Mereka Yang Terbaik..!

Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan

5/16/2013

Hari ini hari guru

Selamat menyambut hari guru pada semua kenkawan yang bergelar guru atau pendidik tak kiralah cikgu ke,pensyarah ke waima guru sekolah memandu mahu pun atau 'guru' yang mengajar erti kehidupan pada orang lain seperti mereka yang amat kita hormati iaitu ibu bapa kita..
Seronok korang kan dapat banyak hadiah huhuhu..ohh no terlupa lak nak ucapkan selamat hari guru gak untuk ibu mertua ku..(macam mak baca blog aku neh huhu)

Ada beberapa hal yang terjadi sejak akhir-akhir neh sampai nak update blog pun tak dan..minggu lepas Qaseh sakit(nanti cerita kat entri lain)
Maka hampir terlupa aku nak cari hadiah untuk cikgu Qaseh,walhal aku sendiri buleh buatkan hadiah tu tapi itulah masa sangatlah tak cukup uolsss..
So malam tadi sempatlah aku mengadakan hadiah itu walau tak seberapa kan janji ada..
Ikutkan abah Qaseh nak suruh aku wat kek atau apa-apa jelah juadah kan tapi tulah alasan yang sama dok dang wehh..
Nak DIY kad pun takdan..mujur kat umah neh ada lebihan kad kecik untuk hadiah yang tak digunakan juga pembalut hadiah(yang ni kalau takde kertas minyak pun banyak) huhuhu..dah nak tidur malam tadi aku bangun semula teringat tentang hadiah untuk cikgu..walhal minggu lepas dah nampak hadiah comel-comel kat PKNS Bangi tu tapi tak teringat nak beli..
moga cikgu Qaseh sudi menerima hadiah tak seberapa ini..mujur umah ni macam poket doraemon hahahha ada je hadiah yang boleh diberi..jangan risau yea memang hadiah baru bukan secondhand ke apa..biasalah aku selalu terlebih membeli hadiah uolss pembalut pun sama suka beli walau tak guna sebab kenan dengan corak..kalau abah Qaseh lagilah siap beli dua dan balut sesiap walhal nak bagi untuk sorang je kawan dia yang kahwin so yang satu lagi simpan jelah dulu kot-kot ada orang kahwin leh bagi kan.

4/29/2013

Perkahwinan sahabat baik selamanya..

Salam Senin kalian..jangan moody ok walaupun Senin tu jauh dari Jemaat tapi pejam celik pejam celik sekejapan je tau-tau dah Jemaat.


Baiklah nak sambung cerita yang lama tergantung..sori uolss ginilah mood manjang kelaut kejap ke bulan udahnya blog pun terbengkalai..bizi uolss nak wat cemana,bizi nak kuruskan badan kena lah korban masa berlaman sosial kan wahh gitu.

Bulan lepas kawan baik selamanya aka bekas rakan sekelas aku dah selamat menikah dan jadi bini orang.. terkezut gak mak bila beliau bagitau nak kahwin sebab perancangan asalnya cuma nak bertunang je dulu udahnya kalau dah sampai seru jodohnya kan..takde yang boleh mempercepatkan dan melambatkannya lagi..Maka majlis pun berlangsung lah dengan jayanyaa..

Gambo-gambo dari henpong so idoklah segah mana yeaa..ada yang di ambil guna si Dabak tapi aku adalah malas nak upload dan edit bagai lagi hahahaaha.


Antara kenkawan baik selamanya yang turut hadirkan diri


dan tak lupa aku dengan pengantin pun ada..tema adalah pink belacan..dekorasi untuk pelamin adalah DIY..suka sangat kaler-kaler yang digunakan sebab semua kaler yang aku suka.



dan heheheh sempat lagi..


Ada sapa-sapa yang nak kahwin lagi jangan lupa jemput aku tauuu..tetiba rasa macam teringin nak makan lauk kenduri kahwin hehehhe..

4/17/2013

Rabu tanpa banyak ayat karangan(mood 2013 yang lemau)

Ohhh tidak tak tau napa tahun neh lemau menjadi-jadik cerita banyak tapi mood nak menaip entri adalah sangat lemau..kembalikan mood saya..
maka aku tepek gambo penaik semangat dulu..story coming soon okey..




Ada dua cerita berdasarkan gambar..nanti enjin dah panas berapi aku akan sambung cerita huhuhu..

3/15/2013

Berat sama tetapi luaran berbeza

Dah lama tak cerita transformasi aku kan..transformasi dari gegegegemmm ke tidak gegegegegemm hahahaha..
Ok nampak tak gambar di atas tu..baju neh aku pernah tunjuk kan dulu takpe biarlah nak tunjuk lagi hihihi..
Nak bagitau kalau gambo di atas tu nampak lebih comel dan remaja ianya kerana memang masih muda waktu itu..sekarang pun muda lagi cuma tak semuda dululah..yelaaa takkan aku nak muda selamanya dak..kamu pikir aku Rozita Che Wan makin berumur makin muda huhu..
Ok gambo tahun 2007 tu di ambil di Vietnam masa neh baru 8 bulan berkahwin belum mengandung lagi tapi demok sebab dah kahwin kejenya melantak laki bini hahahahah..
Pi Vietnam ikut suami dan rerakan opisnya ade triplah 3-4 hari gitu kan..

Untuk pengetahuan korang berat aku masa anak dara sekitar 49kg dan ke bawah tetapi setelah bertunang mula-mula nak naik berat tapi 1-2 kg lah kot camtuu..orang lain nak kahwin makin kurus dia makin tembun..dari saiz XS ke S takpe rileks lagi ..ha ha rileks punya rileks tahu-tahu tetiap tahun kena tukar saiz baju barulah reti nak insaf.Lepas kahwin memang menjadi naiknya pipi tembun badan toksah cakaplah kalau sebelum tu ade seluar yang kena jahit kat tepi pinggang sebab longgar kali nih terbalik kena tetas semula pulak kasi muat hahahah..
Tahukah kalian berat di gambar tahun 2007 adalah  sama dengan gambar 2013 termasuk pakaian nya juga adalah sama.
Tak percaya?inilah bezanya berat otot dan lemak..lemak lebih ringan tetapi mengambil ruang yang banyak dalam tubuh kita ia besar tapi ringan sementelah otot kecil tetapi berat dan menampakkan tubuh lebih kemas dan mantap..


Yup..sama baju dan seluar tu dah longgar dengan aku boleh sarungkan tanpa bukak zip kalau seluar tu memang longgar bebenor tak selesa sangat nak pakai dah tapi pakai juga kekadang kalau setakat nak pi buang sampah atau ke kedai berdekatan umah..tak de duit noks nak beli suar baru huhu..suar tu pun amik dari storage box sebab dulu tak muat huhu..kira aku kitar semula suar-suar lama..sementelah seluar baru yang terlebih longgar plak bertukar tempat.sebenarnya aku malas lagi nak beli seluar baru kang longgar lagi jenuh kot macamlah aku kaya sangat asyik nak beli seluar baru je kan huhu..ni pun dah ada hujung tahun lepas beli seluar baru langsung takleh pakai dah sayangnya sebab longgar so akan beli setelah bebenar puas hati dengan berat dan tubuh yang baru ceh wahh..sekarang masih nak kurangkan 1-2 kg hanya untuk mengekalkannya walaopun aku telah melepasi berat ideal..kira kalau naik sekilo dua pun masih dalam zon selamat tu yang penting bukan sekadar setakat mencapai target nanti senang naik kalau terleka.

