Mereka Yang Terbaik..!

8/26/2011

Syawal menjelang apa yang patut korang buat dan jangan buat hari raya nanti..

Salam lebaran dan salam merdeka uollsss..weh raya-raya gak merdeka jangan buat-buat tak ingat heheh..mendungnya cuaca kat luor..hujan lebat gamaknya kejap lagi,maka sesiapa yang sedang ondeway balik ke kampung halaman tu berhati2 ok...kadang-kadang dah berhati-hati orang lain lak yang tak berhati-hati ye dak
Jom layan pesanan khidmat masyooorakat di hari-hari akhir Ramadhan buat semua kenkawan tak kira di mana jua anda berada..
Menjelang Syawal
-Sapa-sapa yang nak berjalan jauh pulang ke desa tercinta jangan lupa serbis keta korang sesiap,pastikan minyak penuh,wallet jangan tak bawak..lg satu pastikan takdok anak-anak yang tertinggal kat umahh huhu
-semua suis utama,modem..gas tutup tau..cemana nak tutup gas..cabut kepala gas
-kunci,mangga solek mempelam segala la grill.
-jangan hapdate kat pesbuk or twitter lokasi or mende jadah korang nak buat..ingat tuuu!!
-boleh muat turun borang report dalam laman web PDRM yea untuk memudahkan pihak polisi mengecheck umah korang.
-baju raya,kueh raya..duit raya jangan lupalak nak bawak balik kang menangis tak berbaju baru lakk.
-nanti raya jangan lupa bermaaf-maafan dengan kaum femili,sedare mare..jiran tetangga dan juga kenkawan..musuh ketat..segala..
-offline pesbuk,ym segala..ini hari raya..maka berayaa lahh lupakan sekejap laman sosial ituu..
-jangan nak bagi alasan malas nak beraya sebab penat masak lemang la apa la padahal korang nak layan pilem-pilem,konsert,sitcom raya bagai kan...kan...jadah pakai baju lelawo mengankang depan tb sambil makan sekut raya..huhh...bermasyarakat la skit.
-jangan nak menunjuk-nunjuk barang kemas uolls penuh lengan ke apa..henbeg baru ke..raya kat kampung je jah oii tak usoh nak beriaan takmo kalah ngan jiran sebelah katanya..padahal pi raya umah sebelah je pun gigih hangkut beg LV segala.
-boleh dak pi semejid tu car pool reramai takyah la satu umah pi semejid naik lain-lain keta..bajet nak menayang keta mewah lah sampai penuh masjid takde tempat parking..
-datang rumah orang beraya jangan sekadar senyum-senyum kamben..minum air sirap seteguk dua tapi makanlah semua hidangan yang ada penat tuan rumah uolss bersengkang mata siapkan juadah.
-jangan nak sorok-sorok lak kueh yang sedap yea..letak gak dalam balang kueh hahahahaha..tetamu nak gak merasa
-elakkan daripada makan secara mencekik sebaliknya makanlah secara berhemah..perut sebulan kosong siang wehh mau terkejut kalo semuanya disumbat penuh..sat lagi ceri beri la korang.
-kalo yang suami kena turn raya umah pemili korang janganlah ngengada  nak beraya umah ex cinta monyet korang..pediss hati binik tauu hahahahah
-pada pengumpat-pengumpat tegar Kak Kiah,Kak Joyah dan kenkawan yang lain janganla kerana tiba hari raya maka korang balas dendam habis-habisan mengumpat dari saat terbitnya mentari hingga tenggelamnya sang suria wehhh..takyah sebuk2 nak komplen baju raya orang cantik ke lawo..keta anak orang mahal ke murah hihihi..
-kalo pi open house tu berpada-pada la weh amik makanan..jangan sampai membazir ingat kat orang lain gak.
-nasihat anak-anak hormat tuan rumah,makan leklok jangan tumpah kan makanan atas karpet mahal orang dan jangan buka sampul duit raya atau campak merata sampul duit raya dedepan tuan umah..kecik ati tau!
-kenkawan lama jangan nak ngengada nak off henpon..susah kawan2 nak koling-koling terjah umah uolls nanti.
-lagi satu kalo dah beraya kat umah orang jangan la lelama sangat weh..sampai kan muka korang je sepanjang hari tuan umah nak kena hadap..orang lain nak datang umah beraya pun jadi segan tengok set2 korang tak reti-reti nak blahkan diri memasing..sampai 2-3 jag air dah duk bancuh huhu.
-raya-raya juga solat jangan lupa..ini dak solat sunat eidulfitri kemain lagi awal tercatuk kat semejid solat fardu hat yang wajib wat-wat tak dengar atau tak perasan dah masuk waktu..takmo-takmo tau.
-bijaklah berbelanja ketika berhari raya bimbang naik-naik kl lepas raya harus mengopak tabung atau melenjan duit anak-anak..amatlah sadis jika begitu jadinya..penat anak-anak buat muka comel kucing shrek ketika beraya umah orang dapat duit raya perabis dek mak pak hahahaa
-ingat lepas raya jangan nak ngengada tambah cuti la..MC laa berapa lama nak bercuti raya wehh...sampai lupa nak masuk kerja hikhikhik
-penting untuk menggantikan puasa korang yeaaaa lepas raya nanti jangan buat2 lupak..adik-adik manis

Waaaaawaaaaa..banyak lah yang ditaipnyaa itu antaranya la ade sebarang penambahan lagi sila kan..
Maka sempena bulan baik yang mulia bakal menjelang..kome susun sepuluh jari jemari ini mengucapkan salam lebaran maaf zahir batin. kalo ade yang tak puas hati bengang dan sebagainya marilah sama-sama kita bermaaf-maafan ye dokk..jangan lupa kalau ade yang buat makan-makan tu  jemput2 la orang yang kat sini..


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...