Mereka Yang Terbaik..!

Memaparkan catatan dengan label ape ape aje. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ape ape aje. Papar semua catatan

5/16/2013

Hari ini hari guru

Selamat menyambut hari guru pada semua kenkawan yang bergelar guru atau pendidik tak kiralah cikgu ke,pensyarah ke waima guru sekolah memandu mahu pun atau 'guru' yang mengajar erti kehidupan pada orang lain seperti mereka yang amat kita hormati iaitu ibu bapa kita..
Seronok korang kan dapat banyak hadiah huhuhu..ohh no terlupa lak nak ucapkan selamat hari guru gak untuk ibu mertua ku..(macam mak baca blog aku neh huhu)

Ada beberapa hal yang terjadi sejak akhir-akhir neh sampai nak update blog pun tak dan..minggu lepas Qaseh sakit(nanti cerita kat entri lain)
Maka hampir terlupa aku nak cari hadiah untuk cikgu Qaseh,walhal aku sendiri buleh buatkan hadiah tu tapi itulah masa sangatlah tak cukup uolsss..
So malam tadi sempatlah aku mengadakan hadiah itu walau tak seberapa kan janji ada..
Ikutkan abah Qaseh nak suruh aku wat kek atau apa-apa jelah juadah kan tapi tulah alasan yang sama dok dang wehh..
Nak DIY kad pun takdan..mujur kat umah neh ada lebihan kad kecik untuk hadiah yang tak digunakan juga pembalut hadiah(yang ni kalau takde kertas minyak pun banyak) huhuhu..dah nak tidur malam tadi aku bangun semula teringat tentang hadiah untuk cikgu..walhal minggu lepas dah nampak hadiah comel-comel kat PKNS Bangi tu tapi tak teringat nak beli..
moga cikgu Qaseh sudi menerima hadiah tak seberapa ini..mujur umah ni macam poket doraemon hahahha ada je hadiah yang boleh diberi..jangan risau yea memang hadiah baru bukan secondhand ke apa..biasalah aku selalu terlebih membeli hadiah uolss pembalut pun sama suka beli walau tak guna sebab kenan dengan corak..kalau abah Qaseh lagilah siap beli dua dan balut sesiap walhal nak bagi untuk sorang je kawan dia yang kahwin so yang satu lagi simpan jelah dulu kot-kot ada orang kahwin leh bagi kan.

4/17/2013

Rabu tanpa banyak ayat karangan(mood 2013 yang lemau)

Ohhh tidak tak tau napa tahun neh lemau menjadi-jadik cerita banyak tapi mood nak menaip entri adalah sangat lemau..kembalikan mood saya..
maka aku tepek gambo penaik semangat dulu..story coming soon okey..




Ada dua cerita berdasarkan gambar..nanti enjin dah panas berapi aku akan sambung cerita huhuhu..

3/14/2013

Cerita Sebalik Gambar

Salam u olls..
Jarang berblog menyebabkan banyak cerita tertangguh jadi hari ini cuma nak tepek gambo kendian letak sebaris dua cerita(sebaris dua lah sangat kan..standby biskut dan kopi sesiap uolss)
Ahkak nak tepek gambo makanan jehh yeaa..

Sesekali ahkak rasa teringin sangat nak makan ni..yea ahkak tau ni bukan makanan yang menyihatkan tapi disebabkan ahkak tetiba rasa mengidam yang amat sangat ahkak pun gigih beli sebungkus Maggi Asam Laksa..buh telur sebijik..emmmmmh hilang kempunan hahahahah
Licin uolsss..

Ini plak menu buka puasa minggu lepas kot..buat ayam goreng dalam mayonis..resepi uolss google yaa rasanya dalam blog ni pun ada tapi biasalah ahkak dalam mood malas  sekarang neh..dah pernah buat dah dolu-dolu..ia sesuai tuk budak-budak tauuu.. ahkak makan seketul dua jehhh tuh pun dah rasa macam bersalah sangat hahahahah sebab ia sangat yummy..

Akhir-akhir ni gila makan tomyam..asik nak tomyam je walhal memang dari dulu suka makan tomyam minggu ni je dah 2-3 kali makan tomyam yang makan kat kedai pun ada yang buat sendiri pun ada..
slurrrp..licin juga tom yam seperti kebiasaannyaa..lagi pedas lagi masam lagi-lagi sukaaaaa

Ini plak nikmat yang tak bisa didustakan..ohhhhhhhhhhhhh tak taulah kalau ada yang tak sukaa..
Makan ni kongsi 3 orang..ahkak makan sikit je dalam 2 sudu je kot sebab sedap sangat..makan kena jaga jika terbabas mahukah kembali kembang seperti dulu..penat uolsss

Ok seterusnya uolss
Ni spaghetti sayuran sebab tak guna spaghetti tapi ahkak tukarkan dengan batang brokoli dan lobak merah di parut memanjang..tang untuk sos masak macam biasa..buat sos pasta ke apa kan..ahkak buat sos bolognes dan buat bebola daging..bebola daging tu dibakar dlm oven yea uolss..nak goreng dalam kuali pun boleh tapi saja sebab ni menu sihat kena jaga semuanya..kurang minyak,lelemak dan garam..
Sayuran yang diparut tuh ahkak panaskan dalam kuali non stick letaklah sikit je minyak zaitun kendian masukkan sayuran tadi seperti gambo di bawah ni
  Masakkannya biarkan ia lembut  seperti spaghetti yang direbus hingga al dente tu kan pastu masukkan sos pasta sama ada korang nak wat sendiri macam ahkak atau beli je yang dalam botol tu..gaul rata kalau ada parutan keju parmesan yang rendah lemak boleh masukkan sekali..pehtu siap bleh makan ngan bebola daging atau hidang begitu saja.

Gambo last sebelum nak pi menyibukkan diri dengan kerjaan yang tak abis
2 ketul wholemeal pau beli yang frozen jeh kat Giant tu..beli pun 2 ketul je..seketul ahkak buat makan sahur seketul lagi tinggalkan tuk encik abang makan untuk sarapan..kenyang sangat makan seketul neh..inti nya ayam..yang penting pau neh tak manis..
Nanti-nanti nak belajor wat pau lah..Qaseh suka plak makan pau inti kaya hijau sekarang neh.

**gambo-gambo neh maybe uolss penah tengok kat fb ahkak haha sebab ni semua gambo yg di upload dr telefon dan ade yg dari instagram ahkak huhu..

3/07/2013

Sesekali datang mood memuding

Lama tak berblog sebab internet pun tak berapa bagus hari ni baru datang semangat nak menulis..
Kebiasaan setiap minggu aku memang pastikan stok pisang ada dirumah sebab aku memang makan pisang lepas bersenam sama ada makan mentah atau biasanya aku blend sekali dengan beberapa bahan lain buat smoothie gituu..menyegarkan dan memberi tenaga dengan cepat..
Cuaca panas diluar menyebabkan bertambah cepat pisang meranum ..adoi baru sehari dua beli dah masak ranum sebelum lembik dan membusuk lalu terbuang membazir baiklah buat sesuatu untuk habiskannya kan..
So hari ni aku buat puding pisang berkastad..aku google je mana-mana resepi yang ada kemudian ubah sedikit bahan mengikut kesesuaian huhhu..

So resepi asal puding ni dari sini tetapi aku derhaka skit lah yeaaa..



Resepi Puding Pisang Berkastad

Pisang berangan/Emas yang telah masak secukupnya -Aku guna 4 biji
butter secukupnya-sedikit je sekadar tuk sapu pada kuali
kismis secukupnya

Untuk kuah kastard

Secawan susu skim atau susu segar lebih kurang 250ml
2 biji kuning telur
1/2 cawan air
3 sudu gula-nak kurangkan lagi bagus
1 sudu makan tepung kastard-bancuh dulu dengan sedikit air

Cara penyediaan
1. Buat kuah kastard dulu… satukan semua bahan2  untuk kuah kastad dalam periuk.
2. Kacau hingga sebati dulu kemudian barulah dipanaskan diatas api hingga pekat. Semasa dipanaskan jangan berhenti mengacaunya supaya adunan rata dan tidak bergentel2.
3. sejukkan sos seketika.
4. Untuk pisang… masukkan sedikit butter dalam kuali non stik.
5. kemudian goreng pisang tadi dalam butter yang telah dipanaskan.
6. balikkan pisang tadi bila masak dan lembut barulah dingkat.
7. Letakkan kastard tadi ke dalam bekas kemudian ditaburkan pisang yang telah dikaramelkan tadi..potong kecil-kecil dan taburkan kismis atau kekacang.

