Mereka Yang Terbaik..!

5/05/2011

Belajar daripada kesilapan

..Semua orang pernah buat silap kan sebabnya kita tak sempurna maka bila sudah tersedar melakukan kesilapan kita akan berusaha untuk memperbaikinya lagi betul takkk..?motif sebut pasal ni heheh sebelum tu rasanya takdela terlambat benor nak ucapkan tahniah kepada teman yang sama-sama memperjuangkan kebaikan susu ibu lain tak bukan Puan Hayatie yang telah selamat melahirkan anak keduanya 25hb April yang lepas..padahal baru je hari Ahad tu kami bertemu masa Perjumpaan Ibu-ibu Menyusu(SGM) kat Tasik Cempaka,siapa sangka esoknya dah bersalin huhu..bak kata Hayatie pengalaman melahirkan dan menyusukan kali ini amat berbeza berbanding dengan anak sulongnya dulu..betul tu saya pun sebenarnya teringin gak melalui pengalaman sebegitu..banyak nak diperbetulkan bila ingat kembali saat-saat kelahiran Qaseh dulu hati ni bagaikan tersayat pilu..sakit hati,menyesal semua ada..silapnya ialah kerana hati saya tak kuat dan kekurangan ilmu walaupun niat sejak belum kahwin lagi mahu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu..sebelum ini saya fikir menyusukan anak itu mudah sangat just selak baju nah suakan anak..tapi tak semudah itu pada permulaannya tapi saya bersyukur sebab jika tidak melalui keadaan ini sudah pastila sehingga hari ni saya takkan tahu begitu banyak mengenai penyusuan susu ibu..Alhamdullilah sehingga ke hari ini juga Qaseh sudah 2 tahun 7bulan dan masih menyusu badan..





Qaseh memang menyusu badan dan tidak pernah menolak susu badan sejak kelahirannya cuma faktor persekitaran di mana semua orang di sekeliling saya yang saban waktu mendesak saya mencampurkan susu formula dengan alasan kononnya susu saya tidak mencukupi sebab Qaseh asyik menangis..tapi atas tekad yang mendalam dan keazaman yang tinggi saya berusaha menghindari daripada memberi susu formulaa..pedulikan apa yang orang lain fikir dan kata tentang saya.. Dek hati kering inilah jugaa akhirnya saya berjaya menyusukan Qaseh sepenuhnya dengan susu ibu tanpa perlu peduli susu cukup atau tidak dan menyerahkan semuanya pada ALLAH TAALA..saya pekakkan telinga dengan segala kata-kata orang bukan berniat untuk melawan cakap dan sebagainya tapi merasakan sebagai ibu yang melahirkan anak saya dengan susah payah saya berhak membuat keputusan sendiri yang mana ianya adalah demi kebaikan anak yang saya cintai..


Pada semua kenkawan jangan merasa sedih dan putus asa jika kalian pernah gagal sebelum ni yakinlah pada diri sendiri kalians mampu atasinya..kekadang kita tak pernah fikir yang sebetulnya kita boleh buat lebih daripada yang kita mampu..jangan kerana kata-kata orang kita abaikan kehendak hati sendiri..buatlah keputusan yang terbaik kita tak memerlukan keizinan masyarakat sekeliling tapi yang kita perlukan sokongan mereka..


kekadang saya pelik juga bila ade terdengar yang ada juga suami yang tidak memberi keizinan pada si isteri untuk menyusukan anak dengan susu badan,ada bezakah tidak izin dengan tidak menyokong?huhu padahal menyusukan anak itu fitrah semulajadi dan ianya kewajipan kita sebagai ibu bapa memberi yang terbaik untuk anak-anak..tertanya-tanya juga saya kalau si isteri boleh menerima dan memahami apa sahaja kesukaan dan hobi si suami mengapa si suami tidak boleh berbuat demikian..bukankah kalau kita mencintai dan menyayangi seseorang tu kita akan berusaha memberi yang terbaik pada mereka..hahahha lagipun bukannya si isteri ni tadik nak bagi racun ke apa pada anak betul tak..tapi itulah lain orang lain pendapat dan pandangan mereka dan pastilah mereka ada alasan-alasan yang tersendiri..





So pada para suami kalian juga harus menggali ilmu sebanyak yang mungkin,memahami mengenai pentingnya penyusuan susu ibu..berilah sokongan pada si isteri sebaik mungkin kerana sokongan suami lah yang paling di harapkan kalau suami sendiri pun buat tak reti alangkah sukarnya si isteri melaluinya sendirian..boleh join SGM setiap bulan di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi bukan hanya ibu-ibu menyusu je yang join yang dah tak menyusukan anak pun boleh apatah lagik yang belum kahwin,kaum bapa bawakla sesiapa pun termasuk nenek,mak mertua supaya sama-sama dapat berkongsi pengalaman dan menambahkan ilmu sedia ada..

2 ulasan:

Eida elHakim berkata...

betul tu nurul..
kalau nak menyusu anak.. kena buat hati kering.. pekakan telinga ngan suara2 yg duk suruh FM kan anak.... nak2 kalau anak tu menanggis.. terus cop.. tak cukup susu laa tu...
eida juga dah melakukan kesilapan pada anak sulung dan kedua ni.. akibat kurang ilmu penyusuan.. maka terus sependapat dgn kata2 susu ibu tak cukup utk anak membesar.. menyesal betul.. bukan nak salah kan org sekeliling.. tapi diri sendiri yang jahil.. dush..dushhh sampai lebammm :(

Cik Puan Nurul berkata...

HAHAHHA..jangan dush..dushh nanti tak dapat nak menetek budak duaorang tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...