Mereka Yang Terbaik..!

10/21/2013

Edisi menu diet : Puding Kek Coklat Pisang(mug cake) tanpa tepung dan gula(bebas gluten) bersama Sos berkrim Mentega Kacang Dan Pisang dengan Nangka Madu.

Salam Isnin lama tak mencoretkan di sini
Maaf yeaaa
idea dan cerita banyak
tetapi kemalasan dan kesibukkan sering menjadi sebab utama
Malas membebel panjang kita teruskan agenda kita
Maaf atas tajuk entri super panjang itu wahahahahahahah
dah macam entri dak?
Lantaklah sebab nak kongsi resepi khusus untuk mereka yang ingin makan sedap
tanpa menjejaskan ukuran pinggang kalian
So jom cekidaut resepi mudah yahamat ini



Inspirasi daripada mug cake yang sering aku masak guna microwave kerana kemalasan nak bakor kek guna oven so terhasil lah puding kek sebegini..dan yang penting ia menyihatkan kerana tanpa menggunakan gula di dalamnya
dan best sekali sebab tak guna tepung juga.

Bahan- bahan
Sebiji pisang saiz sederhana atau kalau kecik boleh lebihkan 1-2 biji yang telah di lecek
1/2 ulas nangka madu
2 sudu serbuk coklat tanpa gula dan bebas gluten
1 biji telur ayam
**jika mahu boleh letakkan satu sudu madu asli atau sirap kurma tanpa gula,tetapi aku tak letak**

Kesemua bahan di atas digaul sekali atau nak senang blend je semua sekali sampai adunan jadi sebati dan halus
Kemudian tuangkan ke dalam mug atau ramekin atau apa saja bekas tahan panas yang boleh masuk dalam microwave.Masukkan dalam microwave selama lebih kurang 1-2 minit(aku masak 1 minit setengah).

Manakala untuk toppingnya pula boleh ikut suka hati korang nak makan dengan cream cheese ke,yogurt ke atau ikut stail aku makan sos peanut butter yang berkrim di sukai ramai

Bahan - bahan untuk sos
1/2 biji pisang
1 sudu mentega kacang tanpa gula(guna homemade atau beli di pasaraya yang memang no added sugar)
lebih kurang 1-2 sudu besar susu skim atau susu segar

**Blend kesemua bahan sampai jadi likat dan berkrim.Kemudian boleh dituangkan ke atas puding kek kalian tadi.. Boleh hias dengan pisang dan nangka madu yang di potong kecil.yummmmeh!
Aku suka gunakan nangka sebab pertama ianya buah-buahan tempatan sama seperti pisang so kos untuk kek ini sangatlah berpatutan murah dan bahan-bahannya mudah di dapati di tepi jalan.
Keduanya nangka sangat enak dan harum mewangi.



Ini gambar kek yang serupa aku penah buat 2-3 minggu lepas...cuma hiasan berbeza dan tak guna nangka


Rupa puding kek lepas dikeluarkan dari mug..teksturnya sangat lembut seperti pudinglah..ringan dan kembang elok yumm!








2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

comelnya kek tu! Nampak sedap pulak tu. Nakkkk!

hafizah samsir berkata...

resepi yang menarik. boleh tak share kat mana boleh dapatkan bahan2 yang gluten free tu? (nampak CPN ada guna serbuk coklat tanpa gluten dalam resepi ni)

thank you..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...