#Boleh juga nak letak kekacang ke,kurma ke wahh dah macam puding raja gitu kan.

Seperti biasa aku berpuasa pada Isnin dan Khamis..so hari ni enak sekali berbuka dengan puding pisang neh..Qaseh makan bertambah mujur aku buat tak banyak pun cukuplah untuk 3 beranak makan tak perlu berlebihan..sekadar pencuci mulut sahajalah..bukan untuk makan sampai kenyang..biar macam tak cukup barulah terasa sedapnya huhu.


2/26/2013

Aku memang tidak sesuai makan steamboat buffet.

Semalam aku puasa sunat dan sepatutnya ada rancangan untuk makan dengan BFF kat Ice Room tapi sebab ada aral melintang maka rencana itu dibatalkan..takpala tak da rezeki kan.
So sebab aku ni memang dah set dalam kepala otak takmo masak nak berbuka makan kat luar so tetap jugaklah aku makan kat luar..

Hujan renyai-renyai malam tadi buat aku rasa nak makan sesuatu yang pedas dan masam..eleh time hari panas rembang pun aku mesti nak makan pedas jugak hahahah
So berpergianlah kami anak beranak mencari makan..tak tahu nak pi mana sudahnya pi Red Wok kat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi..dekat je ngan umah malas nak pi kedai lain..mulanya suami sajeskan makan kat Cibiuk(Masakan Sunda,Indonesia)tapi aku malas plak walaupun sambal kat situ sangat hot dan terangkat dan boleh amik banyak mana suka.

Asalnya aku cuma nak makan tom yam je kat Red Wok tu huhu..tapi bila nampak banyak meja kosong untuk steamboat buffet leh lak aku tukar selera nak pulak untuk budak tinggi bawah 99cm free huhu..bertuah si kenit tu rendang tingginya 95cm so takdelah terasa membayar dengan sia-sia macam makan kat Seoul Garden aritu kena caj sama cam dewasa gak dak Qaseh walhal tak makan beria pun dia.
Kami pilih set yang boleh grill dan rebus sekali..encik suami lah nak grill daging kan.
Kami tak amik banyak pun sebab aku takkan makan banyak so takmo membazir kalau membazir nanti kena caj plak..untuk dessert tak banyak sangat pilihan aku tengok takde ABC tapi aiskrim,kek dan puding ada lah..pilihan untuk air pun tak banyak macam kat Seoul Garden cuma ada jus oren dan air kosong..tapi ade ayam panggang so ade gaklah menu kesukaan Qaseh..pastu untuk seafood ade udang,ketam,kupang besar,kerang, sotong dan ikan..lelain cam biasa ade perapan daging dan ayam termasuk bebola bagai tu kan.
Sebenarnya aku tak amik semua pun nasi goreng dan mi bagai pun aku tak ambik..banyak yang aku tak ambik sebab hanya ambik mende yang memang nak makan je kan..

Kuah tomyam nya sedap juga yang lelain sos-sos pencicah biasa-biasa je..sayangnya kalau bawak orang cam aku ni makan buffet memang agak merugikan sebab tak makan banyak walhal aku buka puasa semalam kan..makan skit je aku dah berhenti..ni sebab perut aku dah terbiasa makan dalam portion yang sikit dah bertahun kan so sebelum aku  rasa sekak dan kekenyangan otomatik je aku dah macam mendapat isyarat suruh berhenti...yea berhenti sebelum terlalu kenyang..memadai sekadar perut terisi tinggalkan juga ruang untuk air dan udara.
Aku nampak ade puding karamel pastu menggedik nak merasa walhal bukannya aku biasa makan puding neh.saja lah teringin nak tau sedap sangat ke sebab aku tengok orang lain makan katanya macam sedap sangat kan..
bila aku suap sesudu dalam mulut dan menda alah tu lalu kat tekak ni..emmmm ade rasa pahit-pahit gula hangus tapi itu ok lagi masalahnya rasa telur tu wat aku kureng skit lah..

Konklusinya kalau nak bersteamboat bagai eloklah buat sendiri je kat rumah makan ramai-ramai idaklah terasa membazir sangat lagipun memang boleh buat sendiri kan..dulu-dulu yea aku takda masalah makan macam gajah gini..kalau pi makan steamboat memang banyak je makan kan sekarang dah lain..perut dah terbiasa makan sikit-sikit pehtu kalau makan makanan yang tak menyihatkan perut aku dah pandai meragam..

P/S : semalam ade dua orang gadis duk dekat dengan meja kami makan muka yang sorang tu sebijik Fatin Liyana tapi bukan dia kot sebab budak tu gaya penampilan dia biasa je takdelah stailista cam FL tu kan.

1/23/2013

Buat korang yang mahu mengurangkan lebihan berat badan tetapi tidak tahu bagaimana nak bermula.

Aku sering mendapat pertanyaan daripada kenkawan..ada yang sempat aku terangkan ada yang tak sempat maklumlah aku sendiri pun bizi uolss..
Jadi biasanya aku minta mereka yang bertanya neh merujuk pada blog Kevin Zahri atau Sususejat..yang penting khatam habis-habisan dari awal..jangan main membabi buta bila korang plan nak mulakan program nak diet atau bersenam ni..

Kenapa aku suruh dorang rujuk blog yang aku bagitau kat atas tu?sebab aku pun merujuk kat sana jugak,kalau korang korang rasa nak ikut mana-mana blog mat saleh pun boleh tapi lebih baik baca blog tempatan lebih mudah korang nak faham dan yang penting sekali segala tips mengenai pemakanan pun berkait rapat dengan pemakanan kita orang Malaysia.
Kebetulan plak bro Hasrizul Hashim iaitu owner blog Susu sejat ada buat entri khas untuk korang yang masih teraba-teraba mencari titik permulaan nak menurunkan berat badan kan..nak buat apa dulu..apa yang patut dibuat..
Maka nya amat lah disarankan korang membaca dan menimba ilmu nah linknya
http://sususejat.com/entri-untuk-orang-baru-menurunkan-berat-badan/

Okey,ada yang tanya aku neh wat diet mende..sebenarnya aku tak anggap ianya diet tapi lebih kepada gaya hidup..diet ni menda yang sementara sesetengah orang taknak makan nasi katanya diet..tapi lepas dapat berat ideal,diet semua hilang.Melantak cam biasa kendian naik balik badan tak gitu?
Tetapi aku anggap menukar  cara pemakanan yang lebih sihat dan seimbang jadikan ianya gaya hidup..inilah aku lalui dan amalkan sepanjang tahun dan InsyaAllah hingga setia hujung nyawa.

Aku bukan pengamal diet tinggi protein seperti Atkins diet ke apa no no..aku cuma kurangkan pengambilan kalori tetapi masih mengambil karbohidrat dan yang penting sekali CPN makan nasi setiap hari maa..macam korang jugak tapi masih boleh turunkan berat kan..ianya semua bergantung kepada kadar kemasukkan kalori.
nak tahu apabenda kalori bagai sila lah klik link yang aku bagi kat atas nun.

Okay ada yang tanya kena pi gym ke?

Oh tidak wajib noks..aku bersenam sendiri kat umah je berpandukan video-video kat youtube biasanya aku ikut Fitness Blender punya mulakan yang beginner sampai mampu buat Tabata dan HIIT.
Selain tu adalah beli DVD ahkak Jillian,pastu setiap hari ade rancangan senaman juga kat Channel 728 kalau tak salahlah..bermula kul 6 am..senaman ahkak Jillian pun ada.Ulangan rancangan kul 3 pm gitu.
Aku penah pi gym dalam 3 bulan masa bulan May tahun sudah tapi bukan pi gym yang angkat berat tu yea..join sebab suka dengan program high impact aerobic dorang..bukan ada aerobic menari  je tapi hari-hari lain latihannya ada aerokickboxing,zumba,yoga dan pilates,weight training sekali sekala sama ada guna dumbbell atau berat badan sendiri..
Pastu tak pi gym sebab kesibukkan melanda..

Selain banyak bersenam dirumah tanpa sebarang peralatan mahal(kalau ada pun tikar yoga,dumbbell dan bola senaman) aku juga berlari di taman pada hujung minggu sekali sekala..
Jenis latihan senaman yang aku praktikkan ialah latihan kardio(spt berlari,kayuh basikal,areobik dan memacam lagi sila google utk pemahaman)weight training atau latihan bebanan  untuk membina otot dan kekuatan tapi aku lebih banyak menggunakan berat badan sendiri korang leh google bodyweight training/exercises.

