Mereka Yang Terbaik..!

6/19/2010

Pemberian susu lembu punca gejala sosial??


**sila baca tanpa prejudis sekiranya bayi kalian minum susu formula..aku tahu sebahagian ibu yang gagal menyusukan bayi dengan susu ibu mempunyai sebab yang tertentu..diharapkan ibu ini berjaya untuk anak mereka yang seterusnya..
daku ambil artikel nih dari blog KUSSIM untuk dikongsi bersama
Kisah Aminah upah Halimatusaadiah sebagai ibu susuan Nabi Muhammad
peringatan penting.
MUNGKINKAH parahnya penyakit sosial di kalangan masyarakat hari ini adalah akibat meminum susu lembu sebagai ganti susu ibu? Mahu atau tidak, inilah hakikat yang perlu dipertimbangkan semula kerana bijak pandai mengatakan, ‘Kita adalah apa yang kita makan’.
Tidak hairanlah manusia yang dilahirkan, tetapi diberi minum susu lembu memiliki ciri seekor lembu atau kata lain, bersifat kebinatangan. Bunyinya keras, tetapi lihatlah masyarakat hari ini yang lebih ganas daripada binatang liar.
Sumbang mahram, rogol dan bunuh, dera dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Keganasan sering kali dipilih sebagai kaedah penyelesaian masalah walaupun bagi masalah kecil.
Kebimbangan wujud manusia berciri kebinatangan hari ini disuarakan tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz ketika menyampaikan ceramah sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau berkata, sikap lebih gemar memberi susu lembu kepada bayi berbanding susu ibu menyebabkan masyarakat tidak sedar bahawa mereka sedang menjana manusia ‘Nas’ yang bersifat kebinatangan.
“Manusia terbahagi kepada dua iaitu manusia ‘Nas’ yang tidak menggunakan akal dan suka melakukan kemungkaran dan satu lagi, manusia ‘insan’ yang lebih cenderung kepada kebaikan dan memelihara diri daripada kejahatan.
“Jika diperhatikan, di dalam al-Quran ada 300 ayat yang bermula dengan perkataan ‘Wahai Nas’ yang diturunkan pada zaman jahiliah di Makkah, manakala hanya 82 ayat yang bermula dengan ‘Wahai insan’ yang diturunkan di Madinah. Ini menunjukkan manusia ‘insan’ yang bercirikan kemanusiaan kurang berbanding manusia ‘nas’. Malangnya, manusia hari ini semakin tergolong ke dalam manusia ‘nas’,” katanya yang menyampaikan ceramah bertajuk Menjamin Sahsiah dan Hubungan Sesama Manusia .
Beliau berkata, jenayah yang dilakukan masyarakat hari ini jauh lebih buruk daripada masyarakat jahiliah. Sungguhpun mereka dikenali kerana kekufuran, pada zaman berkenaan tidak ada bapa yang merogol anak sendiri atau membuang bayi yang dilahirkan ke merata tempat.
Tahap ‘kebinatangan’ mereka tidak seteruk masyarakat hari ini kerana mereka tidak memberikan bayi mereka dengan susu binatang lain.
“Peranan ibu yang utama ialah menyusukan anak dengan susu badan seperti yang ditentukan dalam al-Quran. Ini sudah ditunjukkan ibu Nabi Muhammad, Aminah. Selepas lapan bulan Muhammad dilahirkan, susu Aminah kering, tetapi dia tidak terfikir pun untuk menggantikannya dengan susu kambing yang banyak di rumahnya.
“Sebaliknya, Aminah lebih sanggup mengupah Halimatusaadiah untuk menyusukan Muhammad. Melalui kisah Aminah, Allah sengaja hendak mengajar umatnya bahawa wanita lain boleh menyusukan anak orang lain dan mereka digelar ibu susuan yang haram berkahiwn dengan anak dan saudara daripada ibu susuan tadi. Syaratnya, mereka perlu disusukan sehingga kenyang,” katanya.
Ada rahmat terselindung di sebalik persoalan, mengapa susu manusia terlekat pada dada berbanding binatang lain. Ini bagi memudahkan ibu memeluk bayi sewaktu menyusu di mana pelukan ini akan menjana sahsiah si anak dan mengukuhkan ikatan ibu anak.
“Sedangkan haiwan juga ada sifat keibuan dengan sanggup menyusukan anak mereka. Mengapa manusia tidak sanggup, malah tergamak memberikan susu haiwan lain kepada anaknya? Ibu bapa yang memberikan anak susu lembu dan anak membesar menjadi jahat, ibu bapa itu akan dipersalahkan dunia dan akhirat,” katanya.
Anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, tetapi kedua ibu bapa menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Terpulang kepada ibu bapa untuk memilih yang terbaik buat anak mereka.
NOTA KAKI : hurmm..hurmm susu ibu adalah yang terbaik tak caya tengok kat kotak atau tin susu formula semua pon tulis gitu.

