Mereka Yang Terbaik..!

1/19/2011

Benarkah susu saya tidak cukup?

Terimakasih kepada MommaMia yang sudi panjangkan soklan ni kepada acikk..maka acikk dengan rendah diri cuba tuk share kepada semua yang sudi ketahuinya..ni ayat yang dikopi pes daripada kiriman sms MommaMia.



''nurul alin ni.nk mintak tolong lagi bleh.ada ibu ni masih berpantang bsalin 20 hari..1st wk aft bsalin bb dia masuk NICU sb dehydrate.dtor kata susu dia sket n suh campur fm.dia dah berurut 3 hari n bidan kata susu dia byk.tapi bila dia pump dpt 1oz je plg byk 2oz.'



Menurut Suhaili(si ibu tadi),ketika mengandung dia dan suaminya telah mengikuti kelas persediaan penyusuan ibu dan sebagainya so memang dia dan suami sudah berniat dan mahu menyusukan baby diorang dengan susu ibu sepenuhnya.

Dalam kes Suhaili ni, doktor tadik mungkin telah menyampaikan info yang kurang tepat dimana sepatutnya doktor tersebut memberitahu bahawa Suhaili mungkin kurang kerap menyusukan babynya bukannya susu nya tidak cukup..maka kata-kata itu telah membuatkan si ibu tadik ni berfikir yang susunya memang tidak cukup untuk si anak sehingga anak kekurangan air didalam badan.(pelekapan mulut bayi yang salah ketika menyusu juga boleh menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya)Malah dengan menggalakkan si ibu supaya top-pup dengan susu formula akan menyebakan lagi si ibu tadi tidak yakin dengan kemampuannya menyusukan anak sedangkan bukan itu jalan penyelesaiannya.. saya amik contoh untuk dikongsikan bersama ini ayat daripada Kaunselor Laktasi iaitu Puan Kamariah dr susuibu.com siler rujuk link ini



Kadangkala dan kebanyakan masa, ramai ibu mempunyai persepsi, bayi tidak cukup menyusu berdasarkan keadaan payudara yang tidak begitu bengkak dan hampir kempis. Hakikatnya, amat jarang sekali bayi tidak cukup menyusu kerana jika diteruskan juga, susu pasti akan mengalir juga walau dalam kuantiti yang sedikit. Secara tabiinya, apabila susu telah dikeluarkan dari payudara, maka susu yang baru pula akan dihasilkan. Namun jika ibu yang memang ditakdirkan mempunyai 'kilang' penghasilan susu yang agak sedikit, maka resolusinya adalah tambahkan kekerapan penyusuan atas sebab yang diterangkan di atas. (Bukan top up dengan formula yer!)Nasihat saya, untuk memastikan bayi cukup menyusu, perhatikan pengeluaran bukan berdasarkan kemasukan. Maksud saya, jika bayi cukup menerima susu, pasti ada najisnya. Sekurang-kurangnya, bayi akan membuang air kecil 6 kali atau lebih. Selain dari itu, perhatikan juga pertambahan berat badannya. Jika naik secara normal, ini bermakna bayi memang mendapat cukup susu.

**Rujuk pusat perubatan berdekatan untuk mengetahui pertambahan berat badan bayi anda.



Tentang masalah bila pam cuma dapat 1oz hingga 2oz..itu adalah keadaan normal bagi ibu yang direct feeding lebih-lebih lagi apabila mengepam setelah anak selesai menyusu.Hisapan daripada mulut bayi adalah mekanisme terbaik bagi meransang penghasilan susu ibu maka sememangnya tak boleh nak bandingkan dengan kadar penghasilan susu yang keluar melalui sedutan pam sudah tentulah mulut bayi adalah yang terbaik.



Jika bayi masih merengek dan kembali menghisap susu setelah 5 minit menyusu itu adalah normal kerana pada usia begini bayi merasa selesa dan suka menghisap.Keperluan bayi amat sedikit diawal kelahiran terutama pada 3 hari pertama. si ibu tak perlu merasa risau. Susu tu ada cuma kuantitinya sedikit. Itulah namanya kolostrum, kemudian pada hari yang seterusnya susu peralihan mula keluar. So payudara si ibu akan mula bengkak sebab tu ramai ibu kata lepas 4-5 hari baru susu keluar..sebenarnya susu dah ada dan sangat cukup untuk keperluan bayi yang baru lahir. Cuba tengok balik tanda-tanda baby cukup susu.Perut bayi yang baru lahir hanya sebesar lebih kurang sebiji anggur maka kira-kira 7ml atau beberapa titik susu sudah cukup untuk membuatnya kenyang.Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini bayi yang baru lahir memang kerap menyusu dan pada minggu-minggu pertama kelahiran ini si ibu seharusnya kerap menyusukan anak bagi meransang pengeluaran susu ibu tetapi jika sudah di campur dengan susu formula dan sebagainya maka dari situla bermulanya susu ibu akan berkurangan harus diingat semakin banyak permintaan maka banyakla penghasilan susu itu.jika bayi sudah kenyang dengan disebabkan telah menyusu dengan susu formula maka kekerapan bayi menyusu dengan susu ibu akan berkurangan lantas juga menyebabkan kurangnya penghasilan susu ibu itu.





Suhaili ade juga menanyakan tentang pengambilan supplemen..untuk makluman tidak salah untuk mengambil makanan tambahan lain sekiranya si ibu tadi merasakan perlu tapi pastikan ianya sesuai dengan tubuh badan kita dan tidak mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan.Sememangnya ibu yang menyusu perlu mengambil makanan yang seimbang,pernah seorang rakan saya yang bekerja dalam bidang pemakanan memberitahu sebenarnya kita hanya perlu mengambil lebih kurang sebesar kotak mancis bagi hidangan seperti sayur dan lauk pauk bagi sekali hidangan nasi. Namun jika si ibu merasa perlu tuk mengambil supplemen untuk menampung kekurangan zat didalam tubuh tidak salah,paling penting jangan bandingkan tubuh kita dengan orang lain jika merasa kurang yakin berjumpalah dengan mereka yang lebih pakar dan arif tentang hal ini.



*Tidak semua pakar perubatan adalah mereka yang pro tentang penyusuan susu ibu lebih-lebih lagi jika bukan dalam bidang pengkhususan mereka maka sebaiknya berjumpalah mereka yang sememangnya pro tentang penyusuan ibu.

3 ulasan:

Elly & Emmy berkata...

koi mula2 dulu pun nyaris nak bg FM jer kat budak berdua ni.. risau takut diorg lapar.. tapi mujurlah koi dapat sokongan dr keluarga.. terus terbatal niat tuu..

Momma Mia berkata...

huhu thanks nurul for this sharing
so tak semestinya lah masalah latching ek... Kalo baby tu isap lama2 lebih dr 1 jam tak nak lepas cane nak tau yg dia betul2 latch & minum?

Harap sudi berkongsi lagi...

MamaLily berkata...

thnx sgt to nurul n alin yg sgt supportive. harap2 su dpt dpt cuba kongsi d blog su. otw ni..huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...