tutup dulu pasal cerita tu kali ni saya nak stori tentang buah hati pengarang jantung saya ni..lama dah tak cerita tentang perkembangan si kecil nih
- masa lahir Qaseh ni dikira besar berbanding semua sepupu-sepupunya kira rekod Qaseh masih belum di caras oleh sesiapa lagi laa hahaha aler 3.85kg je pun..so memang Qaseh cepat nampak bambam,sudahla rambutnya hitam lebat.Tapi malangnya lepas dicukur hingga ke harini rambut dia agak susah nak melebat tak tau napa.
- Qaseh anak yang menyenangkan ,maksud saya dia jarang jatuh sakit yang teruk-teruk kalau ade pun masa awal-awal dulu ade la demam panas bagai.Kalau sekarang ni ade gak demam tapi biasanya takde la makan masa lama 2-3 hari baiklah..lagi satu kalau dia demam pun dia takdelaa jenis menangis mengamuk-ngamuk sampai terganggu semua tidur orang..tak dia biasa-biasa sahaja,just merintih sikit-sikit.
- suka sangat ketawa,dulu masa dalam pantang saya pikir Qaseh jenis yang cepat dan petah bercakap rupanya dia memang suke mengomel tapi masih sukar nak faham apa yang dia cakap..hihihi..
- suka bergaya...yesss itu memang kegemaran diaa
- rajin menolong di dapur..kalau dengar bunyi lesung laju dia datang duk rapat-rapat kalau tercampak cili ke bawang ke sibuk la dia jadi tukang kutip.pantang mak lepas sekejap lesung tu laju je dia lak sibuk nak menumbuk.
- suka bukak peti ais,cari keju dan yogurt kadang-kadang tu makannya sedikit je main je lebih.
- suka menyanyi dan membaca..Qaseh juga seorang peniru yang baikk semua mende dia nak ikut buat..
- suke gi jalan-jalan naik motor hehhe siap menyanyi bagai..pantang nampak abahnya duk sikat rambut laju je dia amik selipar pakai sesiap.
- suka buat aksi akrobatik ala-ala gimnastik tu adehhhlaa kadang takut sangat menengoknya paling dia suka buat sambil tengok tv kepala kat bawah kaki kat atas masalahnya terbelit-belit dia buat macam yoga tu ewww elastik sungguh badan dak kecik ni.kadang tu dia kangkang lebar-lebar sambil gelakk..
- walaupun Qaseh masih pelat bercakap dan suke mengomel entah apa-apa tapi dia sudah pandai nak tukar dvd,tangkap gambo guna henpon,main komputer cari video kegemaran dia.dia paham apa yang orang cakap dan selalu cuba nak menyebut sesuatu perkataan tu walaupun terbelit-belit gak lidah nak menyebutnya.
- masih belum pandai membuang air di toilet..hurmm cemana ehh nak ajar budak yang belum pandai nak beritahu kita bila dia rasa nak terkucil ni?
- dalam banyak-banyak toys,dia paling sayang Pinki dan Rupert iaitu anak patung beruang yang paling lama dan paling lusuh satu anak patung yang pertama maknya beli(Pinki)satu lagi hasil dia mengepau Pak Andak dia masa gi Gambang awal tahun lepas.setiap kali dia nak tido dia mesti bawa kedua-duanya naik atas katil.kadang tu dia bawak sekali barney,mickey,encik katak n sebagainya sampai penuh katil dahla memang sempit pastu apalagi kene tendangla semuanya bagi menjimatkan ruang hehehhe.
- dulu-dulu kalau hujan je,Qaseh marah bila maknya tutup sliding door tapi sekarang ni bila nampak hari macam nak ujan awal-awal Qaseh tutup dulu sliding door heheheh
- Qaseh suka nak berkawan ngan orang,main kejar-kejar bagai tapi dia takde kawan dan bila bawa dia kemana-mana supaya boleh berkawan dan bermain bebudak ni kebanyakkan tak berapa berminat nak main dengan dia mungkin sebab umur atau pun nengok dia tersangat eksaited setiap kali dapat peluang jumpa rakan sebaya..kadang-kadang rasa kesian juga tengok dia.contohnya minggu lepas pergi majlis hari jadi anak seorang member nih,Qaseh yang pada awalnya mengantuk nak tido bila nampak je ade bebudak duk main dalam umah tu laju je tinggal mak ngan abah kemain lagik diaa..tapi macam biasa laa bukanlaa bebudak ni nak melayan sangat dia hihihi
tengok ni..Qaseh ni memang pantang kalau nampak basikal gini kat umah orang sibuklaa dia nak naik tak dapat naik atas basikal naik atas tayar pun jadik..sampai marah-marah 'member' sorang tu,mujurla mak budak tu ade kat situ dan mintak anak dia turun bagi can kat Qaseh sebab budak tu pun dah besar..tak taulaa mak budak tu ikhlaas ke idak suh anak turun rasa bersalah lak saya..semacam je dia pandang saya.
dapat jugak naik haiii laah Qaseh..kadang-kadang ade gak budak-budak sebaya dengan dia yang minat nak main ngan dia tapi biasanya bebudak ni kalau maknya jenis bekerja maka time cuti mesti nak melekat ngn maknya je kan hehe..berlainan ngan qaseh yang dah memang hari -hari melekat jadik bila ade peluang dia nak main ngan kenkawan laa..
p/s:Pernah sekali saya berasa sangat emo time tu ada seorang budak ni sebaya gak ngan Qaseh tapi peliknya asal nampak Qaseh pegang apa2 mesti dia nak rampas dan rebut tak kisahla kan bebudak tapi agak hamun sebab mak pak dia buat tak reti je rileks je terus makan saya sampai tak sempat nak makan sebab asik duk memujuk Qaseh yang mengamuk-ngamuk nangis bila mainan dia dirampas..sudahla time tu saya tengah kebulur lapar sudahnya saya balik rumah dalam keadaan lapar dan marah.(kejadian ni beberapa bulan lepas disuatu majlis ilmu,ibubapa tu sy tak kenal maybe first time dia join,saya jadi marah sebab sejak start perbincangan sampai time makan Qaseh dan anak dia merebut mainan yang sama,dan diorang langsung takde nak alihkan perhatian anak dia daripada terusan mengganggu Qaseh)saya sangat hormati seorang jiran saya ni,dia memang tegas dengan anak-anak dia.Tak perlu dia cakap banyak dia cuma angkat jari tanda beritau 'jangan' pada anak dia..budak tu pun dengar kata takde nak merebut ke nak kacau orang dah..bukannya lepaskan tanggungjawab tu pada orang lain lak rileks lepak biar ja anak nak buat apa-apa pun takda nak melarang ke apa..memang budak-budak nakal tapi rasanya tak salah kalau kita menegur anak kita untuk tujuan mengajar. Saya bukanlah nak marah-marah kat anak orang sebab saya tahu budak-budak bukan tahu apa-apa sama juga kalau Qaseh yang mengacau orang memang kena la dengan maknya cuma kita sebagai ibubapa janganla tengok je bila anak kita mengacau orang usik orang bagai..sebab kalau dibiarkan makin lemak la jadiknya kan..
1 ulasan:
Dr segi mu citer tu.. Menampakkan qaseh sorg yg bijak pandai.. Menjadi org yg berjaya...terserah pd kita sbg mak bapak utk membimbing diorang..
Catat Ulasan