Mereka Yang Terbaik..!

3/07/2012

Cerita belum basi lagi..malah sentiasa segar di ingatan kami..reunion bersama bekas rakan sekolah di D'River Resort Janda Baik Part 1

Masa sangat kedekut dengan ku..namun dalam kebizian yang melanda kehidupan ku kini tetap gak daku nak menepek gambo kenangan dan serba sedikit ceghita reunion bersama teman-teman di alam persekolahan menengah dulu..zaman gediks,nakal,comel semua ada..moh layanss je la ekk gambar-gambar lagi best layan gambar yang bercerita berbanding karangan tanpa perenggan kan...
reunion berlangsung di D'River Resort Janda Baik,Pahang hujung februari yang lalu..
masa baru sampai..ini sebahagian daripada kami-kami yang mana sampai awal tunggu geng yang lain di R&R Genting Sempah sebelum gerak secara konvoi.
cabut undi untuk chalet..sebab chalet untuk famili tak semua bebetul ngadap sungai kan sapa bertuah dapatlah duduk depan sungai..boleh kedebushhhhh mandi sungai hehehhehehe..
dorm untuk yang bujang-bujang...oklah sini takda tv yea sesuai sangatlah untuk menikmati alam semulajadi tanpa gangguan hiruk pikuk bandar kan..
sehati sejiwa makan aiskrim sambil mengadap air sungai yang sejuk mengalir..ini depan chalet aku..tido memalam sejuk dan kedengaran je bunyi air mengalir heheheheheh
lepas letak barang-barang dalam chalet lepas solat zohor segala..kami kena siapkan bahan-bahan untuk makan malam..ade pertandingan masterchef la plak kumpulan biru lawan kumpulan merah hahahah sengalkan..dan daku adalah ketua kumpulan biru hehehe ala bukanlah bertanding secara serius sesangat tapi best sebab semua orang bagi kerjasama yang sangat baik..sepatutnya mula memasak jam 5pm tapi disebabkan dapur gas ade satu je so kena siapkan awal la antara menu yang di masak petang tu nasi goreng,bihun sup,nugget,salad buah,keropok lekor,popiah ketam mamalyna dan buah-buahan sampingan.minuman sarsi dan kopi...tak lupa BBQ juga ada malam tu.
sambil buat kerja sambil menikmati laksa..ade kawan kami yang sudi masak laksa dan bawa untuk di makan bersama beramai-ramai..sangat syok wooo makan laksa dalam hutan sambil wat kerja sambil ade yang mandi manda..hihi



memasak di antara team merah dan biru huhuhu....
tulang belakang event ini ... malam tu kami ada aktiviti tukar hadiah sesama sendiri so masing-masing wajib bawak hadiah dan balut dengan kertas minyak huhu..yang mana kahwin dengan rakan sekelas atau sekolah hanya bawak satu hadiah sahajalah..
malamnya berBBQ sambil menikmati juadah yang adaa..

puak-puak jantan layan PES..dengarnya ada hadiah sapa menang tak tahulah hadiah apa tu semua puak-puak deme la punya hal.
sambil makan sambil bergosip..haha dari petang membawak ke malam biasalah kan lama tak jumpa wehhhhh sebab ramai yang lost contact lepas form 3 bila ramai sambung sekolah lain kan..
bergambar beramai-ramai dengan hadiah memasing..dah tukar kan secara cabut undi..macam-macam hadiah dapat..
ada juga yang bagi hadiah pencuci lantai dan toilet sabar ajalah...
kami juga ade menempah tshirt khusus untuk reunion kali ini so malam tu kami dapatlah tshirt memasing sekali untuk di pakai siang esoknya untuk aktiviti telematch dan bergambar ramai-ramai...

 ni aktiviti tengah malam hahah dah kul 12 ke atas kot sebab time ni aku tak join sekali  nak tidokan anak kan..dorang pi cafe dan layan karaoke hehhehe..bila anak dah tido nak pi join dah kul 1 pagi seram lah plak nak jalan ke cafe walau tak jauh mana pun huhuhu...
bersambung part 2 plak...

P/S : Gambar-gambar yang ditepek selain milik peribadi ada juga  yang di snap oleh kenkawan kredit kepada admin untuk event ni kawan kami Hasrul Azmi  sebagai jurugambar rasmi yang banyak mengambil gambar yang cantik-cantik kan sayangnya bila upload kat blog jadi agak blur plak so lebih cantik jika view kat fb kan.

2 ulasan:

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

Wahhh, sangat meriah dan bersatu padu!!!

Cik Puan Nurul berkata...

yeahhh n sangat seronok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...