Mereka Yang Terbaik..!

Memaparkan catatan dengan label makanan untuk si manje. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan untuk si manje. Papar semua catatan

12/03/2013

Broccoli Patties

Salam,lama tak bersiaran so kembali semula untuk menitipkan barang ser dua kata.
Kali nih nak share satu menu yang boleh dikatakan sebagai menyihatkan ,enak dan mudah dibuat..
yang penting sesuai untuk seisi famili dari anak-anak kecil hingga yang dewasa.

Resepi patti ni saya google sahaja ye akak-akak sekelian cuma derhaka sikit-sikit untuk kesesuaian anak tekak serta berdasarkan bahan-bahan yang ada di rumah
resepi asal dari sini  tetapi dalam resepi harus di bakar dalam oven tetapi saya ubahnya dengan cuma bakar/grill atas no-stick pan sahaja
Saya juga menambah lada hitam sebagai perisa tambahan,maybe kalian juga boleh menambah cilipadi jika mahu pedas tetapi sebab nak bagi anak kecil saya makan maka saya tidak letak cilipadi..selain itu saya tak gunakan keju cheddar hanya parmesan sahaja sebab keju cheddar takda dirumah.
Brokoli juga saya stim dahulu seketika  lebih kurang tak sampai seminit,sekejap je cukup berubah warna sebab nanti nak bakar plak kan.
Enak di makan begitu sahaja,atau boleh ikut cara saya heheh iaitu dengan menjadikannya

taraaaa

Saya guna mini bun bergandum penuh yang saya beli di kedai Roti Boy,saja-saja beli tengok comel je bila balik umah tak tau nak makan ngan apa..so sebelum tarikh luput tamat eloklah saya gunakannya

maka terhasil lah hidangan yang enak ini

Sengaja ngengada buat caramelized onions atau dengan kata lain bawang karamel..mudah je nak buat bawang karamel nih uols boleh google mana-mana resepi mudah yang lain.
saya ikut resepi dari sini,atau kalian boleh juga ikut mana-mana resepi yang ada..




Selamat mencuba,semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada kalian.

3/14/2013

Cerita Sebalik Gambar

Salam u olls..
Jarang berblog menyebabkan banyak cerita tertangguh jadi hari ini cuma nak tepek gambo kendian letak sebaris dua cerita(sebaris dua lah sangat kan..standby biskut dan kopi sesiap uolss)
Ahkak nak tepek gambo makanan jehh yeaa..

Sesekali ahkak rasa teringin sangat nak makan ni..yea ahkak tau ni bukan makanan yang menyihatkan tapi disebabkan ahkak tetiba rasa mengidam yang amat sangat ahkak pun gigih beli sebungkus Maggi Asam Laksa..buh telur sebijik..emmmmmh hilang kempunan hahahahah
Licin uolsss..

Ini plak menu buka puasa minggu lepas kot..buat ayam goreng dalam mayonis..resepi uolss google yaa rasanya dalam blog ni pun ada tapi biasalah ahkak dalam mood malas  sekarang neh..dah pernah buat dah dolu-dolu..ia sesuai tuk budak-budak tauuu.. ahkak makan seketul dua jehhh tuh pun dah rasa macam bersalah sangat hahahahah sebab ia sangat yummy..

Akhir-akhir ni gila makan tomyam..asik nak tomyam je walhal memang dari dulu suka makan tomyam minggu ni je dah 2-3 kali makan tomyam yang makan kat kedai pun ada yang buat sendiri pun ada..
slurrrp..licin juga tom yam seperti kebiasaannyaa..lagi pedas lagi masam lagi-lagi sukaaaaa

Ini plak nikmat yang tak bisa didustakan..ohhhhhhhhhhhhh tak taulah kalau ada yang tak sukaa..
Makan ni kongsi 3 orang..ahkak makan sikit je dalam 2 sudu je kot sebab sedap sangat..makan kena jaga jika terbabas mahukah kembali kembang seperti dulu..penat uolsss

Ok seterusnya uolss
Ni spaghetti sayuran sebab tak guna spaghetti tapi ahkak tukarkan dengan batang brokoli dan lobak merah di parut memanjang..tang untuk sos masak macam biasa..buat sos pasta ke apa kan..ahkak buat sos bolognes dan buat bebola daging..bebola daging tu dibakar dlm oven yea uolss..nak goreng dalam kuali pun boleh tapi saja sebab ni menu sihat kena jaga semuanya..kurang minyak,lelemak dan garam..
Sayuran yang diparut tuh ahkak panaskan dalam kuali non stick letaklah sikit je minyak zaitun kendian masukkan sayuran tadi seperti gambo di bawah ni
  Masakkannya biarkan ia lembut  seperti spaghetti yang direbus hingga al dente tu kan pastu masukkan sos pasta sama ada korang nak wat sendiri macam ahkak atau beli je yang dalam botol tu..gaul rata kalau ada parutan keju parmesan yang rendah lemak boleh masukkan sekali..pehtu siap bleh makan ngan bebola daging atau hidang begitu saja.