Satu lagi nasihat penting sila pastikan anda memilih kasut yang sesuai yea..kasut untuk berlari tak sama dengan kasut nak aerobic ke nak main badminton ke netball ke semua tak sama..sila jangan pakai satu kasut untuk semua aktiviti nanti memberi masalah pada kaki korang tu yang jadi sakit bagai tu.

Aku sibuk bebenor sekarang neh..nanti aku sambung lagi tentang senaman dan pemakanan yeaaa..ta ta ti tu.


1/17/2013

Tips kurangkan berat badan

Jawapannnya

Kredit : FB Kevin Zahri

Ini adalah soalan yang paling banyak di tanya pada aku biasa melalui PM lah kan..
Inilah cara yang aku jalani..ada orang lain bergantung pada supplemen tapi bagi aku semua nya yang aku makan dan masuk dalam tubuh badan ni datang daripada sumber semulajadi..
Cara orang lain?terpulang asalkan kalian konsisten dan nekad insyaallah berjaya..

Salam Sayang
Cik Puan Nurul

Gambar tahun 2013 diambil pagi semalam sebelum hantar Qaseh ke Tadika..terpikir tahun ni takda gambar terbaru pun..godek-godek jumpa gambar lama dengan tudung yang sama..Jelaslah bila tubuh besar tudung saiz biasa pun jadi singkat dan melekap kan.

Semoga gambar di atas menjadi inspirasi bagi mereka yang sedang berusaha untuk menjadi lebih sihat..tidak kisah berapa lama masa yang diambil yang penting kalian berjaya menukar gaya hidup yang lebih baik.
Sedar tak sedar sudah hampir setahun aku bergelumang dalam dunia fitness ni setelah hampir 4 tahun berusaha nak kuruskan badan kesudahannya tahun lepas baru berjaya menyudahkan apa yang perlu disudahi selama ini.

1/04/2013

Hari-hari seterusnya..

Terima kasih pada yang mengomen di entri karangan semalam(sori lah anak pi sekolah mak ada masa panjang untuk mengarang)
Terima kasih atas pandangan kalian..
Semalam hari kedua Qaseh sekolah,drama pagi semalam menangis takmo mandi tapi lama-lama mandi jugak
aku dah tak ikut hantar Qaseh dah tak sanggup nak lalui adegan-adegan air mata itu..
Ni gambar pagi semalam,minggu ni cikgu suh pakai baju biasa dulu sebab masih minggu orientasi masih ada yang sampai lambat dan sebagainya kan.Nanti Senin ni baru kena pakai baju sekolah dengan tudung bagai dan balik pun lewat sikit setengah jam berbanding minggu ni.

menurut laporan abahnya Qaseh menangis masa mula-mula sampai je.
so semalam masa balik cikgu bagitau mula-mula Qaseh nangis lepas tu elok je bermain dengan kenkawan yang lain sampai taknak balik katanya huhu
Tetapi masa balik semalam depan aku monyok je mukanya kemain taknak cakap apa,bila tanya pasal sekolah mula la mencebik nak nangis.

Lepas tu ada lebam plak di tepi matanya adoi..yang ni aku tak sedap hati menengoknya
Qaseh tak sudah-sudah belek kat cermin tengok lebam tu..
Entah kerjaan sapa pun aku tak tahu kalau kerjaan bebudak aku masih buleh terima
jangan kerjaan cikgu dah lah..manalah tau kan bebudak berdrama bukan sorang..nak layan dan pujuk sorang -sorang mau tak stress cikgu ye dak
Wahhh rileks jangan bersangka buruk..
Pepagi aku bekalkan sebotol fresh milk+milo untuk sarapan awal sebab  Qaseh tak lalu nak makan pepagi melainkan pagi tu dia lepas berak ke apa barulah dia jamah.Lagipun dia kan biasa lambat bangun jadi sarapan biasa kul 10 huhu.Masih berbotol susu sebab dia memang tak suka nak guna botol air ke gelas bagai.Jenuh beli cawan dan botol air comel-comel haramm di campaknya juga.Anehnya kat kedai makan dan umah  orang eloklak nak bercawan-cawan.Harapnya kat sekolah dia pandai lah guna cawan huhu.

Hari ni drama lagi Qaseh kali ni taknak bangun plak puas aku kejut langsung tak bangun
Ni kes tak cukup tidur,sebab dah tidur siang malam mula susah nak tidur..aku bangun pukul 5 pagi tadi dia masih dok uhhh ahhhh..pusing sana pusing sini..
Puas gak aku ambik air letak kat muka dia hahahaha..
lepas tu bangun tapi bad mood lah ngamuk-ngamuk
Apa lagi maknya pun pakai lah tudung siap-siap...Qaseh kalau nampak aku bersiap-siap jadi laju lah dia bangun.Tetapi taknak mandi terpaksalah aku hangkut gak bawak masuk bilik air.

Hari ni bagi pakai tudung comel-comel,tapi ade akalannya lagi taknak gi sekolah kalau aku tak ikut sekali
maka aku pi gak tapi masa sampai sekolah aku tak kuar nyorok dalam kereta muahahahahahaa
Abahnya guna taktik bawa pusing-pusing tepi kelas sambil ajak main buai bagai kan lepas tu tinggalkan dia..
melalak gaklah hope dia dah ok lah tu..sebab cikgu kata Qaseh nangis kejap je.

Seteruk-teruk Qaseh ada lagi tau yang lebih teruk tadi aku tengok ade budak tu umurnya dah 6 tahun dia punya mengamuk terseksa cikgu-cikgu sampai bleh berlari keluar pagar masuk balik dalam kereta..mujur kereta ayah dia parking depan pintu pagar kalau parking jauh seberang jalan mau tak eksiden budak tu berlari.
Cikgu cakap budak tu menangis ngamuk sampai petang..memang dia takmo gi sekolah katanya huhu


P/S : Minggu ni cerita pasal Qaseh dulu eh hahah biasalah kan..next week kita cerita pasal 2013 ok..apakah misi dan visi aku untuk tahun ini wahahahaha..

1/03/2013

Saya amat memerlukan bantuan di kala ini..

Dah 2013..taktahu nak mulakan entri cemana..
Setelah berbulan-bulan perkara yang aku risaukan pun berlaku..
semalam hari pertama persekolahan tadika untuk satu-satunya zuriat aku Qaseh..
aku punya risau jangan cakaplah..gemuruh semua ada
sebab aku tak tahu reaksi dia dan aku juga tidak berpengalaman cemana nak uruskan anak-anak yang suka berdrama swasta apabila ditinggalkan di sekolah..
Pepagi semuanya kelihatan berjalan lancar Qaseh bangun pun awal dan tak da drama nak minta dia mandi dan bersiap-siap.
Dia nampak seronok dan teruja dapat pakai beg baru dan kasut baru..
sebenarnya berbanding bebudak lain Qaseh bukan paham sangat pun bila aku cerita pasal sekolah
dia tak pernah meminta nak ke sekolah ke apa..


Ya seperti aku pernah beritahu sebelum ini Qaseh mempunyai masalah nak berkomunikasi dengan baik..dia bukan  jenis mulut pot pet macam murai seperti budak seusianya yang lain..
Ok dia bukan pekak atau bisu..mahupun tak reti bercakap,dia boleh menyebut perkataan tetapi tidak pandai membina ayat sendiri contoh nak bersembang pot pet tu memang tidak pernah..
biasa kalau nak air dia akan hulurkan botol pada aku dan sebut ''Air..''(sepatutnya dia sebut nak minum air)
Dan aku biasanya akan tanya dia semula '' Qaseh nak air ye''?
sama juga bila nak kencing dia akan datang pada aku dan bagitau ''uncing..uncing''
tetapi sekarang dia dah tak bagitau..menonong je dia tanggal seluar dan masuk bilik air kencing dan basuh sendiri(sembur ngan hos paip) walaupun bilik air gelap ke apa.
Lagi satu Qaseh juga jarang bagitau dia lapar atau nak makan sesuatu(yelah kan dia tak pot pet)tetapi melalui bahasa tubuh dan perlakuan dia aku boleh tahu dia tengah lapar..iaitu apabila dia mula dok selongkar sana sini cari makanan.

Kadang-kadang aku rasa rimas bila mak-mak yang lain suka bertanyakan soklan sama yang berulang-ulang pada aku ''eh Qaseh pandai tak sebut nak gi sana sini'' atau '' napa tak pernah dengar suara Qaseh ni '' dan blablabla..walhal aku dah pernah bagitau banyak kali.
ya kalian bertuah anak kalian boleh bercakap dengan baik maka janganlah nak sindir-sindir atau sengaja bertanyakan soklan yang aku tak mampu nak jawab.

