan berazam dalam diri kita untuk menyusukan bayi sebaik sahaja lahir dan seterusnya kita seharusnya bersedia dari segi mental dan fizikal.Redha dan ikhlaskan diri sekiranya terpaksa melalui keadaan yang meletihkan dan sebagainya.Sememangnya seorang ibu itu diciptakan untuk menjadi tabah maka rungutan takkan menyelesaikan masalah.Bersabarlah dan banyak berdoa disamping teruskan usaha dan jangan sesekali untuk merasa bersalah atau putus asa jika gagal menyusukan anak sepenuhnya.Kita belajar dari kesilapan dan kita tahu kita sudah buat yang terbaik untuk anak kita.bak kata seorang teman jika rasa rimas dan tensen nak melayan anak jangan jadi seorang ibu..jangan risau jika anak kita suka melekap dan kerap menangis bagi mereka masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekitar,si kecil merasa selamat dan nyaman sekiranya dapat berada dekat dengan si ibu dan dapat mendengar dengupan jantung ibu mereka.


Nak tahu tentang cabaran dalam penyusuan baca sini


Sumber:La Leche League International, breastfeedingbasics.org, breastfeeding.com

1 ulasan:

Unknown berkata...

Nurul, Nurul dah kena tagged dengan kiter...:) Bcer kat blog kiter yer...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...