Mereka Yang Terbaik..!

8/27/2010

Buat Ibu Yang Ingin Menyusukan..



Menyusukan bayi itu mudah sebenarnya..tapi adakala keadaan disekeliling yang menjadikan ianya sukar..hari ni terpanggil saya untuk menulis seketul dua tentang masalah yang sering berlaku dalam penyusuan susu ibu.Saya dapati kebanyakkan masalah yang dialami lebih kurang sama sahaja so saya senaraikan lah apakah yang sering membelengu pemikiran ibu-ibu diluar sana yang mahu menyusukan anak mereka tetapi seolah-olah ade kekangan tuk berbuat demikian..

Kurangnya ilmu tentang penyusuan susu ibu terutama dalam bab pemerahan dan penyimpanan susu perahan bagi ibu muda yang berkerjaya


-Bile kurangnya ilmu tentang hal ni makanya terjadilah kekurangan stok susu perahan bila dah habis cuti bersalin dan biasanya jalan mudah yang diambil memberikan susu formula kepada bayi.Pendapat saya jika seorang ibu itu benar-benar berhasrat mahu menyusukan anak sepenuhnya, diawal kehamilan lagi kalian perlu menghadiri kelas-kelas penyusuan sekurang-kurangnya ini dapat membantu kalian tuk lebih bersedia.Selain tu rerajin la mengodek maklumat di internet dan sebagainya.


Tiada sokongan daripada keluarga


-Ini adalah masalah biasa yang dialami,keluarga langsung tidak memberi sokongan dan galakan bile si ibu memilih untuk menyusukan bayi dengan susu ibu lebih-lebih lagi bila si ibu berkerjaya.Mereka cenderung memikirkan yang kalau si ibu berkerja buat apa susah-susah nak mengepam bagai lebih baik bagi susu formula sahaja.Apabila situasi ini terjadi biasanya si ibu tadi akan mudah patah semangat lebih-lebih lagi kalau kita ini orang melayu makanya ada rasa hormat kepada orang tua dan tak berani nak membangkang kata-kata mereka meskipun adakalanya tak semua yang diperkatakan oleh orang tua kita itu benar belaka.Bukanlah disini maksudnya kite perlu mendurhaka lak ngan orang tua tapi sebaiknya kita cuba menerangkan tentang kebaikan dan kepentingan susu ibu kepada mereka dengan cara yang paling berhemah.


Kurang kekerapan memerah susu dan menyusukan bayi disebabkan kesibukan berkerja


-Apabila si ibu ni terlalu sibuk berkerja lebih-lebih lagi kalau perkerjaan itu memerlukan mereka berkerja diluar kawasan biasanya jadual mengepam susu akan berubah.Perlu diingatkan kurangnya kekerapan mengepam dan menyusukan bayi akan mengganggu tahap pengeluaran susu lebih kerap kalian mengepam lebih banyakla kuantiti susu yang dihasilkan.Kejayaan ibu-ibu lain yang mampu menghasilkan stok susu perahan di dalam apa jua keadaan mungkin boleh dijadikan inspirasi dan rujukan untuk kalian berkongsi ilmu.


Selalu stress dan kurangnya keyakinan diri


-Bebanan kerja,masalah rumahtangga,kewangan dan lelain barangkali menjadi punca seorang ibu berada dalam keadaan stress..dah tu bila dah stress tentunya ia akan mengganggu hasil tenusu kalian tuh..cuba rehatkan pikiran seketika daripada semua masalah yang mengganggu ketenangan jiwa apabila menyusukan anak dan mengepam susu.mungkin kalian buleh menyusukan anak di dalam bilik berdua-duaan dalam suasana yang tenang diiringi muzik perlahan yang menenangkan fikiran..jangan mudah rasa rendah diri bila kalian dapati hasil susu perahan kalian tak semeriah orang lain ini hanya mendatangkan tekanan dan menyebakan kalian rasa terdesak lalu terjadilah stress terimalah seadanya dan yakinlah susu yang dihasilkan cukup untuk anak kalian kerana setiap ibu itu berbeza..banyakkan berdoa dan bersabarlah serta jaga pemakanan kalian pastikan makanan yang diambil seimbang.


Tiada tempat mengadu dan merujuk masalah penyusuan susu ibu


-Apabila kalian rasa susah hati,tak tahu nak cerita kat siapa masalah yang dihadapi jangan segan dan malu tuk bertanya kami di pihak MBfPC bersedia membantu memberi bimbingan dan sokongan kepada kalian semampu yang boleh.Jangan rasa segan tuk menghubungi kami atau kami sendiri akan menghubungi kalian jika kalian tinggal berdekatan dan hadapi kesukaran kami akan datang menjenguk dan melihat keadaan kalian..boleh hubungi saya melalui email di wan_nur31@yahoo.com atau kalau rasa nak dengar suara lemak merduku sile la mendail henpon canggih kalian ke nombor 012-3756054..jangan risau tiada bayaran dikenakan melainkan rasa kaseh dan sayang serta perhatian dicurahkan ecehhh tulun jangan muntah yea..hihi


Nota si penulis :Kalau ada salah dan silap minta diampunkan yeaa jangan segan tuk mengomen barang seketul dua semoga kita semua beroleh kebahagiaan dalam ape jua pekerjaan yang dilakukan.. di hari Jumaat yang mulia ini.

1 ulasan:

Unknown berkata...

So true. Bagi ibu-ibu yang nekad menyusukan bayi nyer, mesti dilengkapi dengan ilmu penyusuan susu ibu...:) Good entry, Nurul...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...