Jadi macam mana cikgu-cikgu nanti berdepan dengan Qaseh???
Hal ni sangat merisaukan aku sebab hanya aku seorang je paham macam mana nak berhubung dan berinteraksi dengan Qaseh.
Ok kembali kepada kejadian pagi semalam..semasa sampai di sekolah Qaseh dah mula takut-takut dan malu lebih-lebih lagi ramai orang lelaki(bapak bebudak) yang ade kan,dia taknak masuk dalam kelas dan nak ikut aku balik..puas pujuk dia memang taknak.

Aku ingat nak teman Qaseh sampai balik sebab ini bukan sahaja hari pertama dia masuk tadika tetapi ini juga hari pertama dia akan berpisah seketika dengan aku  dalam hidupnya..memang tak pernah berenggang mahupun berjauhan apatah lagi dijaga orang lain mahupun sedara mara.
Tetapi cikgu minta aku balik umah dulu..nanti-nanti boleh jenguk tengok cemana..kalau aku ada lagi susah dorang nak uruskan Qaseh so aku akur walaupun ada banyak perkara aku nak suarakan.. :(
So aku bawak Qaseh main buai kat luar kelas dan minta seorang cikgu jagakan..lepas tu aku berlari masuk dalam kereta..aku perasan Qaseh kejar aku sambil meraung kat pintu pagar..nampak dia melawan kemain cikgu sampai 2 orang dok pegang dia..

Saat tu naluri keibuan aku sangat tersentuh..menangis-nangis dalam kereta melihat situasi itu tak sampai hati aku dibuatnya tapi abah Qaseh kata suruh aku keringkan hati je.
Memang tak senang duduk aku dibuatnya tertunggu-tunggu panggilan telefon daripada cikgu..tapi takda pun..so pukul 12 pm kiteorang jemput dia.tak sabar-sabar aku nak peluk Qaseh huhu..
Cikgunya bagitahu Qaseh memang asyik menangis je kejap-kejap je dia diam dia cuma nak duduk atas riba seorang cikgu yang muda tak mahu  dah orang lain.

Balik sekolah semalam Qaseh kelihatan letih dan berpeluh-peluh..dia macam nak mengadu macam-macam heheh..Aku tanya tentang sekolah hari tu dia cuma dok sebut ''kawan...bai kawan-kawan''
Hari ni hari kedua..dan drama sudah bermula sejak pagi hari Qaseh takmahu bangun dan menangis mengamuk..dia taknak ke sekolah hurmmm..

Tapi hangkut gak dia masuk bilik air dan siapkannya..aku tak ikut hantar Qaseh hari ni sebab tak sanggup tengok dia menangis.
dan yeaa..abahnya kata dia menangis meraung-raung lagi..aku yang kat umah turut menangis ..sobss hihihi
Cikgu lak mengadu Qaseh tak boleh berkomunikasi dengan baik..diorang tak paham Qaseh dan Qaseh juga tak memberi respon pada dorang..
hurmmmmm.. :(

Sedikit tentang masalah Qaseh
# terlalu takut dengan suara garau lelaki dan nenek-nenek tua
#tak pandai berkomunikasi dengan baik
#jika ditanya siapa nama dan lelain dia akan buat bodoh sahaja atau menjawab dengan bahasa Jerman aka tak tahu apa dia cakap.
#MIL aku cakap masa suami aku seusia Qaseh dia juga jenis berat mulut dan tak pandai bercakap..memang jenis lambat bercakap.
#Qaseh sebenarnya suka bersembang dia selalu hulur mikrofon mainan pada aku dan bertanya dalam bahasa yang sukar difahami ala2 wartawan..biasanya aku layankan je.
#Dia boleh mengikut dan mengajuk perkataan yang kita sebut tetapi tidak boleh membina ayat.
#Beberapa kenalan bagitau masalah Qaseh sebab dia kurang bergaul dengan kanak-kanak lain dan insyaallah bila bersekolah masalah tu akan dapat di atasi hurmm.

Namun disebalik masalah itu Qaseh sebenarnya anak yang mudah dijaga selain jarang jatuh sakit sejak baby lagi Qaseh jenis yang jarang sekali buat perangai bila nak tidur malam.Tak kira lah kami balik lewat malam ke balik meredah lalu hutan sana sini ke bila tidur malam dia takdelah mengamuk menangis macam sesetengah budak kan..asal malam meraung-raung menangis sampai mak pak tak cukup tidur.
Qaseh juga pandai nak guna komputer dan gadjet-gadjet lain tak pernah dia menyebabkan komputer atau handphone jadi hang ke apa..walau tak pandai membaca tapi dia tahu je mana nak tekan pangkah,nak klik ok ke apa..termasuk nak cari video-video kegemaran bila dia buka you tube dan semua itu aku tak penah ajar pun dia.

**sesapa jika ada tips dan panduan untuk aku menangani masalah komunikasi Qaseh amat aku alu-alukan.Sebelum ni setiap kali aku nak bawak jumpa Pakar Terapi dan sebagainya,Qaseh tetiba menunjukkan perkembangan yang baik macam tetiba tak takut dah ngan orang pastu nampak macam dah mula nak bersembang jadi aku pun tak jadi nak bawak jumpa doktor kan..Tetapi aku risau lak kalau dia masih takleh berkomunikasi dengan baik kat sekolah, sebelum cikgu menempeleng anak aku eloklah aku melakukan sesuatu..ni pun pi sekolah aku terpaksa pakaikan diaper sebab takut dia tahan kencing dan tak reti  bagitau nak ke tandas di sekolah walhal dia dah pandai kencing sendiri cuma nak berak dia je dia mahu berak atas diaper tidak dia akan menahannya tu pun aku bagi dia berak atas cloth diaper memang tak beli dah lampin pakai buang.
(Qaseh mekap muka sendiri guna magic color letak kat mata ala2 pakai eye shadow)

Maaf karangan panjang..lama tak mengarang

12/28/2012

Jumaat Terakhir 2012

Tahun yang panjang dan lama bagi aku tak tahulah bagi orang lain maybe sekejapan je kan tapi bagi aku lama lah weh sebab macam-macam peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini..
baik yang manis,pahit,payau segala macam ada
segalanya meninggalkan kesan dalam kehidupan ini..
meninggalkan perbezaan juga
nak-nak aku lahh awal tahun demok ujung tahun kecut hahahah
sekurang-kurangnya aku berhasil melakukan sesuatu untuk diri sendiri  kali ini..
tidak berazam manjang tapi non hado kan.
Ibarat menipu diri sendiri..kata nak buat itu ini tak buat-buat jugak huhu
Tahun depan lembaran baru di buka..
buku lama kita tutup simpan molek-molek

Minggu depan je dah bermula fasa kehidupan yang baru..
Jadual harian pun dah bertukar kesibukkan bertambah dan berdepan cabaran baru
Anak mak dah mula bersekolah kan..
minggu lepas abahnya bercuti seminggu untuk habiskan cuti tahunan tak kemana pun kami balik kampung pun tak..sengaja sebab bimbang Qaseh kena demam lagi disebabkan perubahan cuaca dan sebagainya maklumlah kalau boleh nak masuk sekolah ni biarlah dalam keadaan sihat kan..Nanti mulalah macam-macam drama lak.

Cuti dihabiskan untuk kemas umah yang akhirnya bersepah kembali
habiskan masa ke sana kemari membeli keperluan sekolah tadika Qaseh
Uruskan urusan pendaftaran sekolah,urusan pembaharuan lesen SSM dan urusan temujanji hospital aku huhu.
Bawak Qaseh berdepan orang ramai hari-hari kesana sini.
Nampaknya dah ada perubahan dia tak takut sangat dah berdepan orang ramai
Qaseh ni memang sangat rapat dengan aku kan yela maklumlah dia menyusu sepenuhnya kata orang ikatan tu kuat, aku yang jaga dia dari lahir sampai hari ni pehtu apa-apahal memang dia nak aku je so aku harap bila dia masuk Tadika dia lebih berdikari dan dapat bersosial dengan kenkawan..tapi jangan lupakan aku lak hahah..


Apapun masalah yang kita bakal hadapi dan sedang hadapi kita kena positif dan buat apa yang perlu..

