Mereka Yang Terbaik..!

10/16/2011

Kecil Hati

Kecil hati ini bila tiba-tiba..
dilupakan orang..tiada lagi dipedulikan..
kecil hati ini bila sengaja di sisihkan..
kecil hati bila orang buat-buat tak nampak..
kecil hati ini apabila orang sudah mulai membenci..
jauhnya hati ini terasa...
Tertanya-tanya apa salahku..apa dosaku
lantas aku muhasabah diri..
benarlah aku banyak buat silap..
Ya..jika tetiba orang menjauhkan diri dari kita..
jangan marah dan bengang..
tapi salahkan diri sendiri..
kita yang salah..kita memang salah..
Kenapa orang membenci..?
sebab kita berbuat jahatkah?
atau
kerana orang merasa terancam dengan kehadiran kita
dengan kata lain merasa dengki iri hati..
aku pernah lalui itu..
aneh bukan kawan baik kita hari ini boleh jadi seteru kita esoknya..
ya itu yang aku lalui..bukan sekali tapi berulang kali..
lumrah hidup..bila berkawan tak sesuai bertiga-tigaan harus berpasang-pasangan
bila bertiga-tigaan akan ada yang seorang bersifat iri dan tamak..
dia mahu menguasai semua orang..dia mahu 'bolot' seorang kawan..kau cari kawan yang lain
apabila aku rapat dan berbual dengan yang ini..dia akan menjeling marah..buat muka muncung sedepa
jelingan marah itu dapatku tafsirkan ''dia boleh rapat dengan aku je!kau tak boleh rapat dengan dia..!''
dengan erti kata yang lain..
aku harus sendiri..ya sendirian tak boleh rapat dengan sesiapa..
tidak layak mendapat pujian mahu pun kasih sang teman..
ingatlah akan hakikat ini..
''jika hari ini kau mendapat pujian daripada seorang teman yang mengagumi mu..
pastinya esok beberapa teman menghindarkan diri daripadamu..''
lumrah hidup..semakin kita menghampiri kejayaan semakin kurang orang yang menyokong kita..
aku pasrah dan aku redha..
” Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu
adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan
dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji.”
(La Roche)
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu."

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...