Mereka Yang Terbaik..!

2/26/2013

Aku memang tidak sesuai makan steamboat buffet.

Semalam aku puasa sunat dan sepatutnya ada rancangan untuk makan dengan BFF kat Ice Room tapi sebab ada aral melintang maka rencana itu dibatalkan..takpala tak da rezeki kan.
So sebab aku ni memang dah set dalam kepala otak takmo masak nak berbuka makan kat luar so tetap jugaklah aku makan kat luar..

Hujan renyai-renyai malam tadi buat aku rasa nak makan sesuatu yang pedas dan masam..eleh time hari panas rembang pun aku mesti nak makan pedas jugak hahahah
So berpergianlah kami anak beranak mencari makan..tak tahu nak pi mana sudahnya pi Red Wok kat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi..dekat je ngan umah malas nak pi kedai lain..mulanya suami sajeskan makan kat Cibiuk(Masakan Sunda,Indonesia)tapi aku malas plak walaupun sambal kat situ sangat hot dan terangkat dan boleh amik banyak mana suka.

Asalnya aku cuma nak makan tom yam je kat Red Wok tu huhu..tapi bila nampak banyak meja kosong untuk steamboat buffet leh lak aku tukar selera nak pulak untuk budak tinggi bawah 99cm free huhu..bertuah si kenit tu rendang tingginya 95cm so takdelah terasa membayar dengan sia-sia macam makan kat Seoul Garden aritu kena caj sama cam dewasa gak dak Qaseh walhal tak makan beria pun dia.
Kami pilih set yang boleh grill dan rebus sekali..encik suami lah nak grill daging kan.
Kami tak amik banyak pun sebab aku takkan makan banyak so takmo membazir kalau membazir nanti kena caj plak..untuk dessert tak banyak sangat pilihan aku tengok takde ABC tapi aiskrim,kek dan puding ada lah..pilihan untuk air pun tak banyak macam kat Seoul Garden cuma ada jus oren dan air kosong..tapi ade ayam panggang so ade gaklah menu kesukaan Qaseh..pastu untuk seafood ade udang,ketam,kupang besar,kerang, sotong dan ikan..lelain cam biasa ade perapan daging dan ayam termasuk bebola bagai tu kan.
Sebenarnya aku tak amik semua pun nasi goreng dan mi bagai pun aku tak ambik..banyak yang aku tak ambik sebab hanya ambik mende yang memang nak makan je kan..

Kuah tomyam nya sedap juga yang lelain sos-sos pencicah biasa-biasa je..sayangnya kalau bawak orang cam aku ni makan buffet memang agak merugikan sebab tak makan banyak walhal aku buka puasa semalam kan..makan skit je aku dah berhenti..ni sebab perut aku dah terbiasa makan dalam portion yang sikit dah bertahun kan so sebelum aku  rasa sekak dan kekenyangan otomatik je aku dah macam mendapat isyarat suruh berhenti...yea berhenti sebelum terlalu kenyang..memadai sekadar perut terisi tinggalkan juga ruang untuk air dan udara.
Aku nampak ade puding karamel pastu menggedik nak merasa walhal bukannya aku biasa makan puding neh.saja lah teringin nak tau sedap sangat ke sebab aku tengok orang lain makan katanya macam sedap sangat kan..
bila aku suap sesudu dalam mulut dan menda alah tu lalu kat tekak ni..emmmm ade rasa pahit-pahit gula hangus tapi itu ok lagi masalahnya rasa telur tu wat aku kureng skit lah..

Konklusinya kalau nak bersteamboat bagai eloklah buat sendiri je kat rumah makan ramai-ramai idaklah terasa membazir sangat lagipun memang boleh buat sendiri kan..dulu-dulu yea aku takda masalah makan macam gajah gini..kalau pi makan steamboat memang banyak je makan kan sekarang dah lain..perut dah terbiasa makan sikit-sikit pehtu kalau makan makanan yang tak menyihatkan perut aku dah pandai meragam..

P/S : semalam ade dua orang gadis duk dekat dengan meja kami makan muka yang sorang tu sebijik Fatin Liyana tapi bukan dia kot sebab budak tu gaya penampilan dia biasa je takdelah stailista cam FL tu kan.

3 ulasan:

:: Mrs.Eady :: berkata...

same la tekak tak sesuai mkn buffet nie...

Irfa berkata...

BUFFET MMG RIGI KALAU TANK KECIT
HEHE..PENAH MAKAN BUFFET SMPI X LARAT NAK BANGUN..RASA NYESAL SGT LEPAS MAKAN

Daddy Ziyyad berkata...

Sebenarnya, berpuasa tu yg menyebabkan susah nak makan banyak2 kat buffet...Sebab perut dah kosong lama...tu kalau saya la, sebab buffet ramadan mmg saya tak boleh makan banyak....

Cibiuk tu konsep buffet juga ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...