Gambo last sebelum nak pi menyibukkan diri dengan kerjaan yang tak abis
2 ketul wholemeal pau beli yang frozen jeh kat Giant tu..beli pun 2 ketul je..seketul ahkak buat makan sahur seketul lagi tinggalkan tuk encik abang makan untuk sarapan..kenyang sangat makan seketul neh..inti nya ayam..yang penting pau neh tak manis..
Nanti-nanti nak belajor wat pau lah..Qaseh suka plak makan pau inti kaya hijau sekarang neh.

**gambo-gambo neh maybe uolss penah tengok kat fb ahkak haha sebab ni semua gambo yg di upload dr telefon dan ade yg dari instagram ahkak huhu..

3/07/2013

Sesekali datang mood memuding

Lama tak berblog sebab internet pun tak berapa bagus hari ni baru datang semangat nak menulis..
Kebiasaan setiap minggu aku memang pastikan stok pisang ada dirumah sebab aku memang makan pisang lepas bersenam sama ada makan mentah atau biasanya aku blend sekali dengan beberapa bahan lain buat smoothie gituu..menyegarkan dan memberi tenaga dengan cepat..
Cuaca panas diluar menyebabkan bertambah cepat pisang meranum ..adoi baru sehari dua beli dah masak ranum sebelum lembik dan membusuk lalu terbuang membazir baiklah buat sesuatu untuk habiskannya kan..
So hari ni aku buat puding pisang berkastad..aku google je mana-mana resepi yang ada kemudian ubah sedikit bahan mengikut kesesuaian huhhu..

So resepi asal puding ni dari sini tetapi aku derhaka skit lah yeaaa..



Resepi Puding Pisang Berkastad

Pisang berangan/Emas yang telah masak secukupnya -Aku guna 4 biji
butter secukupnya-sedikit je sekadar tuk sapu pada kuali
kismis secukupnya

Untuk kuah kastard

Secawan susu skim atau susu segar lebih kurang 250ml
2 biji kuning telur
1/2 cawan air
3 sudu gula-nak kurangkan lagi bagus
1 sudu makan tepung kastard-bancuh dulu dengan sedikit air

Cara penyediaan
1. Buat kuah kastard dulu… satukan semua bahan2  untuk kuah kastad dalam periuk.
2. Kacau hingga sebati dulu kemudian barulah dipanaskan diatas api hingga pekat. Semasa dipanaskan jangan berhenti mengacaunya supaya adunan rata dan tidak bergentel2.
3. sejukkan sos seketika.
4. Untuk pisang… masukkan sedikit butter dalam kuali non stik.
5. kemudian goreng pisang tadi dalam butter yang telah dipanaskan.
6. balikkan pisang tadi bila masak dan lembut barulah dingkat.
7. Letakkan kastard tadi ke dalam bekas kemudian ditaburkan pisang yang telah dikaramelkan tadi..potong kecil-kecil dan taburkan kismis atau kekacang.

#Boleh juga nak letak kekacang ke,kurma ke wahh dah macam puding raja gitu kan.

Seperti biasa aku berpuasa pada Isnin dan Khamis..so hari ni enak sekali berbuka dengan puding pisang neh..Qaseh makan bertambah mujur aku buat tak banyak pun cukuplah untuk 3 beranak makan tak perlu berlebihan..sekadar pencuci mulut sahajalah..bukan untuk makan sampai kenyang..biar macam tak cukup barulah terasa sedapnya huhu.


1/08/2013

Minggu ke dua

Minggu ke dua sudah cepatnya kan..
Pepagi cam biasa  kena hadap drama swasta Qaseh takmo bangun dan mandi
Minggu ni dia masih orientasi..masih untuk sesuaikan diri dan berkenalan rapat dengan kenkawan
Pagi ni walau menangis taknak sekolah tapi bila masuk kawasan sekolah dan nampak cikgu terus senyum..
kena tinggal pun tak nangis..
Ok harap lepas ni takmo dah berdrama yea
Sabtu lepas upah beliau Oreo Crepe sebab semakin menunjukkan perkembangan yang baik sejak masuk sekolah kan..biasa buat crepe doyan dan jagung saja ngengada buat guna Oreo plak..

ajak buat sama-sama beliau neh ade minat suka masak-masak macam aku masa kecik-keciklah suka main masak-masak
curik-curik masuk dapur ambil telur,ambil kuali buruk yang dah kepot sana sini
pehtu pi main ngan kenkawan..
tak main lah masak tipu-tipu
kami memang masak bebetul tauuu
tapi rasa cam sedap sangat hahaha walau nasi agak lembik
telur dadar agak masin hihihi
Pastu aku suka masak bunga kertas warna merah tu konon-konon buat air sirap hahahah.
Sayangnya anak- anak kita kini harus berdepan dengan cabaran hidup yang lebih sukar..jangan harap nak merasa kebebasan dan keseronokkan bermain macam aku masa kecik..
aku tak pernah ade mainan atau anak patung ke apa..
kami tak perlukan itu semua..bila rasa nak main tembak-tembak kami akan buat senapang kayu..
pelurunya guna buah senduduk..
Eh dah melalut lak kan..takpe next time aku nak stori mori kenangan zaman kanak-kanak yang super duper ohsem tu hahhahahaah



12/19/2012

Telur Bakar ; Untuk si kecil yang cerewet makan


Anak demam dan tak lalu makan memang menguji kesabaran si mak,maka mak kena kreatif masak sesuatu untuk anak kan..
Qaseh suka makan telur terutama telur dadar yang rangup tapi bila dia jatuh sakit,selera pun takda dia tak minat nak jamah apa jenis masakan telur pun.Kebetulan minggu lepas abah dan anak sama-sama demam jadi mak kenalah layan dorang bebaik maka mak pun buat telur bakar..Inspirasi daripada resepi Chef Jo dalam kuliah Masterchef Malaysia 2.Dah lama nak buat tapi tak terbuat-buat heheh..
Resepi asal di sini ,mak ubah untuk kesesuaian perut anak dan keberadaan bahan-bahan yang ada didapur..pandai-pandai la kan

Telur Bakar Berkeju bersama Kentang dengan Sos Kacang Peas Hijau

Bahan-bahan:(Untuk telur bakar)

3 biji telur ayam kalau kecik boleh letak 4 biji
lebih kurang 3 biji kentang saiz sederhana di sagat/parut dan direndam dalam air seketika
cilimerah sebiji di mayang
bawang besar sebiji/sebelah dimayang
tomato sebiji dipotong dadu - mak buang bijinya
sayuran lain seperti brokoli atau carrot -potong dadu gak
beberapa ekor udang di potong kecil
keju cheddar beberapa keping.
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
mentega untuk disapukan pada acuan/loyang muffin

Cara memasak :
-Kentang yang diparut dan direndam ditoskan airnya lap kekering dengan tuala dapur.
-Panaskan sedikit minyak atas kuali non stick tumiskan bawang dan cili merah yang di mayang kendian masukkan kentang.Boleh letak garam jika perlu
-Kacau dan masak untuk seketika hingga kentang sedikit lembut dan bertukar warna ala-ala coklat tapi bukan garing
-Panaskan oven pada suhu 200c dan sapukan minyak/mentega pada acuan muffin
-Pecahkan telur dalam mangkuk dan kocok-kocokkan masukkan garam secukup rasa.
-Kemudian letakkan kentang yang digoreng tadi dalam acuan muffin letak lebih kurang 1/4 camtu parasnya dalam acuan tu.kendian bahagian tengah masukkan bancuhan telur.
-Masukkan udang dan sayuran yang dipotong juga.Kemudian taburkan kepingan keju cheddar di atasnya(Potong ikut saiz yang sesuai)
-Masukkan dalam oven dan bakar selama 20 minit.

Bahan-bahan untuk sos
2 cawan kacang peas hijau (aku beli yang frozen dibungkus dalam plastik)
1 sudu mentega
setengah cawan air
sedikit  kiub stok ayam-jika perlu
garam dan lada sulah secukup rasa

-masakkan kacang peas dalam periuk sos bersama semua bahan-bahan..
-masak seketika beberapa minit tutup api periuk dan blend kacang peas itu hingga halus.
-kemudian masak semula pes kacang peas tu dengan api kecil untuk seketika
-setelah masak elok,angkat dan hidangkan bersama telur bakar tadi.




Pendapat mak,hidangan ni boleh dikatakan mengenyangkan untuk perut mak la..lagipun ia dikira sajian yang lengkap ade sumber karbohidrat,protein,ada sayur-sayuran juga.
Tak sangka Qaseh berselera makan,mak buat 6 ketul so 2 ketul sorang lah kami makan.2 ketul tu pun dah mengenyangkan sangat dah huhuh..rasanya kalau makan seketul pun dah ok.

7/24/2012

Edisi Ramadhan : Puding Sihat dengan Kuah Yakult

Salam Ramadhan pada semua..
hari ni nyaris 'tuang' sahur mujur sempat bangun
pengajarannya jangan sesekali memejam kembali mata apabila jam berbunyi
walau seminit dua kerana ia boleh jadi sejam dua..hikhikhik
Oklah seperti yang dijanjikan sebelum ini..CPN nak berkongsi resepi puding yang menyihatkan bagi mereka yang sedang mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sedang dalam proses mengurangkan berat badan.
kurang gula dan penuh dengan khasiat..
resepi asal puding ni dari sini tapi telah didurhakakan dan dirombak penuh sopan untuk dapatkan hidangan pencuci mulut yang istimewa ini..


Seperti yang pernah di beritahu CPN memang sejak awal tahun telah mengurangkan atau tidak menyentuh lagi makanan yang mengandungi gula yang tinggi malah gula putih juga telah diharamkan di rumah ini hanya gula perang,beras perang dan roti perang saja.So puding ini juga menggunakan gula perang jom layan dulu resepi.

 Bahan-bahan untuk membuat puding ini ialah ;
6gm serbuk agar-agar plain -jika guna 10gm lebihkan bahan cecair(susu/air) mengikut seperti yang tertera di belakang pek
400ml susu segar rendah lemak
1/4 cawan gula perang- andai ingin manis boleh lebihkan
100gm yogurt plain tanpa gula-saya guna yogurt natural dutch lady memang tidak ada rasa manis tersembunyi
buah-buahan segar dipotong dadu - sebaiknya gunakan buah segar  yang beralkali(epal,pic,apricot,anggur dll)elakkan guna buah-buahan berasid tinggi(buah sitrus yang masam dan buah dalam tin)
sedikit Nata de coco
sedikit air untuk larutkan agar-agar dan gula
1-2 botol kecil minuman berkultur Yakult Ace Light kurang manis

Cara membuat
- Basahkan acuan puding dengan air dan letakkan sedikit  buah-buahan yang dipotong dan nata de coco
- didihkan sedikit air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga larut setelah itu masukkan susu segar dan yogurt pastikan menggunakan api yang sederhana kecil dan kacau selalu.
-pastikan masak tidak terlalu lama dalam 2-3 minit cukup mendidih cepat-cepat tutup api.Susu segar tidak boleh direbus terlalu lama bimbang nutrisi di dalamnya rosak untuk lebih selamat boleh juga dimasak secara doube boiling.
-biarkan sejuk seketika 1-2 minit jangan sampai beku pula dalam periuk.
-tuangkan ke dalam acuan yang telah di letakkan campuran buah dan nata de coco tadi.Biarkan seketika hingga wap panas hilang bolehlah disejukkan di dalam peti sejuk.
-hidangkan bersama dengan sebotol kecil minuman berkultur Yakult Ace Light yang kurang manis,boleh diletakkan buah-buahan lain sebagai hiasan jika perlu.

Info sihat

- Yogurt tanpa gula ---------->berhati-hati memilih yogurt pastikan pilih yang natural tanpa sebarang perisa dan gula tambahan,yogurt low fat yang banyak terdapat di pasaraya biasanya mengandungi gula yang tersembunyi bila makan manis leting..yogurt sangat baik untuk sistem perhadaman,meningkatkan sistem imun,menguatkan tulang,menurunkan kadar kolestrol,membantu menurunkan berat badan dan mencegah jangkitan pada vagina juga baik untuk wanita bersalin.

-Minuman  susu kultur -------->saya memilih Yakult Ace Light(bungkusan biru)kerana selain tidak dicampurkan mana-mana perisa buah-buahan hanya plain dan perisa original ia juga kurang manis.Minuman susu berkultur juga baik untuk penghidap gastrik maka sesuailah di ambil ketika berbuka puasa.

-Nata de coco------>kaya dengan serat membantu menyingkirkan najis-najis lama di dalam perut.mengelakkan sembelit berak batu tapi elakkan ambil dengan sirapnya sekali sebaiknya asingkan kerana sirap yang terdapat bersama nata de coco biasanya terlalu tinggi kandungan gula.

##Elakkan mencampurkan susu dengan buah-buahan citrus yang berasid kerana akan mengganggu penghadaman dan menimbulkan alahan  kerana asid yang terkandung dalam buah akan membekukan protein dalam susu maka protein jadi sukar untuk di serap tubuh.

**Sumber rujukan
http://www.mindbodygreen.com
http://www.livestrong.com




4/30/2012

Bukti aku bukan hanya pengomen tegar manis di bibir sahaja..hasilnya kek Nutella terhidang

Aku di cabar maka sebagai anak jantan seorang yang berani aku menyahut cabaran ituhhh..buktikan diri ini bukan lemah seperti pondan terbengkalai yang disangkakan..hahahahahah



bukti depan mata,
Aku memang berhasrat nak buat kek sebijik untuk Qaseh kesian tengok dia hari-hari dok layan video mat saleh kokesen dok nyanyi-nyanyi lagu Happ Birthday sambil tiup lilin..dah tu dia pun hari-hari dok nyanyi lagu tu jugak waima nak makan nasi sekalipun..
sebenarnya kek ni memula letak dalam oven dia jadi rentung terus aku turunkan suhunya..gila ahh tak tahu napa dengan oven ku itu..hazabedah sungguh sekalipun demikian ia masih halal untuk di makan ihikss..
resepi asal dari Nigella.. boleh juga ikut resepi yang telah di Bahasa Melayukan oleh  ratu cantik Raub yang dah bermastautin jauh di over sea ..aku ni jangankan over sea,over river pun belum mampu uhuksss..
KEK NUTELLA
Bahan untuk kek:
6 biji telur, asingkan kuning dan putih
Secubit garam
125g mentega tanpa garam(unsalted butter), lembutkan.
400g nutella
1 sudu besar air
100g hazelnuts kisar
100g dark chocolate, cairkan dan sejukkan.
23cm springform pan, glis dan alas dgn baking paper.

1. Panaskan oven ke 180C.
2. Pukul putih telur dengan garam hingga kembang dan kalau diterbalikkan tak tumpah.
3. Pukul nutella dan mentega dalam mangkuk lain kemudian masukkan air, kuning telur sebiji demi sebiji dan juga hazelnuts kisar.
4. Masukkan dark chocolate cair dan gaul dengan senduk.
5. Ambil satu senduk putih telur dan gaul dengan adunan tadi. 2 senduk terakhir, kaupkan dengan perlahan-lahan.
6. Bakar selama 40 minit atau hingga masak.

Resepi topping:
100g hazelnuts
125ml double cream
1 sudu besar air
125g dark chocolate

Cara:
1. Panaskan air dalam periuk, kemudian masukkan double cream, dark chocolate dan air ke dalam mangkuk tahan panas dan letakkan atas periuk. Kacau hingga chocolate cair.
2. Angkat mangkuk dan whisk adunan sampai agak pekat sesuai untuk tuang atas kek. Sapu rata atas kek yang dah sejuk.
3. Sangai atau panggang hazelnuts hingga perang.
4. Setelah hazelnuts sejuk baru tabur atas chocolate.

komen juri propesyenel..
ohhhhh..tergarunyaa aku...huwaaaaa..


p/s : Aku rasa kek aku ni bukan takat ramping je tapi agak leper tapi tengok kat google kek orang lain pun sama je ghupanya maka aku aman-aman adja dengan keadaan ini..lagipun aku agak kurang paham dengan step terakhir bila nak campurkan meringue dengan bancuhan coklat ituu..tambahan pulak meringue aku tak berapa nak menjadi sangat..takpa nanti buat lagi sekali ahaksss.

4/18/2012

Bukan niat mendera perut..

Kesibukkan yang melanda telah menyebabkan daku tidak berkesempatan mengemas kini belog kesayangan..maka nya hari ini kita cuci mata sambil mendera perut sahajalah yek..nanti-nanti akan ku cuba membuat masa untuk meraban barang seperenggan karangan di ruangan ini..zassssssssssss
mango mousse sejuk dan lazat serta sangat bagus untuk daku yang dalam proses meleperkan badan..resepi di sini..ini ulangan dah penah buat huhu..kalian boleh juga gantikan dengan strawberi atau coklat ikut selera anak tekak memasing.

Anak kecil sangat cerewet bab makan tapi kalau mentekedarah di restoran terkemuka dia suka makan kuew teow ladna tau..so daku buat la sikit untuk sajian tengaharinya resepi amik sini ada ubah sikit-sikit biasalah kan ikut selera anak tekak si kenit laaa
seafood lasagna pedulikan ejaan terbalik kat gambar di atas..biasalah nak cepat punya pasal muahahahaha..biasa daku buat guna daging atau ayam cincang sesekali tukar selera kan..seafood ternyata lebih enak dan Qaseh dan abahnya sangat menggemarinya jadinya aku buat untuk dorang huhu..resepi ikut belakang kotak lasagna instant(tak payah rebus) San Remo cuma daku gantikan daging kepada seafood kan..kalian boleh juga google resepinya bersepah kot huhuhu

memandangkan dalam proses meleperkan badan maka nya..nah ayam panggang sajok untuk CPN..buat sebelah je aku seperti biasa makan bahagian dada tanpa kulit yang selebihnya anak dan suami lah mentekedarahnya huhuhu..
guna resepi Kak Nor tetapi selalu tengok Kak TTM yang masak ayam Rosemary ni kan..kebetulan herba Rosemary masih banyak kat rumah itu yang mai idea nak buat tu...untuk pengetahuan kalians aku tak masukkan garam langsung ya..cukup sekadar rasa sebab dah masukkan stok ayam kan. .Macam biasa durhaka terhadap resepi itu wajib muahahaha.


Kata Jejari CPN : sebenarnya ada banyak lagi gambo keji mendera perut..tapi nanti-nantilah huhuhu...zasssss sambung kerjaaan yang bertimbun

3/30/2012

Ayam Panggang dengan Sos Lada Hitam(Grilled Chicken with Black Pepper Sauce)


Sajian hujung minggu lepas..seperti kebiasaan 1-2 kali sebulan akan masak stail barat kan..tapi kena berpada-pada sebab sekarang ni tukang masaknya sedang lagi menjaga pemakanan maka hanya akan masak beria begini pada hari 'Cheat day' sahaja di mana setelah 6 hari makan secara bercatu satu hari dibenarkan untuk makan seperti puaka itupun selepas senaman yang kaw-kaw punya ketika tubuh badan bebetul memerlukan tenaga yang amat so bila makan haruslah makanan ni akan terus jadi sumber tenaga tak sempat nak jadi lemak gituuu..huhu.namun CPN tidaklah melantak seperti puaka pun..cuma ambil lebih sikit karbohidrat berbanding hari-hari biasa.

Jom layan resepi kan dari membebel tiada kesudahan gituu..hari tu buat juga sup cendawan permintaan encik suami..asalnya nak buat yang fresh tapi cendawan butang yang segar dah abis lak kat pasaraya ahhhh makanya beli yang segera dalam kotak tu kan..tapi encik suami tak suka lak dia makan sesudu je..
sama gak ngan den pun tak suka gak walau luar kotak tertulis ''No MSG''..hurmm ntahlah yang pasti tekak ni memang sukar dah nak terima sangat makanan yang segera kot huhuhu asyik pikir tinggi kandungan lemak la,banyak garam dan dah tentulah bahan perisa dan pengawet kan.Resepi untuk ayam panggang dan sos lada hitam ni sama je seperti masakan-masakan sebelumnya pernah aku buat tapi daku tepek lagi resepinya ya.
Grilled Chicken with Black Pepper (stail CPN)

Untuk ayam panggang
-2 ketul peha ayam di asingkan tulangnya(debone)
-perap 1-2 jam bersama lada hitam dan bawang putih yang ditumbuk pecah,sedikit kicap, herba oregano dan sedikit madu jika suka(daku tak letak garam,jika hendak letak boleh)
- kemudian panggang atas kuali non-stick sehingga masak.

Untuk sos lada hitam
-lebih kurang 2 sudu besar mentega
-1-2 sudu makan tepung gandum
-sebiji bawang putih dicincang
-1/4 bawang besar holland dipotong dadu kecil
-segemgam lada hitam ditumbuk kasar
-4 biji cendawan butang dihiris kecil-kalau takda boleh letak carrot yang di potong dadu kecil
-2-3 cawan susu segar
-1/4 kiub ayam
-2 sudu besar kicap soya
-garam jika perlu(daku tak letak sebab dah letak seketul stok ayam)

cara memasaknya
Cairkan mentega dalam kuali non-stick atau periuk masak sos dengan api perlahan sampai berbuih.
Kemudian masukkan bawang besar dan putih tadi biar sampai naik bau cukup sampai layu tapi jangan biar garing.
Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata lebih kurang 1-2minit ingat kacau selalu.
Pastu masukkan susu segar,lada hitam,cendawan dan kiub ayam.
Kacau sehingga sedikit pekat pastu masukkan kicap dan perasakan dengan garam.Boleh tambah susu lagi atau air kalau pekat sangat.setelah siap masak dan menggelegak nanti boleh dituangkan keatas ayam ketika dihidangkan.

selain itu aku juga ade buat hidangan sampingan antaranya,

Kentang Bakar
-5-6 biji kentang saiz sederhana dibasuh bersih dan dipotong berbaji
-1 sudu oregano kering
-1 sudu lada hitam yang ditumbuk
-1-2 sudu mentega/minyak masak
-sedikit garam
**gaulkan semua bahan-bahan dalam mangkuk hingga sebati dan masukkan ke dalam loyang pembakar yang beralas kertas aluminium.Bakar pada suhu 200'c selama 45minit-1jam bergantung pada jenis kentang.kalau jenis lambat empuk maka lambatlah masak kan.
makaroni cheese(aku buat campur sos Prego dalam tin jehh sebab buat sikit kan)
-1/4 makaroni daripada satu bungkus direbus hingga lembut dan toskan
-kemudian cincang bawang putih dan tumiskan bersama dengan minyak zaitun/mentega
-masukkan sedikit susu segar/hirisan kepingan keju,1/4 tin sos Prego(Herb&Cheese)bebola ayam yang dah digoreng jika ada.
-gaul serata 1-2 minit dan taburkan daun parsley kering(jika ada)
**sebenarnya jika nak mudah dan cepat just masukkan makaroni yang dah siap rebus dengan sos Prego serta beberapa hirisan kepingan keju kendian just masukkan dalam microwave taraaa siap.. just tambahkan bahan-bahan sampingan.

Jangan lupa hidangkan sekali dengan tomato plum yang di grill seketika atas kuali..sangat segar dan enak sekali..

blogger-emoticon.blogspot.com

3/28/2012

Edisi JJCM : Wadihana Islamic Kitchen

Bertempat di Bandar Baru Bangi..dah lama dah pasang niat hendak ke sini..cadangnya nak mencari kacang pool tapi menu itu tiada dihidangkan di malam hari..kebetulan ramai pula pengunjung malam minggu lalu hingga kami nyaris-nyaris saja tidak mendapat meja dan ingin JJCM di tempat lain saja namun baru sahaja hendak melangkah keluar pelayan memanggil pula...
si isteri hanya menikmati dedaunan saja..kerana sudah malam dan hari tersebut bukan 'cheat day' jadi si isteri bertabah sahaja 'meragut' dedaunan itu jika tidak segala program yang dah dijalankan lebih 2 bulan lalu jahanam huhu..ini pun sikit punya besar pinggan puas nak habiskan padanlah dengan harganya..

si suami menikmati ini..memang kegemarannya sup makanan laut ini,lagipun beliau sudah makan sebelum pulang ke rumah setelah membanting tulang di tempat kerja maka kannya perut masih kekenyangan..
untuk si kecil..mujur beliau suka

hidangan sampingan sedap juga..tapi takleh makan banyak hihihi..

kalamansi..dan honey dew,namun kalamansi di sini ngakk seenak kalamansi di Restoran Asam Pedas mahupun jus kedondong asam boi Mohd Chan Abdullah tapi bolehlah menghilangkan dahaga


Komen CPN : meskipun hanya menikmati sajian pembuka selera tapi ia sudah cukup mengenyangkan,mulanya ade niat juga nak menikmati steak,rib dan lelain namun kerana kekenyangan ditambah orang yang ramai malas lagi menunggu menu siap kan so maybe lain kali sahaja lah..perut CPN la ni dah tak boleh masuk banyak-banyak barangkali kerna sudah terbiasa makan sikit-sikit kan maka cepat rasa kenyang dan penuh.
terdapat banyak lagi menu lain seperti pasta,burger,nachos,steak yang pelbagai dan lelain..info lanjut sini
Tahap keenakan : sengihnampakgigi

Bil yang di kenakan ::waaah:


hehehehe..:devilishgrin:

2/24/2012

Bistik Ayam sekali makan..licin

Pepetang update blog sambil menunggu 'sesuatu'..hehhe
so sambil-sambil tu penuhi masa kan..
biasa makan bistik telur tapi kali ni buat bistik ayam plak..
serius sedap weh menjilat jari jemari hihi..
ni masakan minggu lepas punya hampir lupa nak nak tepek kat sini..
 Resepi asal daripada Naz oven kecil..
mula-mula ternampak kat blog Kak Nor kebetulan time tu memang tengah dok pikir nak masak apa la ayam..boring dah macam-macam buat tengok resepi ni nampak senang dan macam sedap je apa lagi  heheheheh terus masak..ok layan dulu resepinya

Bahan-bahan perap :
1/2 ekor ayam (lebih kurang 5-6 ketul)-
3-4 sudu besar sos lada hitam (apa-apa jenama pun tak pe) ATAU 2 sudu kecil lada hitam biji (ditumbuk)
2 sudu besar tepung gandum

** Ayam dibersihkan, dibasuh dan ditoskan hingga kering. Gaul ayam dengan tepung gandum dan sos lada hitam atau lada hitam biji yang ditumbuk. Perap di dalam peti sejuk selama 30 minit.

Bahan-bahan tumis :
4 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 labu bawang besar - dimayang bulat
2 inci kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 2 biji buah pelaga
2 sudu besar majerin

Bahan-bahan lain :
2 biji kentang - dikupas dan dibelah 6
2 sudu kecil lada hitam biji - ditumbuk
2 biji cili hijau - dihiris
3 sudu besar puri tomato
2 sudu besar kicap masin-aku tak bubuh sebab takde
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
1 cawan air (250 ml)
2 biji buah tomato - dibelah 4
Sedikit kacang pis (optional)
Sedikit daun sup untuk hiasan (optional)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng kentang hingga masak dan kekuningan. Ketepikan.
Goreng pula ayam yang telah diperap tadi hingga 3/4 masak. Tak perlu garing. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan minyak menggoreng tadi sekadar cukup untuk menumis. Masukkan majerin dan biar hingga cair. Kemudian tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau dan garing.
Masukkan lada hitam tumbuk, puri tomato, kicap masin, kacap manis dan sos cili. Kacau rata. Masukkan air.
Masukkan ayam goreng dan kentang goreng tadi. Biar hingga kuah mendidih dan pekat seperti yang diingini. Kacau sesekali biar rata. Perasakan garam dan gulanya.
Masukkan lada hijau hiris, buah tomato dan kacang pis. Biar seketika agar kacang pis dan buah tomato sedikit empuk.
Tutup api dan hidangkan. Hiaskan dengan daun sup sekiranya suka.


 Memang tak rugi buat sebab anak dan suami sangat menyukainya licin sekali makan je dorang kerjakan hehehhehe..maybe lepas ni boleh buat lagi.

2/21/2012

Ayam Panggang Terukir di Bintang

Celah mana jela di bintangnya..hentam sajalah labu huhuhu
masak main campak-campak je
nama je ayam panggang tapi tak dipanggang dalam oven,puan suri rumah panggang  atau grill dalam kuali je sebabnya elok-elok panaskan oven tetiba blackout tak kuasalah nak menunggu kan so letak 3 ketul peha ayam yang telah diperap dengan bawang putih,halia dan lada hitam yang ditumbuk pecah digaul bersama sedikit kicap,madu dan sedikit garam aku juga tambahkan sesudu yogurt natural non-sugar..simple sangat saja buat untuk anak kecil yang tak suka makan nasi akhir-akhir ini. panaskan kuali non-stick letak sedikit mentega atau minyak sayuran sikit je letak,pastu masukkan ayam kendian tutup kuali sesekali balik-balik kan ayam supaya ianya masak dengan sempurna.

idea asal nak buat ayam panggang secara tetiba datang tu adalah kerana tomato plum ini..ya ampun sedap tau tomato ni ade rasa manis semula jadi tak masam sangat pendek cerita memang sedaplah..aku terbeli kat Giant agak boleh tahan juga harganya dalam setangkai ada 10 biji gini RM6 kot gitu saiz kecil yang menawan.Separuh buat makan fresh gitu dengan salad kan separuh lagi aku grill untuk dijadikan hidangan sampingan ayam panggang huhuhu..
hidangan sampingan lain coleslaw dan salad kentang mayonis..untuk coleslaw tu guna apa saja yang ada dalam peti sejuk tu carrot,kobis dan kobis ungu.manakala kentang plak cuma rebus kentang sampai empuk kendian potong wedges pastu gaulkan dengan sedikit mayonis,lada sulah dan taburkan daun pasli kering yang diracik halus..untuk hidangan sampingan ni aku memang sengaja meminimakan penggunaan mayonis demi kesihatan sejagat.
apapun puan suri rumah hanya dapat merasa sikit je sebab si kecil nak makan 2 ketul sekali hihi..macam biasa habis bahagian dia sibuk nak kedarah makanan orang plak kan huhu.


p/s: siapa kata kalau takda oven takleh panggang ayam boleh je kena kreatif la huhuhu..daku memang selalu je grill ayam atau seafood atas kuali je..malah buat stik daging kalau yang sedikit untuk 2 orang makan pun masak atas dapur gas je hihi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...