Mereka Yang Terbaik..!

6/18/2010

Sakit mata ubatnya susu ibu



Salam jemaat..semalam blog nih tak berhapdate sebab mataku pedih dan juga kesibukan yang melanda..sebenarnya sejak kelmarin mataku dah mula rasa tak selesa bahagian bawah kelopak mata tu nampak bengkak macam orang baru lepas nangis seolah olah ketumbit nak tumbuh..aku biasa kena keadaan macam ni mata sakit macam nak tumbuh ketumbit tapi tak tumbuh pon pastu baik camtu je..

Tapi kali nih sakitnya lain sikit sebab mataku agak berair dan pedih bila nak ngadap skrin komputer ke hape la yang bercahaya..walaupon hanya sebelah mata tapi seksa gak la dan aku rasa aku terkena jangkitan konjuktivitis ala sakit mata yang berjangkit tu laa..sile dekati daku kalo nak mc seminggu..

dan malam tadi rasanye lagik tak selesa so sebab aku nak kena cek email hari hari, nak menjahit lagi so aku ambil keputusan tuk titiskan air susu ibu..susu sendiri sebenarnya ke dalam mata ku..hasilnya....

Pagi tadi bila bangun rasa sakit sudah berkurangan..nah dah boleh la nak ngadap blog..dan aku akan titiskan lagi hehe macam buh ubat lak.

dah lama dah dengar tentang susu ibu buleh sembuhkan sakit mata,contohnye dulu masa kakak aku dalam pantang ada jiran datang umah minta sepiring air susu ibu nak ubat anak dia sakit mata.

Masa kursus MBfPC pon kami ade sebut pasal nih,menurut Dr Ezzura salah sorang PCPA tu cakap kalau susu ibu lebih berkesan kalau digunakan pada anak sendiri maknanye kalau kite guna susu orang lain lambat sikit la nak baik tapi berkesan la juga.

tapi kalau keadaan berlarutan sile la berjumpa doktor yea..baca sini lagi untuk kisah lanjut tentang kesan mujarab susu ibu.

1 ulasan:

rammyd berkata...

pernah jugak sakit mata pstu mak titiskan susu lam mata. masa tu darjah 6 kot. teehee :D


oh mama saya mahu kawen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...