Mereka Yang Terbaik..!

8/03/2012

Peristiwa yang tidak di lupakan dan amat menyentapkan hati ini...

Aku  memandang sekeliling..humangaih bersepah-sepah mainan si kenit bukan setakat mainan abis baju-baju aku di lembang dan di buat main.Rumah aku  dah macam tongkang pecah..bukan sekadar ruang tamu bilik semua lah..ini memang situasi normal rumah aku lepas di 'lanyak' dak Qaseh..perangai dia lepas sepahkan ruang tamu dia akan pi tempat lain lak..hobi dia suka selongkar lemari kalau ada baju abis sepahkan ke lantai sebab dia nak masuk dalam lemari tu..

Aku ni dah letih nak mengemas,dan aku selalu berharap kalau tetamu datang kerumah janganlah buat muka tak selesa atau mengata aku terang-terangan umah bersepah ke apa..janganlah tuduh aku tak mengemas ke apa sebab aku memang kemas rumah hari-hari cuma nak mengekalkan situasi kemas tu memang payah aku rasa tak da sesiapa pun yang sanggup kemas rumah setiap jam atau setiap kali anak sepahkan mainan korang kutip..korang tunggu je depan anak..ada yang mampu buat camtu mestilah tak kan abis tak yah buat kerja lain dah ke..biasanya anak dah tido barulah kita berpeluang nak kemas rumah walaupun tahu bertahan seketika je..yang penting tetap kemas kan.

Ketika aku dok merenung rumah yang bersepah tu ...
Tiba-tiba ada tetamu datang,sepatutnya dia datang pada hari yang dijanjikan tetapi dia datang awal 2-3 hari..apabila sampai di rumah aku yang macam tongkang pecah tu dia membebel-bebel dan menuduh aku ni memang dari dulu pemalas cuma dia tak cakap sebelum ni..erkkk terkedu aku tak sangka dia yang aku hormati boleh mengeluarkan kata-kata kasar macam tu..tak cukup dengan kata-kata kejian dia plak sibuk nak lipat semua pakaian aku yang dah berlipat tapi  bersepah tu kan..aku banyak kali beritahu tak payah buat aku memang nak kemas rumah tapi tak sangka dia sampai awal ketika aku belum siap mengemas lagi.
sambil dia dok kemas umah aku mulutnya tak berhenti membebel sampaikan dia cakap aku ni asyik mengadap facebook dia hari-hari baca apa yang aku update pada status..adoiii dahlah dia cakap aku ni pemalas sejak dulu kemudian bleh lak dia stalk facebook aku..masa tu aku rasa sedih sangat dalam hati aku berharap ini cuma mimpi..serius rasa terguris sangat hati,aku cuba menutup mata dan berharap ini tidak berlaku tapi ternyata ia sememangnya berlaku..aku tahan je rasa nak menangis,sampai hati dia mengata aku dedepan dah tu bila aku cuba memberi alasan dia tak mahu dengar dan ungkit macam-macam.


Aku semakin terasa jauh hati namun bersabar kerana mengenangkan dia seorang yang paling aku hormati..ketika melayani rasa sedih itu tiba-tiba..


Tubuh aku terasa sakit dan aku seperti terjaga dari sesuatu..aku melihat sekeliling
Haaaa?Aku nampak sejadah..dan di sebelah aku encik suami masih nyenyak tidur..La jadi  yang tadi tu benar-benar mimpi ke..Aku terus terbangun cepat-cepat dan mengucapkan syukur..rupanya aku tertido di atas sejadah beralaskan lengan.
Sebenarnya pagi tadi selepas solat subuh encik suami tertido atas sejadah tu aku cuba mengejutkannya berulang kali agar tidak terlewat pergi kerja..tetapi beliau takmo bangun pun sudahnya aku plak yang tertido di tepinya hinggalah membawa aku kepada mimpi yang menyentapkan hati itu..mimpi tu betul-betul macam real tambahan pula aku memang bercadang mahu kemas rumah sebelum aku tertidur itu nak-nak 2-3 hari nanti ada tetamu yang bakal datang ke rumah termasuk 'dia' yang menjadi watak utama dalam mimpi ku itu huhuhu..

P/S ; Aku perasaan sepanjang minggu ni aku mimpi yang pelik-pelik dan aneh hurmmmm...

2 ulasan:

TopsyTurvyMum berkata...

penah gak mimpi yang menyentap camtu.
Aku pulak, bulan posa ni boleh bersambung2 lak mimpi aku aku. Ala2 drama bersiri dahhh..hahahaha!

Cik Puan Nurul berkata...

eh sama lah haku pun mimpi bersambug2 kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...