Salam..hari ni saya hapdate blog sebelah malam..haha mood agak kurang baik tapi saya gagahi jua..sajer nak buat air liur kenkawan meleleh..sila lap yea..
ni masakan semalam makan ngan Seputeh Qaseh jer..encik suami buleh lak dia kerja semalam dah la balik lewat huhu...naseb kami tinggal gak ketam ni tidak makan sepit je lerr..lagipun dia gak yang beli ketam ni nak makan ketam katanyaa..
Ketam yang sedap dah tentu la ketam yang besar dan segar..baru la enak..selalunya saya masak ketam masak lemak lado api..tapi itu dulu masakan masa bercinta kami jarang bertemu bile bertemu saya akan masak lauk ketam ni dan makan berkelah..
Bila kahwin saya pelbagaikan lagi kadang-kadang masak ketam kari,sup ketam la tu nak tambahkan susu badan..
So kali ni saya persembahkan pada kalian Ketam Pedas ala Cerana..sebab stail masakan macam kat Restoran Cerana..jom layanss resepinyee
Bahan-bahan(tuk 5 ekor ketam saya buat dua sajerr)
5 ekor ketam dibuang kulit keras kekung dan dibelah dua
2 biji telur
2 ulas bawang putih-ditumbuk lumat
2cm halia}ditumbuk
10 biji cili padi}ditumbuk
1 btg serai-diketuk
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan stok ayam
1 sudu makan kicap sotong
150ml air
garam secukup rasa
minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara memasaknya
-panaskan minyak masak dalam kuali kendian goreng ketm sehingga nampak kulitnya merah dan kekuningan ala kira masak la(makanan laut jgn dimasak lelame nanti keras dan liat cam getah )
-angkat ketam,pastu panaskan sedikit minyak dalam kuali tuminskan bahan yang ditumbuk seperti bawang putih,halia dan cili padi dan juga serai sehingga naik bau.
-pastu masukkan sos tiram,sos cili,stok ayam,kicap sotong dan garam secukup rasa.
-kacau rata pastu barulah masukkan ketam tadi gaul rata pastikan kuah dan ketam sebati barulah dipecahkan telur kat atasnya.kacau sehingga sebati dan masak.
-angkat dan buleh la dihidangkan
** saya hanya mayang cili padi tak tumbuk sebab nak bagi anak makan gak takut pedas sangat..bagaimanapun rasanya tetap sedapppp..
apelagi silerla mencuba..pasti tak menyesal punye..kandungan bahan-bahan boleh di ubah suai ikut selera memasing..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan