Mereka Yang Terbaik..!

3/02/2013

Review Rock Oo! : Menangis dalam ketawa

Tahun ni hasrat aku nak memuvi je kerjanya lama dah tak memuvi dengan kerap haha ni pun banyak movie yang aku terlepas tayangannya ada yang takleh nak layan pasal takleh nak seludup bawak Qaseh menonton bersama yelah pelem-pelem yang ganas dan horror udah tentu kanak-kanak ribena seperti beliau tak boleh nontonnya.jadinya kami laki bini kaki wayang neh bertabah je melayan movie sekadarnya aja.

Mujurlah 2013 ni banyak movie best yang ada walau banyak pelem sequel belaka kan..untuk movie tempatan opkos aku akan layan filem Mamat Khalid jelah hat lelain tu tengok pengarah dan penerbit je cukuplah dah tau cerita nya cemana minta maaflah yeaaa..tunggu raya jela tu pun kalau ada nafsu nak tengok tidak menyumpah-nyumpah lah aku layan pelem-pelem ntah apa-apa ni sambil makan ketupat rendang..macam raya tahun-tahun sudah ewww tak sior teman nak menengoknya..

Bulan lepas dah layan pelem Jin Toncit bulan neh layan Rock Oo! plak sambungan dari filem Rock 1 (2005) peminat rock kapak memang wajib lah menengoknya sebab apa sebab memang best dan akan mengimbau nostalgia korang yang membesar dan dewasa sekitar lewat 80an hingga awal 90an era kegemilangan rock kapak..dan artis-artis mi segera realiti tv ke apa pun wajib tengok supaya korang akan tahu bersyukur bahawasanya kehidupan rocker jaman dulu jauh lebih sukar berbanding retis zaman ini.
Sinopis filem neh korang Google jelah sendiri bersepah-sepah ok hahahahah tapi kalau tanya pendapatan aku mengenai filem neh komen aku lebih kurang sama ngan Awie yang dengarnya menangis dan ketawa juga tengok cite neh..so aku tepek komen beliau kredit untuk sokabar Harian Metro
“Jalan cerita sarat dengan komedi serta lakonan selamba setiap teraju utamanya adalah kekuatan cerita ini. Lebih menarik, Mamat Khalid berjaya menyuntik emosi dan rasa sedih melalui visualnya. Dia memang hebat!”
Demikian kata penyanyi kumpulan Wings dan pelakon, Awie ketika diminta mengulas mengenai filem Rock Oo! yang mula ditayangkan di seluruh negara semalam. Awie yang ditemui di Malam Gala Rock Oo! di Petaling Jaya, Isnin lalu disifatkan Projektor sebagai individu paling layak untuk memberi pandangan terhadap filem ini. Suka dukanya sebagai penyanyi rock sebelum muncul bersama Wings dengan album sulung, Belenggu Irama pada 1987 sinonim dengan apa yang dipaparkan dalam Rock Oo! 
Babak rambut anggota kumpulan Rimba Bara dipotong rambut seorang tokoh politik cukup sinonim dengan Awie. Ironinya, majlis memotong rambut Awie bersama Wings dan Search oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Tan Sri Mohamed Rahmat (Allahyarham) yang disiarkan secara langsung oleh Selamat Pagi Malaysia pada 1992 sebagai simbolik mereka mematuhi peraturan kerajaan melarang penyanyi lelaki berambut panjang.

Rock Oo! yang juga kesinambungan kepada karya asalnya, Rock pada 2005 masih mengekalkan asas plot cerita, barisan pelakon dan genre yang sama, malah kali ini jauh lebih berbisa dengan menampilkan konflik dan kemelut berbeza.

Subjek dan tunjang ceritanya masih berlandaskan perjalanan yang berpaksi pada semangat, azam dan kesungguhan anak muda, Amy Mat Piah lakonan aktor berkaliber, Que Haidar dalam mengejar impiannya menjadi penyanyi rock terkenal. 
Amy dibantu temannya, Jijo lakonan selamba Khir Rahman dan Slash Haji Tapah lakonan Pekin Ibrahim dari kampung mula membina tapak menjalani kehidupan di ibu kota. 
Soffi Jikan yang menghidupkan watak Zul Kapan sebagai vokalis Malaikat Maut turut cemerlang mempamerkan lakonan bersahaja mewarnai perjalanan filem ini. 

