Mereka Yang Terbaik..!

6/28/2010

'Ditindih' bahagian 2

gambo hiasan-hukhuk ni bukan 'kena tindih' tapi tidur yang ditindih budak tecik

Okay sambung cerita episod lepas ..sebenarnye aku mula alami kene tindih ni sejak zaman bujang la..peliknya kat kampung tak kena..biasanya aku kena pada waktu siang..tapi memula kena memang pada waktu malam..jom layansss kisah ketindihan ku ini...

  • aku tak berapa ingat bila first kena tindih yang pasti time tu malam masa aku dok kat Bandar Baru Bangi memula aku macam mimpi ngeri pastu mula la tak boleh bernafas puas aku menjerit tapi macam suara tak keluar sampai la kakak aku kejutkan aku dia tanya kenapa aku meronta ronta.sejak itu memang sering la aku kena tindih.
  • setiap kali aku dok kat balkoni umah petang petang malam tu msti kena tindih..biasanya kakak aku akan cakap ''dok la kat situ malam kang nanti kena tindih'' malam tu memang kena pun.
  • aku paling banyak kena tindih waktu siang iaitu bile badan dah terlampau letih masa tu kerja shift malam..so pagi pas balik kerja aku akan tidur mesti kena punye.
  • masa sewa umah kat seksyen 7 Bangi gak time tu baru kahwin aku masih kerja yang ada shift ni..so biasanya memang siang buta aku sorang je ade kat umah..bayangkan hampir setiap kali tidor pada siang hari aku memang kompem kena la..
  • aku tak penah tidor dalam bilik selain panas aku ngeri gak sebab masa tu siang hari la baru abis keje malam nak tidur tetiba rasa tilam aku baring bergerak gerak macam ade orang nak landing bila kita paling tengok takda sapa pun.
  • so aku memang akan bentang toto dan tidur depan tv sambil bior tv terbuka dengan harapan tak kena tindih sebab nanti aku tak cukup tidur lak tapi tetap kena tindih paling ngeri bila terasa seperti ade orang sandar kat belakang pastu pegang tangan kita dan yang paling tak tahan tu siap bersuara sejibik seperti encik suami! aku siap call encik suami nak pastikan memang dia ade balik umah ke dia terkejut sebab dia kat tempat kerja..
  • naseb baik tak duduk lama kat umah sewa tu sebab dah dapat kunci umah baru dan kami pindah kat umah sekarang ni..so jarangla aku kena tindih aku pun dah tak kerja yang ade shift dah tukar kerja baru.
  • masa dalam pantang ni kat kampung dalam kul 4 pg aku bangun gi bilik air sebab luka perinuem terasa berdenyut2 pastu sambung baring nak tidur baru terlelap tetiba tak leh bernafas dan nampak lembaga hitam..aku kejutkan suami dia baca baca ayat suci masa tu suami macam marah je sebab ade'benda' macam kacau aku.Pastu aku sambung tidor balik tapi kena balik memula dengar macam suara suami bila aku buka mata aku nampak seperti lembaga hitam berbulu menghempap aku.Tiga kali aku kena berturut2 sampai tak jadi nak tidur.Masa tu akak aku pun nampak aku meronta2 sebab kiteorang tido kat depan tv akak bangun nak buat susu kat anak dia.
  • banyak lagi aku kena..selain sejak akhir akhir ni aku memang sangat keletihan baru-baru ni aku bangun pagi sebab terlampau letih dan ngantuk aku tertidur atas sofa time pagi pas solat subuh dan kena lagi tindih.
  • malam tadi lepas keletihan menjahit aku nak tidor jam pun dah kul 1 pg encik suami kat depan tv layan bola,baru nak lelap aku kena tindih lagi..

hahaha so aku 'kene tindih' ke atau inilah yang di namakan sleep paralysis..


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...