Memanglah ada yang berkata eh..dah slim pun nak jaga makan lagi,nak bersenam lagi..huhu yela sebab aku bukannya buat semata-mata untuk dapat berat idaman sebaliknya aku jadikannya gaya hidup untuk selamanya..walau dah kurus pun aku masih bersenam 4-5 kali seminggu dan kawal pemakanan sama seperti ketika tembun dulu bezanya tempoh masa dipendekkan dan lebih banyak kepada latihan bebanan dan kekuatan..fokus pada membina otot terutama pada perut sebab kesan hilang berat dan beranak dulu seperti lebihan kulit bagai tu haruslah ada kan tetapi dengan senaman berterusan selama setahun lebih nih dah semakin mengecut lebihan kulit gelebeh tu dan ianya berlaku secara semula jadi lah..
Alhamdullilah sekarang dah boleh pakai saiz XS untuk baju huhu..

3/14/2013

Cerita Sebalik Gambar

Salam u olls..
Jarang berblog menyebabkan banyak cerita tertangguh jadi hari ini cuma nak tepek gambo kendian letak sebaris dua cerita(sebaris dua lah sangat kan..standby biskut dan kopi sesiap uolss)
Ahkak nak tepek gambo makanan jehh yeaa..

Sesekali ahkak rasa teringin sangat nak makan ni..yea ahkak tau ni bukan makanan yang menyihatkan tapi disebabkan ahkak tetiba rasa mengidam yang amat sangat ahkak pun gigih beli sebungkus Maggi Asam Laksa..buh telur sebijik..emmmmmh hilang kempunan hahahahah
Licin uolsss..

Ini plak menu buka puasa minggu lepas kot..buat ayam goreng dalam mayonis..resepi uolss google yaa rasanya dalam blog ni pun ada tapi biasalah ahkak dalam mood malas  sekarang neh..dah pernah buat dah dolu-dolu..ia sesuai tuk budak-budak tauuu.. ahkak makan seketul dua jehhh tuh pun dah rasa macam bersalah sangat hahahahah sebab ia sangat yummy..

Akhir-akhir ni gila makan tomyam..asik nak tomyam je walhal memang dari dulu suka makan tomyam minggu ni je dah 2-3 kali makan tomyam yang makan kat kedai pun ada yang buat sendiri pun ada..
slurrrp..licin juga tom yam seperti kebiasaannyaa..lagi pedas lagi masam lagi-lagi sukaaaaa

Ini plak nikmat yang tak bisa didustakan..ohhhhhhhhhhhhh tak taulah kalau ada yang tak sukaa..
Makan ni kongsi 3 orang..ahkak makan sikit je dalam 2 sudu je kot sebab sedap sangat..makan kena jaga jika terbabas mahukah kembali kembang seperti dulu..penat uolsss

Ok seterusnya uolss
Ni spaghetti sayuran sebab tak guna spaghetti tapi ahkak tukarkan dengan batang brokoli dan lobak merah di parut memanjang..tang untuk sos masak macam biasa..buat sos pasta ke apa kan..ahkak buat sos bolognes dan buat bebola daging..bebola daging tu dibakar dlm oven yea uolss..nak goreng dalam kuali pun boleh tapi saja sebab ni menu sihat kena jaga semuanya..kurang minyak,lelemak dan garam..
Sayuran yang diparut tuh ahkak panaskan dalam kuali non stick letaklah sikit je minyak zaitun kendian masukkan sayuran tadi seperti gambo di bawah ni
  Masakkannya biarkan ia lembut  seperti spaghetti yang direbus hingga al dente tu kan pastu masukkan sos pasta sama ada korang nak wat sendiri macam ahkak atau beli je yang dalam botol tu..gaul rata kalau ada parutan keju parmesan yang rendah lemak boleh masukkan sekali..pehtu siap bleh makan ngan bebola daging atau hidang begitu saja.

Gambo last sebelum nak pi menyibukkan diri dengan kerjaan yang tak abis
2 ketul wholemeal pau beli yang frozen jeh kat Giant tu..beli pun 2 ketul je..seketul ahkak buat makan sahur seketul lagi tinggalkan tuk encik abang makan untuk sarapan..kenyang sangat makan seketul neh..inti nya ayam..yang penting pau neh tak manis..
Nanti-nanti nak belajor wat pau lah..Qaseh suka plak makan pau inti kaya hijau sekarang neh.

**gambo-gambo neh maybe uolss penah tengok kat fb ahkak haha sebab ni semua gambo yg di upload dr telefon dan ade yg dari instagram ahkak huhu..

2/06/2013

Hadiah untuk diri sendiri

Maaf lama tak hapdate belog bizi ya sayang-sayang semuaa..

setahun dah berlalu..perjalanan yang amat berliku..
pengorbanan yang cukup besar..
namun ia tak mengapa.sebab menjadikan kita lebih kuat dan tabah



Terima kasih pada si dia yang telah menghadiahkan aku  Si hijau pudina ini..eleh dia pun rembat gak sepasang si Merah Berapi lagi..serius selesa,lembut dan ringan ia sangat sesuai untuk berlari ok..boleh dilentur bagai..

selama ini aku bertabah pakai si ungu yang udah koyak dan tidak sesuai dengan aktiviti membako lelemaks
tak selesa dan menyakitkan..maklumlah si ungu tu tak berjenama..murah2 je namun jasanya amat besar
dari aku demok sampai dah tak demok huhu.

1/17/2013

Tips kurangkan berat badan

Jawapannnya

Kredit : FB Kevin Zahri

Ini adalah soalan yang paling banyak di tanya pada aku biasa melalui PM lah kan..
Inilah cara yang aku jalani..ada orang lain bergantung pada supplemen tapi bagi aku semua nya yang aku makan dan masuk dalam tubuh badan ni datang daripada sumber semulajadi..
Cara orang lain?terpulang asalkan kalian konsisten dan nekad insyaallah berjaya..

Salam Sayang
Cik Puan Nurul

Gambar tahun 2013 diambil pagi semalam sebelum hantar Qaseh ke Tadika..terpikir tahun ni takda gambar terbaru pun..godek-godek jumpa gambar lama dengan tudung yang sama..Jelaslah bila tubuh besar tudung saiz biasa pun jadi singkat dan melekap kan.

Semoga gambar di atas menjadi inspirasi bagi mereka yang sedang berusaha untuk menjadi lebih sihat..tidak kisah berapa lama masa yang diambil yang penting kalian berjaya menukar gaya hidup yang lebih baik.
Sedar tak sedar sudah hampir setahun aku bergelumang dalam dunia fitness ni setelah hampir 4 tahun berusaha nak kuruskan badan kesudahannya tahun lepas baru berjaya menyudahkan apa yang perlu disudahi selama ini.

1/08/2013

Minggu ke dua

Minggu ke dua sudah cepatnya kan..
Pepagi cam biasa  kena hadap drama swasta Qaseh takmo bangun dan mandi
Minggu ni dia masih orientasi..masih untuk sesuaikan diri dan berkenalan rapat dengan kenkawan
Pagi ni walau menangis taknak sekolah tapi bila masuk kawasan sekolah dan nampak cikgu terus senyum..
kena tinggal pun tak nangis..
Ok harap lepas ni takmo dah berdrama yea
Sabtu lepas upah beliau Oreo Crepe sebab semakin menunjukkan perkembangan yang baik sejak masuk sekolah kan..biasa buat crepe doyan dan jagung saja ngengada buat guna Oreo plak..

ajak buat sama-sama beliau neh ade minat suka masak-masak macam aku masa kecik-keciklah suka main masak-masak
curik-curik masuk dapur ambil telur,ambil kuali buruk yang dah kepot sana sini
pehtu pi main ngan kenkawan..
tak main lah masak tipu-tipu
kami memang masak bebetul tauuu
tapi rasa cam sedap sangat hahaha walau nasi agak lembik
telur dadar agak masin hihihi
Pastu aku suka masak bunga kertas warna merah tu konon-konon buat air sirap hahahah.
Sayangnya anak- anak kita kini harus berdepan dengan cabaran hidup yang lebih sukar..jangan harap nak merasa kebebasan dan keseronokkan bermain macam aku masa kecik..
aku tak pernah ade mainan atau anak patung ke apa..
kami tak perlukan itu semua..bila rasa nak main tembak-tembak kami akan buat senapang kayu..
pelurunya guna buah senduduk..
Eh dah melalut lak kan..takpe next time aku nak stori mori kenangan zaman kanak-kanak yang super duper ohsem tu hahhahahaah



1/04/2013

Hari-hari seterusnya..

