Mereka Yang Terbaik..!

7/07/2011

Perangai Hudoh Yang Tak Boleh Diterima

Sekejapan je dah Khamis kan...sekejapan jugala dah setengah tahun kan..hari-hariku sebagai wanita semakin hari dirasakan begitu bermakna cisss porahhhhh..
Hari demi hari gak anak dara ku yang sorang tu semakin tinggi,semakin banyak akal dan semakin menjadi-jadi gak kerenahnyaa yang...aduiiiii tak terdaya omak ekau ni haa nak melayannyaa
sememangnya sudah sedia maklum pada usia anak begini tahap nakalnya sangat-sangat mencabar kesabaran woo..
itu belum campur panas baran dia yang semakin menjadik-jadik tu kan..asal silap sikit,asal mak cakap jangan  mesti nak hangin satu badan tak guling-guling ngamuk atas lantai dia akan lari lelaju buka peti ais balingla apa yang ada..terutama botol-botol atau bekas kaca adehhh seriau hokay..
hari-hari jugakla mak ni berkejaran lari sepantas yang boleh bagi menyelamatkan apa yang patut bukanlah botol-botol sos tu yang dirisaukan sangat tapi risau kalau kaca yang pecah kena pada anak..
pinggan,cawan,pasu bunga..balang kaca apa yang tak dipecahkan dak tecik sorang ni..jenis kalau baran mesti harus baling barang..seronok sangat eh tengok menda-menda ni pecah pastu rajin plak nak lap sisa tumpahan tapi yang haruknya dia akan ambil apa saja yang ternampak depan mata kain tuala ke,baju ke,kain tudung ke ahhahahaha kalau kebetulan kain buruk yang dia nampak takpela dia nak guna tuk mengelap pun kan..
perangai hudoh yang lain dia suka renjis air pada remote tv..kalau remote asteruk tu entah berapa kali daa jahanam cuma tak pernah tukar walaupun sekali sebabnya abahnya akan repair kasi elok semulaa..mujur beliau tau serba sedikit nak bekki barang-barang ni tidak ntah berpuluh la remote asteruk jadi koleksi kehkeh..
kadang-kadang kan rindunya nak bau baby..rindu nak peluk baby..tapi baby yang dah besar kat rumah ni selalu gak memperasankan diri tu masih bayi..asal nampak baby kat memana teruslaa dia mengajuk suara baby menangis siap ambil kain suruh mak balut dia bior nampak cam baby kene bedung huhuhu..
kegemaran beliau sekarang ni suka selak balik album gambar ketika dirinya itu masih bayi hehe duk usungla kesana kemari pastu mulut tu tak henti-henti dok sebut ''baby..baby...''kang bagi baby kang dengki pulok..
camner ye korang handle anak yang sulong bila mana korang pregnant..cemana nak uruskan diri yang mabuk-mabuk kepayang dengan kerenah anak semakin buas..selalu terpikirkan hal ni adehhhhhh..
 membaca sambil tunggu temujanji dengan dentist hehehe
namun demikian senakal-nakal dak tecit ni beliau anak yang baik juga suka memujuk kalau maknya purak-purak sedih..suka main kepala belai rambut mak sampai terlena mak dibuatnyaa.dan mempunyai hobi yang sama dengan mak iaitu suka membaca tak kira di mana jua..paham ke tidak tak penting hehe..
 hei..saya bukan budak nakal laaa...saya baik saya ok..Dedulu suke sangat masuk dalam drawer nih..hehe sekarang dah tak muat dah,drawer ni pun dah takleh nak diselongkar dah dah kena kunci kehkeh..padan mukaa hahaha.

2 ulasan:

Fid berkata...

adakah dia berangan jd doraemon dok dlm drawer???

a berkata...

hihi..tomeynye~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...