Mereka Yang Terbaik..!

1/19/2012

Silikon sudah dapat penampilan saya pasti lebih menawan dan mantop..

Yadaa..yadaa..susah betul nak membelog akhir-akhir ni bizi manjang..
kesibukkan sebagai retis fofuler(perasan) amatlah membataskan pergerakkan
sokmola tak dan nak wat itu ini..
semalam pi CIMB Bank..ade urusan perbankan yang amat penting nak diuruskan(urusan Tecik Craft) tup-tup terserempak dengan bekas rakan sekerja..dulu takdelah rajin menegur sangat2 pun
tetapi semalam gigih beliau duk terjerit-jerit masa ternampak daku masuk dalam bank
''eh macam kenalla..eh macam kenalla..''

aku tersengih penuh menawan macam model iklan ubat gigi..biarkan je dia berteka teki..terus ke kaunter pertanyaan,aku perasan dia tak keluar-keluar lagi bank duk pandang aku tak berkelip-kelip tersengih..aku dengar dia macam sebut nama aku berulang kali dengan member dia..hahhahaa
tapi aku nak cepat tak sempat nak pi beramas mesra dengan 'peminat' itu kan..biasalah retis kan
uhukss..

tetapi semalam masa kat bank tu gak la dak Qaseh nyaris hilang weh..aduh masih terasa seriau hingga ke hari ni..orang tak ramai pun dalam bank ntah cemana dia asalnya dok elok-elok je dengan abahnya menunggu aku tup-tup bleh lak dia terikut sapa tah mujur aku cepat sedar ingat dia pi main kat sekitar mesin ATM ke apa tup-tup nampak ade sorang makcik tu tolong bukakkan pintu untuk Qaseh keluar.
dengar je makcik tu sebut ''ni anak sapa yea.anak sapa yea''
aku cecepat tarik Qaseh yang dah selangkah nak keluar dari bank.Makcik tu gelak-gelak sambil cakap ''dia nak ikut sapa tah tadi keluar..''mujur tak hilang tidak adui tak dapat dibayangi..biasa Qaseh ni payah nak ikt orang tak kenal ke apa  sebab dia memang sangat pemalu dan takut ngan orang.

eh dah kelaut plak..huhu kembali ke tajuk asal..ha uolss semalam udah mendapat silikon idaman hati hihi..
jauh mai from Australia,ade orang tu kebetulan pulang bercuti ke tanah air lantas ku titipkan barang kiriman.
silicon yang inikah?Dah tentu lah bukan jadah apa nak bersilikon bagai sedangkan yang sedia ada pun cukup terlebih sudahh hahahhahaah
inilah yang silikon di idamkan selama ini
silicon mould kekdahnya pasnih kena rajin membaking lah yea..
bleh buat kek atau puding istana cinta lagi
ok dah bleh feeling Junior Masterchef dengan pisau colorful..waduh antara pisau termahal yang pernah ada..best woo pisau ni,ade orang tu dah mula perli-perli ''ni kalo tak sedap masak tak tau lah..''kaitan ke pisau dengan  rasa masakan hahahahah
yang ni diberi sebagai hadiah dan tak lupa cenderahati ini
Ikutkan nak order lagi banyak menda lain tapi pasal had muatan sudah melebihi kang ada yang tersadai kat airport takleh balik kampung kan..so ini dulu lah insyaallah next time bila orang tu pulang ke tanah air bleh la order menda lain lagi hihi..

Thanks bebeh ahkak TTM..Waduhh kok gojes sekali anda bila kali pertama ketemu semalam patut lah ramai yang kata anda kelihatan seperti gadis baru habis belajar memang nampak camtu pun..terasa diri ini begitu kertu nak dibandingkan dengan anda yang terlihat jauh lebih muda daripada usia sebenar ahaks..tak sempat nak bergambo sebab masing-masing nak cepat hehhe..dapat gak jumpa selama ini hanya saling berbicara di alam maya sahaja.

4 ulasan:

Ahkak Geli berkata...

wei, bagi aku satu pisau kuning tu wei...
teringin jugak...mana tau kerana pisau, baru ada semangat nak masak

Cik Puan Nurul berkata...

wahahah mana bley..lain2 jenis tak sama weh

Unknown berkata...

wah, mould yang macam istana tu boleh buat acuan untuk bakar kek tak?

Yaati Nor berkata...

kak, saya pon feeling2 bets je klu ada mould silikon tu..ari tu nampak kat dlm bonet en asben..perasan ingat tu saya..tp tu company dia punye produk..tak lama lagi masuk la C4 ke giant ke tu..cantik u..love2..i love mum ta bagai..tunggu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...