12/19/2012

Telur Bakar ; Untuk si kecil yang cerewet makan


Anak demam dan tak lalu makan memang menguji kesabaran si mak,maka mak kena kreatif masak sesuatu untuk anak kan..
Qaseh suka makan telur terutama telur dadar yang rangup tapi bila dia jatuh sakit,selera pun takda dia tak minat nak jamah apa jenis masakan telur pun.Kebetulan minggu lepas abah dan anak sama-sama demam jadi mak kenalah layan dorang bebaik maka mak pun buat telur bakar..Inspirasi daripada resepi Chef Jo dalam kuliah Masterchef Malaysia 2.Dah lama nak buat tapi tak terbuat-buat heheh..
Resepi asal di sini ,mak ubah untuk kesesuaian perut anak dan keberadaan bahan-bahan yang ada didapur..pandai-pandai la kan

Telur Bakar Berkeju bersama Kentang dengan Sos Kacang Peas Hijau

Bahan-bahan:(Untuk telur bakar)

3 biji telur ayam kalau kecik boleh letak 4 biji
lebih kurang 3 biji kentang saiz sederhana di sagat/parut dan direndam dalam air seketika
cilimerah sebiji di mayang
bawang besar sebiji/sebelah dimayang
tomato sebiji dipotong dadu - mak buang bijinya
sayuran lain seperti brokoli atau carrot -potong dadu gak
beberapa ekor udang di potong kecil
keju cheddar beberapa keping.
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
mentega untuk disapukan pada acuan/loyang muffin

Cara memasak :
-Kentang yang diparut dan direndam ditoskan airnya lap kekering dengan tuala dapur.
-Panaskan sedikit minyak atas kuali non stick tumiskan bawang dan cili merah yang di mayang kendian masukkan kentang.Boleh letak garam jika perlu
-Kacau dan masak untuk seketika hingga kentang sedikit lembut dan bertukar warna ala-ala coklat tapi bukan garing
-Panaskan oven pada suhu 200c dan sapukan minyak/mentega pada acuan muffin
-Pecahkan telur dalam mangkuk dan kocok-kocokkan masukkan garam secukup rasa.
-Kemudian letakkan kentang yang digoreng tadi dalam acuan muffin letak lebih kurang 1/4 camtu parasnya dalam acuan tu.kendian bahagian tengah masukkan bancuhan telur.
-Masukkan udang dan sayuran yang dipotong juga.Kemudian taburkan kepingan keju cheddar di atasnya(Potong ikut saiz yang sesuai)
-Masukkan dalam oven dan bakar selama 20 minit.

Bahan-bahan untuk sos
2 cawan kacang peas hijau (aku beli yang frozen dibungkus dalam plastik)
1 sudu mentega
setengah cawan air
sedikit  kiub stok ayam-jika perlu
garam dan lada sulah secukup rasa

-masakkan kacang peas dalam periuk sos bersama semua bahan-bahan..
-masak seketika beberapa minit tutup api periuk dan blend kacang peas itu hingga halus.
-kemudian masak semula pes kacang peas tu dengan api kecil untuk seketika
-setelah masak elok,angkat dan hidangkan bersama telur bakar tadi.




Pendapat mak,hidangan ni boleh dikatakan mengenyangkan untuk perut mak la..lagipun ia dikira sajian yang lengkap ade sumber karbohidrat,protein,ada sayur-sayuran juga.
Tak sangka Qaseh berselera makan,mak buat 6 ketul so 2 ketul sorang lah kami makan.2 ketul tu pun dah mengenyangkan sangat dah huhuh..rasanya kalau makan seketul pun dah ok.

12/11/2012

Macam-macam hal berlaku..dugaan sungguh

Uwaa lama tak hapdate belog..konon nak hapdate hari-hari sudahnya nan hado..
bulan ni macam-macam hal terjadi..banyak aku nak stori mori tapi kesempatan takdo
banyak stori tertangguh sudahnya basi gituh jee..
ribu riban gambo yang ade hat dalam si dabak pun beratus-ratus tak sempat nak upload kat mana-mana pun
sebut pasal si dabak dah lama tak membokeh mahupun berfoto gediks
kalau dulu boleh dikatakan tetiap minggu haku bersidaian di Putrajaya
tertonggeng menerap sana sini hahah penah sekali nyaris nak tergolek dalam tasik time tu kat Taman Botani ke taman apatah yang selalu ade orang wat wedding garden tuh.

sekarang neh kalau aku ke Putrajaya pun hanya sempat untuk berlari-larian manja sambil skudeng lambakkan pengantin dok berfoto gediks terutama sekitar tasik kat hotel Pullman tu tempat apa tu dekat Pusat Maritim ke apatah..situ kan ade macam jeti yang boleh kita dok santai sampai julur kaki dalam air sumpah memang cun lah kalau nak berfoto gedik..

kat situ tak ramai orang berlari banyak bebudak pi mandi kat pantai buatan dan kolam renang je pastu pengantin memang ramai lahh..biasanya aku sorang je berlari hehehhe sebab ramai yang berlari kat Taman Seri Ampangan dan taman-taman lain jugak.
Antara sebab tak dapat hapdate belog selalu sebab Qaseh demam kali ni lama plak demam seminggu lebih gitu kan..dulu kalau demam dia suka dok dendiam sendirian gitu la ni tak dah..mungkin sebab jarang demam kan sekali bila dah besar sikit kena demam dan batuk dia asik moody je adoilah mengamuk je kerjanyaa..
dah la mek sorang neh tak suka makan ubat adoi memang mencabar sungguhh..dia plak tak suka dipaksa siaplah ade barang yang di baling..


 Risau neh menjadi-jadi plak baran dia.. ade ketika dia macam nak cedera kan diri sendiri tu yang aku risau..taktaulah sebab pengaruh TV ke apa tapi dia biasanya tengok kartun je hurmmm..sampaikan abahnya nak bawa jumpa ustaz tolong tengok-tengokkan manalah tau ade something ke apa tapi aku rasa dia nak perhatian je tu sajalah tu wat macam-macam perangai nak suh mak pak dok berkepit ngan dia je hihi

cobaan untuk ambil gambo passport sebabnya Qaseh menangis-nangis ketakutan masa pi ambil gambo kat kedai jadi orang kedai tu suh aku ambil sendiri kat rumah nanti bagi dorang edit bagai.

P/s : Risau neh cemana nak pulihkan semangat Qaseh sebab sejak tahun neh dia makin takut ngan orang yang tak dikenali..ngan sedara mara pun sama nampak yang tua-tua dan bersuara kuat macam dia nampak hantu menangis dan menyorok tau..balik kampung Qaseh memang berkurung dalam bilik je.Sebelum ni pi kedai makan ok je sekarang memang seksalah kalah bawak baby..nampak pelayan dia menyorok bawah meja..memang takleh nak wat pa tidak kang dia asik tutup mata dia ngan tangan..makan semua taknak.

11/29/2012

Makanan WAJIB ada dalam gobok simpanan CPN(Tips sihat) Part 1

Setelah menukar gaya hidup yang lebih sihat dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang kurang gula.garam,lemak dan rendah kalori semestinya. Ada banyak yang aku tinggalkan dan bertukar kepada makanan yang lebih elok demi kesihatan sejagat.
Sebelum ni ada gak beberapa orang yang minta aku PM depa pelan pemakanan dan sebagainya untuk pengetahuan semua aku tak pernah buat pelan pemakanan ke apa aku cuma makan dengan kerap 5-6 kali sehari dengan kuantiti yang sikit-sikit tapi masih terkawal mengikut keperluan kalori seharian yang diperlukan tubuh badan aku.Ia takkan buat aku rasa lapar melampau-lampau dan aku juga sudah lama tidak dijenguk 'kawan lama' iaitu gastrik.
Oklah hari ni aku nak kongsi dengan uolss semua apa yang selalu aku makan seharian..

