Mereka Yang Terbaik..!

11/07/2012

Demam Urat,tonsil dan..

Susulan minggu lepas aku sakit tekak kan..rupanya tak lama pun sakit tu.lepas hilang sakit tekak kena batuk plak..batuk yang sekali batuk berair mata tu..hazab dak hahah..
Anehnya batuk itu mengganggu aku time malam hari je sampai tak cukup tidur aku dibuatnya..siang hari lak jarang batuk kalau ada masa kita tengah bersembang ngan orang masa tulah tetiba tekak perit gatal segala..
Pagi semalam aku bangun pagi nak minum air tekak rasa perit yang amat..nak menelan kemain susah..Aku memang amalkan minum air kosong segelas setiap bagi sebelum gosok gigi bagai kecuali jika pagi itu ada penimbangan berat memang tak minum apa-apa kecuali selepas naik atas penimbang.

Aku pelik juga aritu bukan ke sakit tekak dah hilang awat semalam sakit plak malah kemain perit lagi..
Pagi semalam juga masa nak membako lemak semalam buat HIIT(High Intensity Interval Training) di mana latihan senaman yang agak berat dan sangat neraka tetapi tidak mengambil masa yang lama 20 minit saja namun hasilnya amat berbaloi.Biasa aku buat 1-2 kali seminggu selang seli dengan senaman lain.
Tetiba pagi semalam masa nak bersenam tu lutut rasa semacam dan badan rasa lemah bagai..sendi-sendi rasa sengal walhal aku dah rest 2 hari sebelum ni tanpa senaman anehnya badan tetiba rasa macam baru lepas bersenam kaw-kaw..punggung rasa sengal nyeri bagai tapi aku teruskan gak habiskan latihan walaupun tak mampu buat beria..

Lepas bersenam badan terus makin lemah dan lemah..tangan dan kaki mulai rasa sejuk semacam..walhal di luar matahari dok memancar  peliknya aku dalam rumah rasa nak ditindih badan dan mahu berselimut tebal..
selera dah terus hilang tambahan tekak yang perit nak menelan lagi kan..
terus berbaring je sebab nak duduk pun punggung rasa semacam..


So aku cuba google dan aku saspek aku terkena demam urat tapi bila baca punca-puncanya macam takda kena mengena je ngan aku je walau ada satu dua tu contoh disebabkan cuaca sejuk dan makanan yang berbisa..makanan tu sebab aku makan salad kacang kuda untuk berbuka puasa sunat Isnin baru-baru ni kot.
paling takleh blah lelaki yang baru kahwin 2 minggu pun boleh terkena demam urat kehkehkeh..motif??

Makanya sepanjang harilah aku melepek dan cuba gagahi diri untuk buat kerja rumah serba sedikit..sudahlah malam tadi aku ada ujian kecergasan di Gym..aku ada join satu program(mcm pertandingan) di mana malam tadi adalah final nya..walau rasa lemah aku gagahi juga join malam tadi anehnya masa kat gym taklah rasa seksa sangat plak heheheh..berjaya gak buat bangkit tubi(crunch) 42 kali dalam masa  60 saat..tu sebab sakit kalau tak sakit aku rasa boleh buat lebih lagi hihi.

Hari ni tekak still sakit tadi aku pi cek tengok kat cermin nampak macam bengkak yang menyerupai tonsil tu disebelah kiri.Aku rasa aku tak pernah kena tonsil sebelum ni so bila rujuk gambar tonsil kat Google nampak lebih kurang je tapi bila sentuh tak sakit yang terasa sakit macam kat belah dalam tengkuk ni je huhuhu..Apapun insyaallah nak pi klinik juga hari ni untuk pengesahan dan rawatan selanjutnya.Demam urat dah mula ilang cuma kepala rasa berdenyut sikit-sikit.


2 ulasan:

Dr K berkata...

Kalau betul kena tonsilitis, memang demammnya selalunya tinggi, sakit2 badan dan kepala..

Ni saya ada menulis sikit tentang tonsilitis:

http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2011/05/tonsil-amaran-entri-panjang.html

Cik Puan Nurul berkata...

mekaseh doc,kena makan aiskrimlah nampak gayanya huhu walhal tu makanan yg dielakkan selama ni..aiskrim vanila xpe kot huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...