Kalians nampak tak apa ni..ni cucuq udang buat minggu lepas minggu ni baru nak gitau ahakss..kenkadangkan kalau tak lalu nak makan nasi saya buatla cucur udangla,mi goreng ke apa..asalnya nak buat nasik impit tapi tetiba malas nak tunggu lambat so buat cucur udang je..yang pasti mesti kuah kacang sebab saya ni memang penggemar tegar kuah kacang apa sahaja menu yang membabitkan kuah kacang memang saya suka tak kisah versi apa pun.Saya pernah buat kuah kacang yang dimakan dengan gado-gado memang lain sangat rasanya sebab buh limau kasturi dan kicap selain cilipadi tapi saya tetap suka.Kalau cucur udang lak tak suka buat yang kembung-kembung buh soda bebanyak tu,macam orang meniaga buat pastu banyak je minyak saya lebih suka buat ala jemput-jemput je atau bakwan(macam cucur gak banyak taugeh dan dimakan dengan cilipadi,mknn org seberang)
Hari ni nak share tentang resepi kuah kacang peberet saya ni..sebenarnya tak ingat berapa banyak kali saya melakukan ujian makmal ececeh tuk dapatkan kuah kacang yang super duper mabeless..banyak kali tau asal makan kat rumah orang dan rasanya sedap balik umah mesti nak terai sampai puas hati..tidak kalau tak puas hati gak(mengikut piawaian lidahku,orang lain rasa dah puas dah)pipi ni rasa macam kene tampo je nak-nak kalau semalam kita baru hidangkan kat orang kuah kacang arini bila bertandang ke rumah orang tu plak dia gik hidang kuah kacang yang lagi mabeless daripada yang kita masak ..sobsss serius rasa cam kena sindir je hukhuk..
okey ni bagitau resepinya mungkin kalians ade resepi yang lagi hebat takpela boleh share gak kan..
Resepi Kuah Kacang mabeless(setelah dibuat ujikaji berpuluh kali)
Bahan-bahan
100-300gm kacang tanah(agak-agak je ni pasal tak timbang pun)digoreng dengan minyak seperti buat kacang goreng tu,kulit ari2 tak perlu buang.
Bahan-bahan yang dikisar
-5 biji bawang merah
-3 ulas bawang putih
-6-8 batang serai(saya guna 8 batang sebab serai saya agak kecut)
-lebih kurang 2 inci lengkuas
-10-15 tangkai cili kering(yang telah direndam/rebus ngan air panas)
-kira segenggam udang kering atau sedikit belacan pon boleh
Bahan-bahan lain
-sedikit air asam jawa
-gula nesan/gula melaka(saya guna sekeping)ikut korang kalo rasa masih kureng leh lebihkannya
-1-2 sudu gula perang
-garam secukup rasa
-air ikutla banyak mana nak bubuh asalkan jangan cair sangat atau pekat sangat
Cara-cara
-kacang tanah yang dah digoreng tadik dikisar hancur boleh asingkan separuh kisar halus separuh lagik kisar kasar tapi saya kisar halus je semua atas permintaan encik suami.
-tumiskan semua bahan kisar tadik dalam kuali sampai naik bau dan pecah minyak.
-kendian masukkan air asam jawa dan air lalu kacau sekali sekala sampai mendidih.
-masukkan pula kacang tanah,gula perang,gula melaka dan garam.kecikkan api dan kacau selalu sehingga kuah pekat .
*kacang tanah sengaja digoreng dengan minyak dan tidak dibuang kulit ari2 untuk mendapatkan warna kuah yang menarik(petua MIL saya)
*penggunaan serai yang banyak dan gula melaka akan menyedapkan lagi kuah kacang.
*harus dimasak lama dan dikacau selalu di atas api yang kecil.
*lebih enak dan mabeless jika dimasak sehari sebelum dijamu kepada orang,lagi banyak kali diperhangatkan lagi sedap.kalau pekat boleh campur air.
*boleh juga dicampurkan dengan daging yang dipotong kecil(sangat sedap)
Kalau kalians pun ade rahsia nak dapatkan kuah kacang yang mabeless jangan kedekut nak share petua ke apa yekkk..nanti leh acik terai huhu..
P/S:eeew.. mencik tul tau kalo selesema or sakit tekak ni mesti kahaknya berdarah nape ekkk..selalu cenggitu.
3 ulasan:
Musti tekak ko luka tu.. Ko musti terar wat kuah kacang kan.. Nak try la nanti pakai resepi ko.. aku budak br blajo.. Hehe..
kesian kat mu.. mu lelah kan??.. org lelah memang takleh mandi malam.. nanti melarat..
boleh laa nanti nak try resepi kuah kacang mu itew.. selalunya koi goreng kacang tak pakai minyak.. lepas tu buang pulak kulit ari2 dier tu.. memang leceh sikit..
ros:
tu la kot luka gamaknya..iskhh idokla terer benor wehhhh just mencuba je
eida:
xde lelah mahupun asma hukhukhuk..
mmg sblm ni pun just sangai je kacang itu,ni pun sbb mak mentua kabo kalo nak kuah cantik goreng dulu kacang tu ngan minyak n xyah buang kulit lalu ai terai la buat..
Catat Ulasan