Mereka Yang Terbaik..!

7/29/2011

Pengalaman mengandung,melahirkan dan menyusukan anak di bulan Ramadhan part 1

Salam Jumaat penuh rahmat hujan masih belum berhenti..sejukkk woooo memang syiokkk kalau masih berselimut tapi kalo nak terus membongkang alamat tak jalan semua kerja betul tak?Insyaallah esok lusa tulat kita dah nak mula berpuasa kan..kalau masih kanak-kanak ni lah bulan yang dinanti-nantikan tak menyabor rasanyaaa..indahnya Ramadhan bila dah dewasa beranak pinak ni ecehh ala rasanya tak percaya dah nak masuk bulan puasa rasanya macam terkejar-kejar je huhu..
maka Ramadhan kali ini seperti kebiasaannya menyingkap seribu satu memori pahit manis..setiap tahun pasti ada peristiwa yang takkan pernah kita lupakan betui dak?memang banyak woo kenangan dan hari ni sempena bulan Ramadhan dan juga minggu depan merupakan minggu penyusuan susu ibu sedunia so molek benarlah saya ingin ceritakan pengalaman acik sendiri yang pernah mengandung,melahirkan dan menyusukan anak di bulan Ramadhan.
Pengalaman Mengandung di bulan puasa
Antara yang termanis penah di lalui seorang wanita ialah pengalaman mengandung kan..hehe tapi sekeping gambo masa mengandung satu pun takdak..Ramadhan tahun 2008 merupakan antara yang terindah pernah acik lalui sebab time tu kebetulan tengah sarat mengandung tunggu masa nak beranak kan,masa pi checkup kat klinik kesihatan acik nanya la kat misi tu boleh kah orang pompuan lawa tengah sarat ni berpuasa?misi tu jawab apa lak tak bolehnya lain la ade masalah komplikasi ke diabetes ke yang mana kena makan ubat ikut masa kan so boleh je puasa kalau takda masalah kesihatan.meskipun ibu yang mengandung diberi kelonggaran dan keringanan untuk meninggalkan puasa tapi takde maknanya acik nak monteng sesaja ye dak..orang kata lagi senang puasa di bulan ramadhan daripada nak buat puasa ganti ..semputtttt .dulu-dulu masa bujang selalu gak nampak akak-akak mak buyong kat tempat kije selamba je monteng puasa alasang MENGANDUNG hihihi..maka dengan semangat waja dan berserah semuanya pada ALLAH TAALA maka dapatlah berpuasa dengan sempurna cuma penat time nak bangun sahur maklumlah dah trimester yang ketiga kan perut membuyong tak ingat besor nyaa hahahaha malam-malam susah sikit nak tido tapi bila siang ok Alhamdullilah boleh berpuasa macam biasa siap kesana kemari gigih nak menapak pi paso Ramadhan asal balik dari klinik mesti nak singgah hahahha time hujan pun redah..pelikkan time mengandung jalan kengkang ni la merajin benor nak kesana sini.So sesapa yang termengandung time bulan puasa jangan risau boleh je berpuasa ALLAH tu maha mengetahui insyaallah kandungan tak apa-apa acik sendiri dapat berpuasa sampai la hari nak beranak so tinggal puasa lebih kurang 9 hari iaitu minggu terakhir sebelum raya.
Pengalaman melahirkan anak dibulan puasa
Seperti yang dimaklumkan tadi acik bersalin pada 23 Ramadhan bersamaan dengan 23 September masa tu sama je date kalendar masihi dan hijrah kan.Acik beranak malam lebih kurang kul 10.50 pm kot so sakitnya dah tentu lah sejak semalamnya tapi tak beranak lagi sebab baru bukak 1cm doktor suh balik umah dulu..
menahan la sakit dirumah,pastu pagi selasa tu 23 hb tu still sahur cam orang berpuasa kan baru lah kena tahan kat hospital tu pun sebab dah bukak 3cm kalau ikutkan anak sulung memang lama tempoh nak beranak makan 2-3 hari gak menahan sakit tapi biasalah kat sepital kan masa duk kat labor room tu memula takde la kerap sangat sakitnya biasa-biasa je tapi lepas misi dok ulang alik masukkan ubat eh ni  ke yang orang panggil induce sejenis ubat nak suruh cepat beranak tu tetiba sakitnya makin kerap dan kuat gak huhu dah la seorang diri je menahan sakit suami tak dibenarkan masuk,dah tu lapor sebab sebelum pi labor room tu misi dah sumbat julap kot kat montot otomatik rasa nak memerut yang amat sangat hehehe..
