Mereka Yang Terbaik..!

2/18/2013

Sambungan cerita..

Sambungan cerita tergantung minggu lepas..mahap ye menaip ngn henpong gini lah takleh nk taip lelaju dan panjang. Kesahnya gini hari Rabu hari first sekolah lepas cuti CNY memang haruk skit lah Q masih lemau nak bangun pagi kan..jadi dok menangis drama bagailah sampai taknak kencing pagi tu masa mandi.. bila dah pagi bermula dengan situasi tidak best maka keseluruhan hari pun tak best lerr jugek..Qaseh ni pakai diaper hanya pagi kat sekolah je lepas tu balik rumah dan gi jenjalan tak pakai sebab dia memang reti kencing sendiri cuma pi sekolah je pakai sebab abahnya risau  takut Qaseh nak berak ke apa..sebab Qaseh masih takut nak berak dalam toilet kalau nak berak dia akan selongkar cari diaper kalu takde dia rela nangis tahan berak..

Makanya disebabkan pagi tu tak kencing maka..bila kat sekolah makan minum bagai jadi diaper dia penuh sampai banjir basah kuyup kat baju dan seluar dia..bila dah basah dia takmo duduk atas kerusi bila cikgu cek rupanya sebab basah kan..Walhal time tu baru pukul 10am jadi cikgu tukarkan baju nya dan pakai kan dengan baju cikgu(cikgu tinggal dekat ngan sekolah kot boleh ambil baju dia atau maybe memang dok situ)
Kebetulan aku lak lupa nak bawak bekal baju dalam beg..biasanya aku ade letak baju gantian kot-kot main jatuh lecak ke apa kan tapi hari tu tak letak..

Qaseh ni aku lebih selesa kalau dia tak pakai diaper berbanding dia pakai sebabnya dia neh takkan kencing/berak merata-rata kecuali dalam toilet dan ketika pakai diaper..kalau pakai diaper dia akan kencing jelah sampai penuh kan maka tu yang bocor.

Walau dah umur 4 tahun(tahun sudah) Qaseh baru berjaya kencing sendiri tetapi yang bagus nya dia dapat mengawal kira dia rela tahan kencing daripada terkencing atas lantai atau atas katil.Kalau kat umah dia memang pi sendiri je bilik air dan basuh sendiri tapi kencing atas lantai lah huhu.
Cuma masalah besar kalau pi jenjalan shopping bagai nak-nak tandas yang takde getah paip,Qaseh takmo kencing sebab dia suka kencing kat lantai(kat lubang saluran air) pastu mesti masa kencing kena ada air terpasang dari getah paip..kira nak kencing di air yang lalu huhu.

Kain tuala pink atas leher tu kain sapu tangan lap hingus..dia dok berhingus dah beberapa minggu tak baik-baik lagi..
Nak wat cemana kata ibu-ibu yang dah terbiasa anak di sekolah/taska maybe dalam masa 6 bulan ni manjanglah Qaseh mudah demam dan selesema sebab nak sesuaikan diri dengan keadaan baru di sekolah maklumlah sebelum neh kan dok dalam umah yang terkawal gitu daripada jangkitan penyakit huhuhu

1 ulasan:

Hayatie berkata...

Azri pulak kalau gi sekolah..diaper kering ringan sebab dia takmo makan minum kat school.. pesal ntah. Nak kencing beraknpun ditahan agaknya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...