Mereka Yang Terbaik..!

7/09/2010

Pemakanan bayi dan kanak- kanak









Di atas itu antara contoh buku atau risalah yang boleh dijadikan panduan la bagi ibu bapa..

Makanan pelengkap
  • bermula apabila bayi berusia 6 bulan
  • selain susu ibu,bayi yang membesar memerlukan makanan pelengkap
  • penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan mengikut kehendak bayi sehingga berumur 2 tahun
  • makanan pelengkap adalah makanan tambahan selain daripada susu ibu.

Kesan jika terlalu lewat memperkenalkan makanan pelengkap

  • tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien
  • penyusuan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dan berkembang.
  • semakin lambat memperkenalkan makanan pelengkap,bayi tersebut berkemungkinan mengalami masalah apabila dewasa seperi cerewet makan,taknak makan sayur hanya nak makan makanan yang dia suka saja.

Mengapa bermula pada umur 6 bulan ke atas

  • jika diberi terlalu awal ia boleh menyebabkan bayi kurang menyusu kerana ia sudah berasa kenyang
  • bayi akan terdedah kepada risiko jangkitan alahan dan cirit birit kerana sistem penghadaman dan ginjal bayi masih belum matang dan enzim penghadaman yang terlibat belum tersedia.

Tekstur makanan

  • 6-8bulan -puri,dilecek atau makanan separuh pejal
  • 9-11bulan -makanan yang dicincang atau dipotong kecil,makanan jejari seperti biskut lembut dan buah-buahan
  • >12 bulan - makanan keluarga

Kekerapan makanan

  • 6-8 bulan - 1/2 cawan bubur nasi,2-3 kali sehari ,diselangi snek 1-2 kali sehari
  • 9-11 bulan -1/2 cawan bubur nasi pekat,3-4 kali sehari,diselangi snek 1-2 kali
  • 1-3 tahun -1/2 cawan nasi atau sekeping roti,4-5 kali sehari,diselangi snek 1-2 kali

Makanan yang kanak- kanak tidak berminat untuk makan

  • makanan yang melekit pada mulut atau tangan seperti kuih koci,kuih lapis,kuih kasui dan sewaktu dengannya
  • makanan yang sangat kering dan keras.
  • makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk.kanak -kanak lebih suka makanan pada suhu biasa
  • makanan yang berbau kuat seperti rempah ratus.

~sumber: Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia~



2 ulasan:

OneSimpleMother berkata...

good info.. tq gasehadam. sesuai utk akak.. )

Cik Puan Nurul berkata...

@kak mas
sama2 kak mas..ade anak kecik ek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...