8 ulasan:

Unknown berkata...

Susu ibu memang yang terbaik. Tapi, ada juga manusia yang memilih jalan senang untuk tidak memberikan yang terbaik buat bayi mereka. Tapi, kalau bab sekolah tue, mak aihh, sumer nak terbaik. Macam maner nak jadik terbaik, kalau dah dari muler dah tak berikan yang terbaik...? Hurmmm... fikir-fikirkan lah...

Tanpa Nama berkata...

jahatnya. sekurang2 hormat la perasaan ibu yang tidak memberi susu badan pd baby disebabkan berpenyakit, dan sebagainya. kadang2 ibu ni mkn ikut suka, tkthu bnda tu halal ke haram, tp bagi gak anak minum susu dr bdn dr bnda yg dimakannya.

subhanallah.. sedap sungguh mengata sesuka hati

Unknown berkata...

Saya tetap menghormati kepada ibu yang tak dapat memberi susu ibu disebabkan ada masalah pada dirinya. Itu memang tidak dapat dielakkan. tetapi, aper yang saya cuber sampaikan di sinie, ader ibu, memang ader pilihan, sama ada memberi susu badan atau susu formula. Tetapi, dier memberikan susu formula pada anaknya. Plus, siap mengutuk kaum ibu yang menyusukan badan anak nyer sendiri. And this is what happened kat tempat kerja saya.

Saya minta maaf jikalau kata-kata saya agak kasar, and mengguriskan perasaan mommies yang lain. Lain yang saya maksudkan, lain yang orang faham. Again, I am sorry.

Cik Puan Nurul berkata...

@Three Musketeers
yup itulah yg sebaiknye..tapi susah gak nk nerang kat orang yang tak boleh nak terima ape yg kite cuba sampaikn..sudahnye kite yang kene balik..

Cik Puan Nurul berkata...

@Tanpa Nama

hurm sape ni yea kalo buleh tinggalkn la nama ye..takmola anonymous ke ape ye..marah pada siapa ni hope xjadikan blog ini sbg medan cari pasal lak yee.

Azrina berkata...

Nurul, ini adalah pndpt Along. Artikel ini banyak menyebabkan kita sesama ibu bertelagah, ini adalah kali ke-2 Along baca artikel yg sama dan akan jadi pertelagahan. Kadang2 Along tak setuju dgn pendpt ustaz2 pasal gejala sosial sbb tak minum susu ibu, kita kena pandang byk sudut, kita kena jaga hati semua pihak dan kita kena paham mengapa ibu itu tidak mahu menyusukan. Hidayah setiap orang adalah tidak sama. Along tidak menyalahkan Nurul kerana Nurul ingin berkongsi tetapi Along kurang setuju dengan Ustaz ni tulis dan cakap. Tak guna cakap begini tapi sebenarnya kita buat sesama kita bertelagah. Along neutral..susu ibu OK..susu formula OK...well kita tak tahu apa akan jadi masa depan kan...

www.akma81.blogspot.com berkata...

kadang2 ade juga ibu yang sedaya upaya untuk menyusukan anaknya tetapi tak berkemampuan dan terpaksa bagi susu formula. org2 begitu adalah org2 yang terdekat dgn saye juga (saye ibu yang fully BF okay)kesian sgt saye tengok mereka. mungkin rezeki & nasib masing2 tak same walaupun usaha masing2 hampir sama, apepun kita perlu hormat sesama sendiri okay.

Mus berkata...

Boleh memburukkan imej Islam artikel sebegini.. tidak perlu dikaitkan pemberian susu lembu dan melahirkan sifat kebinatangan pada anak.. semasa iklan pula dah sebut susu kambing sunnah, kmabing bukan binatang ke.. perlu rujuk konteks yg lebih luas dlm masalah ini.. adakah semudah itu dengan meminum susu formula melahirkan generasi perogol dsb?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...