Mereka Yang Terbaik..!

8/17/2011

Mahal bagi kita mungkin murah pulak bagi orang yang kononnya terlebih duitnya

Makanan harga RM30 sepinggan mungkin murah je bagi sesetengah orang lebih-lebih lagi bagi orang yang tidak biasa memasak sendiri jenis hari-hari pi jalan-jalan cari makan kat kedai je manjang..sedangkan dengan RM30 juga jika pandai pilih bahan-bahan yang murah tapi jadikannya hidangan yang sedap pasti sangat berbaloi kan..oklah sebagai contoh..semalam acik buat Ikan siakap goreng bercili dan mangga kalau diikutkan biasa makan di restoran yang biasa acik pergi makan ikan siakap atau seumpama dengannya boleh mencecah RM40 harga hidangan ikan tu padahal 2 org makan je pun kadang-kadang diorang saja letak ikan saiz besar punya padahal bukan ramai pun yang nak mencekiknya.
hari ni terpanggil nak cerita pasal ni sebab terbaca komen orangla kat blog dia kata tak heran sangat dengan harga makanan kat restoran mewah ni bagi dia biasa-biasa saja yelah mungkin sebab dia berduit,takde tanggungan mungkin bapaknya tokey besar siapa tau kan tapi sebenarnya kalau punya masa dan kerajinan kita boleh juga sediakan hidangan yang sama dengan kos yang lebih murah dapatlah kita berjimat dan tidak membazir di bulan mulia ini..
contoh diatas ikan siakap yang acik masak untuk juadah berbuka..masa diambil tuk masak hidangan ni sekojap  je yea sengaja cari resepi yang lebih mudah dan ringkas tapi sangat sedap lagi pun dah biasa masak 3 rasa dan masam manis,kukus pun dah biasa so terai la buat goreng bercili dan mangga..acik masak kul 7pm gitu sambil goreng ikan parut mangga dan carrot so sekejapan je la masa yg diambil siap leh lepak nunggu waktu berbuka tiba lagi..
dan yang penting kos yang diguna untuk mendapat hidangan sebegini tidaklah semahal makan di restoran,ikan siakap ni saiz sederhana memang cukup sangat di makan untuk 3 beranak tu pun siap boleh ratah lagi..harga pun tak mahal tak sampai RM10 pun sekor kot sebab encik suami yang beli kat kedai dekat umah ni dia beli sekali ngan ikan kembung pelaling semuanya RM10 je.Biasa kat paso malam kemain mahal lagi ikan ni RM24-RM25 sekilo maybe sebab saiz besar kot.
Mangga tu pulak kebetulan memang selalu beli,yang acik gunakan hanyalah separuh daripada sebiji mangga epal tu..beli 4 biji lebih kurang RM2 je..carrot pun guna separuh batang je,cilipadi,bawang putih,bawang besar(separuh) dan sos cili serta sos sweet sour(resepi asal guna sos cili thai tapi takde ) semuanya memang dah ada kat umah..resepi ni guna sos ikan tapi acik tak masukkan pun meskipun ade kat umah,tak suka sangat dengan baunya..cuma sepatutnya hias dengan daun salad boleh lak guna daun pisang kihkih sebab salad dah abis digunakan buat nasi ayam hari sebelumnya..daun pisang memang banyak kat umah sebab suka buat ikan bakar..
so dikira total semuanya memang tak sampailah berpuluh ringgit,akan jadi mahal kos nya kalau korang beli ikan yang besar saiznya,pastu bahan-bahan asas seperti minyak masak dan sos tu memang takde kat umah baru nak dibeli.
Sebenarnya untuk mengelakkan kita daripada membazir masaklah makanan yang cukup-cukup memang kita nak makan,beli di bazaar tak salah tapi belilah apa yang kita nak makan dan biasa makan jangan sesaja nak test rasa something yang baru pastu bila tak sedap kita buang..takpun kalau nak rasa sangat belilah dalam kuantiti yang sedikit nama pun rasa..seketul dua udahlaa.
Nak makan makanan yang mahal tak salah kalo terlebih sangat duit tapi janganlah sampai nak menunjuk-nunjuk order kemain banyak makan tak abis tak ke membazir..sekali sekala tak salah tapi sebaiknya bersederhanalah acik pun biasanya kalau makan kat luar akan order makanan yang acik tak pandai nak masaknya or tak biasa masak kalau setakat yang mudah-mudah boleh buat sendiri baik masak kat umah je kan.
Lagipun bukankah tidak elok makan makanan yang terlampau-lampau mahal harganya..

4 ulasan:

♥cikmOt♥ berkata...

uikss...terliur nengok ikan siakap itu...tapi sedih, tak reti nak masak...sob sob...

Cik Puan Nurul berkata...

eh,,senang je masaknya ade resepi pada link tu..terai la buat..
cuma goreng ikan rangup2..pastu buat sosnya yang mudah amat kendian tuang je atas ikan..mangga tu just tabur je atas ikan.saya memang xpenah sukat pun bahan2 just campak2 sesedap rasa je..budak2 pun leh makan sbb xpedas sangat n lebih kpd rasa masam manis.

cik asam jeruk berkata...

acik betul! cikasamjeruk dok umah sewa ngn kawan2 bujang ni..kongsi2 sorg rm50,bole makan 2mggu. jimaattt!

Cik Puan Nurul berkata...

cik asam
ha kan..akak pun sama ekceli pi paso malam dalm RM50 gak keluar duit beli bahan2 mentah seminggu gak la leh guna..apatah lg kalo bujang lg jimat heheheheh..tp skrg lauk pauk kt paso malam lagi mahal dr kt paso raya..cuma sbb dh terbiasa beli dorg sllu bg diskaun..kata pelanggan tetapkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...