1)Susu Skim
Aku memilih susu skim yang segar dan masih dalam bentuk semulajadinya iaitu cecair dan sudah pastilah ianya kurang pengawet biasanya tarikh luput lebih kurang dalam 2-3 minggu so aku sentiasa top up setiap 1-2 minggu sekali.Qaseh juga minum susu segar dalam kotak begini tapi bukan susu skim la.Susu skim tinggi kandungan proteinnya dan amat sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat.Kebanyakkan orang pilih susu rendah lemak kan tapi jangan mudah terpedaya sebab biasanya produk yang tertera rendah lemak bagai ni mempunyai gula yang tersembunyi.
Biasanya aku campurkan susu skim ketika menikmati hidangan bijirin seperti oats dan sebagainya termasuk mencampurkan ketika buat homemade protein shake yang aku selalu nikmati selepas membako lemaks(post- workout) terutama selepas latihan yang melibatkan kekuatan dan bebanan.
Selain dalam bentuk semulajadi di pasaran terdapat juga susu skim yang di pek dalam bentuk serbuk yang kebanyakkannya menjadi pilihan rakan sejenayah aku..sebab yang dalam bentuk serbuk mudah dibawa ke mana-mana.Tapi aku tak pernah pun cuba minum hat serbuk-serbuk nih sebab sejak azali tekak aku memang takleh nak terima susu tepung ke apa kan..
Jenama pilihan ramai adalah Sunlac dengarnya Tesco pun ada keluarkan susu skim depa dalam bentuk powder gini.
2)Mentega Kacang
Mungkin ramai yang tak tahu kekacang merupakan sumber protein yang cukup bagus terutama untuk mereka yang ingin membesarkan otot dan sewaktu dengannya.Ramai salah paham ingat makan kacang akan menggemukkan sebenarnya apa- apa makanan kalau dah diambil berlebihan memang akan menggemukkan kecuali sayur(Kata Kevin Zahri sayuran amik banyak mana takkan menggemukkan)
Mentega kacang antara yang ada dalam peti sejuk aku biasanya di campurkan bersama dalam ramuan homemade protein shake.
Maka mentega kacang pilihan aku ialah

Nampak tak 'No Added Sugar' so kalau nak makan mentega kacang pastikan baca label pilih yang tidak dicampurkan gula dan rendah sodiumnya.Sebenarnya korang boleh juga buat sendiri je mentega kacang neh nak guna kacang tanah pun boleh kacang almond pun yenakk..ia tentu lebih baik dan menyihatkan.

3)Yogurt tanpa gula dan perisa(Natural)
Pilihan aku ialah yogurt natural dari Dutch Lady sebab yang ni je yang bagi tekak aku tak rasa gula dan sebagainya kebanyakkan yang lain semua manis leting walau kata kurang gula bagai.
Biasa aku makan dengan salad,oat dan dicampurkan sekali dalam homemade protein shake.Wajib ada dalam peti sejuk aku neh..biasa beli yang bekas besar.

4)Oats dan Muesli
Aku biasanya memilih organic oats tak kisah apa jenama yang pasti bukan yang di pek kecik-kecik 3 in 1 ke apa.Dulu aku tak paham apa itu muesli rupanya muesli ni  bijirin sihat yang terdiri daripada campuran oats ,kekacang seperti almond,buah-buahan kering seperi kismis,pic,flaxseed dan lelain lagi.Korang boleh beli yang dah siap dicampurkan atau buat sendiri je kat rumah.Biasanya muesli ni harganya mahal sikitlah so nak jimat korang beli oats dan campurkan sendiri dengan bahan-bahan lain tu tapi aku rasa sama je kos nya.
Gambar hiasan
5)Teh hijau dan Teh Oolong
-Setengah jam sebelum bersenam aku biasanya meminum secawan teh hijau tanpa gula.Jika tiada teh hijau aku minum Oolong Tea.Menurut jurulatih kecergasan yang aku kenali di gym dulu minuman berkafein ni meningkatkan metabolisme  so sangat sesuai di ambil bila nak workout tetapi yang dia sarankan minum kopi tanpa gula...Aku lebih suka memilih teh sebab aku tak suka minum kopi.Korang sendiri pun tahu yang teh hijau ni memang banyak khasiatnya kan nak tulis kat sini pun banyak.Ada macam -macam jenama di pasaran yang murah dan mudah di dapati yang aku tahu BOH ada jugak yang dalam bentuk dedaunan kering aku pernah beli di Cameron Highland.

 
Aku berhenti setakat ni dulu sebab ada kerjaan yang memanggil nanti ada masa aku sambung lagi di part seterusnya ya..banyak lagi tak tunjuk kat sini.Untuk penerangan lebih lanjut mengenai khasiat dan nilai kalori makanan-makanan kat atas tu korang boleh Google atau merujuk pada yang lebih arif lagi bijaksana aku memang takkan taip beria-ria pasal tu kat sini sebab aku bukanlah pakar pemakanan yang bertauliah mahupun jurulatih kecergasan cuma sekadar ingin berkongsi risau juga takut tersalah info nanti memberi masalah di kemudian hari.

#semua gambar adalah ehsan ankel Google#

11/19/2012

CPN Pecah Rahsia !!!

Tajuk adalah sangat tidah boleh pergi apapun lantaklah janji apa yang nak disampaikan itu yang penting..Maaf pada kenkawan yang ada menjenguk belog ini sama ada sebagai pengomen tegar atau pembaca senyap aka penskudeng tegar kerana akhir-akhir ini aku kurang menaip karangan..la ni aku sibuk menyiapkan segala mak nenek kerjaan menjahit tempahan orang itu ini..cenderahati orang kahwin dan sebagainya aku harus siapkan supaya dapat fokus pada si cantik manis Qaseh..Urusan persekolahan tadika Qaseh juga sedang berjalan lancar walau ada beberapa masalah namun aku harap dapat mengatasinya..
Ujian demi ujian melanda kehidupan ini namun yang penting kekal positif!!

Banyak sangat menda nak kena buat nak bawak Qaseh jumpa Paed dan pelbagai persiapan lain sebelum dia mula belajar berdikari dan bersosial tanpa kehadiran aku disisinya untuk pertama kalinya dalam hidup beliau..mak nebes nokssss!!! sebab Qaseh ni ada  special case sikit nanti aku jelaskan di entri akan datang..
Oklah kembali ke tajuk asal..hari ni aku nak kongsi tips dan sedikit ilmu yang tak seberapa nih..banyak tips tertunggak yang aku belum cerita kan walaupun korang tak berminat nak tahu atau langsung tak berminat nak praktikkannya takpe  sebab badan korang sendiri kan so pandai-pandai lah menjaganya.
Ok tepek gambo terbaru..yang minggu lepas punya..aku nih tak banyak gambo pasal jarang bergambo ambik gambo orang je yang banyak..lagi satu susah nak cari gambo aku berdiri tegak dalam keadaan waras semuanya mesti candid dan diekori si kenit hahahah..


