Mereka Yang Terbaik..!

6/28/2010

'Di tindih' lagi bahagian 1



Salam..agak lama sepikan diri akibat kesibukan yang melanda..bila dah sibuk sangat takda waktu rehat pastu bila nak rehatkan badan tiba-tiba tak boleh bernafas plak rupe nye ..arggghhh kena 'tindih' lagi..saje hari ni larik dari topik biasa minggu lepas dan malam tadi 2-3 dah aku kena tindih..sebenarnya aku dah lama tak kena 'tindih' ni last kena masa hari-hari akhir dalam pantang masa tu aku dok atas sofa jam 2 pagi gitu sebab tak boleh tidur kena serangan angin..dan aku sebenarnya dah selalu sangat kena alami situasi yang orang Melayu percaya ianya gangguan makhluk halus yang menekan atau menindih seseorang ketika tidur..gangguan ini berlangsung selama beberapa saat sehingga menyebabkan seseorang itu tidak berupaya bergerak dan sesak nafas..biasanya bila aku sebut 'Allahuakbar' barulah aku boleh bernafas balik..

Sebenarnye dari istilah sains kena tindih ni mempunyai istilah perubatan disebut sleep paralysis ataupun keadaan lumpuh seketika sewaktu tidur.Seseorang yang mengalami sleep paralysis akan merasa sesak nafas,sukar untuk bergerak dan sulit mengeluarkan suara.Menurut Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putera Malaysia(UPM)Profesor Dr Azhar Md Zain,fenomena ini terjadi kerana adanya multi fungsi rapid eye movement (REM).Ketika melalui REM ini seseorang itu akan mengalami mimpi.Mimpi akan membuai seseorang untuk lena dengan nyenyak.Kemudian berlaku keadaan otak mendadak terbangun dariada tahap REM kepada sedar menyebabkan berlaku sentakan,ini kerana tubuh masih dalam keadaan tidur..waktu inilah terjadinya sleep paralysis.Keadaan sebegini boleh dilalui oleh mereka yang tidur dalam keadaan terlalu letih.Sewaktu sleep paralysis berlaku,kita akan berasa sangat sedar tapi tubuh tidak mampu digerakkan kerana tidak mendapat arahan daripada gelombang otak.
ada dua peringkat sleep paralysis ini boleh berlaku iatu ketika baru hendak tidur dan ketika baru terjaga.Biasanya ia berlaku ketika tidur tahap pertama yang mana seseorang iti masih aktif dan boleh mengingati mimpi.Kadangkala fenomena ini berlaku disusuli dengan halusinasi sama ada dalam bentuk audio seperti bunyi-bunyian yang pelik atau visual seperti melihat bayangan hitam dan lembaga disekitar tempat tidur.selain itu,mereka yang mengalami kejadian ini jga mampu merasa sentuhan seperti ditindih.Semua ini terjadi disebabkan ciri khas daripada mimpi..so tak hairanlah fenomena ini sering dikaitkan dengan gangguan makhluk halus.
Faktor terjadi sleep paralysis :
-terlalu lama tidur dalam posisi terlentang
-jadual tidur yang tidak menentu
-tidak cukup tidur
-stress
-penukaran gaya hidup secara tiba-tiba kerana penyakit Narcolepsy
-Seseorang yang alami kesukaran untuk tidur lebih mudah untuk mengalami sleep paralysis.
~Sumber dari artikel 'ditindih' ketika tidur,majalah Infiniti Mac 2010
psst..bersambung lagi ye next time aku akan ceritakan pengalaman aku alami fenomena diatas yang sering melanda diriku hampir setiap minggu..mula mula takut lama-lama jadi bengang..so nantikan kengerian nya ya huhu..nak sambung jahit dulu..

1 ulasan:

firahadifa berkata...

tapi i still berperasaan itu adalah makhluk halus .. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...