Terima kasih pada yang mengomen di entri karangan semalam(sori lah anak pi sekolah mak ada masa panjang untuk mengarang)
Terima kasih atas pandangan kalian..
Semalam hari kedua Qaseh sekolah,drama pagi semalam menangis takmo mandi tapi lama-lama mandi jugak
aku dah tak ikut hantar Qaseh dah tak sanggup nak lalui adegan-adegan air mata itu..
Ni gambar pagi semalam,minggu ni cikgu suh pakai baju biasa dulu sebab masih minggu orientasi masih ada yang sampai lambat dan sebagainya kan.Nanti Senin ni baru kena pakai baju sekolah dengan tudung bagai dan balik pun lewat sikit setengah jam berbanding minggu ni.

menurut laporan abahnya Qaseh menangis masa mula-mula sampai je.
so semalam masa balik cikgu bagitau mula-mula Qaseh nangis lepas tu elok je bermain dengan kenkawan yang lain sampai taknak balik katanya huhu
Tetapi masa balik semalam depan aku monyok je mukanya kemain taknak cakap apa,bila tanya pasal sekolah mula la mencebik nak nangis.

Lepas tu ada lebam plak di tepi matanya adoi..yang ni aku tak sedap hati menengoknya
Qaseh tak sudah-sudah belek kat cermin tengok lebam tu..
Entah kerjaan sapa pun aku tak tahu kalau kerjaan bebudak aku masih buleh terima
jangan kerjaan cikgu dah lah..manalah tau kan bebudak berdrama bukan sorang..nak layan dan pujuk sorang -sorang mau tak stress cikgu ye dak
Wahhh rileks jangan bersangka buruk..
Pepagi aku bekalkan sebotol fresh milk+milo untuk sarapan awal sebab  Qaseh tak lalu nak makan pepagi melainkan pagi tu dia lepas berak ke apa barulah dia jamah.Lagipun dia kan biasa lambat bangun jadi sarapan biasa kul 10 huhu.Masih berbotol susu sebab dia memang tak suka nak guna botol air ke gelas bagai.Jenuh beli cawan dan botol air comel-comel haramm di campaknya juga.Anehnya kat kedai makan dan umah  orang eloklak nak bercawan-cawan.Harapnya kat sekolah dia pandai lah guna cawan huhu.

Hari ni drama lagi Qaseh kali ni taknak bangun plak puas aku kejut langsung tak bangun
Ni kes tak cukup tidur,sebab dah tidur siang malam mula susah nak tidur..aku bangun pukul 5 pagi tadi dia masih dok uhhh ahhhh..pusing sana pusing sini..
Puas gak aku ambik air letak kat muka dia hahahaha..
lepas tu bangun tapi bad mood lah ngamuk-ngamuk
Apa lagi maknya pun pakai lah tudung siap-siap...Qaseh kalau nampak aku bersiap-siap jadi laju lah dia bangun.Tetapi taknak mandi terpaksalah aku hangkut gak bawak masuk bilik air.

Hari ni bagi pakai tudung comel-comel,tapi ade akalannya lagi taknak gi sekolah kalau aku tak ikut sekali
maka aku pi gak tapi masa sampai sekolah aku tak kuar nyorok dalam kereta muahahahahahaa
Abahnya guna taktik bawa pusing-pusing tepi kelas sambil ajak main buai bagai kan lepas tu tinggalkan dia..
melalak gaklah hope dia dah ok lah tu..sebab cikgu kata Qaseh nangis kejap je.

Seteruk-teruk Qaseh ada lagi tau yang lebih teruk tadi aku tengok ade budak tu umurnya dah 6 tahun dia punya mengamuk terseksa cikgu-cikgu sampai bleh berlari keluar pagar masuk balik dalam kereta..mujur kereta ayah dia parking depan pintu pagar kalau parking jauh seberang jalan mau tak eksiden budak tu berlari.
Cikgu cakap budak tu menangis ngamuk sampai petang..memang dia takmo gi sekolah katanya huhu


P/S : Minggu ni cerita pasal Qaseh dulu eh hahah biasalah kan..next week kita cerita pasal 2013 ok..apakah misi dan visi aku untuk tahun ini wahahahaha..

1/03/2013

Saya amat memerlukan bantuan di kala ini..

Dah 2013..taktahu nak mulakan entri cemana..
Setelah berbulan-bulan perkara yang aku risaukan pun berlaku..
semalam hari pertama persekolahan tadika untuk satu-satunya zuriat aku Qaseh..
aku punya risau jangan cakaplah..gemuruh semua ada
sebab aku tak tahu reaksi dia dan aku juga tidak berpengalaman cemana nak uruskan anak-anak yang suka berdrama swasta apabila ditinggalkan di sekolah..
Pepagi semuanya kelihatan berjalan lancar Qaseh bangun pun awal dan tak da drama nak minta dia mandi dan bersiap-siap.
Dia nampak seronok dan teruja dapat pakai beg baru dan kasut baru..
sebenarnya berbanding bebudak lain Qaseh bukan paham sangat pun bila aku cerita pasal sekolah
dia tak pernah meminta nak ke sekolah ke apa..


Ya seperti aku pernah beritahu sebelum ini Qaseh mempunyai masalah nak berkomunikasi dengan baik..dia bukan  jenis mulut pot pet macam murai seperti budak seusianya yang lain..
Ok dia bukan pekak atau bisu..mahupun tak reti bercakap,dia boleh menyebut perkataan tetapi tidak pandai membina ayat sendiri contoh nak bersembang pot pet tu memang tidak pernah..
biasa kalau nak air dia akan hulurkan botol pada aku dan sebut ''Air..''(sepatutnya dia sebut nak minum air)
Dan aku biasanya akan tanya dia semula '' Qaseh nak air ye''?
sama juga bila nak kencing dia akan datang pada aku dan bagitau ''uncing..uncing''
tetapi sekarang dia dah tak bagitau..menonong je dia tanggal seluar dan masuk bilik air kencing dan basuh sendiri(sembur ngan hos paip) walaupun bilik air gelap ke apa.
Lagi satu Qaseh juga jarang bagitau dia lapar atau nak makan sesuatu(yelah kan dia tak pot pet)tetapi melalui bahasa tubuh dan perlakuan dia aku boleh tahu dia tengah lapar..iaitu apabila dia mula dok selongkar sana sini cari makanan.

Kadang-kadang aku rasa rimas bila mak-mak yang lain suka bertanyakan soklan sama yang berulang-ulang pada aku ''eh Qaseh pandai tak sebut nak gi sana sini'' atau '' napa tak pernah dengar suara Qaseh ni '' dan blablabla..walhal aku dah pernah bagitau banyak kali.
ya kalian bertuah anak kalian boleh bercakap dengan baik maka janganlah nak sindir-sindir atau sengaja bertanyakan soklan yang aku tak mampu nak jawab.