Tips untuk korang  apabila ingin mengurangkan lebihan berat badan lantas menjadikan tubuh kalian lebih sihat,mantap dan kuat demi kesihatan untuk selamanya.
  • Mulakan dengan perlahan-lahan..kayuh pelan-pelan orang kata so korang kena kenalpasti tubuh korang dulu apa masalah yang melanda,ada alahan apa,obese tahap berapa,senaman apa yang sesuai..apa yang tak boleh dan apa yang boleh..untuk permulaan buat senaman tahap beginner yang low impact sampailah tubuh dah ringan sikit baru boleh mula yang high impact.
  • Jangan jadikan amalan pemakanan seimbang ni semata-mata kerana nak berdiet nak capai target dan sebagainya tetapi jadikannya gaya hidup yang akan korang jalani sampai akhir hayat..sebab kalau hanya nak buat sesuatu untuk seketika memang hasilnya juga sementara lah ingat nak mengekalkan lagi susah daripada mencapainya.
  • Variasikan senaman jangan buat senaman yang sama setiap kali nak bersenam cuba macam-macam jenis senaman dan pastikan ada  sekurang2nya selang sehari untuk rehat supaya tubuh dapat pulih daripada rasa sengal dsbgnya. kalau hari-hari bersenam lagi susah berat nak turun nak pula tubuh terlalu penat dan kekurangan tidur..otot hanya akan terbentuk pada hari yang kita rest so sangat penting untuk merehatkan diri.
  • Mula-mula kurangkan makanan yang diproses sama ada yang di dalam tin atau yang sejuk beku..tak boleh kurang banyak mulakan sikit-sikit jangan terlalu terburu-buru nanti korang lebih cepat putus asa bila tak berjaya..kurangkan penggunaan gula,tukar saiz pinggan kepada yang lebih kecil macam aku guna pinggan kecil yang untuk letak lauk tu..bila pinggan kecil lebih mudah nak kecilkan portion hidangan yang korang ambil..pastikan protein dan sayuran lebih banyak daripada karbo nasi cukup segengam tangan korang.
  • Sila pastikan air masak sentiasa ada di sisi korang kemana pun korang pergi bila terasa bernafsu nak makan tengok gambo makanan sana sini maka sila teguk air masak korang kalau hilang lapar tu maknanya rasa lapar tadi hanyalah nafsu serakah korang je yang lebih.
  • Rajin-rajinkanlah berpuasa sunat Isnin dan Khamis terutama apabila hujung minggu  biasa kita makan terlebih sikit kan nak-nak kalau musim orang kawen,open house dan sebagainya bukan sahaja dapat pahala tetapi juga dapat merehatkan perut kita setelah makan banyak kan..boleh cover semula kalori yang terlebih tuuu.
  • Elakkan reward diri dengan makan makanan yang tinggi gula dan lemak..aku terkadang tak paham kenapa orang selalu sebut reward diri dengan makanan baik korang reward diri korang dengan beli baju dan seluar baru..hahah kalau nak pun pastikan  bukan makanan yang hanya nanti disimpan jadi lemak berlebihan sebaliknya makanlah makanan yang enak dan berkhasiat untuk tubuh badan korang.
  • Elakkan minum atau makan makanan segera yang di pek kecil seperti minuman 3 in1 ..semuanya mengandungi gula tersembunyi so kalau nak minum teh dan kopi ke apa seeloknya tanpa gula kalau nak letak susu sila JANGAN letak susu pekat manis dalam tin tu tetapi letak susu segar dalam kotak bukan yang coklat tapi yang putih biasa takda rasa ok.Biasa kalau aku minum Milo aku letakkan 2 sudu kecil,air panas dan susu segar..lagi satu yang orang selalu salah paham dia ingat kalau letak 4 sudu besar milo dalam gelas yang besar ia akan kurangkan manis dan kalori..itu sama sekali salah yang membezakan hanyalah kepekatan air korang je tapi jumlah kalori yang datang dari milo tetap sama yang patut dikurangkan adalah kuantiti Milo itu sendiri.
  • Elakkan menyimpan pakaian yang bersaiz besar atau lebih besar daripada saiz korang..selagi ada baju besar dan longgar selagi tu korang tak sedar diri asyik ingat korang masih muat pakai baju maknanya tak perlu nak bersenam bagai..tak perlu jaga makan..sila beli baju yang korang verangans selama ini nak pakai walaupun saiznya 2-3 kali ganda lebih kecil tips ni berkesan hokay dengan aku..semua baju bajan dan seluar yang lama tak pernah muat dah boleh pakai juga baju yang terbeli tak pernah berpeluang pakai akhirnya dah boleh dilenjan sana sini.Hari-hari dok menerai depan cermin mula -mula tersekat takleh masuk..lengan besar, lama-lama dah boleh masuk tapi macam barut nangka..hari berganti hari tiada lagi menerai depan cermin tapi terus pakai kesana kemari dengan selesa.Kenapa kena baju kecil?sebab korang akan berusaha gigih nak kasi muat pakai baju tu selagi takmuat selagi tulah korang akan usaha kan yang penting tak putus asa lah.
Contoh : baju dan seluar yang aku pakai neh adalah baju lama..baju saiz 38(S) dan seluar saiz M(agak longgar berbanding masa pakai dulu) seluar tu beli sebelum kahwin baju plak beli masa lepas kahwin tahun 2007 dulu..sebelum ni dok terperuk dalam storage box sebab memang tak dapat pakai pun.Ni gambar petang semalam punya kira candid dan  tak berapa waras sebab cubaan nak ambil gambo tanpa diekori Qaseh ternyata gagal hahah nak gak dia ikut aku kemana pun..
Versi waras punya
Bezanya kan baju dan seluar ni masa beli memula dulu berat aku ketika itu lebih kurang 10kg lebih ringan berbanding sekarang tetapi cemana sekarang  aku boleh muat?sebab dulu berat lemak je lebih walaupun ringan la ni walau berat tapi bukan sebab berat lemak ianya maybe berat otot sebab hasil penimbangan minggu lepas memang body fat berkurang dan jisim otot bertambah..dan tahukah korang otot lebih berat daripada lemak walaupun saiznya lebih kecil dari lemak..dengan adenya otot tubuh lebih kelihatan fit dan kemas..tak kisahlah berat korang 100kg sekalipun tetapi kalau boleh muat baju saiz S ada korang kesah kan.. sebab apa yang dilihat di depan mata lebih penting daripada apa yang tertera di penimbang..berat memang selalu berubah-ubah yang penting body fat yang harus korang fokus kan.

Berat = air dan otot
Lemak = Gemuk
          
saja aku ringkaskan gini supaya uolss paham yang berat badan seseorang tidak mempengaruhi rupa bentuk seseorang itu ada yang berat tetapi dia kelihatan kurus je dan sebaliknya..ini juga supaya korang tidak rasa tertekan bila tengok berat kat penimbang masih besor sedangkan badan makin mengecut..so jangan terlalu obses pada penimbang sebaliknya cuba ukur badan korang guna tali tape,cermin dan baju...
Jadi jangan risau berat korang turun sikit -sikit pun tak sedebuk macam orang lain ia ok aku seniri sepanjang 8 bulan ni berat hanya turun sekitar 100-500gm je seminggu tak pernah berkilo-kilo macam iklan produk kuruskan badan..kecuali 2 minggu lepas masa kena demam dan tonsilitis berat turun mendadak 1.4kg sangat merisaukan aku takut berat otot turut terjejas memandangkan aku telah mencapai berat normal pada ketika ini biasanya berat sepatutnya akan turun skit-sikit je berbanding waktu lemak kita terlalu berlebihan dulu.
Oklah aku kena tamatkan karangan ini sebelum korang muntah ijo migrain bagai nanti aku sambung lagi tips pada entri akan datang..tentang cara untuk atasi berat mendatar atau plateau(berat tetiba berhenti turun) dan macam-macam lagi
apa yang 'kembali' setelah berat berkurangan..



10/18/2012

Selamat menambah usia CPN

Hapdate laju-laju
Aku ada temujanji dengan periuk belanga kat dapur
Sebelum cerita ni basi dan lemau baik aku stori mori dulu
Ekceli Khamis lepas hari jadi aku..yang ke dot dot

Seperti kebiasaan tiada besday parti,tiada hadiah,tiada belon juga tiada kek apatah lagi nugget goreng
Cuma hari itu abam tersayam sanggup mencutikan diri dari keluar mencari rejeki..
beliau teramat sibuk sebenarnya kerja penuh 7 hari seminggu pulangnya lewat malam so bila nak togede-gede haruslah  pandai membuat masa.
Kami cuma keluar makan-makan je sebelum tu pi Klinik Pakar kat Hospital Putrajaya dulu pepagi sebab aku kena ambil ubat sabung nyawa..ubat apa nanti next entry aku stori mori kan yea..itupun jika aku sudah bersedia untuk berkongsi.rahsia ini telah lama kupendamkan
Kiteorang lunch bersama di Seoul Garden IOI Mall Puchong..ni kes TERlayan drama Korea dan rancangan Star King la ni asyik dok tunjuk makan Kimchi dah aku teringin hihi.
pertama kali makan Kimchi sedap jugak..banyak kali gak aku dok ambil hihi..walaupun makan secara buffet gini aku still kawal yea pengambilan makanan..makan sayur je lebih pun.
 
 Untuk tahun ni aku memang tak harapkan apa-apa walaupun kalau ada hadiah mak suka gak..
tetapi yang penting sekali ialah mak aku yang terlantar sakit sejak lepas raya dah mula menunjukkan perubahan yang positif..berbeza sungguh dengan kali terakhir aku tengok mak..langsung tak mampu bangun sendiri..makan pun tak lalu.

Tetapi  2 minggu lepas aku balik kampung kejap balik hari je untuk hantar barang-barang adik aku pasal dia dah berhenti kerja nak jaga mak aku la katanya..ohh mak kelihatan lebih sihat,lebih ceria..pastu asyik nak makan je..dah mula bersembang macam sebelum ini..
Sungguh aku rasa takut sangat bila melihat keadaan mak sebelum ni..aku tak bersedia untuk hadapi kehilangan..
Tahun ni banyak hal terjadi..yang sangat melukakan dan benar-benar menguji ketabahan aku..satu-satunya hal yang menggembirakan ialah hilang berat badan yang membebankan selebihnya tak sudah-sudah perkara menyedihkan berlaku.
Azam selepas dah setahun lebih tua ini ialah nak jadi lebih baik,lebih tabah dan ingin sentiasa positif biar apapun yang berlaku..nak berusaha lebih gigih untuk mencapai cita-cita..apakah cita-cita itu teettttt..
Harapan menggunung  semoga aku diberikan kesihatan yang baik dan terus kekal bersemangat nak amalkan gaya hidup sihat.

Nota Jari : Mana aku nak cari kimchi dalam botol atau yang boleh di tapau MIL aku dah lama minta suruh belikan gamaknya kat Jusco ada tak yea..pasaraya lain tak da plak.

9/28/2012

Kisah kehilangan berat badan saya..

