Mereka Yang Terbaik..!

3/31/2011

31 Mac...semoga berkekalan sampai ke syurga..

Pertemuan sekali ini.. Bagi diriku amat bererti... Tetapi ku bimbang untuk menyatakan... Bimbangkan berulang kesilapan... Kita dipertemukan di dalam situasi yang berbeza..kau ku anggap pada awalnya sebagai teman biasa dan tempat berkongsi cerita kerana kala itu teman baikmu telah melukakan aku dan meninggalkan diriku demi orang lain..disaat ku mula merasakan adanya perasaan yang berlainan di hati ini padamu kau pula memilih si dia yang juga merupakan teman baikku sendiri..kubawa hati yang lara dan berserah pada yang maha esa..sesungguhnya Allah maha mengetahui kalau dah tersurat jodoh kita berdua jauh mana pun kita cuba membawa hati ini pergi ia tetap kembali kepada yang lebih dicintainyaaa..bibir bisa mengatakan tidak tetapi hati ini..?
tidak pernah mampu tuk menipu..ternyata akulah rusuk kirimu yang pernah hilang dulu..rupanya kau juga telah lama menyimpan perasaan terhadapku cuma tak mampu tuk diluahkan bimbang perasaan aku sebaliknya terhadapmu..kau sengaja memilih si dia untuk menduga hatiku meskipun kau sendiri tidak begitu pasti dengan perasaanmu sendiri.. akhirnya masa berlalu..di saat kita sama-sama kesepian takdir menemukan kita kembali disatu pertemuan yang kuanggap kesempatan yang kedua yang telah Allah berikan..walau pada awalnya kubimbang akan berulangnya kekecewaan yang lalu namun naluri ku menyatakan kau sememangnya ditakdirkan untukku.... masih segar diingatan ini dikala hati ini merasa terluka kau memilih orang lain ku pernah menyatakan..
 ''andainya dia bukan jodohku aku redha dan sekiranya dia sememangnya ditakdirkan untukku lambat atau cepat dia pasti kembali'' ternyata kata-kata itu benar.. meskipun memilih mu kembali menempatkan aku dalam situasi yang menyakitkan apabila menerima pelbagai tohmahan tetapi aku tak pernah mengalah dengan keadaan kuanggap ianya dugaan dan itulah lautan api yang harus direnangi.. tidak mengambil masa yang lama kita berdua sepakat memilih tuk menghalalkan perhubungan dengan ikatan suci penuh maknaa..detik 31 Mac 2007 bersamaan 12 Rabiulawal 1428Hijrah kita disatukan dengan sekali lafaz akad.. terima kasih Ya Allah kerana sering mengabulkan doa-doa hambaMU..kita takkan selama-lamanya menderita pasti bahgia akan menjelma jua.. tak suka gambo ni sebenarnyaa..amatur sungguh cameraman ni..mujur ada gambar kat lain tapi maaf tak dapat dipaparkan kalau nak tengok mai umahla hahahah Psst siler jangan muntah hijau yeaa..janggal sungguh rasanyaaaa menulis begini..

7 ulasan:

TopsyTurvyMum berkata...

Jiwang sungguh ku membacanya hehe..

Happy wedding anniversary Puan Nurul:)
Semoga sentiasa diberkati Allah, kekal sampai ke syurga, amin.

psstt...daku tgk 2-2 macam lepasan sekolah jerr...kawin awal atau awet muda? hihi

::Kak Sambal:: berkata...

hepi anniversary... letakler gambo kawen lagik... takkan satu jer..

Cik Puan Nurul berkata...

tengsss u all..hahaha jiwang karat cam poyo je kaan..aku muda lagik kak tapi suami time sedang molek benar dah jd suami kakakakakakaakakaka...ade gak aku remove ni kang post ni..
ejann segann la wehhh datang umah laa nengokk..hukhuikhuk..yg ni puas cari hok mana yg dirasakan sesuai hahahah..maklum la gambar ser lagi free hair kene minta ijin dulu ngn encik ketua pemili pasti ngak di ijini hihihi

ibunurin berkata...

adusss....sungguh sentimental sekali....
happy anniversary.....moga berbahagia selamanya.

elly&emmy berkata...

happy aniberseri.. semoga sentiasa berseri2 dan bahagia hingga akhir hayat..

Tanpa Nama berkata...

geotorelxzp debt consolidation loan
bill consolidation loans

Tanpa Nama berkata...

geotorelxzp consolidate debt
paying off credit card debt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...