Jadi macam mana cikgu-cikgu nanti berdepan dengan Qaseh???
Hal ni sangat merisaukan aku sebab hanya aku seorang je paham macam mana nak berhubung dan berinteraksi dengan Qaseh.
Ok kembali kepada kejadian pagi semalam..semasa sampai di sekolah Qaseh dah mula takut-takut dan malu lebih-lebih lagi ramai orang lelaki(bapak bebudak) yang ade kan,dia taknak masuk dalam kelas dan nak ikut aku balik..puas pujuk dia memang taknak.

Aku ingat nak teman Qaseh sampai balik sebab ini bukan sahaja hari pertama dia masuk tadika tetapi ini juga hari pertama dia akan berpisah seketika dengan aku  dalam hidupnya..memang tak pernah berenggang mahupun berjauhan apatah lagi dijaga orang lain mahupun sedara mara.
Tetapi cikgu minta aku balik umah dulu..nanti-nanti boleh jenguk tengok cemana..kalau aku ada lagi susah dorang nak uruskan Qaseh so aku akur walaupun ada banyak perkara aku nak suarakan.. :(
So aku bawak Qaseh main buai kat luar kelas dan minta seorang cikgu jagakan..lepas tu aku berlari masuk dalam kereta..aku perasan Qaseh kejar aku sambil meraung kat pintu pagar..nampak dia melawan kemain cikgu sampai 2 orang dok pegang dia..

Saat tu naluri keibuan aku sangat tersentuh..menangis-nangis dalam kereta melihat situasi itu tak sampai hati aku dibuatnya tapi abah Qaseh kata suruh aku keringkan hati je.
Memang tak senang duduk aku dibuatnya tertunggu-tunggu panggilan telefon daripada cikgu..tapi takda pun..so pukul 12 pm kiteorang jemput dia.tak sabar-sabar aku nak peluk Qaseh huhu..
Cikgunya bagitahu Qaseh memang asyik menangis je kejap-kejap je dia diam dia cuma nak duduk atas riba seorang cikgu yang muda tak mahu  dah orang lain.

Balik sekolah semalam Qaseh kelihatan letih dan berpeluh-peluh..dia macam nak mengadu macam-macam heheh..Aku tanya tentang sekolah hari tu dia cuma dok sebut ''kawan...bai kawan-kawan''
Hari ni hari kedua..dan drama sudah bermula sejak pagi hari Qaseh takmahu bangun dan menangis mengamuk..dia taknak ke sekolah hurmmm..

Tapi hangkut gak dia masuk bilik air dan siapkannya..aku tak ikut hantar Qaseh hari ni sebab tak sanggup tengok dia menangis.
dan yeaa..abahnya kata dia menangis meraung-raung lagi..aku yang kat umah turut menangis ..sobss hihihi
Cikgu lak mengadu Qaseh tak boleh berkomunikasi dengan baik..diorang tak paham Qaseh dan Qaseh juga tak memberi respon pada dorang..
hurmmmmm.. :(

Sedikit tentang masalah Qaseh
# terlalu takut dengan suara garau lelaki dan nenek-nenek tua
#tak pandai berkomunikasi dengan baik
#jika ditanya siapa nama dan lelain dia akan buat bodoh sahaja atau menjawab dengan bahasa Jerman aka tak tahu apa dia cakap.
#MIL aku cakap masa suami aku seusia Qaseh dia juga jenis berat mulut dan tak pandai bercakap..memang jenis lambat bercakap.
#Qaseh sebenarnya suka bersembang dia selalu hulur mikrofon mainan pada aku dan bertanya dalam bahasa yang sukar difahami ala2 wartawan..biasanya aku layankan je.
#Dia boleh mengikut dan mengajuk perkataan yang kita sebut tetapi tidak boleh membina ayat.
#Beberapa kenalan bagitau masalah Qaseh sebab dia kurang bergaul dengan kanak-kanak lain dan insyaallah bila bersekolah masalah tu akan dapat di atasi hurmm.

Namun disebalik masalah itu Qaseh sebenarnya anak yang mudah dijaga selain jarang jatuh sakit sejak baby lagi Qaseh jenis yang jarang sekali buat perangai bila nak tidur malam.Tak kira lah kami balik lewat malam ke balik meredah lalu hutan sana sini ke bila tidur malam dia takdelah mengamuk menangis macam sesetengah budak kan..asal malam meraung-raung menangis sampai mak pak tak cukup tidur.
Qaseh juga pandai nak guna komputer dan gadjet-gadjet lain tak pernah dia menyebabkan komputer atau handphone jadi hang ke apa..walau tak pandai membaca tapi dia tahu je mana nak tekan pangkah,nak klik ok ke apa..termasuk nak cari video-video kegemaran bila dia buka you tube dan semua itu aku tak penah ajar pun dia.

**sesapa jika ada tips dan panduan untuk aku menangani masalah komunikasi Qaseh amat aku alu-alukan.Sebelum ni setiap kali aku nak bawak jumpa Pakar Terapi dan sebagainya,Qaseh tetiba menunjukkan perkembangan yang baik macam tetiba tak takut dah ngan orang pastu nampak macam dah mula nak bersembang jadi aku pun tak jadi nak bawak jumpa doktor kan..Tetapi aku risau lak kalau dia masih takleh berkomunikasi dengan baik kat sekolah, sebelum cikgu menempeleng anak aku eloklah aku melakukan sesuatu..ni pun pi sekolah aku terpaksa pakaikan diaper sebab takut dia tahan kencing dan tak reti  bagitau nak ke tandas di sekolah walhal dia dah pandai kencing sendiri cuma nak berak dia je dia mahu berak atas diaper tidak dia akan menahannya tu pun aku bagi dia berak atas cloth diaper memang tak beli dah lampin pakai buang.
(Qaseh mekap muka sendiri guna magic color letak kat mata ala2 pakai eye shadow)

Maaf karangan panjang..lama tak mengarang

12/28/2012

Jumaat Terakhir 2012

Tahun yang panjang dan lama bagi aku tak tahulah bagi orang lain maybe sekejapan je kan tapi bagi aku lama lah weh sebab macam-macam peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini..
baik yang manis,pahit,payau segala macam ada
segalanya meninggalkan kesan dalam kehidupan ini..
meninggalkan perbezaan juga
nak-nak aku lahh awal tahun demok ujung tahun kecut hahahah
sekurang-kurangnya aku berhasil melakukan sesuatu untuk diri sendiri  kali ini..
tidak berazam manjang tapi non hado kan.
Ibarat menipu diri sendiri..kata nak buat itu ini tak buat-buat jugak huhu
Tahun depan lembaran baru di buka..
buku lama kita tutup simpan molek-molek

Minggu depan je dah bermula fasa kehidupan yang baru..
Jadual harian pun dah bertukar kesibukkan bertambah dan berdepan cabaran baru
Anak mak dah mula bersekolah kan..
minggu lepas abahnya bercuti seminggu untuk habiskan cuti tahunan tak kemana pun kami balik kampung pun tak..sengaja sebab bimbang Qaseh kena demam lagi disebabkan perubahan cuaca dan sebagainya maklumlah kalau boleh nak masuk sekolah ni biarlah dalam keadaan sihat kan..Nanti mulalah macam-macam drama lak.

Cuti dihabiskan untuk kemas umah yang akhirnya bersepah kembali
habiskan masa ke sana kemari membeli keperluan sekolah tadika Qaseh
Uruskan urusan pendaftaran sekolah,urusan pembaharuan lesen SSM dan urusan temujanji hospital aku huhu.
Bawak Qaseh berdepan orang ramai hari-hari kesana sini.
Nampaknya dah ada perubahan dia tak takut sangat dah berdepan orang ramai
Qaseh ni memang sangat rapat dengan aku kan yela maklumlah dia menyusu sepenuhnya kata orang ikatan tu kuat, aku yang jaga dia dari lahir sampai hari ni pehtu apa-apahal memang dia nak aku je so aku harap bila dia masuk Tadika dia lebih berdikari dan dapat bersosial dengan kenkawan..tapi jangan lupakan aku lak hahah..


