Mereka Yang Terbaik..!

7/25/2011

Edisi Pra-Ramadhan : Nasi Lemak Kukus Hijau Pandan Harum Mewangi

Salam senin..wahai semua ahli buboq..masih lemau dipagik senin?kalau rasa mengantuk sile ketuk ketampi di luar opis okey..hahahhaah barulah segar dan bersemangat gitu.kalau rasa lapar ampunkan saya atas penayangan gambar kejis ini,jangan marah bukan puasa pun lagikan takde scene meleleh ayaq liuq pun kan hihihihihi.Ini adalah santapan yang tak disengajakan masak eh buleh lak tak sengaja masak..yelah pada asalnya memang tak berniat nak buat pun tapi setelah pertimbangan dibuat akhirnya nahhhhh terhasillahh santapan berkolesterol rendah ini hikhik.Kebetulan ada belen santan dalam kotak (kotak kecil je)adelah lebih kurang 3/4 gitu lebih kurang sebahagiannya di gunakan dalam bubur lambuk untuk jamuan potluck SGM semalam kat Tasik Chempaka(next entri nanti cerita)Daun pandan pun ada banyak haaa apa lagik menternak lemak la dengan nasi lemak,dah ada daun pandan banyak tu yang timbul idea nak mengkalerkan nasik dengan dengan hijau daun pandan heheheh..moh layan resepi dulu kalau berkenan boleh buat kan..simple je ni kira main agak-agak je sebab dah lama tak buat nasik lemak tapi sambal tumis sokmo buat peberet tuhh
Nasi Lemak Kukus Hijau Pandan Harum Mewangi
Bahan-bahan:(untuk nasi lemak)
lebih kurang 3 pot beras-acik guna beras Faiza Bersamamu je kalau guna beras basmathi nasi jd berderai lawaaa

santan-acik guna 3/4 je pati santan kotak tp still menyengat nasiknya beberapa helai daun pandan di blend dan ditapis airnya
halia seinci dihiris halus
bawang merah sebiji di hiris
halba-acik tak buh takde kat umah
2 helai daun pandan diikat-jika perlu,acik tak bubuh dah sebab dah wangi dengan air perahan pandan tu kan.
air secukupnya-acik just guna air perahan daun pandan + santan sudah mencukupi.

jika perlu rasa nak menyerlah kaler ijau tu boleh masukkan sedikit pewarna hijau pandan.

**satukan semua bahan diatas dan kukuskan dalam periuk,disebab kan acik memang masak nasik guna steamer rice cooker maka memang otomatiklah kalau masak nasik apa pun dalam periuk tu jadi nasi kukus lah kan.

Bahan-bahan untuk sambal tumis ikan bilis:
-ikan bilis yang digoreng rangup-acik guna 100gm lebih kurang gitu -
-cili kering yang dikisar-suka ati nak bubuh banyak mana kalau suka pedas buh ler bebanyak

-bawang merah 3 biji,seulas bawang putih ditumbuk lumat
-
-sedikit belacan bakar -dtumbuk sekali dengan bawang merah
-
-sebijik bawang besar dimayang

-1/2 daripada sekeping gula nesan/kerek/gula melaka-menyedapkan sambal dan mengharumkannya.

-garam secukup rasa

-gula jika perlu-kalau cili kisar tu pedas melampau2
-sedikit air asam jawa-acik guna pes asam jawa Adabi

**tumis cili kisar dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan pecah minyak bebetul baru masukkan air asam jawa,gula nesan dan bawang besar yang dimayang.masukkan garam secukup rasa bila agak pekat molek last sekali masukkan ikan bilis yang dah digoreng kendian gaul sebati boleh la diangkat hidang.

**Sukatan bahan-bahan kat atas tu acik main agak-agak je memang tak biasa pun nak sukat2 main campak2 je masak huhu.

sesuai dimakan dengan dengan timun jepun yang rangup,ikan bilis atau kacang tanah goreng,ayam goreng dan lelain.Asalnya nak goreng tempe sekali tapi bleh la lupa hehehehe.

**Acik guna cili kisar yang dibeli kat kedai sebab cili kisar kat umah(kisar sendiri) dah abis.Mulanya risau gak takut tak sedap sebab tak biasa guna cili kisar yang jual kat kedai maklumlah dah terkena sekali jenama apatah pedas giler sampai berdesing telinga huhu..tapi yang ni mujur ok sedap dan taklah pedas melampau-lampau meskipun banyak gak yang digunakan.bukan apa encik suami tak makan pedas sangat kesian kat dialahh kalau pedas kan..Alhamdullilah bertambah-tambah beliau makan hehehehehe..

1 ulasan:

hayati abdullah berkata...

sedap ni. saya pun suka nasi lemak hijau ni. wangi pandan itu best..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...