Mereka Yang Terbaik..!

Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

7/13/2012

Seminggu sebelum Ramadhan

 (Entri dari draft)

Alhamdullilah..
Bertemu kembali di pagi Jumaat yang mulia..
Kepada kawan-kawan, sanak keluarga baik yang dekat mahupun jauh..sedara mara bau-bau petai mahupun yang tiada kena mengena..
di kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan dan kemaafan andai ada salah dan silap sama ada secara sengaja atau tidak..yang mengguriskan hati mahupun hempedu limpa segala..
Maafkanlah kerana saya bukan manusia maksum yang begitu sempurna namun saya tidak akan malu atau ego untuk tunduk ke bumi mengakui setiap dosa dan kesilapan saya mahupun yang telah terjadi dan yang bakal terjadi..
Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud:“Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).
  Ada tiga hal yg apabila dilakukan akan dilindungi ALLAH dalam pemeliharaanNya,ditaburi rahmatNya,dan dimasukkanNya ke dalam syurgaNya yaitu: Apabila diberi ia berterima kasih,apabila berkuasa ia suka memaafkan dan apabila marah ia menahan diri(tak jadi marah).
(R. Hakim dan Ibnu Hibban dari Ibnu Abbas)
Memaafkan kesalahan orang yang dilakukan ke atas kita bererti menolong orang itu dari beban dosanya,ganjaran dan rahmat ALLAH adalah amat besar keatas kita seperti mana sabda Rasulullah "Sesungguhnya ALLAH Taala tidak menyayangi kecuali kepada hambanya yang penyayang ,tidak mengampuunkan kecuali kepada hambanya yang pengampun dan tidak menerima taubat kecuali kepada hambanya yang pemaaf".

“Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan tsaum (puasa)?” Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah pun kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan orang yang sedang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menyatukan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan.” (H.R. Bukhari-Muslim).

Saya hanya berkesempatan menulis tentang hal ini hanya pada hari ini kerana terlalu sibuk menyiapkan semua kerja Tecik Craft..saya berhasrat nak perlahankan semua aktiviti menjahit atau apa-apa ajalah untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah puasa..bimbang andai tidak berkesempatan bertemu Ramadhan di masa hadapan..sangatlah ralat rasanya jika mengabaikan Ramadhan semata-mata kerana  hal duniawi..semoga apa yang saya telah niatkan dan harapkan sedari awal dipermudahkan olehNya.

Tahun ini bagaikan tahun sardin bagi saya kerana terlalu banyak hal yang terjadi seolah-olah semuanya nak dimasukkan dan harus terjadi pada tahun ini..apakah  ini bermakna saya tidak mempunyai tahun hadapan?Hanya ALLAH yang tahu..Benar tahun ini juga saya diuji dengan pelbagai ujian yang menguji kesabaran ada ketika rasa terlalu lemah tidak terdaya menanggungnya namun saya sedar Allah SWT takkan memberi ujian di luar kemampuan hambanya..maka saya harus  kuat dan  terus berdoa serta tidak akan pernah berputus asa dengan rahmat ALLAH.Saya juga sebenarnya sedang bergelut melawan 'sesuatu' namun belum bersedia untuk berkongsi cerita dengan semua orang pada yang tidak sengaja mengetahui terima kasih atas kata-kata sokongan anda.

Permintaan Hati
Kepada kawan-kawan di alam maya SEKIRANYA KALIAN ADA MENYIMPAN GAMBAR-GAMBAR SAYA SAMA ADA DALAM AKSI BERSAHAJA MENUTUP AURAT ATAU TIDAK DENGAN RENDAH HATI SAYA MEMOHON KALIAN MEMADAM ATAU BUANG GAMBAR YANG TELAH DITEPEK SAMA ADA DI BLOG MAHUPUN LAMAN SOSIAL YANG LAIN.MELAINKAN GAMBAR ITU DIAMBIL BERAMAI-RAMAI DIMANA KELIBAT SAYA DI DALAM GAMBAR TIDAK TERLIHAT SEPENUHNYA.JIKA TIDAK BOLEH  PADAM MEMADAILAH SEKADAR 'BLUR' KAN GAMBAR TERUTAMA DI BAHAGIAN WAJAH.
Saya hanya ingin berubah menjadi lebih baik,saya ingin menutup aurat dengan lebih sempurna mungkin sebelum ini saya terleka memakai pakaian yang agak ketat atau memakai baju lengan 3/4 tanpa inner,membuka aurat di hadapan bukan muhrim walaupun ipar duai.Maka saya berhasrat tidak akan memperlihatkan aurat dan wajah yang tidak berapa jelita ini bimbang menjadi fitnah bagi lelaki yang bukan muhrim melihatnya walaupun sedara mara terdekat.Jadi mohon memberi sokongan akan niat yang baik ini..walaupun kalian terasa ingin  sekali mencebik bibir.Semoga kita semua di rahmati dan diberkati di dalam hidup ini.



1/13/2012

Doa Seorang Isteri

 Doa Seorang Isteri…..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
... Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
... Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu?
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah.. Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...