suh kosongkan perut lerr.Doc memang tak benarkan makan,dahaga pun diorang titiskan air cam eyemo tu je adehh hazabb weh hahaha..ingat lagi sebab makin sakit kan acik bleh lak sound kat misi tu..
''oo sebab ubat ni la yea sakit makin kuat..ingat dok suntik apa''tau apa misi jawab
'' yela dah nak tunggu awak sakit sendiri nak beranak nak tunggu dia buka sampai 10cm esok lusa la jawabnyaa''ciss hahahah patutlah semakin kuat sampai acik gigit tudung je time tu..orang kat bilik sebelah dok menjerit-jerit siap kena marah ngan doktor huhu.masa tu rasa cam nak berborak je ngan orang sebab nak bagi takyah pikir sangat sakit tu kan masalahnya takdok sapa nak sembang huwaaaa..
sampai la waktu berbuka time tu misi sibuk nak berbuka diorang gilir-gilir la kan time ni memang rasa cam terkeluar dah baby rasa cam nak meneran sangat dok panggil misi..datang Doctor cek dia kata belum lagi tunggu dulu jangan teran lagi..so menahan la sampai pukul berapa tak ingat dah bila dah sampai waktu meneran puas teran tak lepas gak,masa tu doktor dah bising-bising diorang kata nampak macam baby besar tapi diorang suh gak teran,masa ni kudrat memang la tak banyak tapi semangat tu ade tak rasa takut atau nak menjerit terlolong pun sebab rasanya seperti tahik besar nak keluar tapi tak lepas-lepas cuma pikir nak selesaikan beranak nak rest sesangat rupanya takdir penentu segala..setelah puas meneran doktor pelatih tadi panggil doktor pakar plak doktor pakar kata boleh suh teran gak nampak macam kepala nak keluar tapi tak keluar laa,pastu doktor tu gunting perineum tak perasan pun sakitnya sebab nampak darah je kat gunting tu mungkin sebab rasa nak meneran yang amat sangat kan so tak perasan akan sakit kene gunting tu ishhhh seriau bila ingat balik.doktor gunnting sebab nak vakum nak keluarkan baby..bukan vakum yang sedut sampah tu(sile imejin lawak kumpulan sepah..sengal seh)vakum ni lain tapi still tak boleh gak so doktor decide baby memang besar so diorang bagi acik 5 minit sekali lagi peluang meneran kalau tak boleh maka emejenci la kena czer jika tidak nanti baby dikhuatiri lemas kalo paksa gak keluar secara normal bimbang terkehel ke apa bahunya nanti..maka puas la juga meneran akhirnya tak boleh gak..so dalam keadaan rasa nak terberanak sangat tu diorang cecepat tukar baju,suh sign borang tanpa sempat baca pun laju-laju pindahkan acik ke OT room dah la jauh asik dok berukar katil je tensenn tau..
muka encik suami yang tunggu kat luar dah cuak dah haaaahaa.akhirnya selamat gak beranak tapi secara czer..nah lahirla seorang bayi perempuan seberat 3.85kg..baby dipisahkan ngan si ibu dibawa ke NICU sebab doktor kata nak keluarkan lendir kat hidung ke apa tah atau ini juga di panggil TTN, dan sebab itulah hanya hari ke-3 baru acik berkesempatan nak jumpa baby tu pun sekejap naik wilcha encik suami yang tolak sebab hanya ibubapa bayi je yang boleh melawat baby orang lain tak boleh  nak susukannya tapi masa tu zero lagi susu tak keluar plak hospital lak bukan rakan bayi maka misi tak bagi lelama diorang terus bagi susu formula guna shringe..adehh rasa down sangat time tu sebab memang nak sangat menyusukannya sendiri..
Bersambung part 2..

6 ulasan:

NuRuL DhiA berkata...

walaweiiii, besor betoi anak dara mu, maknanye kena toreh atas bawah la yerk? mak aiii seksa nye ku bygkan menanggung sakit atas bawah, x sabar tunggu part 2 cepatttt!

Cik Puan Nurul berkata...

yupppp..sakit wehhhh huhuhuhu nasebbb sat na kasi mak bernapass duluk nnt sambungannyaa

POSH76 berkata...

blogwalking

Iznie berkata...

sakitnyaa...(belajar menjiwai perasaan seorang ibu... )

salam ziarah dan salam ramadhan. :)

♥ cik kieranaa ♥ berkata...

byk pengalaman ni..preggy mase bln pose..
bersalin lam bulan pose..huyoo...
hehe.

btw..da folo kakak. hit me back yea kak. :)

Yaati Nor berkata...

huuii saya dapat rasakan tu..tapi saya sakit sampai 5cm..pastu ki czer..budak kecik dah berak la pulak..huhuhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...