Mereka Yang Terbaik..!

5/31/2010

Nikmati stik daging dirumah

Minggu yang agak memenatkan..walaupon tak dapat gik kenduri kawen kawan-kawan..ku sempat join SGM semalam kat Shah Alam..balik umah terus perap daging..hikhik request daripada Encik Suami yang demam nak makan steak daging..memang dah lama nak buat tapi tak terbuat selalu wat ayam bakar sos oren-resepi diet ihik..jom kite layan Steak Daging Blackpepper nih..


Stik Daging Bersos Lada Hitam dengan Kentang Lecek

Bahan-bahan untuk daging

lebih kurang 400gm daging batang pinang dihiris nipis

1-2 sudu lada hitam yang ditumbuk kasar

sedikit kicap soya atau kicap cair

1-2 sudu gula perang

2 biji bawang putih yang dicincang atau dihancurkan

sedikit herba oregano

sedikit garam


*campur semua bahan diatas dan gaulkan dengan daging dan perapkan selama 30 minit lagi lama lagi sedap daku perap sejam lebih gitu.

Kemudian bakar daging sampai masak guna kuali non-stick dengan sedikit minyak masak leh gak guna mentega.

Bahan untuk sos atau kuah blackpepper

lebih kurang 2 sudu besar mentega

1-2 sudu makan tepung gandum

sebiji bawang putih dicincang

1/4 bawang besar holland dipotong dadu kecil

segemgam lada hitam ditumbuk kasar

4 biji cendawan butang dihiris kecil

2-3 cawan susu segar

1/4 kiub ayam

2 sudu besar kicap soya

sedikit garam jika perlu.


cara-caranye


Cairkan mentega dalam kuali non-stick dengan api perlahan sampai berbuih.

Kemudian masukkan bawang besar dan putih tadi biar sampai naik bau cukup sampai layu tapi jangan biar garing.

Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata lebih kurang 1-2minit ingat kacau selalu.

Pastu masukkan susu segar,lada hitam,cendawan dan kiub ayam.

Kacau sehingga sedikit pekat pastu masukkan kicap dan perasakan dengan garam.Bleh tambah susu lagi atau air kalau pekat sangat.

Bile dah menggelegak bleh angkat dan tuangkan atas daging.


Bahan-bahan tuk mashed potato

3 biji kentang direbus sampai empuk.

sedikit garam dan lada sulah

1/4 kiub ayam

sedikit susu segar

sedikit mentega


Lecek kentang sampai lumat taburkan sedikit garam dan lada sulah.Masukkan sedikit susu dan mentega kacau serata sehingga berkrim pastu bleh la nak kepalkan ke atau guna skop aiskrim masukkan dalam bekas.


Untuk kuahnye plak


Bancuhkan 1-2 sudu tepung jagung dengan air, lada hitam dan sedikit kiub ayam.Jangan terlalu pekat.Tambahkan sedikit garam jika perlu. Cairkan mentega dalam kuali dgn api yang kecil.Masukkan bancuhan tepung dan kacau perlahan lahan hingga masak.Jangan terlalu lama di atas api. Curahkan kuah ini di atas kentang lecek tadi.Sedia untuk dihidang.


** kali nih aku wat mashed potato tak buh susu dan mentega pon terus gaul kentang dan tuang kuah je sebab dulu penah buat buh susu Qaseh taknak makan.So ikut citarasa kalians la nak buh ke taknak.Sedap gak dimakan dengan sayur dan jagung rebus tapi semalam Encik Suami dah malas nak gik kedai..demam la katakan.



Komen tukang makan : sedapppp..kalo tak buh kuah blackpepper pon daging dah rasa sedappp..
Komen tukang masak: berbaloi-baloi walaupon penat sebab kene cepat nak pulak dapur gas sebelah je bleh guna sebelah lagi rusak la plak..

Komen pembaca :???...

5 ulasan:

sirna berkata...

salam, pandainya masak beef steak,clap clap clap=) kita suka mencuba, bolehla kita cuba pasni, thanks for sharing

qasehadam @ nurul berkata...

@sirna
ehek idokla pandai mane ni pon masih mencuba tak try tak tau senang ke idok rupenye ssh lagi masak rendang..

Yaati Nor berkata...

sungguh menarik skali..mcmn nak pilih daging tu..ada tip tak..takut liat le..

qasehadam @ nurul berkata...

@Yaati Nor
daging batang pinang yg ok..lembut

Tanpa Nama berkata...

bookmarked!!, I like your website!

My web page ... heavy plant maintenance KwaZulu Natal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...