Apapun masalah yang kita bakal hadapi dan sedang hadapi kita kena positif dan buat apa yang perlu..

11/19/2012

CPN Pecah Rahsia !!!

Tajuk adalah sangat tidah boleh pergi apapun lantaklah janji apa yang nak disampaikan itu yang penting..Maaf pada kenkawan yang ada menjenguk belog ini sama ada sebagai pengomen tegar atau pembaca senyap aka penskudeng tegar kerana akhir-akhir ini aku kurang menaip karangan..la ni aku sibuk menyiapkan segala mak nenek kerjaan menjahit tempahan orang itu ini..cenderahati orang kahwin dan sebagainya aku harus siapkan supaya dapat fokus pada si cantik manis Qaseh..Urusan persekolahan tadika Qaseh juga sedang berjalan lancar walau ada beberapa masalah namun aku harap dapat mengatasinya..
Ujian demi ujian melanda kehidupan ini namun yang penting kekal positif!!

Banyak sangat menda nak kena buat nak bawak Qaseh jumpa Paed dan pelbagai persiapan lain sebelum dia mula belajar berdikari dan bersosial tanpa kehadiran aku disisinya untuk pertama kalinya dalam hidup beliau..mak nebes nokssss!!! sebab Qaseh ni ada  special case sikit nanti aku jelaskan di entri akan datang..
Oklah kembali ke tajuk asal..hari ni aku nak kongsi tips dan sedikit ilmu yang tak seberapa nih..banyak tips tertunggak yang aku belum cerita kan walaupun korang tak berminat nak tahu atau langsung tak berminat nak praktikkannya takpe  sebab badan korang sendiri kan so pandai-pandai lah menjaganya.
Ok tepek gambo terbaru..yang minggu lepas punya..aku nih tak banyak gambo pasal jarang bergambo ambik gambo orang je yang banyak..lagi satu susah nak cari gambo aku berdiri tegak dalam keadaan waras semuanya mesti candid dan diekori si kenit hahahah..


Tips untuk korang  apabila ingin mengurangkan lebihan berat badan lantas menjadikan tubuh kalian lebih sihat,mantap dan kuat demi kesihatan untuk selamanya.
  • Mulakan dengan perlahan-lahan..kayuh pelan-pelan orang kata so korang kena kenalpasti tubuh korang dulu apa masalah yang melanda,ada alahan apa,obese tahap berapa,senaman apa yang sesuai..apa yang tak boleh dan apa yang boleh..untuk permulaan buat senaman tahap beginner yang low impact sampailah tubuh dah ringan sikit baru boleh mula yang high impact.
  • Jangan jadikan amalan pemakanan seimbang ni semata-mata kerana nak berdiet nak capai target dan sebagainya tetapi jadikannya gaya hidup yang akan korang jalani sampai akhir hayat..sebab kalau hanya nak buat sesuatu untuk seketika memang hasilnya juga sementara lah ingat nak mengekalkan lagi susah daripada mencapainya.
  • Variasikan senaman jangan buat senaman yang sama setiap kali nak bersenam cuba macam-macam jenis senaman dan pastikan ada  sekurang2nya selang sehari untuk rehat supaya tubuh dapat pulih daripada rasa sengal dsbgnya. kalau hari-hari bersenam lagi susah berat nak turun nak pula tubuh terlalu penat dan kekurangan tidur..otot hanya akan terbentuk pada hari yang kita rest so sangat penting untuk merehatkan diri.
  • Mula-mula kurangkan makanan yang diproses sama ada yang di dalam tin atau yang sejuk beku..tak boleh kurang banyak mulakan sikit-sikit jangan terlalu terburu-buru nanti korang lebih cepat putus asa bila tak berjaya..kurangkan penggunaan gula,tukar saiz pinggan kepada yang lebih kecil macam aku guna pinggan kecil yang untuk letak lauk tu..bila pinggan kecil lebih mudah nak kecilkan portion hidangan yang korang ambil..pastikan protein dan sayuran lebih banyak daripada karbo nasi cukup segengam tangan korang.
  • Sila pastikan air masak sentiasa ada di sisi korang kemana pun korang pergi bila terasa bernafsu nak makan tengok gambo makanan sana sini maka sila teguk air masak korang kalau hilang lapar tu maknanya rasa lapar tadi hanyalah nafsu serakah korang je yang lebih.
  • Rajin-rajinkanlah berpuasa sunat Isnin dan Khamis terutama apabila hujung minggu  biasa kita makan terlebih sikit kan nak-nak kalau musim orang kawen,open house dan sebagainya bukan sahaja dapat pahala tetapi juga dapat merehatkan perut kita setelah makan banyak kan..boleh cover semula kalori yang terlebih tuuu.
  • Elakkan reward diri dengan makan makanan yang tinggi gula dan lemak..aku terkadang tak paham kenapa orang selalu sebut reward diri dengan makanan baik korang reward diri korang dengan beli baju dan seluar baru..hahah kalau nak pun pastikan  bukan makanan yang hanya nanti disimpan jadi lemak berlebihan sebaliknya makanlah makanan yang enak dan berkhasiat untuk tubuh badan korang.
  • Elakkan minum atau makan makanan segera yang di pek kecil seperti minuman 3 in1 ..semuanya mengandungi gula tersembunyi so kalau nak minum teh dan kopi ke apa seeloknya tanpa gula kalau nak letak susu sila JANGAN letak susu pekat manis dalam tin tu tetapi letak susu segar dalam kotak bukan yang coklat tapi yang putih biasa takda rasa ok.Biasa kalau aku minum Milo aku letakkan 2 sudu kecil,air panas dan susu segar..lagi satu yang orang selalu salah paham dia ingat kalau letak 4 sudu besar milo dalam gelas yang besar ia akan kurangkan manis dan kalori..itu sama sekali salah yang membezakan hanyalah kepekatan air korang je tapi jumlah kalori yang datang dari milo tetap sama yang patut dikurangkan adalah kuantiti Milo itu sendiri.
  • Elakkan menyimpan pakaian yang bersaiz besar atau lebih besar daripada saiz korang..selagi ada baju besar dan longgar selagi tu korang tak sedar diri asyik ingat korang masih muat pakai baju maknanya tak perlu nak bersenam bagai..tak perlu jaga makan..sila beli baju yang korang verangans selama ini nak pakai walaupun saiznya 2-3 kali ganda lebih kecil tips ni berkesan hokay dengan aku..semua baju bajan dan seluar yang lama tak pernah muat dah boleh pakai juga baju yang terbeli tak pernah berpeluang pakai akhirnya dah boleh dilenjan sana sini.Hari-hari dok menerai depan cermin mula -mula tersekat takleh masuk..lengan besar, lama-lama dah boleh masuk tapi macam barut nangka..hari berganti hari tiada lagi menerai depan cermin tapi terus pakai kesana kemari dengan selesa.Kenapa kena baju kecil?sebab korang akan berusaha gigih nak kasi muat pakai baju tu selagi takmuat selagi tulah korang akan usaha kan yang penting tak putus asa lah.
Contoh : baju dan seluar yang aku pakai neh adalah baju lama..baju saiz 38(S) dan seluar saiz M(agak longgar berbanding masa pakai dulu) seluar tu beli sebelum kahwin baju plak beli masa lepas kahwin tahun 2007 dulu..sebelum ni dok terperuk dalam storage box sebab memang tak dapat pakai pun.Ni gambar petang semalam punya kira candid dan  tak berapa waras sebab cubaan nak ambil gambo tanpa diekori Qaseh ternyata gagal hahah nak gak dia ikut aku kemana pun..
Versi waras punya
Bezanya kan baju dan seluar ni masa beli memula dulu berat aku ketika itu lebih kurang 10kg lebih ringan berbanding sekarang tetapi cemana sekarang  aku boleh muat?sebab dulu berat lemak je lebih walaupun ringan la ni walau berat tapi bukan sebab berat lemak ianya maybe berat otot sebab hasil penimbangan minggu lepas memang body fat berkurang dan jisim otot bertambah..dan tahukah korang otot lebih berat daripada lemak walaupun saiznya lebih kecil dari lemak..dengan adenya otot tubuh lebih kelihatan fit dan kemas..tak kisahlah berat korang 100kg sekalipun tetapi kalau boleh muat baju saiz S ada korang kesah kan.. sebab apa yang dilihat di depan mata lebih penting daripada apa yang tertera di penimbang..berat memang selalu berubah-ubah yang penting body fat yang harus korang fokus kan.

