Mereka Yang Terbaik..!

5/31/2012

Tak tahu nak letak tajuk apa

Aku pening banyak nak aku ceritakan kat sini tapi tak tahu mana satu cerita nak ditaipkan..sudahnya aku pun pening nak letak tajuk apa kan..
ni kes kejar masa punya pasal la...
sibuk la katakan
eh sebelum melalut tak tahu apa yang bakal di bebelkan di sini jemputlah uolss dulu makan nasi lemak je
permintaan orang dalam umah ni kasihan sekali sejak chef dirumah ni menukar gaya hidup sihat depa ni pun cam kena ikut sekali makan cara sihat hikss..so lepas dirayu-rayu ahkak buatkanlah juga nasik lemak kegemaran mereka kan..
nah sepinggan ni untuk uolss ok..jangan lupa pinggan pulangkan semula tau
ginilah kalau chenta hati nak makan nasi lemak mesti nasi tu kaler hijau pandan kena blend lah daun pandan kan..pastu guna beras basmathi yang panjang dan sedap itu..pastu kena ada ayam goreng dan timun Jepun yang rangup itu..dah selalu buat resepi pun ada dalam blog ni uolss search je nasi lemak kukus hijau kan..dasar malas cpn ni kan nak letak link
pastu konon nak tunjuk kasih sayang yang berlebihan ni nak buat lah telur mata kobau bentuk bintang gituhh tapi..
harem jadah taknak tanggal lak telur bintang ni dari acuan ke apakebende menda alah ni kan..haruk sungguhlah huhu walhal dah sapu butter dah sikit kat sekeliling acuan tu..ahhhh kensel jahanam telur bintang..nak buat guaner dasar acuan cikai je kebetulan ternampak kat pasaraya Raksasa tu gatal beli walhal non hado..mencik tau kata leh buat telur bintang ropanya ahkak tertipu je.
Eh dalam tak tahu nak tulis pasal apa kan..sampai tak tahu nak letak tajuk apa..tup-tup siap juga kan satu entri..
huehuehue...
eh ahkak caucincau dulu yek..kejap-kejap lagi kalau dapat 'deal' dengan masa ahkak yang kuat cemburu ni boleh la nak menepek 'royanan intelektual' gituu..kelasss kauu meroyan secara intelektual gituuu

4 ulasan:

Elly & Emmy berkata...

amboii .. kenyang mata tengok nasi lemak muu.. sedap tuuu..

telur bintang.. haipp .. mmg ssh laa.. koi buat telur bulat pun selalu tak menjadi..

Cik Puan Nurul berkata...

mata jelah kenyang yea
tulah bukan senang kan nak wat telur mata kobau supaya kuning dia molek je dok tengah2..pastuh kena goreng dlm myk byk tapi aku tak suka lagu tu..berlemoihhh minyak

TopsyTurvyMum berkata...

Wahhhh..kauuu...hijau lagi tu bikin haku melelesss..
Dpt tak email hakakk?

Cahaya hidupku berkata...

MasyaAllah..suka la sarang telur tu...nak jugak cari kat mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...