Mereka Yang Terbaik..!

9/13/2011

Terima kasih sebab makan masakan saya meskipun tak sedap..

Apabila banyak menda nak diceritakan dalam satu masa semua jadi tak jadi nak cerita.pospon lain hari aci dak?
orang kata bila kita marah..harus jauhkan diri daripada segala laman sosial yang ada..silap taip buruk padahnya ye dakkk..

Di ruang yang sempit ini saya ingin buat pengakuan..
yea masakan saya tak sedap..tak hebat tapi terima kasih pada semua yang pernah menjamah juadah yang pernah saya sajikan..terima kaseyyyyyy
terima kaseh sebab habiskan juga makanan itu..berbaloi-baloi atas segala kederat dan masa yang di curahkan sepenuhnyaaa..terima kasehh
tapi janganlah puji melebih-lebih..encik-encik suami janganlah makan sampai tak hengat doniaa..saya tahu binik kalian memandang sinis..pastilahh mereka terasa sedikit tergugat..betul tak???????
malah riak-riak iri,cemburu dan dengki sudah mula terlihat...dan aura-aura panas hati itu saya sudah mula terbau-bau..
rasa ingin bersaing dan buktikan aku no. 1 sudah mula terlihat pada pandangan mata kasar...
yea..aku pun boleh masak jugakkk..lagi sedap daripada masakan ko tu!!!!
dan esok lusa..terpampang pula masakan si isteri mungkin terpampang di blog mahupun muka buku..
nah terbukti..aku lagi hebat memasak dari ko!ko mampooo!..curlasttt ko mariah!

Saya nak buat pengakuan lagik..saya memasak sebab itu memang tugas utama saya..maka saya bertanggungjawab memberikan yang terbaik..jika ada yang terpampang di ruangan ini atau di mana laman perkongsian maya ianya bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk,eksen diri mahupun nak bukti pada orang aku pong boleh masak haper,ataupung sekadar meniru orang lain..nehi...nehi..bukan seperti itu..
memang dari dulu lagi saya dah berbuat demikian tidak meniru sesapa..
tujuan asal ialah ingin berkongsi resepi dan bertukar pendapat..blog ini ibarat gobok yang menyimpan semua perkara..so tak salahkan..berkongsi ilmu moga dapat memberi manfaat pada orang lain jugak..
supaya orang lain yang bertandang ke sini tidak muntah hijau..
''eleh..balik-balik cerita pasal pemili ko yang non hado tu...macamlah pemes..takde input pun pada yang membaca''.walhalnya suka ati si penulis la dia nak cerita apa pung kan.

Kalau yang ada rasa iri pada saya..takpelah teruskan jelaaa rasa itu..selama ni saya memasak untuk orang pun semuanya atas permintaan mereka..suruh masak itu,ini..
kalau kena dengan selera diorang nak buat cemana kan?
kawan-kawan terima kasih kalau ada yang merasakan selama ini masakan sata kena pada selera kalian..tapi hati-hati bila bercakap bimbang ade kenkawan yang lain rasa sentap dan jadi menyampahh..
saya perasan akan perkara itu..dan sangat jelas tentang itu..
Kawan-kawan saya tak buat open house tahun ini seperti kebiasaan tahun-tahun sudah..tetapi jika ada yang sudi nak beraya saya sangat berbesar hati menerima kunjungan kalian..takde blogger lagi penah sampai kerumah kecil saya..
mood takde nak buat open house secara beriaan..bimbang penat sesaja tetamu tidak jua berkunjung huhuhu
tetapi mood juga boleh bertukar bebila masa hihihi...

siapa tau tetiba ade open house nyaaa..tapi setakat ni memang takdaalahhhhh
kawan-kawan,ajaklah saya juga datang beraya ke rumah kaliann..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...