Berat = air dan otot
Lemak = Gemuk
          
saja aku ringkaskan gini supaya uolss paham yang berat badan seseorang tidak mempengaruhi rupa bentuk seseorang itu ada yang berat tetapi dia kelihatan kurus je dan sebaliknya..ini juga supaya korang tidak rasa tertekan bila tengok berat kat penimbang masih besor sedangkan badan makin mengecut..so jangan terlalu obses pada penimbang sebaliknya cuba ukur badan korang guna tali tape,cermin dan baju...
Jadi jangan risau berat korang turun sikit -sikit pun tak sedebuk macam orang lain ia ok aku seniri sepanjang 8 bulan ni berat hanya turun sekitar 100-500gm je seminggu tak pernah berkilo-kilo macam iklan produk kuruskan badan..kecuali 2 minggu lepas masa kena demam dan tonsilitis berat turun mendadak 1.4kg sangat merisaukan aku takut berat otot turut terjejas memandangkan aku telah mencapai berat normal pada ketika ini biasanya berat sepatutnya akan turun skit-sikit je berbanding waktu lemak kita terlalu berlebihan dulu.
Oklah aku kena tamatkan karangan ini sebelum korang muntah ijo migrain bagai nanti aku sambung lagi tips pada entri akan datang..tentang cara untuk atasi berat mendatar atau plateau(berat tetiba berhenti turun) dan macam-macam lagi
apa yang 'kembali' setelah berat berkurangan..



10/25/2012

Yeah yeah.. esok raya.

Esok dah raya dah ikutkan hari ni orang bersiap-siap kemas umah,masak itu ini dak tapi aku masih di sini..heheh InsyaAllah akan balik kampung jugak malam ni jika takda aral.
Tetapi biasanya raya haji nih orang tak masak beria-ria masa hari raya tak tahulah tempat korang tapi tempat aku gitulah kalau kat kampung abah aku lak lagilah dorang semua sibuk dok sembelih lembu lapah daging bagai..
sama ada petang atau raya kedua baru ada masak beria ala kenduri gituhh
Apapun tetap ada juadah kan di pagi raya bila kerumah tetangga yang pasti semuanya daging kan..sup tulang la,rendang daging pehtu kalau ada yang buat sate pun sate daging hahahah
hambik ko melantak daging jelah dak
Nak makan banyak mana makanlah tetapi beringat-ingat lah yea..'PAKAI' apa yang korang 'MAKAN' tu..
jangan lepas melantak terus membongkang maklumlah sekarang ni asyik hujan sejuk kan..aku macam tu lah bila cheat day konpem sama ada sebelum cheat day atau selepas tu akan kaw-kaw membako lelemaks..
Macam minggu ni aku tahu akan makan banyak hujung minggu dah tentulah balik kampung susah nak elak kang tak makan orang kecik ati lak dak bukannya orang nak terima sangat alasan kita walhal yang akan gemok kita gak dak hahaha..
So untuk cover  hari makan banyak tu minggu ni memang kurangkan sikit ambil karbo dan lebihkan senaman..pehtu siap puasa sunat lagi Isnin dan Khamis..Insyaallah harap boleh  selalu dapat  puasa sunat setiap minggu hihi.. jika  diizinkan suamilah..paham2 jelah dah kawen ni hikhikhik bagus tau kalau rajin buat puasa sunat ni bukan untuk kekalkan berat badan je tapi bagus untuk nyahtoksin nak-nak lepas hujung minggu melantak dengan banyaknya..semua menda tak elok masuk dalam badan kan.

''SELAMAT HARI RAYA HAJI UOLSS HATI-HATI MEMANDU DAN HATI-HATI GAK MELANTAK DAGING TU JANGAN BANYAK SANGAT..JANGAN SAMPAI KESIHATAN KORANG LAK TERKORBAN''

10/18/2012

Selamat menambah usia CPN

Hapdate laju-laju
Aku ada temujanji dengan periuk belanga kat dapur
Sebelum cerita ni basi dan lemau baik aku stori mori dulu
Ekceli Khamis lepas hari jadi aku..yang ke dot dot

Seperti kebiasaan tiada besday parti,tiada hadiah,tiada belon juga tiada kek apatah lagi nugget goreng
Cuma hari itu abam tersayam sanggup mencutikan diri dari keluar mencari rejeki..
beliau teramat sibuk sebenarnya kerja penuh 7 hari seminggu pulangnya lewat malam so bila nak togede-gede haruslah  pandai membuat masa.
Kami cuma keluar makan-makan je sebelum tu pi Klinik Pakar kat Hospital Putrajaya dulu pepagi sebab aku kena ambil ubat sabung nyawa..ubat apa nanti next entry aku stori mori kan yea..itupun jika aku sudah bersedia untuk berkongsi.rahsia ini telah lama kupendamkan
Kiteorang lunch bersama di Seoul Garden IOI Mall Puchong..ni kes TERlayan drama Korea dan rancangan Star King la ni asyik dok tunjuk makan Kimchi dah aku teringin hihi.
pertama kali makan Kimchi sedap jugak..banyak kali gak aku dok ambil hihi..walaupun makan secara buffet gini aku still kawal yea pengambilan makanan..makan sayur je lebih pun.
 
 Untuk tahun ni aku memang tak harapkan apa-apa walaupun kalau ada hadiah mak suka gak..
tetapi yang penting sekali ialah mak aku yang terlantar sakit sejak lepas raya dah mula menunjukkan perubahan yang positif..berbeza sungguh dengan kali terakhir aku tengok mak..langsung tak mampu bangun sendiri..makan pun tak lalu.

Tetapi  2 minggu lepas aku balik kampung kejap balik hari je untuk hantar barang-barang adik aku pasal dia dah berhenti kerja nak jaga mak aku la katanya..ohh mak kelihatan lebih sihat,lebih ceria..pastu asyik nak makan je..dah mula bersembang macam sebelum ini..
Sungguh aku rasa takut sangat bila melihat keadaan mak sebelum ni..aku tak bersedia untuk hadapi kehilangan..
Tahun ni banyak hal terjadi..yang sangat melukakan dan benar-benar menguji ketabahan aku..satu-satunya hal yang menggembirakan ialah hilang berat badan yang membebankan selebihnya tak sudah-sudah perkara menyedihkan berlaku.
Azam selepas dah setahun lebih tua ini ialah nak jadi lebih baik,lebih tabah dan ingin sentiasa positif biar apapun yang berlaku..nak berusaha lebih gigih untuk mencapai cita-cita..apakah cita-cita itu teettttt..
Harapan menggunung  semoga aku diberikan kesihatan yang baik dan terus kekal bersemangat nak amalkan gaya hidup sihat.