Awie menangis kerana Rock Oo! 
Saya tidak malu mengatakan yang setiap babak dalam filem ini menyentuh jiwa hingga membuatkan saya menangis. Realitinya, Rock Oo! adalah biografi pahit maung dan perjalanan seorang anak muda yang ingin menjadi penyanyi rock. Itulah ceritanya dan jelas ia begitu dekat dengan diri saya sendiri. 
Mamat berjaya melakukan pemerhatiannya dengan sempurna untuk menceritakan diari sekumpulan pemuda yang bersungguh menjalani kehidupan di ibu kota dengan berbekalkan gitar dan bakat. Ia begitu jelas dan realistik. 
Jujurnya, setiap babak yang ditampilkan dengan penyampaian lakonan barisan teraju utamanya berjaya mengundang gelak tawa dan emosi kepada saya sebagai penonton. 
Tidak dinafikan, pengalaman dan detik permulaan saya dulu ketika ingin mencari tapak sebagai penyanyi rock diterjemahkan dengan sempurna oleh Mamat dalam Rock Oo! 
Ia benar-benar membuatkan saya mengimbau semula segala kisah manis dan pahit ketika zaman 80-an itu. 
Namun seperkara yang harus diberi pujian dan pemerhatian teliti adalah kreativiti Mamat selaku pengarah dan penulis skrip dalam membina sebuah plot cerita yang berkesan. 
Imaginasi Mamat dalam menyusun plot cerita sangat hebat dan ideanya membina setiap satu watak dengan karektor tersendiri begitu ‘genius’. 
Bayangkan, pembangunan wataknya lengkap bagi mewujudkan elemen komedi menerusi ekspresi wajah namun dalam masa yang sama, setiap terjemahan skrip dan gaya lakonan itu masih mampu membawa penonton untuk turut sama bersimpati dengan nasib Rimba Bara. 
Semua ini membuatkan saya menangis dalam ketawa dan itulah kelebihan Mamat yang tidak ada pada pengarah lain. 
Saya memuji lakonan Khir yang sangat selamba dalam menghidupkan wataknya. Berada di antara pelakon lain yang turut hebat dan berkesanmembawakan karektor masing-masing, Khir masih mampu menghidupkan watak Jijo dengan kemas sekali. 
Sebagai pengarah dan pencipta lakon layar, Mamat berjaya menonjolkan kesemua watak utamanya dengan seimbang dan baik. Walaupun wujud empat karektor utama, namun setiap satunya punya kekuatan dan fungsi masing-masing tanpa perlu bersandar pada yang lain. 
Babak mereka berdepan masalah seperti ‘dikapur’ promoter konsert, berselisih faham dan tidak punya wang hingga terpaksa berkongsi sebungkus mi segera adalah klasik dan punya sentimen istimewa kepada penonton yang pernah melalui zaman rocker itu. 
Jujurnya, saya punya ramai kawan yang memegang impian sama dulu untuk menjadi anak seni sudah tiada lagi. Ada yang mengalah dan ramai juga menjadi mangsa dadah. Itulah nilai emosi dan pembangunan elemen realistik yang berjaya dicerminkan Mamat hingga menyentuh perhatian saya. 
Saya ketawa tidak henti menonton nasib dan gelagat Rimba Bara dan saya bersimpati dengan perjuangan mereka yang tidak pernah putus harap. 
Rock Oo! adalah naskhah terbaik Mamat dan saya cukup terhibur menontonnya. Sudah tentu saya akan kembali menontonnya di panggung dan filem ini layak diberikan LIMA BINTANG!
Dan Mamat Khalid genius seperti biasa tak sah takda dialog atau tagline juga babak-babak yang memberi maksud tersurat dan tersirat kan.
Antara yang menarik hati aku..bisa wat aku gelak dan berfikir juga sedih ialah

  • Lakonan kesemua teraju utama sangat-sangatlah bersahaja dan nampak sejibik macam mat rock
  • Watak Amy Mat Piah(Que Haidar)rocker yang nampak jambu dan kuat menangis,berangan bagai walhal suara dia sumbang tak reti nyanyi pun.
  • ada watak baru Pekin sebagai Slash,..perghh aku nampak kacak plak Pekin dalam pelem neh walau dialog dia tak banyak asik sebut ok je tapi watak dia tetap kuat.
  • Dialog tersirat Jijoe(Khir Rahman) pada manager dorang yang nak kena hantar ke jail sebab kaki kapur duit orang bagai tu sangat menarik..dia pesan ''Pak Man nanti dalam jail kalau sabun jatuh jangan kutip tau''lebih kurang gitulah..tau apa maknanya hahahah sebabnya dalam jail kan bahaya banyak kaki sontot segala macam..sekali tonggeng nak amik sabun kang menengok punggung memasing abis kena sontot kat situ jugak hahahahha
  • Babak Pekin halau siap maki hamun awek dia masa dorang nak naik bas bertolak ke KL..ohh nampak kejam gila wat kat awek gituuu..rupanya dalam bas dia nangis sambil tengok gambo awek dia huhu..pengorbanan mengejar cita-cita harus berlagak kejam depan awek..yela ada awek takleh nak fokus kekdahnya huhu.
  • ada banyak babak menarik yang dah tentu pecah perut uolss kalau nengoknya..so takyahlah aku spoiler semuanya dak hahhaha
Panggung memang penuhlah yea..aku pun dapat seat depan skrin ok hahahah..takda hal la janji leh layan..
Bintang aku untuk pelem neh  : Tak puas ok tup-tup dah abis..baru nak fefeeling layan konsert rock hahahaha maybe kena tengok lagi neh..pelem Mamat Khalid ni macam pilem P.Ramlee tengok banyak kali pun takpe..pehtu pelem dia jeh yang dialog dan setiap inci babak orang ingat dan berulang-ulang kali sebut.



Lagu OST untuk filem neh pun best lagu sama dari OST untuk Rock 1 dulu..nyanyian Khir Rahman

3 ulasan:

nazlan ahmad berkata...

Memang best kan cite neh? ..an...an... haa.. an.. an.... (JIJOE) hahahaha

Hayatie berkata...

Wah macam dato ct lak stail..hihi..cun2

LYAfrina berkata...

rmai y kata movie ni best..
lya pnh tgk citer rock y dulu tu.. mmg beberapa kali gak la ulangtayang..memang kelakar slumber..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...