Mereka Yang Terbaik..!

10/30/2012

Sakit

Aduhai aku dah mula sakit tekak sejak hari ahad sebelum balik KL..Ntah berjangkit dengan adik aku atau sebab perubahan cuaca atau sebab balik dinihari buta malam raya tu pun tak pasti lah..cuaca kat kampung panas sepanjang 2-3 hari aku balik raya..

Aku risau kena sinus macam tahun lepas je ni..aku penah cerita sebelum ni.Bukan apa aku ni setiap kali sakit tekak mesti berkahak ketul ada sedikit darah kalau kena selesema pun sama..
Ikutkan sejak jadi mak orang aku payah nak jatuh sakit macam demam,selesema dan batuk biasa setahun sekali tapi paham-pahamlah sekali kena lama dan sangat hazab sampai tak daya nak buat apa-apa.
Bukannya tak langsung nak kena selesema ke apa jenis aku bila rasa tekak mula semacam ala-ala nak kena selesema tu kan aku mesti buat-buat tak tahu..tak mahu fikir sambil terus cakap pada diri
''takda apa-apa ni..bukan selesema''
sudahnya kan bila kita tak melayan sakit kita tu dia macam baik sendiri..tetiba macam tak jadi nak selesema ke apa huhu..yela orang kata kalau terlalu dok fikirkan sakit nanti makin sakitlah kan kalau kita lawan gak takdalah melarat-larat.

Aku paling fobia sekarang ni kalau kena batuk abislah mesti lambat baik punya seksa wooo batuk tak berhenti sampai terkucil bagai..
Hujung tahun lepas dah kena sinus sampai rasa sakit kat muka..baik sinus kena batuk lak..ke sinus ni memang ada je dah pada tubuh kita ya..sebab sinus ni kira resdung la kan..kalau makan menda-menda gatal mesti dia mai kan.
Harap sakit tekak aku ni tak berlarutan lah masalahnya siang hari ok je boleh telan makanan elok bila malam menjelma terasa cam bengkak je mula rasa perit nak menelan bagai..

P/S : Entri berkaitan diet dan sebagainya akan aku sambung lagi nanti-nanti yeaa..

3 ulasan:

♥cikmOt♥ berkata...

jengka sangat panas...kan...

Daddy Ziyyad berkata...

kalau sakit sangat tekak tu, cuba check di klinik..sebab boleh jadi ianya jangkitan pada kelenjar tonsil..yang mana perlukan rawatan antibiotic...Moga cepat sembuh ya

Tanpa Nama berkata...

xkisah cuaca pnas atau x ksihatan pnting kne jga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...