Mereka Yang Terbaik..!

10/21/2010

Kenapa benci sangat dengan nasi..?

Salam..adehh hari ni takleh lak nak upload gambar yang berwarna warni serta menggegar jiwa..bile nak upload je error ahh layanlaa..hari ni sajer nak cite tentang diet,ade banyak sangat program diet untuk kecikkan saiz baju korang tapi adekah semuanya berkesan tanpa memberi kesan buruk dikemudian hari..setelah menggugel sana sini sampai lebam bijik mata nih,pemerhatian demi pemerhatian dilakukan saya rasa tak semua diet ni sesuai dengan kita umumnya orang asia yang menjadikan nasi sebagai makanan ruji kita sejak dari dalam perut mak sampai besar panjang kita dah terbiasa dengan rasa nasi itu sendiri..tapi bila sebut je diet awal-awal lagi kita dah salahkan nasi..nasi yang punye angkara aku besar gedabak gini..terus taknak makan nasi..kita bencikan nasi sebab mempunyai nilai karbohidrat yang tinggi.

Jangan benci nasi kalau kita nak berdiet buatla secara perlahan-lahan,kalau biasa ambik 3 pinggan nasi sehari kita cubala kurangkan kepada 2 pinggan dan seterusnya..saya percaya mungkin kesan penurunan berat tu nampak perlahan tetapi ia lebih selamat berbanding penurunan berat badan secara serta merta sudahnya cepat turun berat cepatlah naiknya jadi diet yo-yo..nak tahu kenapa kita tak seharusnya benci pada nasi baca sini

Kebanyakkan orang nak cepat turun berat tapi takmo senam dan kurangkan makanan so tanpa keazaman dan disiplin yang kuat cemana nak kurus ye tak..rasanya ade baiknya sebelum memulakan program diet dan sebagainya kita berjumpa doktor dan minta nasihat yang sesuai bagaimana caranya mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat tanpa memberi kesan jangka panjang.Setelah meneliti sana sini saya rasa kurangkan pengambilan kalori serta bersenam adelah kaedah yang lebih selamat sebab kita cuma kurangkan bukan tak ambil langsung ingat jangan sesekali skip makan ia hanya akan menyebabkan perut kalians berada dalam mode lapar yang teramat maka kita akan makan lebih banyak berbanding dengan apa yang tubuh kita perlukan..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...