12/08/2010
Ricau..ricau..ricau
Lirik Lagu Kalau Cinta - Aliff Aziz ft Joanna
Aliff Aziz
Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu
Joanna
Seluruh Jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu
Duet
Telah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau
Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta
Joanna
Di lubuk hatiku
Adalah kamu..Yang aku perlu
Aliff Aziz
Seluruh Jiwaku..Hanya dirimuYang aku mahu
Huhu..ni salah satu lagu kegemaran dak tenit nih..maksu dialah bulan lepas time tu sibuk duk pasang lagu nih kat laptop dia si tecik ni dengar terus suka sangat..pantang dengar sibukla dia tergedik-gedik nak menari pastu siap menyanyi lagi walaupon masih pelat tapi tang melodi tu bebetul dia ikut.Kalau dalam keta dengar lagu ni kemain lagi ngan tangan -tangan dia goyang huhu..
Paling lucu kalau dia sebut time lirik 'maka kita tak saling risau' dia mesti ikut sebut ricau..ricau..ricau bersungguh dia cuba nak ikutnya.
Selain lagu ni lagu Stacy 'Jahat' tu memang dia suka sangatla,lagu Maher Zain pun sama dia pandai sebut InsyaAllah jela..lagu bebudak AF,lagu raya HotFm paling dia minat kita nyanyi sikit je terus dia nyanyi sampai abih..banyak la lagu dia minat yang rancak-rancak la..tapi kekadang dak tenit pandai gak berangan-angan kalau dia tengok video klip lagu tema 'Kami Prihatin' tu mesti dia sebak je dia memang suka dengar lagu tu.
Ada seorang member ni cakap kat status FB dia la yang dia risau kalau anak-anak kecil ni suka dengar lagu nanti terpesong akidah..
Bagi saya terpulangla setakat ni takda la saya biarkan Qaseh dengar lagu-lagu heavy metal yang keras muziknya dan lirik mengarut.Memang normal la kalau budak baya dia ni suka tergedik-gedik dengar lagu lagipun melalui lagu gak dia belajar menyebut sesuatu perkataan tu.
Setakat ni ayat yang sering keluar dari mulut Qaseh yang dia bebetul sebut,yang saya tak pernah ajar tapi saya biasa sebut pada dia kalau nak mendodoikan dia tido masa dia masih bayi-bayi dulu adalah..
La illa ha illaAllah Muhammadur Rasullullah..Dia akan mengalunkannya sama seperti saya berzikir time dia main,time dia tepuk-tepuk montot pinky(anak patung bear dia),time dia main urut kepala saya pun dia mesti sebut gak..takdelak dia duk hafal lagu yang dia selalu nyanyi tu..dia cuma ikut menyanyi kalau saya yang mula nyanyi atau dia dengar kat radio atau pun tv..
pendapat kalians cemana adakah salah anak-anak kecil mendengar lagu walaupun lagu twinkle-twinkle little star atau pun lagu burung kakak tua ke..
Labels:
aksi si kecil,
famili,
QASEH IZZ ZAHRAA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
ricau3x, heheh...comel qaseh sebut...
nurul, kalo tengok lyna, amat suka nyanyi n joget! sampaikan kami plak yang sibuk cari lagu apeler yang lyna nyanyi, hehehe... betul kata nurul, tu salah satu cara budak untuk bertutur ngan betul...
pendek kata, jika kita corakkan meka kepada cara yang tak elok, tak elokler jadinyer...kita corakkan elok, insya Allah, okey...
Catat Ulasan