Mereka Yang Terbaik..!

1/28/2011

Kawan baikku yang kacak bergaya

Walopun acik ni tak ramai yang sayang..tak begitu diperlukan orang tak ramai yang mencari bila senang tapi bila susah gheti lak mencari ..namun begitu masih ade yang menyayangi acik seadanya..lain tak bukan fresh dari perut..jeng..jeng.. Beliau seorang yang suka bergaya dan selalu perasan kacak..mana tak tumpahnya kekacakan kalau tidak ke muka ye dakkk..pojaan malaya gituuu..bila rambut ko nak panjang mengurai nak barula terserlah kekacakkan mu itewww..
sudah berusia 2 tahun 4 bulan masih mahu tidoo bawah ketiak mak,rajin membantu mak didapur..suka makan spagetthi carbonara,tak suka pakai seluar dan selimut memalam kerana lemak dibahagian peha yang berlipat sudah cukup 'memanaskan'..
beliau juga suka menari dan menyanyi,mengusik maknya dengan menyembunyikan barang-barang kesayangan si emak,suka shopping dan jenjalan..sangat nakal suka main air dan mandi lelama,suka pakai baju seksa seksi kalau boleh nak kemban cam artis gik majlis anugerah..
suka pakai mekap terutama bedak muka dan lipstik malah berangan-angan depan cermin sambil muncungkan mulut..sangat suka dengar maknya bacakan buku cerita,pandai memujuk..


  • bila mak sedih..Qaseh akan peluk mak dan tepuk-tepuk belakang mak sambil mengomel2 seolah sedang memujuk pastu siap sebut''lailahaillallah''tetiba cam nak mendodoi lakkkk.

  • sejak dulu kalau cakap 'salam' dia akan amik tangan mak dan cium..kalau suruh baca Bismillah akan tadah tangan.

  • suka peluk dan cium pipi mak,kalu cakap''sayang mak''dia memahaminya sebagai cium pipi kiri kanan dan peluk kuat-kuat.

  • kalau menyusu dia tak lupa nak ajak Pinki dan Bear(patung bear ) dia menyusu sekali kira cam tanderm nursing la.

  • dah pandai membebel dan memujuk Pinki dan Bear,kalau depa 'degil' Qaseh akan campakkannya dalam sinki sambil marah-marah hukss.

  • masih pelat bercakap namun ada gak beberapa perkataan yang dia boleh sebut dan cuba untuk sebutnya.

  • suka meniru orang cakap kat telefon,pegang remote tv buat macam mikrofon,dah pandai pakai kasut sendiri,tiru orang solat.

  • suka ketawaa kuat-kuat,suka baby lelaki sajoook..yang pompuan suka gak tapi gitu-gitu je.

Banyak lagik tentang kawan baik acikkkk ni nanti cite bebanyak orang muakkk plakkannnn..:)

1 ulasan:

Nor berkata...

alahai..comelnya dia pakai spek glamer!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...