Mereka Yang Terbaik..!

7/03/2010

Cerita Kumpulan Sokongan Ibu-ibu(SGM-5)

Salam macam biasa setiap bulan hari Ahad minggu terakhir kami satu famili biasanya tak melepaskan peluang untuk join lepak lepak ngan para ibu ibu bapak bapak hehe..so ahad lepas SGM yang ke 5 tuk tahun ini telah berlangsung dengan lancarnya meskipun kehadiran nya amatlah ciput(aku pasan sejak abis training PC ni makin sikit lak kehadiran ke SGM mungkin masing2 ade urusan penting yang harus diutamakan)..mungkin sebab subuh hari tu hujan turun membasahi bumi so masing masing masih enak berbungkus gebor(selimut lerr)..topik SGM kali ni Pratical Activities With Whole Family While Breastfeeding..topik yang bagus untuk diperbincangkan. Disebabkan tak ramai maka hanya dua kumpulan sahaja yang dibentuk,kali ni aku sekumpulan dengan Puan Kamariah yang menjadi moderator kumpulan kami..lagi satu kali encik suami bleh plak dia join kumpulan kami..kira kumpulan kami ni campuran ibu dan bapak la..dua bapak orang yang terlibat dalam kumpulan kiteorang..sesekali dengar pendapat bapa tentang breastfeeding memang menarik..sebab orang laki ni kalo dia bercakap straight the point jee apa yang dia rasa dan dia fikir itula yang akan di cakapnya tak da nak cover line ke ape (laki aku lerr tu)


pembentangan dari kumpulan sebelah..kak Yus yang membentangkannya


ni pembentangan dari kumpulan kami sebabkan encik Wan ni banyak benorr mulutnye beliau lerr kene bentang emm sape encik Wan ni lalallalalala



penerangan daripada Puan Kamariah..pengasas susuibu.com ni lerr orangnye kalo ade yang belum penah bersua muka dengan beliau..



acara tahunan posing ramai-ramai sebelum acara mencekik huhuhuhu



**antara ilmu yang Puan Kamariah share kan hari tu ni yang aku ingat laa ibu yang menyusukan harus menjaga mood ketika menyusukan maksudnya tak boleh fikir nak buat mende lain contoh anak tengah menyusu pikiran mak dah kat lain pikir nasi atas dapur,dok tahan kencing ke,dok tergesa gesa nak buat mende lain secara tak langsung ia mempengaruhi pengeluaran susu..
susu ada tapi tak dapat keluar so anak akan lagi lama mengempeng lagi kita nak dia cepat stop lagi dia hisap lebih kuat hahaha..so si ibu kena relaks je tak pon gi settle kerja yang kita nak buat tu dulu pastu pokus la menyusukan anak.
Lagi satu menyusukan anak dan melayan anak anak adalah satu pekerjaan kenapa lak?sebab ada orang menerima upah tuk menjaga anak(pengasuh)..betul tak tapi kalo kita sendiri yang memberi makan dan melayan anak anak ianya percuma walaupun kira murah dan percuma tapi nilai nya jauh lebih besar sebab semahal mana pun orang menjaga kebajikan anak kita ianya tidak dapat menandingi kasih dan sayang ibu bapa itu sendiri..sebab tu anak kita happy sangat bila kita ambil dia dari umah pengasuh ke taska ke mainan mahal pun tak dapat menandingi dapat main kuda kuda atas belakang mak pak..huhu


So kenkawan jom lah kita meriahkan lagi SGM akan datang hehe topiknya ada kaitan ngan bulan Ramadhan nak tahu boleh la jengah susuibu.com..tak kisah korang menyusukan anak atau tidak
penah ade sorang ibu ni dia join SGM tuk tambahkan ilmu malah dia tak segan mengaku yang dia tak menyusukan anaknya sepenuhnya malah anaknya minum susu formula tapi dia datang untuk berkongsi pengalaman..baguskan kalo begini..setiap ibu sentiasa berusaha memberi yang terbaik tuk anak anak aku percaya tu..


Nota :bermula dari zero...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...