Mereka Yang Terbaik..!

8/16/2012

Hari raya bakal menjelang tiba..

Semua insan sedang gembira..Di hari ini sayang
Hari yang mulia..Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka...Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru..Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan...Jangan engkau tangiskan

Tidak semua  orang berpeluang meraikan Aidilfitri kali ini dengan suasana gembira dan meriah apapun tidak salah untuk merayakan bagaimana cara pun..asalkan tidak berlebih-lebihan dan keterlaluan hingga membazir
kerana hari raya merupakan hari kemenangan bagi Umat Islam setelah sebulan puasa..
jadi marilah kita sama-sama bersangka baik  pada orang lain..
janganlah kerana baju raya kita cuma sepasang kita jaki pada orang lain yang ada berpasang-pasang baju baru..
jangan kerana tahun ini kita kehilangan orang yang tersayang maka kita mahu memaksa orang lain untuk turut bersedih kerana setiap orang berhak untuk merasa gembira..
jangan kerana kita tidak dapat pulang beraya ke kampung halaman kita terus hilang mood untuk menyambut hari raya sampaikan tidak mahu melawa-lawa dan keluar dari rumah untuk ziarah menziarahi sambil bermaaf-maafan..

Bagaimana pun cara kita meraikan Aidilfitri pastikan secara bersederhana..kita harus ingat juga pada mereka yang tidak berkemampuan dan yang bernasib malang..
maka jangan kedekut untuk bersedekah pada mereka yang tidak bernasib baik ..
Sebelum pulang ke kampung halaman pastikan ambil masa sejam untuk memeriksa keadaan rumah agar semuanya berada dalam keadaan yang selamat..
Akhir kata berhati-hati di jalan raya dan selamat hari raya ampun maaf di pinta..


2 ulasan:

Angah berkata...

selamat hari rayaaa....

Unknown berkata...

SALAM LEBARAN ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...