Nota Jari : Mana aku nak cari kimchi dalam botol atau yang boleh di tapau MIL aku dah lama minta suruh belikan gamaknya kat Jusco ada tak yea..pasaraya lain tak da plak.

10/13/2012

Menyampah..Menyampah..Menyampah

Suasana suram ditambah hujan sejuk sengit sepanjang minggu ini menambah rasa menyampah yang sedia ada..
aku bertambah lemau dari hari ke sehari..
seiring dengan peningkatan usia baru sahaja berlaku kelmarin menambahkan lagi rasa lemau patutnya aku lebih bersemangat tetapi sebaliknya pulak berlaku.
Ntah ribut apa yang melanda semalam..aku stress semacam,rasa malas yang amat sangat..
kalau stress kepala aku mulalah berdenyut-denyut..
Hah mujur malam tadi berkesempatan pi gym.. bulan ni baru 2 kali je sempat gik..
sempatlah aku berganyang style  hahah ilang stress sakit kepala pun hilang..
itulah kelebihan bersenam yang mungkin orang lain tak nampak..iaitu meningkatkan rembesan hormon Endorphin.

Hormon yang memberi ketenangan..kedamaian..yang menaikkan semula mood kita macam baru lepas hadap aiskrim coklat..baru lepas ketawa.
Kalau korang nak kurangkan berat badan tak semestinya kena pi gym tau aku pi gym pun bila ada kelas  yang menarik minat aku macam Power Training ke,Pilates,Step Dance,Interval Training.Abs Workout,Kickboxing dan sebagainya..aku lebih suka buat latihan kekuatan lah..kelas-kelas yang melibatkan tarian pun aku suka join gak sebab aku suka menari macam zumba ke,latino dan sebagainya..ni bukan macam menari ala poco-poco tu yea ni high impact aerobic punya..kalau tak kena cara boleh sakit lutut terutama untuk yang obese dan sewaktu dengannya.

Kalau aku tak pi gym aku tetap bersenam sendiri kat rumah..aku join gym pun lepas 3 bulan aku melakukan senaman secara sendirian sahaja dirumah.Dek kerana  nak tambah ilmu dan nak pelbagaikan lagi jenis senaman selain nak dapatkan bimbingan daripada trainer tu yang pergi gym..masalahnya sekarang ni bila dah start susah plak nak berhenti hehehhe.




 Bukan gambo hiasan tetapi gambar selingan ini Salad Kacang Buah Pinggang(Kidney Bean).Aku kalau makan salad memang tak letak 'dressing' atau kuah salad macam mayonis dan sebagainya biasa memang makan sama ada kosong atau letak yogurt plain tawar tu..ia lebih bagus daripada letak mayonis bagai  dimana kandungan sodium dan fat tinggi.Salad yang ni vegetarian style resepinya di sini yea.Aku ubah sikit-sikit mengikut selera anak tekak aku.


Nota CPN : Pemakan tegar dedaunan mengalahkan kamben-kamben di tepi jalan.Suka kan ulam,kerabu dan salad.



10/02/2012

My Weight Loss Journey Part 2 - Motivasi untuk kurangkan berat badan.

Kembali menyambung cerita..
Terima kasih pada yang sudi membaca sama ada anda pengikut blog ini mahupun pembaca senyap yang suka skodeng dalam diam.
Ramai yang salah faham ingat aku ni ada ambil sebarang produk kuruskan badan dan sebagainya..hakikat yang sebenar TIADA.
Setelah bergelut dengan memacam cara,kini aku hanya percaya pada kaedah yang satu iaitu kembali kepada fitrah..
Banyak yang aku nak tulis kat sini tetapi tak tahu nak tulis  yang mana dulu huhuhu
Pertamanya aku nak kasi tips pada korang yang telah merasa insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan..ingin perbetulkan semuanya..ingin menjalani hidup yang sihat dan normal.

 1) NEKAD
- Semua orang boleh cakap,memang nak buat sangat ni..memang nak kurus sangat tetapi sejauh mana keinginan korang adakah selari dengan usaha yang dibuat atau hangat-hangat tahik ayam?apabila korang nekad nak berubah korang harus konsisten dan kekalkan momentum itu..tak boleh berhenti tetiba.Takda alasan itu ini..Just do it!

2)POSITIF
- Bukan mudah untuk sentiasa positif..terutama pada kaki-kaki sentap.Sekali kena sindir dah rasa down sangat..rasa dunia dah terbalik.Terasa semua orang membenci dan asyik bersangka buruk.Ingat yea..fedulik la apa pun kata-kata negatif yang dilempar orang yang penting teruskan apa yang kita sedang buat..buktikan pada mereka yang pandang rendah pada kita selama ni,yang rasa kita takkan mampu kurangkan berat walau 1gm pun.

3)ILMU
-Sebelum nak memulakan sebarang program diet dan sebagainya pastikan korang menggali sebanyak ilmu yang boleh..Banyak bertanya pada mereka yang lebih berpengalaman dan mempunyai pengetahuan mendalam.Pastikan jangan tersilap merujuk..nanti dapat ilmu yang salah lagi menyesatkan sudahnya diet entah kemana..berat makin bertambah.Aku banyak menggali ilmu dan  dapatkan tips-tips daripada  Kevin Zahri,Sususejat,Livestrong dan lelain lagi.Nasihat aku sebelum mencuba sebarang diet dan senaman pastikan korang mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

4)USAHA
- Jangan pernah berputus asa jika pernah gagal..aku sendiri alami keadaan dipanggil diet yo-yo..ingat tak aku pernah bagi tahu awal tahun 2011 aku pernah cuba tetapi dek hati yang tidak kuat aku gagal dan berat naik mendadak semula..tetapi aku kembali dengan semangat juang yang tinggi untuk 'berperang' habis-habisan..ia bukan semata-mata nak target jadi kurus ke apa tetapi menukar terus gaya hidup sihat untuk selamanya.Bukan semata-mata nak kawal makan sampai beberapa bulan je tetapi hingga ke akhir hayat..InsyaAllah.Sejujurnya aku ada gangguan hormon di mana berat memang mudah naik tetapi nak turun tersangat susah kena berusaha 2 kali ganda berbanding orang lain..so itulah yang aku lakukan..dan ianya berbaloi.

5)PEMBAKAR LELEMAKS SEMANGAT
-Apa yang buat korang bersungguh-sungguh nak buang segala lelemaks jahat yang bersarang dalam badan korang tu?Nak kelihatan cantik menawan?Nak hidup lama?Nak buktikan pada famili korang pun boleh kurus?Nak buktikan pada ex-boipreng/gelpreng/laki/bini yang dorang buat silap besar tinggalkan korang sebab saiz korang membesar bagai juara tu?Nak buktikan pada orang-orang sekitar yang suka mempuakakan korang dengan kata-kata nista bahawa suatu hari nanti...
Tahukah korang setiap kali aku rasa down,rasa malas nak teruskan dan bermacam lagi waktu itulah segala umpat keji,segala kata cacian orang yang telah kau berikan membuatku rasa kosong..kosong itu menerjah dalam kotak fikiran.
Komen-komen seperti hanya lelaki gila seks sahaja yang sanggup tidur dengan pompuan gemok,anak badak,tembam,perut boncit,berat nanang,dagu berlapis dan bermacam2 lagi berlegar-legar hingga aku rasa semacam mahu mengamuk..wahh gitu semangat kembali meluap-luap.So berterima kasih la pada mereka-mereka yang selama ini mencaci maki kita kerana mereka telah bercakap benar mengenai keadaan diri kita..kalau tak sampai sudah kita tak sedar diri.

6) SABAR
- Aku tahu tipikal orang kita kalau boleh semua menda nak cepat kalau boleh serta merta nak kurus..Hallo nak gemok pun makan tahun ni kan plak nak kurus.Tolonglah buang sikap pemalas tu dan tanamkan sifat sabar dalam diri..ingat sabar itu cantik..aku tak pernah nak letak target nak hilang 10kg dalam sebulan dan sebagainya sebab aku taknak nanti mulalah rasa kecewa dan putus asa bila hanya mampu hilang 1kg je sebulan.Tidak mengapa jika hanya hilang 1kg sekalipun sekurang-kurangnya masih hilang juga berat..teruskan sahaja berusaha insyaallah sampai satu ketika nanti korang sendiri takkan sedar akan perubahan yang terjadi tahu-tahu orang ramai mula menegur akan perubahan pada tubuh korang percayalah.

Sebenarnya ada banyak lagi nak aku taipkan di sini tetapi masa sangat mencemburui apa yang aku tuliskan kat sini semuanya berdasarkan pengalaman dan pengamatan aku sendiri..andai korang tak bersetuju ianya terpulang.Setiap orang punyai pendapat memasing aku cuma berkongsi pengalaman sendiri.
Khas untuk korang supaya lebih rasa teruja dan bersemangat nak kembali ke 'jalan yang benar'
Aku rasa nak gelak bila tengok gambo ni..hadoilah sorok badan dalam kebun teh pun tak mampu nak sorok fakta yang sememangnya aku mengebu segebu-gebunya..tapi itu tahun lepas di zaman gelap aku dulu..sekarang dah insaf dan inilah yang terbaru
"
"

"

"

"

"



10/01/2012

My weight loss journey part 1

Isnin adalah hari yang sesuai untuk menghapdate blog sebab isnin adalah hari permulaan bagi kebanyakkan orang..kalau nak kongsi apa-apa cerita hari isnin atau hari-hari bekerja adalah masa yang sesuai..kalau hapdate hujung minggu orang tak dapat baca sebab biasanya hujung minggu orang sibuk dengan pelbagai aktiviti maka blog akan dibiarkan sepi..
Wahhh mukadimah kemain ko..oklah malas nak merepek aku nak sambung semula cerita aku yang yang tergantung dulu..berdebar-berdebar tau nak taip ni tapi setelah diberi sokongan padu oleh orang yang tersayang beliau kata
''takpalah share lah kalau hal itu bermanfaat untuk orang kira ..amal jariah tu''

Dalam cerita sebelum ni aku bagitau yang aku berhenti amalkan diet dan bersenam setelah 2 bulan aku buat tak datangkan hasil kan so bila kita berhenti maka berat kita akan naik mendadak..yelah mana taknya 2 bulan kontrol makan lepas dah putus asa terus mencekik tanpa rasa bersalah maka jadi apam la ko jawabnya..
Aku ni kan jenis lepas mandi mesti dok merenung setiap inci tubuh depan cermin..eleh takyah pelik ntah-ntah korang pun sama kan..tapi berkemban lah yek bukan berbogel tau..
bila aku dok depan cermin aku merasa sangat pelik dan sakit hati..pasai apa sakit hati sebab aku rasa macam melihat tubuh orang lain.
Terutama bila tengok bahu yang mendebab dan melebar..pipi yang bambam bagaikan di pam-pam
''ni badan makcik-makcik ke badan anak dara nih''(tetiba perasan diri tu anak dara)
Lagi parah bila banyak baju-baju dan seluar sudah tak muat..asik nak beli seluar baru ketat manjang,sampaikan bila beli baju konpem tak muat terutama bahagian bahu memang takkan lepas punya.Namun aku tetap simpan baju dan seluar yang tak muat tu dengan harapan menggunung satu hari nanti aku akan dapat menyarungkannya ke tubuh ku ini..
Setelah sering di sindir,dipuaka orang sana sini..asal nampak muka aku takda lain orang nak tegur kan..sampaikan kaki aku terseliuh sebab terpijak lubang masa berjalan waktu malam pun orang tetap nak kaitkannya dengan kedebabkan tubuh aku ni yang menjadi punca utama..uwaaa sakit hati sungguh rasa..
Ok boringkan baca karangan tanpa gambo..ok nah layannnnn
ini gambo tahun lepas bulan Julai rasanya time nak pergi Cameron Highland dengan famili mertua aku..bebudak 2 orang tu Qaseh dan sepupunya Aiman...yang gergasi kat belakang bebudak kenit tu tak perlu diperkenalkan lagi hihi..aku lerr tu.Bagi sesetengah orang aku bukanlah gomok sangat tapi sebagai pemegang rekod underweight selama bertahun-tahun dari dulukala.. ini adalah bencana..Lagipun takkan nak tunggu sampai Obese tahap 4  atau tunggu sampai laki nak muntah hadap muka aku baru nak gigih kecutkan badan ye dak.
Yang ni awal tahun ni rasanya..ada lagi gambo penuh yang lebih bencana tapi tak tahu aku simpan kat mana..maklumlah gambo ada beribu-ribu pasal hobi aku suka tangkap gambo tapi gambo sendiri tak banyak aku banyak ambik gambo orang je..
Berfotogedik di samping orang yang bertubuh petite adalah bencana yang ditempah kehkehkeh..gergasi sungguh aku rasa..ni adalah antara gambo yang TERlatest sebelum transformasi aku bermula gambo time reunion sekolah hujung Februari lalu..sebenarnya time ni aku dah mula bersenam dan jaga makan cuma sebab baru sebulan so belum menampakkan apa-apa perubahan..Time reunion ni takda siapa berani mempuakakan aku sebab aku dah warning awal-awal sapa-sapa berani cakap aku gomok akan aku makan mereka hidup-hidup..
dan untuk uolss..
jeng..

jeng..

jeng..

Jajaps..sebetulnya gambo terbaru aku ade di mukabuku dan rata-rata orang dah tengok kan tetapi uolss tak tengok perbezaan dulu dan kini..so inilah
Gambo yang terbaru tu pakai maxi dress so tak nampak sangatlah tang badan tu kan dah tu maxi dress tu jenis yang sedikit besar dan longgar..sebab aku sekarang ni banyak pakai maxi dress berbanding seluar..mana taknya seluar semua dah longgar-longgar takda masa lagi nak pi alter ada selai dua je yang muat elok tu pun seluar lama yang aku selongkar semula dari storage box.
Oklah aku bagi sikit-sikit dulu gambo yeaa..nanti di part-part yang seterusnya aku akan tepek lagi gambo untuk tatapan uolss..

meskipun aku telah mencapai berat ideal,boleh pakai baju saiz S(dulu XL),boleh pakai baju-baju lama zaman bujang, BMI sudah normal serta telah turun berat sebanyak DUA angka tetapi aku belum mendapat berat idaman di mana untuk memudahkan aku mengekalkan berat badan..ingat nak menten lagi susah daripada mencapai target sekurang-kurangnya perlu turun lagi 5-6 kg daripada berat ideal.

Lagipun bukan berat badan yang perlu dirisaukan sesangat yang penting body fat mesti berkurang..sebab sebelum ni body fat aku tinggi wooo 44% gitu..yang terbaru aku tak tahu sebab belum berkesempatan nak cek maybe bulan depan baru tahu sebab scale aku takde function untuk ukur body fat(Dah jahanam)..sebelum ni ukur guna scale yang  kat gym punya.

**Insyaallah sambungan entri seterusnya aku akan kongsikan bersama mengenai rejim-regim senaman yang telah aku jalani,apakah motivasi aku untuk terus gigih membako lelelamaks serta menu-menu dalam diet seharian aku..
Apa-apa soklan nak tanya boleh tanya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...