Alhamdullilah..
Bertemu kembali di pagi Jumaat yang mulia..
Kepada kawan-kawan, sanak keluarga baik yang dekat mahupun jauh..sedara mara bau-bau petai mahupun yang tiada kena mengena..
di kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan dan kemaafan andai ada salah dan silap sama ada secara sengaja atau tidak..yang mengguriskan hati mahupun hempedu limpa segala..
Maafkanlah kerana saya bukan manusia maksum yang begitu sempurna namun saya tidak akan malu atau ego untuk tunduk ke bumi mengakui setiap dosa dan kesilapan saya mahupun yang telah terjadi dan yang bakal terjadi..
Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.
Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud:“Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).
Ada tiga hal yg apabila dilakukan akan dilindungi ALLAH dalam pemeliharaanNya,ditaburi rahmatNya,dan dimasukkanNya ke dalam syurgaNya yaitu: Apabila diberi ia berterima kasih,apabila berkuasa ia suka memaafkan dan apabila marah ia menahan diri(tak jadi marah).
(R. Hakim dan Ibnu Hibban dari Ibnu Abbas)
Memaafkan kesalahan orang yang dilakukan ke atas kita bererti menolong orang itu dari beban dosanya,ganjaran dan rahmat ALLAH adalah amat besar keatas kita seperti mana sabda Rasulullah "Sesungguhnya ALLAH Taala tidak menyayangi kecuali kepada hambanya yang penyayang ,tidak mengampuunkan kecuali kepada hambanya yang pengampun dan tidak menerima taubat kecuali kepada hambanya yang pemaaf".
“Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan tsaum (puasa)?” Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah pun kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan orang yang sedang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menyatukan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan.” (H.R. Bukhari-Muslim).
Saya hanya berkesempatan menulis tentang hal ini hanya pada hari ini kerana terlalu sibuk menyiapkan semua kerja Tecik Craft..saya berhasrat nak perlahankan semua aktiviti menjahit atau apa-apa ajalah untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah puasa..bimbang andai tidak berkesempatan bertemu Ramadhan di masa hadapan..sangatlah ralat rasanya jika mengabaikan Ramadhan semata-mata kerana hal duniawi..semoga apa yang saya telah niatkan dan harapkan sedari awal dipermudahkan olehNya.
Tahun ini bagaikan tahun sardin bagi saya kerana terlalu banyak hal yang terjadi seolah-olah semuanya nak dimasukkan dan harus terjadi pada tahun ini..apakah ini bermakna saya tidak mempunyai tahun hadapan?Hanya ALLAH yang tahu..Benar tahun ini juga saya diuji dengan pelbagai ujian yang menguji kesabaran ada ketika rasa terlalu lemah tidak terdaya menanggungnya namun saya sedar Allah SWT takkan memberi ujian di luar kemampuan hambanya..maka saya harus kuat dan terus berdoa serta tidak akan pernah berputus asa dengan rahmat ALLAH.Saya juga sebenarnya sedang bergelut melawan 'sesuatu' namun belum bersedia untuk berkongsi cerita dengan semua orang pada yang tidak sengaja mengetahui terima kasih atas kata-kata sokongan anda.
Permintaan Hati
Kepada kawan-kawan di alam maya SEKIRANYA KALIAN ADA MENYIMPAN GAMBAR-GAMBAR SAYA SAMA ADA DALAM AKSI BERSAHAJA MENUTUP AURAT ATAU TIDAK DENGAN RENDAH HATI SAYA MEMOHON KALIAN MEMADAM ATAU BUANG GAMBAR YANG TELAH DITEPEK SAMA ADA DI BLOG MAHUPUN LAMAN SOSIAL YANG LAIN.MELAINKAN GAMBAR ITU DIAMBIL BERAMAI-RAMAI DIMANA KELIBAT SAYA DI DALAM GAMBAR TIDAK TERLIHAT SEPENUHNYA.JIKA TIDAK BOLEH PADAM MEMADAILAH SEKADAR 'BLUR' KAN GAMBAR TERUTAMA DI BAHAGIAN WAJAH.
Saya hanya ingin berubah menjadi lebih baik,saya ingin menutup aurat dengan lebih sempurna mungkin sebelum ini saya terleka memakai pakaian yang agak ketat atau memakai baju lengan 3/4 tanpa inner,membuka aurat di hadapan bukan muhrim walaupun ipar duai.Maka saya berhasrat tidak akan memperlihatkan aurat dan wajah yang tidak berapa jelita ini bimbang menjadi fitnah bagi lelaki yang bukan muhrim melihatnya walaupun sedara mara terdekat.Jadi mohon memberi sokongan akan niat yang baik ini..walaupun kalian terasa ingin sekali mencebik bibir.Semoga kita semua di rahmati dan diberkati di dalam hidup ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan