Mereka Yang Terbaik..!

7/12/2010

Selimut Cik Bab*

Saya pernah dengar la kan kalau tidur lepas Subuh seolah olah syaitan selimut kite dengan kulit Cik Bab..mak saya lak cakap nanti rezeki lambat masuk elok lepas Subuh buka semua tingkap umah biar udara segar masuk umah..saya penah baca gak yang dalam Islam pun ada dinyatakan waktu waktu yang tak sesuai untuk menidurkan diri..kalau nak tidur balik elok sebelum Zohor..

hari ni memang saya teramatlah mengantuk hahah malam tadi tidur masa bola baru nak start pastu terjaga balik ingat nak kejutkan encik suami masuk tidur dalam bilik..tahu dia mesti tetidur pastu tv yang tengok dia..

Cehhh tapi rupa nya..game tak abeh lagi walau fajar dah nak menyinsing encik suami lak elok je berkerohh..mana tak malam tadi balik umah dah pukul 11 malam ada hati nak berjaga lak
saya memang selalu terjaga nak ke bilik air la,nak minum air la..sudahnya saya tercatuk layan bola walaupun sebenarnya mengantuk masa tu dah masuk masa tambahan yang pertama..giloo kau lama tul depa main malam tadi..
Gol pertama iaitu gol yang membawa kemenangan Sepanyol pun berjaya dijaringkan time masa tambahan yang kedua..masa tu barulah saya kejutkan encik suami nanti terlepas pulak aksi itu..
pukul 5 lebih riuh bunyi motor jiran-jiran saya balik rumah baru balik dari kedai mamak yang sekangkang kera je dari rumah ahaks..

pagi ni langsung tak dengar riuh rendah macam biasa..terfikir gak tak bekerja ke memasing..encik suami pun sengaja lewat ke tempat kerja puas kejut suruh bangun..huhu

saya lak walau ngantuk macammana pun tetap kena lawan gak kang kalau tidur balik nanti tidur berselimutkan kulit Cik Bab lak..

3 ulasan:

::Mamalyna:: berkata...

hehehe... tu ler, pagi tadi dengar asben cakap, masa tambahan baru gol... abis sudah perang world cup nie...lega ati den, hehe

qasehadam @ nurul berkata...

@::Mamalyna::

hahah semua bini2 dah lega laa..

Amy Syaquena berkata...

salam ziarah..singgah sini sambil follow2 me too

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...