Aku terima banyak maklum balas dan pertanyaan daripada manusia di sekitar aku..baik yang bertanya secara direct mahupun yang PM sana sini dan sebagainya..
ayat paling takleh blah apakah rahsianya..wah gituuu rahsia uolss kalau rahsia takleh lah bagitau orang dak..
sebenarnya aku nak sambung entri aku yang tertangguh sebelum ni kan tetapi masa aku agak mencemburui  so aku takleh nak buat karangan 1000 patah perkataan lagi..
bukan apa bila nak menceritakan perihal berkaitan dengan tips dan segala mak nenek kisah yang menyedihkan ini (wah gituuu sedihlah uolsss) banyak menda kerna kaji selidik sebelum aku tepek kat entri kang silapharibulan tersalah bagi info tak ke saja je..

So pada uolss yang sebelum ni bertanya memacam tu kan mohon bersabar insyaallah dalam masa terdekat ini aku akan  berkongsi kisah kejayaan dan tips-tips yang berkaitan.
Sebenarnya aku serba salah nak cerita nanti ada yang kata aku beriak-riakkan ikut hati aku tak koser nak selitkan cerita pasal ni tapi setelah bertanya sana sini pada teman-teman seperjuangan..banyak yang bagi sokongan dan maklumbalas positif.

Maka nya atas niat ingin berkongsi perkara yang baik yang boleh memberi motivasi pada orang takda salahnya kan lagipun aku bukan nak promot produk ke apa.
Lagipun susah aku nak menaip karangan setiap kali orang PM aku baik aku tulis dalam blog je dak..nah terus boleh rujuk terus sampai ke anak cucu..

Hurrmm perkara lain yang aku khuatirkan ialah kena lah ada gambo sebelum dan selepas kan..ini masalah terbesar aku caitt besar lah sangat.
Bukan takda gambo tapi kerisauan aku pada  sesetengah peniaga produk kecantikkan atau kesihatan dan kuruskan badan dengan biadabnya menggunakan gambo orang lain tanpa keizinan sesuka hati nak claim gambo testimoni depa..walhal selamba badak pi cilok kat blog orang..

Kejiss sangat hokay..susah payah orang tu kuruskan badan tanpa sebarang obat-obatan dengan penat lelah tetiba jadi mangsa si peniaga yang tahu nak untung jer..bukan sekali dua tau aku terjumpa dah banyak kali bila tanya empunya badan terpinga-pinga dia tak tahu gambo dia telah dipergunakan..choii sangat-sangat.
Malahan pengakuan daripada seorang kenalan yang dah lama berjaya kuruskan badan  secara sihat bagitau aku ..beliau sendiri pernah ditawarkan ongkos yang lumayan dari tokey produk kuruskan badan terkemuka untuk membeli gambar beliau tapi member ni menolaknya sebab tak sanggup nak bersengkongkol menipu orang ramai lebih baik dia buat kerja percuma bercerita tips-tips kurangkan berat badan secara sihat kat blog je.

##Caitt ingat kan nak tulis 100 patah perkataan je sekali berpatah-patah juga.

9/24/2012

Selamat Hari Lahir Qaseh..cepatnya masa berlalu

Semalam hari jadi Qaseh..sapa-sapa yang berkongsi hari lahir yang sama selamat hari lahir gak diucapkan..
Aku perasan ramai anak kenkawan yang sebaya dengan Qaseh ada yang cepat sehari dua tak kurang juga lewat seminggu dua yang pasti ramai yang lahir pada minggu yang sama so konpem la korang pun berpantang time raya macam aku gak kan 4 tahun yang lalu huhu..
Takda mejelis beria-ria walaupun ikutkan nak wat lagu tu atas sebab-sebab tertentu takda mejelis..jalan-jalan dan makan-makan macam biasa.
Makan kat KR je abahnya Qaseh yang ajak makan sini lagipun ni salah satu tempat makan kegemaran si besday gurl ikut hati aku nak masak-masak dan piknik kat taman jadilah pehtu bagi Qaseh main puas-puas sampai jemu kehkeh..
 Berselera sungguh minah ni mencekik..abis licin baguslah aku perasan sejak akhir-akhir ni beliau makan banyak sikit daripada biasa maklumlah peralihan umur gitu kan haruslah makan banyak sikit nak-nak kalau bersuap memang abis tapi kalau dia makan sendiri kadang-kadang je abis nasi, biasanya lauk je yang habis..
nasi terbiar sepi tiada yang peduli kalau dulu-dulu aku yang akan peduli akan nasib nasi itu kini tidak lagi..dah lama aku pencen jadi DBKL so sisa-sisa makanan akan terus menuju ke destinasi sepatutnya tak perlu lagi  menempel di usus-usus aku lalu bertukar menjadi lelemaks degil pulok..

Ikutkan semalam lepas mencekik nak bawak Qaseh pi main kat mana-mana kan tapi pasal aku lama sangat dok dalam Cold Storage cari barang terpenting kononnya..maka  abahnya plan nak balik umah je tambahan plak abahnya nak suruh aku wat kek untuk Qaseh..maklumlah itu impian Qaseh sejak dulu ingin meniup lilin kek harijadi sendiri hehehhe

Tetapi aku lak di jajah bendera Jepun so biasanya dah macam satu kepantangan yang dicipta sendiri aku takkan nak buat kek atau masak apa-apa yang beria bimbang tak menjadi..aku sokmo gini bile piyed je mesti tak gemor nak membaking atau memuding apa-apa ntahlah biasa sangat tak menjadi so baik aku elakkan diri membuatnya.

Maka nya aku minta abah Qaseh jelah bantu buat kek sementelah aku cuma memberi arahan dan bantu sikit-sikit..alah lagipun buat Tiramisu je pasal tu je kek yang boleh dibuat dengan pantas dek kekurangan masa ditambah plak ianya kek feveret dak Qaseh juga abahnya..buat kek lain kang bukannya dorang nak makan aku dah tentulah dah bersara daripada makan-makan kek ni tolong buat boleh laa..

jeng..jeng

inilah kek besday Qaseh nampak comot biasalah bahan-bahan tak berapa banyak so buat apa yang ada yang penting ikhlas dari hati..ikut hati nak hias beria sikit tapi Qaseh dah teruja sangat..jadi oklah kan daripada takda hehhehe..


Budak kenit ni asalnya tak berbaju punyalah tak sabar nak tiup lilin kek dia..so cepat-cepatlah capai mana-mana baju kasi dia pakai..nak mekap pun tak sempat dah huhuhu

dah tak sabar-sabar kekdahnya..dah lama beliau nantikan saat ini wahhhh gituuuuu walaupun bukan kek idaman yang sepatutnya iaitu kek ada patung Barbie tu tapi omak ko ni bukan terer membaking kek nak ni je sompat buat pun..janji kek ni akan konpem abis..tak kuaser aku buat kek yang tak abis di makan orang..

Masa yang dinanti tiba..tutup lampu dulu..

lilin di hidupkan..

Masa untuk menunjukkan kemampuan vokal memasing..menyanyilah kami laki bini memalam buta lagu peberet dak Qaseh..yang hairannya hanya kami je nyanyi biasanya Qaseh yang suka nyanyi lagu tu kali ni dia cuma tersengih diam dan dok tarik nafas tak sudah-sudah..ala-ala nebes gituhhhh nak tiup lilin kan
Ok mak kau tacing gila ok..melihat babak ini mujur tak banjir rumah...macamlah anak kau nak pi berkahwin ka..nak pi berperang ke apa

Sungguh-sungguh dia tiup sampai padam lilin..motip aku rasa tacing sangat sebab sebelum ni kalau Qaseh nyanyi lagu 'Happy Birthday' tu dah last tu dia mesti wat aksi tiup lilin tepuk tangan segala siap cium pipi aku bagai so bila dah dapat tiup lilin bebetul haruslah aku rasa tacing gituh..boleh?

Muka happy giler dah berjaya tiup lilin kek harijadi sendiri..oh yea pompuan dalam TV tu tetamu kami tapi dia tak dapat makan kehkeh..

Masa untuk merasmikan upacara pecah tanah..hehhehehe

dah selamat di ngap oleh besday gurl dan bapaknya..sepatutnya lapisan cream cheese tu tebal sikit macam kebiasaan aku buat tapi kali ini pasal kekurangan bahan nipis jelah yea..janji boleh makan dan masuk dalam perut gak kan..alah sapa je yang nak makan pun huhuhu..

**Entri ni aku tujukan untuk dak Qaseh yang sejak seminggu dua ni suka menggodek-godek entri dalam blog ni..nak-nak yang ada muka dia..pastu gelak sorang-sorang..ntah apa-apa jer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...