Mereka Yang Terbaik..!

12/12/2011

Apabila laman sosial jadi soooo siaaaaaaaaaaal

Akhir-akhir ni mood manjang kelaut..kucar-kacir dibuatnya..
bosan dengan kerenah orang di sekeliling
menyampah melihat satu persatu aib orang di buka sana sini..
muak..loya..lemau..fedap
dengan orang yang berlagak setazah yang maksum la sangat
bila bukak laman so sial adehlahh..kalau tak status show off ade harta benda pat lima jenis..ada somi paling lomentik di dunia yang fana ini yang paling meloyakan ialah baca status setazah dan ostad wannabe..phewwwww..

menegur kesalahan orang itu bagus dengan tujuan untuk menyedarkannnya supaya kembali ke jalan yang benar tapi bila sampai membuka aib orang..menyindir sana sini dengan tujuan nak biar empunya badan tu tersinggung dan rasa sentap tu bagus kah???

tidak bolehkah menegur orang secara peribadi dengan tatatertib tak perlu mengajak orang lain sekali untuk berkongsi dosa dengan uolss menyindir orang itu dan orang ini bukan sama macam mengumpat kah..mengata belakang gituu.. jangan ingat bila diri tu dah berubah dah berjilbab bagai maka berhak la nak menyindir dan memerli  sekaligus menjatuhkan hukuman pada orang lain..perlu ke sampai kena menilai  dan mengukur keimanan orang lain sedangkan ibadah  sendiri belum tentu sempurnanya.. dah tu kalau tak sebut nama sipolan tu maka mula lah menimbulkan spekulasi dan mendatangkan pitnah semata-mata sebab masing-masing dok berteka teki menuduh orang itu orang ini tak ubah seperti wartawan pondan hiburan menulis gosip..

 lagi satu yang iolss tak gemar kan sesetengah orang yang memuji orang lain tanpa memikirkan perasaan orang lain..contohnya
''terima kasih tak terhingga buat teman baikku(mention nama) kaulah sahabat sejati yang paling di sayangi..satu-satunya yang terbaik dan bla2.."

kalau memang ade sorang je best fren forever takpela jugak..tapi cemana kalau ade orang lain yang selama ini menganggap kita juga teman baiknya..gamaknya sentap ke tidak..yela aku tak baik,aku bukan kawan dia..gitu kan..tak memasal ade member yang rasa sentap dan berjauh hati.bagi iolss la kan kalau nak puji member sekalipun baik la uolss sms je dia mahupun PM inbox je tak perlu nak cakap kat semua orang sehingga ade hati lain yang terguris..

itu belum lagi hat yang puji sedara mara lebih daripada memuji suami atau pun bini sendiri..fikir-fikirkanlah ada yang memerhati..ada yang rasa sakit hatinya..ada banyak cara untuk menunjukkan penghargaan kita pada orang kalau kita ni jenis peka haruslah kita mengambil kira perasaan orang lain jugak kan.

Nota : Ayat standard orang melahar ''maaf,nak cakap sikit ni jangan marah  awak ni tak itu ini  n blabla..nak melahar orang tapi mula-mula dengan manis mulut dulu..lepas tu kecikkan hati orang hipokrit sangat..
ayat standard lepas mengata....''apapun kira ok lah..'' tadi cakap pang pung pang last cakap ok pulak.

4 ulasan:

Melor berkata...

salam. pasal marah2 ni.... tak elok marah2 nanti cepat tua tau. hilang kan marah mu dengan senyuman dan bertandang ke kedai kita tengok koleksi hasil dari jemari kita. mudah-mudahan hati mu beransur tenang.

Cik Puan Nurul berkata...

mana de marah tengah hepi2 sambil makan lagi nih haa

gedek! berkata...

orang selalunya berlakon dalam laman sosial...

kan?

Cik Puan Nurul berkata...

setujuk ngn ankel..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...